CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MrRothschild

[Tempatan] SPRM: Cincin Rosmah Mansor Bersih Dari Rasuah

[Copy link]
Post time 16-4-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kak ros. Slamat cincin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 09:43 AM | Show all posts
wahhh..!! soal jawab pakai telefon jerr....
kalo org lain tuh..
suruh dtg pejabat..
serbu kat rumah opis bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 09:48 AM | Show all posts
atira replied at 16-4-2015 07:47 AM
nasib la kat sapa yg tak dpt detect mana troll mana benar....

geng2 veteran mmg lurus bend ...

sbb tu la jgn troll benda tu sbb biasanya troll nih kita tujukan kat org yg mmg wat/cakap sesuatu perkara......aku x nafikan ramai porumer lejen dlm nih yg tau mendalah tu hanyalah sotosyop jre, tp x kurang ramai yg bulat2 percaya, termasuk ramai yg aku jumpa di sekeliling aku yg x veteren pun percaya yg ROSMAH NGAKU DIA MENABUNG.......

aku bukan pro BN dan bukan kakikipas Rosmah kalo korang tau setiap penulisan aku....tp bab nih sama cam aku x setuju org twist citer Allahyarham TGNA difitnah kata PAS NAK KAWAN DGN SETAN hanya kerana ucapan dia diambil out of context, isu Allahyarham Dato Fadzil Noor difitnah kata PAS NAK JUAL PUTRAJAYA semata2 dia kata nak jual mahligai 300juta tetapi media twist out of context, apatah lagi hal ROSMAH MENABUNG nih padahal dia langsung x sebut pasal menabung.............

kita setuju yg Rosmah mmg dilihat super duper boros tp memfitnah dia kata dia cakap dia menabung tu mmg tetap suatu yg salah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:04 AM | Show all posts
kenapa keluar mcm akar di skrin aku???
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:14 AM | Show all posts
mmg mcm tulah kelebihan org VVVVIP di mesia nih.. semua boleh lepas tapi kalau dalam kubur nnti leh tak lepas kan diri??
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:21 AM | Show all posts
sekngucing replied at 16-4-2015 10:04 AM
kenapa keluar mcm akar di skrin aku???

tu iklan air isotonik mountain dew kot x salah aku....aku semalam byk gak jadi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2015 10:27 AM | Show all posts
axl_bach replied at 16-4-2015 10:21 AM
tu iklan air isotonik mountain dew kot x salah aku....aku semalam byk gak jadi

aku nak pegi shah alam ni, jumpa mak aku
harap tak sesat
kah kah kah

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:39 AM | Show all posts
sekngucing replied at 16-4-2015 10:27 AM
aku nak pegi shah alam ni, jumpa mak aku
harap tak sesat
kah kah kah

ko xper, ko org urban mana laa nak sesat dari KL nak ke Shah Alam....
aku jer yg asal kampung ni, dah dok dekat PWTC dah, nak cari Hotel Sunway pun bleh sesat masuk sampai Shah Alam......lol

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 11:50 AM | Show all posts

tuk

Edited by giyomi at 16-4-2015 12:11 PM

Jacob & Co terbangkan shishin tu sebab kak mah nak tunjuk kat bakal skg ni besan dia jer bukan beli pon, uol ni...wat pitnah sgh... mak pon nk order la sebab nak tunjuk kat kengkawan mak, bole tak. Klu org biasa yg terima rasuah seringgit pon disoal siasat smpi bunuh diri, tp dlm kes ni, sekadar telepon laki dia jer pon dah memadai...ko mampu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:11 PM | Show all posts
amin..
berkat menabung
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:24 PM | Show all posts
kemaruk replied at 15-4-2015 05:22 PM
eleh, ramai je lobai macai PR yang kaki carut dan maki hamun
siap tepuk2 meja dan hentak2 kaki sa ...

Laaa... mula-mula ko kata ramai. Tapi lepas tu ko kata mungkin dalam forum ni tak nampak sangat. Kenyataan ko ni bercanggah dan tidak dapat dibuktikan.

Tapi nak buktikan puak umno/bn kaki maki hamun, samseng, kurang ajar dll senang je. Ko type je dalam youtube 'samseng umno'. Bersepah video keluar. Baik dari peringkat tertinggi umno/bn hingga la ke tahap macai bawahan. Ko tengok sendiri. Bukak mata ko besar-besar dan nilai sendiri perangai sakai macai umno dalam youtube dengan diri ko. Sama kan.

Dan dalam forum ni aku tak ada masalah nak namakan penyokong-penyokong tegar umno/bn, tak kira laki atau perempuan, mulut sikit punya cabul. Bila tak dapat debat secara fakta, mereka akan maki mencarut dan buat serangan peribadi.

Balik pada isu asas, kenapa Rosmah mula-mula rosmah kata isu cincin tu fitnah takde kena mengena dengan dia. Pastu tiba2 kata cincin tu untuk dilihat oleh Maira Nazabayev untuk anak dia. Pastu rekod kastam terang-terang kata untuk diperiksa oleh Kak Ros.     

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:00 PM | Show all posts
Defcon2 replied at 16-4-2015 12:24 PM
Laaa... mula-mula ko kata ramai. Tapi lepas tu ko kata mungkin dalam forum ni tak nampak sangat. K ...


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:06 PM | Show all posts

yesss... seorang lagi macai umno/bn berperangai sakai berjaya dikesan... keh keh keh.



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:08 PM | Show all posts
Defcon2 replied at 16-4-2015 01:06 PM
yesss... seorang lagi macai umno/bn berperangai sakai berjaya dikesan... keh keh keh.

sokong kebenaran = macai umno

kaki pitenah = macai DAP
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:14 PM | Show all posts
telus ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 01:22 PM | Show all posts
Cincin tu yang bebas rasuah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 03:02 PM | Show all posts
kemaruk replied at 16-4-2015 01:08 PM
sokong kebenaran = macai umno

kaki pitenah = macai DAP

mana pulak. yg suka post gamba orang joget = macai umno
suka maki orang = macai umno
kaki fitnah = macai umno (cth: @uniq61 yg fitnah anwar ada akaun di Israeli National Bank, walhal bank tu tak wujud pun)
suka putar belit = macai umno
semua di atas = @kemaruk


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 03:09 PM | Show all posts
Defcon2 replied at 16-4-2015 03:02 PM
mana pulak. yg suka post gamba orang joget = macai umno
suka maki orang = macai umno
kaki fitn ...

yang fitenah rosmah beli cincin dan menabung = @defcon2 dan kengkawan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 03:15 PM | Show all posts
sapert dijangkan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 10:05 PM | Show all posts
Isunya bukan cincin, tapi komitmen antirasuah

6:00PM - 16 Apr 2015

http://www.malaysiakini.com/news/295497



Ramai pembaca Malaysiakini menurunkan komen susulan laporan bertajuk "MACC: We even probed Rosmah, we fear nothing" dan "SPRM: Takut apa, Rosmah pun kami siasat".

Reaksi dibuat menunjukkan ramai 'sayang' terhadap SPRM dan mahu memerangi isu rasuah.

SPRM melihat ada keperluan untuk menjelaskan fungsi dan perjalanan SPRM yang sentiasa bertindak secara bebas dan profesional.

Tahun ini, SPRM meletakkan pendekatan 'Merakyatkan SPRM' sebagai strategi memenuhi harapan rakyat. Justeru, pelbagai stakeholder ditemui dari semasa ke semasa.

Ini termasuklah wakil rakyat dan parti politik di peringkat nasional dan negeri.

Minggu lalu, SPRM telah mengadakan pertemuan dengan PAS dan DAP. Pertemuan dengan parti-parti lain akan menyusul. Begitu juga di peringkat negeri.

Pada 14 April 2015, Sabah telah mencipta sejarah apabila buat kali pertama kesemua ADUN - parti yang memerintah dan pembangkang, hadir pada majlis yang sama dan menandatangani ikrar integriti.

Ia susulan kepada tindakan 10 wakil rakyat Sabah, masing-masing lima Ahli Parlimen dan lima ADUN, telah menandatangani akujanji komitmen kerjasama dan sokongan pencegahan rasuah, pada 8 Mac lalu.

Siasatan rentas taraf

Langkah ADUN Sabah telah mencipta satu peristiwa bersejarah dalam sektor politik dan misi pencegahan rasuah di Malaysia.

Sabah merupakan negeri pertama, wakil rakyat kedua-dua parti yang memerintah dan pembangkang menandatangani akujanji pada satu majlis yang sama.

Lebih-lebih lagi di Bangunan DUN, ketika sidang DUN sedang berlangsung. Majlis 14 April 2015 adalah satu perubahan penting.

Usaha mencegah rasuah memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak tidak kira kedudukan dan pangkat. Rasuah merupakan musuh semua. Tidak kira kedudukan dan parti.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah meminta agar semua memberi sokongan padu.

Beliau meminta ahli-ahli politik meletakkan kepercayaan ke atas SPRM sebagai satu suruhanjaya bebas.

SPRM hanya dan hanya boleh menyiasat setiap kes yang ada unsur rasuah mengikut semangat Akta SPRM 2009.

SPRM menjalankan kerja-kerja siasatan atas prinsip telus, bebas dan profesional tidak kira siapa individu terbabit. Tiada kes yang SPRM tidak siasat jika membabitkan unsur rasuah.

SPRM pernah siasat kes cincin yang didakwa dibeli oleh isteri Perdana Menteri.

SPRM pernah siasat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, masing-masing mantan menteri besar Selangor dan Kelantan. Ini menunjukkan siasatan merentasi taraf dan status seseorang.

Apabila berbicara di hadapan ADUN Sabah pada 14 April 2015, Tan Sri Abu Kassim menjadikan contoh siasatan berkenaan isu cincin bagi menunjukkan SPRM sebuah suruhanjaya yang bebas.

Kerjasama ahli politik

SPRM tidak pilih bulu. Contoh itu bukan bertujuan membangkitkan cerita lama. Ia membuktikan SPRM menjalankan fungsinya dengan bebas seperti termaktub dalam Akta SPRM.

Tetapi, tidak semua kes berakhir dengan tuduhan di mahkamah.
SPRM perlu diperkasakan.

Bagi menjadikan SPRM lebih bebas dan berkesan sebagaimana diharapkan oleh orang ramai, sebagaimana dizahirkan dalam komen pembaca dalam portal, Tan Sri Abu Kassim juga telah meminta wakil rakyat khususnya ahli Parlimen menyokong usaha mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai SPRM dan soal pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ia memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ikrar yang ditandatangan oleh ADUN baru-baru ini bertujuan meningkatkan keyakinan dan kesanggupan ahli politik untuk bersama-sama SPRM dalam menolak jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Ia satu permulaan yang baik. SPRM mahu menjadikan pemimpin politik sebagai ikon membanteras rasuah di mata masyarakat.
SPRM gembira dengan sokongan dan kerjasama yang telah diterima setakat ini – di Sabah, Sarawak, di peringkat dan pusat.

Melaka juga menyatakan pendirian mahu ADUN mereka mengambil langkah yang sama.

Malah ia juga menandakan bahawa budaya integriti sudah mula diterima oleh pelbagai pihak.

Ini petanda-petanda positif. Wakil rakyat menjadi contoh kepada yang lain - masyarakat, pengundi mereka.


SPRM bukan musuh

Jika amalan ini berterusan, SPRM yakin boleh berjaya dalam usaha mencegah rasuah dan memperbaiki persepsi negatif rakyat dalam jangka panjang.

Usaha memerangi rasuah memerlukan kerjasama setiap anggota masyarakat. SPRM yakin kesemua 222 Ahli Parlimen dan lebih 500 ADUN akan menandatangani Ikrar Integriti satu hari nanti.

SPRM berharap setiap ahli Parlimen akan menyokong pindaan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasakan SPRM.

Komitmen SPRM: Setiap kes yang ada unsur rasuah akan disiasat. Tiada kes yang tidak disiasat.

Statusnya dilaporkan kepada Panel Penilaian Operasi, iaitu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

SPRM satu-satunya suruhanjaya dan entiti penguat kuasa di Malaysia dipantau oleh lima badan bebas – hampir 50 ahli, yang terdiri daripada wakil rakyat BN, DAP, PAS dan PKR, pemimpin NGO, badan profesional, peguam, akademik dan ahli akademik.
Ini satu perbezaan ketara sejak 1 Januari 2009.

Kita perlu anggap rasuah 'musuh semua', bukannya menjadikan SPRM sebagai musuh atau menyerang SPRM.

Kita perlu meletakkan keyakinan pada sistem dan institusi, serta berusaha mengukuhkan sistem dan institusi sedia ada bagi memerangi rasuah dengan efektif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.404190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list