Sumber: Malaysian Digest
Sebelum ini laporan media ada menyebut bahwa Ratu Hip Hop tanah air Mizz Nina membuat keputusan hanya akan menyanyi di hadapan kaum wanita sahaja. Keputusan itu dibuat selepas isteri kepada Noh Salleh (vokalis kumpulan Hujan) ini berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, sejak kembali menunaikan pada Oktober tahun lalu.
Bertemu dengan pemilik nama sebenar Hajah Syazrina Azman, 33, ini di Femez Bazaar di Kelana Jaya pada Sabtu lalu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'What You Waiting For' ini memmberitahu beliau nekad untuk berehat panjang dari dunia nyanyian. Sebaliknya tumpuan Mizz Nina kini pada perniagaan fesyen busana Muslimah yang diberi nama Medeena. Pernigaan tersebut telah disusahakan sejak beberapa bulan lalu.
"Alhamdulillah, jenama muslimah saya, Medeena semakin mendapat sambutan ramai. Medeena menyediakan jubah wanita, abaya, hijab, ada juga jaket, skirt panjang yang sesuai dengga fesyen terkini dan paling penting, menutup aurat. Kami juga dapat banyak undangan untuk sertai bazaar dan juga pertunjukan fesyen. Pada bulan Jun ini Medeena akan menyertai KL Fashion Week dan satu pameran Hijab.
"Jadi saya rasa inilah masa yang baik untuk saya berehat panjang dari nyanyian. Buat masa ini saya mahu beri fokus sepenuhnya pada perniagaan saya. Jadi boleh juga dikatakan yang akan tinggalkan dunia nyanyian buat masa ini. Sampai bila saya tak pasti. Lagipun saya tak rasa saya akan menyanyi di hadapan penonton yang besar lagi", katanya kepada Malaysian Digest.
Tambah Mizz Nina, beliau akan menutup jenama terdahulunya yang berkonsepkan urban iaitu Mizz Demeanor kerana hanya mahu menumpukan pada Medeena.
Mizz Nina juga menyatakan nama Medeena sangat bermakna padanya malahan dia mahu memperkembangan lagi dengan mengeluarkan beberapa produk sekaligus mensasarkan untuk menebusi pasaran halal, di masa akan datang.
"Dari dulu saya suka kalu nama yang ada M.D. Dalam perkataan Medeena ada M dan D. Selain tu saya sangat suka dengan Madinah dan "deen", membawa maksud islam.
"Saya rasa lebih baik saya hanya fokus pada satu jenama sahaja. Dan saya nampak dengan Medeena, banyak peluang perniangaan yang saya ambil. Dengan jenama muslimah, selepas ini saya bercadang untuk mengeluarkan jenama produk solekan halal, tiada masalah bila nak solat. Ataupun mungki produk wagian yan halal. Saya memang target nak tembusi pasaran halal, pada masa akan datang"tuturnya.
Dalam pada itu, meskipun nyanyian merupakan passion-nya, namun kata Mizz Nina tidak sukar untuknya meninggalkan karier itu kerana sejak diberi hidayah oleh Allah, beliau cukup yakin dengan keputusannya. Bahkan menerusi laman Instagram, beliau banyak menerima sokongan daripada peminat baik peminat yang berhijab mahupun tidak.
"Nyanyian memang passion saya tapi tak sukar untuk saya tinggalkannya. Saya yakin ini keputusan yang tepat. Saya bersyukur dan gembira kerana peminat ramai yang suka dengan penampilan saya sekarang.
"Alhamdulillah, saya pakai apa yang saya rasa sesuai dan selesa. Ada yang kata, ....................................................................................................
Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... -pasaran-halal.html
Last edited by adik^manis on 3-3-2014 09:07 AM
|