CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Che Ta dilihat langgar pantang-cakap tak serupa bikin (respon Che Ta #[email protected])

[Copy link]
Post time 7-12-2014 10:40 PM | Show all posts
miss_white posted on 7-12-2014 10:37 PM
ramai pulak karat masuk sini nk hencap fasha
Lps geram ke

Diaorang takda keja tu, sebab tu jaga fefet Fasha.
Kihkihkih................kesian kan. Benci tapi rindu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Blues posted on 7-12-2014 10:30 PM
Oh ya kerr? Dasattt fasah sendat hadap sangat walau dalam pantang. Tu la kan dok kepoci ngan che ...

X per la..Fasha tau apa yg terbbaik utk dia..
Ehh...dh sudah...benang che ta jd benang hencap Fasha...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 10:45 PM | Show all posts
encelegit88 posted on 7-12-2014 10:05 PM
Haa..kan??
Wartawan kecoh coz che ta cakap x serupa bikin..
Fasha Sandha x bg statement apa2 pon. ...


DIAorang bukan HATERS. Diaorang sume sayang kat
Fasha, tu yang asik jaga je pantang Fasha sampai takleh
tido, tak selera makan, tak daya nak kawal diri kalau tak
sebut pasal Fasha. Sampaikan benang Cik Ta tak berpantang
pun, diaorang sebut Fasha gak. Marah nor diaorang Fasha tak jaga
pantang, kan ni tandanya sayang? Kalau benci, tak amik pot pun
Gasak kolah labuuuuuuuuuuuuuuu, ader aku kisah........... Last edited by NAT_11 on 7-12-2014 10:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 posted on 7-12-2014 10:40 PM
Diaorang takda keja tu, sebab tu jaga fefet Fasha.
Kihkihkih................kesian kan. Benci tap ...

Hahahaha
Terbaekkk
Ntah sibuk je
Sendiri punya xnk jaga
Sibuk jaga org punya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 posted on 7-12-2014 10:38 PM
Eh! santap ke sebab idolat tak dijemput walaupun takda
pantang...............????????

Betul gak..yg berpantang dijemput..yg x berpantang x dijemput dn tgh attend event lain..hurrmm..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Gasak fasha lah nak pantang tak nak pantang.

Gasak che ta lah nak pantang tak nak pantang.
Ikut tuan punya badan.

Yang penting... Nora danish juga happy.

Weeheee

Bahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2014 11:14 PM | Show all posts
miss_white posted on 7-12-2014 11:07 PM
Sentap lah tu sebab idola xdi jemput
Panas bontot tgk fs yg tgh pantang itu di jemput
Tp idolatt ...

Dah mula cakap bergolek-golek kepanasan sebab tak ber-
PANTANG. Kihkihkih......kosa aku nak melayan dia lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:16 PM | Show all posts
Diorg ni ikut suka la nak pantang ke tidak sbb badan diorg kan..
Later apa2 jadi pun diorg sendiri yang tanggung..
Tapi che ta kuar pun tak tinggal baby eh..
takde orang boleh tolong babysit kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong posted on 7-12-2014 11:18 PM
Wahhhh ramainya polis p*p*k aka polis pantang dekat benang ni.  Susah hati benor retis2 ni xmenjaga  ...

Ok noks nk blk  lah ni
Jmpa kt umah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So....tred ni boleh report la kan???
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:45 PM | Show all posts
Aku nak tidoooo. Dah nak pukul 12.00am............
Nite everyone........................................
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye..nite..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:28 AM | Show all posts
Yes..pan tang ikut sukala cmne pon.Bdn lain2.
Mertua ia pantang ketat dulu2.tp tua mcm2 pnyakit jgk mai.sakit urat bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis lagi ke polis pantang or bak kata omputih confinement popolice. Popo tu anu pompuan ntah kenapa kawan i panggil popo. Hehehe Sesuwai. Udah udah ler tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 01:46 AM | Show all posts
Isu Keluar Ketika Berpantang Tidak Perlu Diperbesarkan - Rozita Che Wan

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 12:30 AM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]


Rozita Che Wan mempunyai cara tersendiri dalam mengamalkan rutin berpantang selepas bersalin.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan pemergiannya ke Johor Premium Outlets (JPO) di Johor baru-baru ini walaupun belum tamat tempoh berpantang (selepas bersalin) tidak perlu diperbesar-besarkan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 41, berkata, dia mempunyai cara tersendiri dalam penjagaan diri apatah lagi tidak pernah membuat sebarang kenyataan berpantang enggan keluar rumah.

"Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.


"Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya 'pantang orang ajak' adalah.. hahaha," katanya dengan nada gurau ketika dihubungi mstar Online pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Rozita dilihat sedang membeli belah bersama suami, Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana di JPO beberapa minggu lalu.


Rozita baru saja melahirkan anak perempuan sulungnya pada 1 November lalu.

Kehadiran Rozita yang memakai skirt pendek dan stokin panjang di pusat beli belah berkenaan menjadi persoalan memandangkan aktres tersebut masih lagi dalam tempoh berpantang sejak melahirkan anak perempuan sulungnya itu pada 1 November 2014.

Sementara itu, Rozita berasa terkejut apabila kehadirannya ke JPO menjadi bualan ramai, sedangkan perkara itu adalah normal bagi sesetengah golongan wanita.

"Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

"Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..," ujarnya.

Mengikut adat Melayu, seseorang ibu yang bersalin akan menjalani rutin berpantang selama 40 hingga 44 hari bagi mempercepatkan proses pemulihan mengembalikan kesihatan rohani, mental dan bentuk badan.


Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 01:49 AM | Show all posts
Che Ta tak mahu keluar rumah 45 hari

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

BARU-BARU ini, Rozita Che Wan atau Che Ta ada memberitahu ingin menjalani tempoh berpantang selama setahun selepas melahirkan cahaya matanya bersama suami, Zain Saidin kelak.

Tempoh pantang selama setahun yang dimaksudkan pelakon berusia 41 tahun itu termasuklah tidak mengambil makanan yang sejuk, berangin atau yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya kelak.

Che Ta yang ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho, Kuala Lumpur itu juga memberitahu, dia mahu berpantang untuk tidak keluar rumah selama 45 hari bagi mengembalikan kecantikan tubuh badannya.

Sementara itu, disoal mengenai cara pantang Che Ta itu kepada Zain, ternyata pelakon berusia 30 tahun itu tidak keberatan mengikut segala keinginan isteri kesayangannya itu.

Malah, Zain juga bersedia untuk berjaga malam dan menyalin lampin pakai buang anak pertamanya hasil perkahwinan dengan Che Ta itu.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Kosmo!: Boleh kongsikan mengenai usia kandungan Che Ta sekarang?

CHE TA: Usia kandungan saya kini sudah mencecah tujuh bulan.

Bagaimanakah anda akan menjalani proses berpantang anda nanti? Adakah akan melalui proses pantang yang ketat secara tradisional atau cara moden?

Saya sangat menitikberatkan pantang selepas bersalin. Saya akan pantang makan seperti tidak ambil makanan sejuk atau berangin untuk penjagaan badan.

Biasanya saya akan berpantang dengan memilih makanan tertentu seperti sayur sawi sahaja dalam masa setahun. Itu menyebabkan saya hilang selera pada sayur tersebut selepas habis pantang.

Saya juga tidak akan keluar rumah selama 45 hari. Saya kesal melihat sesetengah wanita yang tidak jaga pantang. Belum habis tempoh sudah keluar melakukan aktiviti. Mereka tidak sedar kesan yang akan diperoleh ketika hari tua nanti.

Saya lihat ibu saya, Zabedah Saad masih kuat walaupun usianya sudah 62 tahun. Ini kerana, amalan penjagaan pantang yang ketat ketika bersalin dulu.

Siapakah yang akan menjaga anda ketika berpantang nanti?

Selepas bersalin nanti saya akan dijaga oleh ibu saya.

Sudah mempunyai nama untuk anak perempuan anda?

Sudah. Insya-Allah, saya akan dedahkan nama anak pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut. Bagaimanapun, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dulu.

Bagaimanakah layanan Zain terhadap anda ketika mengandung?

Zain merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi ini. Malah, dia juga tidak membenarkan saya untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=hi_03.htm Last edited by achik2009 on 8-12-2014 01:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2014 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
isu dia bukan dia pantang atau tak.. isunya.. dia cakap tak serupa bikin
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia pantang ke tak.. Yg pasti dia ttp hot momma... Yg muda lg nmpk kertu & gedempol dr dia :lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 07:53 AM | Show all posts
biasela tu retis mana yg x hippoo....che ta x leh tahan tgk hbeg2 kt jpo...mau diserangnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 08:03 AM | Show all posts
kakakmanis posted on 7-12-2014 07:45 PM
I tatau, tp ni ikut petua org2 tua. So, I cuma ikut ajelaaaa. Hihi. Tak rugi pun ikut, demi kesiha ...

rasanya gigil tu sbb angin masuk urat kut uols..tu org2 tua suruh makan yang panas2...bukan suh telan lava gunung berapi uols..tp makan lada hitam...halia utk bagi badan hangat....bukan kancing gigi..kancing gigi ni penyakit uols...mcm kejang satu badan..ala2 dah nk strok dah..disebabkan sejenis virus uolsss..kekdahnye org pesan jgn pijak paku berkarat sbb takut kancing gigi tu la...kat karat2 tu gamaknya ada virus tu...tp kalu nk kena virus ni luka tercucuk tu must be deep enough kut sbb kalu tak salah iols virus tu takleh hidup kalau ada oksigen...kekdahnye...kancing gigi ni biasa kene kat org yang beranak kat kawasan tak hygiene..mcm peralatan beranak tu yang bidan2 kampung guna yang tak sterile...or berkarat..boleh sbb kan kancing gigi...

ewah ape kaitan plak dengan topik cheta berJPO ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.103078 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list