CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22237|Reply: 205

[Dunia] Perogol dalam bas salahkan mangsanya

[Copy link]
Post time 3-3-2015 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Mukesh mendakwa, tindakan merogol dan memukul mangsa bertujuan mengajar Jyoti dan rakannya. - Foto BBC

NEW DELHI, 3 Mac:

Masihkah anda ingat tragedi yang menimpa seorang pelajar fisioterapi berusia 23 tahun yang maut, selepas dua minggu terseksa akibat cedera parah, kerana dirogol secara berkumpulan dan disula dengan batang besi, dalam sebuah bas bergerak di New Delhi, lebih dua tahun lalu.

Seorang daripada empat perogol berkumpulan itu yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman mati, bertindak menyalahkan mangsanya, kononnya wanita perlu lebih bertanggungjawab kerana dirogol, berbanding lelaki.

Mukesh Singh, 28, yang ditemubual BBC di penjara mendakwa, dia hanya memandu bas berkenaan dan menafikan dirinya turut merogol Jyoti Singh, 23, ketika serangan itu berlaku pada 16 Disember 2012.

Dia menyifatkan kematian Jyoti sebagai “kemalangan” yang berpunca daripada wanita itu sendiri.

“Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Seorang gadis yang sopan tidak akan keluar pada jam 9 malam.

“Seorang gadis lebih bertanggungjawab kerana dirogol, berbanding lelaki. Lelaki dan perempuan tidak sama.

“Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk wanita, bukannya pergi ke disko dan bar pada malam dan melakukan perkara tidak sepatutnya serta memakai baju tidak betul (sopan).

“Hanya kira-kira 20 peratus wanita adalah baik,” katanya dalam program dokumentari “Storyville – India’s Daughter” yang bakal disiarkan di BBC Four sempena Hari Wanita Sedunia, pada 8 Mac ini.

Menurut polis, ketika kejadian, Jyoti yang dalam perjalanan pulang bersama seorang kenalan lelakinya, selepas menonton wayang di sebuah pawagam, diperdaya menaiki bas mini yang dipandu Mukesh.

Mangsa kemudiannya dirogol, dibelasah dan disula dengan batang besi, sebelum kedua-duanya ditolak dari bas bergerak itu.

Mereka ditemui di tepi jalan dalam keadaan bogel dan cedera parah.

Jyoti menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 Disember 2012, 13 hari selepas dia dirawat di hospital.

Kenalan lelaki Jyoti itu yang terselamat, selepas dibelasah kumpulan penjenayah terbabit, menjadi saksi utama dalam perbicaraan keenam-enam tertuduh itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas lima perogol itu, susulan kematian Jyoti yang mencetuskan kemarahan serta bantahan di seluruh India dan dunia.

Abang Mukesh, Ram Singh bagaimanapun ditemui mati dalam Penjara Tihar, pada Mac 2013, manakala Mukesh bersama tiga yang lain kini dalam proses rayuan.

Seorang lagi rakan sejenayahnya yang berusia 17 tahun ketika kejadian, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dalam pusat pemulihan, kerana dia adalah pesalah juvana.

Mukesh berkata, tindakan merogol dan memukul mangsa bertujuan mengajar Jyoti dan rakannya.

“Apabila dirogol, dia tidak sepatutnya melawan. Dia sepatutnya diam dan membiarkan dirinya dirogol.

“Dengan itu, mereka akan menurunkan dia dan rakannya, selepas selesai merogolnya dan hanya memukul lelaki itu,” katanya.

Mukesh mendakwa, hukuman mati yang dijatuhkan ke atas dia dan perogol lain akan membahayakan nyawa mangsa rogol lain.

“Sekarang, selepas mereka rogol, mereka tidak akan biarkan gadis itu hidup seperti yang kami lakukan, sebaliknya mereka akan bunuhnya,” demikian menurut Mukesh.

BBC turut menemubual dua peguam defendan.

AP Singh berkata, jika kakak, adik dan anak perempuannya keluar bersama seorang lelaki, dia akan menyimbah petrol dan membakarnya di hadapan rumah serta semua ahli keluarganya.

ML Sharma pula berkata, masyarakat India tidak membenarkan anak gadis keluar dari rumah, dengan seorang individu tidak dikenali selepas 6.30 petang.

“Anda bercakap mengenai lelaki dan wanita berkawan. Minta maaf, itu tiada tempat dalam masyarakat kami.

“Kami mempunyai budaya terbaik. Dalam budaya kami, tiada tempat untuk seorang wanita,” katanya.

Bapa Jyoti, Bhadri terpaksa menjual tanah pusaka dan bekerja dua syif untuk menghantar Jyoti ke sekolah dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ibu Jyoti, Asha Singh berkata: “Apabila berlaku jenayah, golongan wanita yang dipersalahkan.

“Dia tidak sepatutnya keluar. Dia tidak sepatutnya keluar malam atau pakai baju seperti itu.

“Lelaki yang patut disalahkan dan disoal kenapa mereka merogolnya,” tegasnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 11:03 AM | Show all posts
mentaliti yindia kapir...lelaki sahaja yang suchi...sedangkan dalam Islam wanita diangkat kedudukannya...
“Kami mempunyai budaya terbaik. Dalam budaya kami, tiada tempat untuk seorang wanita,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:07 AM | Show all posts
sama aje dgn kat sini.... bila buat kempen... lebeh nmpk salah pada perempuan... perempuan kena tanggungjawab dgn diri sndr... kena elak gitu gini... napa xde kempen educate para jantan ni supaya control nafsu binatang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:08 AM | Show all posts
Biadapnya kata2 perogol di india ni. Malang betul jadi perempuan sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:09 AM | Show all posts
Biadapnya kata2 perogol di india ni. Malang betul jadi perempuan sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:10 AM | Show all posts
hak individu lah nak keluar midnite, pakai sexi.

apa hak kau nak merogoi mangsa & sula guna btg besi?

mabuk todi la nih masa kena interview.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi mampos jela mukesh weh
Da hukum mati.kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:13 AM | Show all posts
bangangnye laki nihhh...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  cilaka laa...semoga ko mereput kat sane!!!! grrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh celaka sungguh kata katanya. Dasar mentaliti apakah ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:16 AM | Show all posts
apa yang aku boleh cakap ... he is sick!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar.. Xde tempat utk pompuan.??.kuar dr india pompuan sumer biar jantan2 kat sana tu ngesek dgn ayam ke kambing ke gajah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:17 AM | Show all posts
kebodohan tanpa batasan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:18 AM | Show all posts
Celaka ko perogol esok2 ko karma dilahirkan perempuan baru ko tau kebodohan ko.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:19 AM | Show all posts
Haha tergelak aku baca ayat perogol.

In directly die mcm nk cakap, pompuan type yg sosial n keluar lewat mcm ni memang dah tak elok.
So kalo nak rogol ke, ape ke, takde hal sebab dah tak elok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:20 AM | Show all posts
hormatlah perempuan sikit!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:20 AM | Show all posts
ni manusia ke apa ni??
aku dh taktau nk kata apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 11:22 AM | Show all posts
sial punya jantan... ko nak salahkan wanita pulak dah anu ko sendiri merengek minta diasah

aku doakan perogol2 seluruh dunia ni anunya tak naik2 walau mcm mana sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:23 AM | Show all posts
kalau lelaki yang baik
ilmu penuh dia dada
akal yang sempurna
iman yang kukuh
hati yang mulia
perempuan bogel lalu lalang depan dia pun tetap selamat
itu baru
akal 9 nafsu 1
jenis jantan jalang seperti mamat tu, nafsu 9 akal 1
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:24 AM | Show all posts
sendiri tak bole kawal napsu binatang, lagi mau salahkan pompuan.

nak mengajar pun, bukan dengan cara merogol & menyula.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka mamat nk tpi satu je aq stuju.. wanita baik yg pndai jga nma baik kluarga, takkan kluar lewat mlm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046110 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list