Edited by Leafumi at 6-3-2015 04:36 AM
Bab 27
Hiba kini menyelubungi Adira. Manakan tidak. Dia ditipu Hadif selama ini. Hadif mempergunakannya sebagai batu loncatan demi merealisasikan rancangannya untuk merosakkan hubungan Faiz Haikal dan Aina. Sangkaan Adira terhadap Hadif selama ini silap. Adakah kerana dirinya terlalu naïf ? Atau Hadif memang pandai berlakon ?
Adira mengelap airmatanya yang mengalir dengan sendiri. Sedih mengenangkan apa yang telah lelaki yang dianggap sahabat itu lakukan kepadanya. Mengecewakan. Sukar untukditerima. Namun itulah yang sebenarnya motif Hadif berkawan dengannya. Sukar juga dia mahu memaafkan Hadif. Dia tak peduli lagi soal hati Hadif terhadapnya. Sudah lah bersalah, berani pula dia mengaku tentang perasaannya. Jika Hadif fikir dia dapat tawan Adira, maka dia silap.
Kiriman daripada Junaidi di Whatsapp diperiksa oleh Adira. Dia membuka aplikasi itu.
Apa khabar Dira ? Sihat ke ?
Sihat aje Jun. Awak pulak macamana ?
Alhamdulillah sihat aje. Hadif ada kacau awak ke ?
Saya jumpa dengan Hadif semalam.
Iya ke ? Buat apa jumpa dia ?
Dia bagitau pasal Faiz Haikal. Banyak benda.
Dira jom jumpa Jun. cerita kat saya. Nanti saya datang ambik awak.
Okay.
Adira menutup aplikasi itu. Bagus juga pelawaan Junaidi itu. Junaidi juga patut tahu hal yang sebenarnya.
“Kau nak keluar dengan Jun ke ?” soal Sofia yang duduk di birai katil milik Adira di hostel. Dia lihat Adira sedang bersiap-siap.
“Eh, mana kau tau ? Aku tak kasi tau pun ?” balas Adira sambil menggigit kerongsang. Setelah melilit selendang di kepala, dia memakai kerongsang supaya lilitannya kemas dan cantik.
“Takkan lah kau nak keluar dengan Faiz ataupun Hadif pulak kan ?”
“Tak nak. Diorang semua tu sewel,” balas Adira. “Muncul dalam hidup aku sebab nak huru-hara hidup aku aje,” tambahnya dengan nada kesal.
“Dah..dah. Nanti bad mood pulak kau. Rosak date kau dengan Junaidi,” Sofia segera memujuk Adira.
“Date ke ni?” balas Adira buat-buat faham.
“Anggap aje date !,” Sofia senyum-senyum gatal.
Adira sekadar senyum simpul. Hendak sorok senyumannya dari dilihat Sofia tetapi tak boleh. Pasti dia sudah dilamun cinta. Dia pasti.
Junaidi dan Adira duduk di sebuah Café. Dengan dua cawan kopi di atas meja, mereka berbual kosong. Junaidi banyak bertanyakan rutin Adira di tempat belajarnya. Adira tidak segan silu untuk berkongsi. Sesekali mereka ketawa apabila dia menceritakan kejadian-kejadian kelakar yang berlaku kepada dirinya dan Sofia. Untuk seketika, dia lupa isu Hadif yang menyedihkannya.
“Dira, cerita pasal Hadif tu,” pinta Junaidi.
Adira mengambil masa untuk beberapa saat sebelum dia membuka mulut. Elok-elok dia terlupa sekejap perihal Hadif, emosinya mula terganggu apabila Junaidi mengingatkannya kepada Hadif. Namun itulah tujuan dia bertemu dengan Junaidi. Untuk berkongsi kisah dengan Junaidi.
Junaidi mendengar dengan teliti bait-bait cerita Adira. Beberapa ketika gadis itu menunjukkan hiba di wajahnya. Nampaknya banyak yang dia tak tahu tentang perjalanan hidup Adira selepas mereka terpisah. Namun ini baru permulaan baginya kerana Adira masih muda.
“Kesiannya awak. You are still young, but you have to face all of this.” komen Junaidi setelah Adira tamat bercerita.
“Inilah dinamakan asam garam kehidupan,” balas Adira pula konon-konon seperti berfalsafah tetapi dia sendiri pun tak tahu betul atau tidak apa yang dikatakannya.
“Tapi sekarang masalah dah selesai kan ?” Junaidi meminta kepastian.
“It supposed to be.” Balas Adira sambil menggangguk dengan serius.
“Hadif tu tak patut buat macam tu. Such a pathetic guy. Even dia ada sebab tersendiri, tak perlu lah sabotaj orang,” ujar Junaidi lagi.
“Ni semua sebab dendam,” ujar Adira pula.
“Dia memang betul ke tak paksa Dira terima dia ?”
“Dia cakap dia tak paksa. Just nak confess aje.”
“Dia ada jumpa Dira lagi ke ?”
“Tak ada. Tapi ada few times dia whatsapp. Saya ignore aje.”
“Apa dia cakap ?”
“Just tanya khabar.”
“Kalau dia cakap yang bukan-bukan just tell me. Kut lah dia nak kacau-kacau Dira ke.. Biar Jun settle budak tu. Biar Jun ‘basuh’ kepala otak dia,” ujar Junaidi yang tiba-tiba membebel macam makcik-makcik sampai terangkat-angkat tangan. Adira bagai nak tergelak pula lihat reaksi Junaidi. Namun ditahan. Bahunya bergegar sendiri cuba menahan gelak. Senyum lebar jelas terlukis di bibir.
“Kenapa gelak ?”soal Junaidi hairan.
“Awak pulak yang over ni kenapa ?” tegur Adira tersengih-sengih. Junaidi membalas dengan ketawa.
“Dengar kata, patik telah dipilih untuk menjadi hulubalang kepada tuan puteri. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab patik untuk menjaga dan melindungi tuan puteri dari sebarang ancaman dan mara bahaya,” Junaidi berkata dengan gaya dan lagak orang pada zaman dahulu kala.
“Apa awak merepek ni ? Kena sampuk Hang Jebat ke apa ?” soal Adira sambil menyindir. Junaidi boleh pula merapu.
“Kiasan tu. Kan awak nak saya jadi boyfriend awak. Ops, pembetulan, boyfriend palsu awak,” jawab Junaidi.
Adira memandang Junaidi dengan tanda tanya. Matanya terkebil-kebil merenung Junaidi. Wait ! Bila masa aku bagitau dia ni ? Fikir Adira. Dia pasti dia belum memberitahu kepada Junaidi yang dia mahu gunakan lelaki itu sebagai teman lelaki palsu.
“Sofia bagitau awak ke ?” soal Adira laju.
“Yup.”
Terus wajah Adira terasa panas. Dia menekup mukanya. Janganlah Junaidi perasan rona merah diwajahnya jika ada. Keliru juga. Adakah kerana dia sudah mula berperasaan kepada Junaidi maka dia jadi sensitif dan malu ?
“Kalau awak dah tau, baguslah. Awak tak kisah ke ?” soal Adira setelah menenangkan semula dirinya dan menunjukkan riak bersahaja. Control.. control.. desis hatinya.
“Tak kisah pun. Kecik tapak tangan, coconut shake hamba tadahkan,” Junaidi membalas sambil merapu.
“Kalau macam tu,good ! Nanti saya roger kalau-kalau perlukan khidmat awak,” balas Adira.
“For more protection, let’s get married, princess,” ujar Junaidi.
“Hah ?” Adira terkejut mendengarnya.
Junaidi ketawa. Kelakar melihat muka Adira yang terkejut bukan kepalang lagi. Melihat Junaidi yang ketawa bukan main membuatkan Adira tidak puas hati. Wajahnya merah. Junaidi mengenakannya.
“Merepek !”marahnya.
“Look at your face, blushing. Oh my God, it’s so funny,” ujar Junaidi masih bersisa tawa.
Adira membuat mimik muka. Geram dengan perangai Junaidi yang tiba-tiba datang angin merepeknya. Bergurau dengan soal yang sensitif pula.
“Okay, dah jangan tarik muka. Nanti Jun belanja coconut shake,” Junaidi perasan muncung Adira yang sudah sedepa.
“Okay jugak tu,” balas Adira dengan sengih. Memang tadi dia berniat mahu memaksa Junaidi belanja Coconut Shake. Sebagai denda kerana telah mengenakannya. Baguslah jika Junaidi sendiri yang ingin belanja.
“Selamba aje dia cakap ‘For more protection, lets get married,princess’ ! Terkejut aku,” ujar Adira kepada Sofia. Sofia sengih-sengih mendengar tentang pertemuan Adira dengan Junaidi semalam.
“Kau fikir tu gurauan semata-mata ?” Sofia menduga.
“Yelah. Takkan betul pulak,” balas Adira. Pura-pura yakin walhal dia pun tak pasti.
“Aku rasa tu macam hint aje ?”
“Hint ? No, I don’t think so. Are you nuts ? Aku ni muda lagi kot. Takkanlah Junaidi nak kahwin dengan budak-budak macam aku ni,” Adira mengomel. “Junaidi tu merepek aje,”tambahnya lagi.
“Aku rasa dia memang suka kat kau. See ? Dia siap nak tolong kau bagai. It’s your chance,”Sofia memberi dorongan.
“Chance ?” Adira pura-pura tak faham.
“Geramnya aku dengan kau ni ! Meh lah aku cakap kat Junaidi suruh pinang kau !,” Sofia pula membebel.
“No..no..no.. kau merepek apa ? Mana boleh perigi cari timba. Ni dah macam kau pulak nak pergi merisik Junaidi tu untuk aku.”
"Habis, kau nak tunggu Junaidi merisik kau ? Bila ? Lagi 5 tahun akan datang ?"
Adira tidak membalas kata-kata Sofia. Dia senyum saja.
Adira hairan apabila Hakimi mahu bertemu dengannya secara berdua saja. Hakimi tidak membenarkan Adira membawa sesiapa saja untuk menemainya mahupun Sofia.
Dia menapak ke taman mini yang tidak jauh dari bangunan akademik. Taman itu direka dan dibina khas untuk tujuan mencantikkan pemandangan di situ datempat untuk para pelajar duduk beristirehat. Tidak kurang juga ada yang dating di situ. Pada petang itu, kelihatan lengang pula di sekitar kawasan taman mini itu. Adira menunggu ketibaan Hakimi. Setelah beberapa minit, Hakimi datang. Dia kelihatan resah tak menentu.
“Sorry. Awak dah lama tunggu ke ?” soal Hakimi.
“Tak lah.”
“Awak seorang aje ke ni ?”
“Yelah.”
“Awak dah makan ke belum ? Nak tak kita pergi makan-makan ke .. minum-minum ke..”
“Eh, dah makan dah tadi. Kenapa awak nak jumpa saya ni ?”
Hakimi tidak menjawab. Sebaliknya dia membisu dengan seribu kegelisahan yang jelas dapat dilihat oleh Adira. Kenapa pulak dengan lelaki ini ? Kalau nak ke tandas, buat apa ditahan-tahan ?
“Kimi nak bagitau something ni.. tapi sebenarnya.. Kimi segan nak bagitau..” Hakimi berkata namun dia menunduk. Berbeza sekali sikapnya ini dengan kebiasaan dirinya yang peramah dan periang.
“Apa dia ?” Adira pelik. Takkanlah…
“Kimi nak awak jadi girlfriend Kimi,” tutur Hakimi sedaya upaya.
“Haa ?” Adira ternganga. Biar benar ? Ini rupa-rupanya yang meresahkan Hakimi.
“Ye. Kimi suka Dira,” Hakimi semakin lancar berkata.
“Seriously ?” soal Adira bagai tak percaya.
“Kenapa ? Tak suka ke ?” Hakimi menggaru kepala yang tidak gatal.
Adira kehilangan kata-kata. Dia tak tahu mahu berkata apa. Tak pernah dia menyangka Hakimi menaruh hati terhadapnya. Sejujurnya Adira tak punya apa-apa perasaan terhadap Hakimi. Apatah lagi dia menyukai Junaidi. Tak mungkin dia menerima Hakimi buat masa ini. Walaupun kadangkala sikap Hakimi mirip sikap Junaidi.
“Dalam hati saya ada orang lain..” ujar Adira.
Adira terpana tatkala dia lihat dari jauh seorang lelaki sedang melangkah mendekati. Dengan menggalas beg berserta fail di tangan, itulah Hadif. Apa Hadif buat disitu ? Hakimi turut menoleh ke arah yang sama. Dia turut hairan. Hadif melangkah yakin mendekati mereka. Mungkin dia tak tahu Hakimi sedang menjalani sesi meluahkan perasaan. Memang kacau line !
Hadif menguntum senyum dan berdiri di sebelah Adira. Dia berkata, “Hai, korang buat apa ni ?”
“Kami cakap pasal assignment aje,”Hakimi menjawab. Adira sejak tadi mulut hanya terkunci. Dia sendiri pun tak tahu hendak menerangkan situasi mereka pada ketika itu. Takkan nak mengaku Hakimi sedang meluahkan perasaan kepadanya pula.
“Oh, lama lagi ke?” soal Hadif.
“Tak, dah habis dah,” Adira pula yang menjawab. Hakimi hanya merenungnya.
“Kalau macam tu jom minum,Dira,” Hadif mengajak Adira.
“Erm.. okay,”jawab Adira teragak-agak.
Hakimi mengetap bibir. Dia tahu dia tidak berjaya.
“Tak apa lah. Kimi pergi dulu.,” Hakimi meminta diri. Pasrah. Hampa. Dia fikir Hadif lah teman lelaki Adira.
Adira hanya menggangguk faham. Serba-salah pula dia melihat Hakimi begitu setelah susah payah meluahkan isi hati kepada Adira. Hadif pula datang tanpa diduga. Tapi bagus juga Hadif datang. Dapatlah dia mengelak dari Hakimi. Dia sendiri pun tak sanggup melihat wajah Hakimi yang frust itu lama-lama.
Selepas Hakimi hilang dari pandangan, Adira cuba melangkah untuk pergi meninggalkan Hadif. Hadif tercengang dengan tindakan Adira yang tiba-tiba saja mahu pergi. Dia memanggil-manggil nama Adira berkali-kali. Adira buat tidak dengar hingga Hadif mengejarnya.
“Dira ! Nak pergi mana pulak ni ? Awak dah benci saya ke ?” soal Hadif.
Adira mengangkat muka memandang Hadif. Apa Hadif mahu ? Kalau tidak silap, bukankah Hadif cakap dia takkan memaksa Adira menerimanya ? Jadi kenapa mendekati ?
“Apa awak nak ? Awak dah buat saya kecewa dengan awak,” jawab Adira.
“So, awak memang dah tak nak kawan dengan saya ? Everything is over ?”
“Hari tu kan awak cakap, awak tau saya takkan kawan dengan awak lagi lepas awak terus terang pasal semua ?” bidas Adira.
“Ya, saya ada cakap. Tapi..”
“Buat masa ni, saya tak nak tengok muka awak.”
“Saya tau saya salah. Forgive me..”
“It’s not easy. Mungkin awak patut mintak maaf dekat Aina dengan Faiz Haikal.”
“Do I care ? I just care about you. So that’s why I just asking for your forgiveness.”
“Awak fikir, lepas saya maafkan awak, saya boleh senang-senang aje bergelak ketawa dengan awak ke ? Dira pun ada perasaan jugak. I’m not that stupid.”
“I never say that you are stupid. It was Aina, the bitch.”
“Tak faham saya dengan orang macam awak. Awak tak ada rasa malu ke dengan apa yang awak buat ?"
"Dira, I did this because I care about you. Saya mengaku saya dah jadikan awak mangsa keadaan, tapi dalam masa yang sama saya sayangkan awak."
“Kenapa awak kisah pasal saya aje ? Sebab awak fikir pasal saya aje, kan ? Tu maksudnya awak pentingkan diri.”
“Yup, so memang patut lah saya baik dengan awak aje. Go to hell lah diorang tu !”
“Suka hati awak lah! Sekarang, jangan dekat dengan saya lagi. Saya tak boleh tengok muka awak. Awaklah yang buat hidup saya penuh drama.”
“It was Faiz Haikal. Dia lah penyebabnya.”
“Dia penyebab tapi dia tak buat apa-apa. It’s you. The mastermind.”
“But I didn’t ask you to become my girl. Just become my friend is enough for me."
"So, maksudnya saya tak boleh nak jauh dari awak ? Seems like you don't want to let me go even you've denied it before."
"Hadif nak kita rapat macam dulu-dulu. As long as I still can take care of you.”
“I don’t need you to take care of me. I already have that one.”
“Siapa ? Junaidi ? So, he’s your boy now ? Setahu Hadif, Dira tak declare apa-apa relationship dengan dia lagi kan ?”
“He’s my boyfriend. No doubt. Fullstop.”
Adira beredar setelah selesai bicara. Hadif ni sudah gila kut. Hari tu kata lain, ni kata lain pulak. Dah tak tentu arah agaknya ! Omel Adira dalam hati.
|