CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cariforumer

kl ganster 2 best ke?sapa dah tengok?

[Copy link]
Post time 8-10-2013 01:26 PM | Show all posts
semoga kijer keras sol akan mendapat balasan yg baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 01:43 PM | Show all posts
krepek_pisang posted on 8-10-2013 01:13 PM
Synopsis
"Boom dush bang lu gua lu gua terretetete boom lu gua lu dush dush dush."

...

Tepat sekali.........pilem tamil lagi ok.....a least ada konfilk yang meruntun jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 01:54 PM | Show all posts
bukan kerana aron aziz...  tapi sbb syamsul yg mengarah... confirm la support... even kalau dia amik pelakon yg iolls tak kenal... iolls pi tgk.... hasil kerja samsul mmg terbaik.... berbanding ngan pengarah lain... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:00 PM | Show all posts
x rugi bayar rm36-twin seat tengok cita ni. pegi gan husband ahad lepas. ada jugak pengajaran di sebalik cita ni....tahniah samsul. yang tengok KL Gangster 1 pasti akan tengok KL Gangster 2. bayangkan adik di rogol depan mata sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:03 PM | Show all posts
yg leak pun x tgk...yg kt pawagam pun xnk tgk..sekian..hehehe

congrats sol
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:07 PM | Show all posts
reenz013 posted on 8-10-2013 02:03 PM
yg leak pun x tgk...yg kt pawagam pun xnk tgk..sekian..hehehe

congrats sol

sama jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2013 02:07 PM | Show all posts
ok la tu modal besar dalam masa singkat dapat 3 jota...  tak der nak bomoh2 nyerrr...kalau citer banyak peminat tak der masalah nak kutip jota2 pun....cerita2 sendu si David Teoh tu pun boleh dapat jota2.. itu baru betul pakai bomoh !
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:10 PM | Show all posts
tengok kt wayang feel lean kt laptop or tv feel lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 02:18 PM | Show all posts
woiiiiiiiiiiiiiiiii, kita olang malaysia maaaa.....olang Malaysia semua rakyat baik pegi tgk wayang punya....tatak tgk itu bocor bocor lanun punyala.....hahahaha....jangan takot itu TAILONGBESAR akan dapat untung jugak akhirnya....hahahah

itu samsol sudahkasi teow looooo......so...jgn susah hati....tgk sapa punya lutut ata goyang....
untung tetap untung maaaaaaaaaaaaaaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:38 PM | Show all posts
dia kata nk pencen drp mengarah ni...konpom ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 02:55 PM | Show all posts
REVIEW WEH NAH TEPEK.


Tabik spring untuk sebuah usaha gigih yang menjadi. Filem ni ada sengat! Menerusi KL Gangster 2, Syamsul Yusof akhirnya berjaya lari dari skeptikalnya pandangan penonton terhadap filem Malaysia. Dia sudah menunjukkan yang director Malaysia mampu untuk membuat sesuatu yang out of box jika masa yang diberi cukup, visi dan misinya jelas, dan kemampuan serta keupayaan dipercayai. Syamsul nampaknya memberikan degup nafas habis tinggi sekaligus tidak membenarkan penonton untuk terus meng’hina’ karya Melayu ketika sedang menonton. KL Gangster 2 ada momen yang sangat baik. Penonton akan ketawa di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terpegun di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terus pasang telinga sepanjang filem sebab bahasa cina+melayu yang digunakan sangat memerlukan pendengaran yang jelas. Aku juga bergantung pada subtitle untuk few sentences yang sukar untuk aku dengar dengan jelas. Overall, cerita KL Gangster 2, jujurnya tidak bertindak sebagai sekuel yang benar benar sekuel. Permulaannya yang terus menyuntik adrelin tidak memberikan kita untuk kenal betul dengan watak dan perwatakan. Mungkin penulisan filem ni menggalakkan para penonton untuk faham perwatakan melalui filem pertamanya. Filem yang bergerak sebagai prekuel pada cerita nampak seperti sekuel dalam penerangan wataknya. Sekaligus, ini memberikan peluang untuk penonton rasa isi paling penting filem ni iaitu aksinya. Melalui filem ni, aksi aksi dalam filem ni menjangkau imaginasi. Ternyata, dengan bajet yang besar, KL Gangster 2 berjaya memberikan aksi yang benar benar dirasakan seperti menonton sebuah filem luar negara. Sebuah kontena dijauhkan, dua kereta diletupkan, malah sebuah kereta polis diterbalikkan. Lagi gempak, kereta juga dijatuhkan dari parking atas bumbung! Malah, Samsul memberikan fighting scene yang sangat baik. Adegan Malik dan Jai lawan Tai Long antara fighting scene paling panjang dan giler babi best! Terbaik dengan sekuen tembak tembak yang ohsem dan gila punya kepuasan. Syamsul Yusof di posisi Shark bukan lagi kanak kanak kecil lagi. Lakonannya sangat bertambah baik sekaligus membentuk sisi Shark yang sangat awesome. Walaupun Aaron Aziz sebagaiy Malik dan Zizan yang menyerlah, Shark nampak lebih baik dari filem pertama. Dan yang paling gangster antara gangster, of couselah Rosyam Nor sebagai Tai Long. Watak ini satu sengat yang sangat kuat bisanya. Aku puji paparan kekejaman Tai Long. Gempak! Visual KL Gangster 2 sangat internasional. Pembukaannya yang mana dilatari dengan voice over Malik sangat menaikkan bulu roma. Aku rasa aku bukan tonton sebuah filem Malaysia, tetapi sebuah filem buatan luar yang sangat kemas editingnya, dan paling penting, paling gempak muziknya. Muzik latar yang sangat membantu, editing yang gempak, serta pembukaan dan penutup yang bagus memberikan KL Gangster 2 filem gangster yang sangat berbeza. Sisi negatif, keterujaan Syamsul untuk memberi aksi menyebabkan aksinya sedikit kurang kemas. Jag air yang nampak sangat dilekat pada meja hanya untuk dipecahkan sangat potong stim! Beberapa kontinuiti problem dikesan juga. Malah, tindakan Syamsul yang memberikan ruang untuk aksi berlaku sebelum babak tersebut benar benar established membuatkan penonton terkejar kejar untuk ambil emosi. Aku kurang suka itu terjadi ketika babak samseng datang kacau mak Malik. Tak sampai berapa minit babak tersebut dah bergaduh. Terlalu pantas.&#160ada aku, KL Gangster 2 ada kepuasan adrenalin yang sangat tinggi. Elemen yang paling penting dan membuatkan filem ini berjaya sudah tentunya elemen kekeluargaan yang sangat kental. Malik dan Jai memberikan persembahan yang sangat bagus untuk menarik penonton terbuai dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan. Mixture aksi, sedih, mesej dan kehidupan adalah campuran yang sangat gempak untuk filem ni. Aku teruja dengan filem ni. Kurang lebih, filem ni sempurna sebagai sebuah filem Malaysia. Bergenre aksi, KL Gangster 2 antara filem aksi yang mungkin akan diingati untuk masa yang lama kerana pertama, disebabkan apa yang Syamsul berikan dan yang kedua, kontroversi bocornya filem ni. Apa yang Syamsul Yusof letakkan dalam filem ni ialah semangatnya untuk membuktikan yang filem Malaysia boleh pergi jauh. KL Gangster 2 best sebagai ‘popcorn movie’. Terbaik selamanya, sebuah filem Malaysia yang sempurna! Kalau orang luar tonton maa, wa tarak malu lah sama ini filem! Syamsul Yusof sudah membuktikan dan dia adalah "Michael Bay Malaysia". Penonton sukakan arahannya walaupun masih ada aura bapanya dalam arahannya (tak macam adiknya yang sangat jauh bezanya gaya pengarahannya). Rasanya, sudah tiba masanya untuk bawa KL Gangster ke hadapan. Mungkin boleh buka peluang untuk para peminat KL Gangster untuk pitch idea bagaimana filem ni boleh dibawa ke depan tanpa menghilangkan momentum filem asal, kan? 4.8/5 BINTANG*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 02:57 PM | Show all posts
Bomoh ke ape ke janji lepas habis keje member ofis smua nak tengok kat alamanda.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:04 PM | Show all posts
haruz la untong bertingkek2 uols..
pawagam cina india pun pakat amik cite nih..
slalu pawagan india kat umah ai tu tayg cite tamil sajok..
tp alih2 da ade kl gangster nih..
mahunye tak untong juta2 khennnn..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:07 PM | Show all posts
ai pun dpt gak cd leak tu..ade org kasi..
ade gak org tu juai 1 hengget sajok dvd tu..
tp xhadap plak ai nak tgk..
cadangnye nak gak la tgk kat wayang..
tp anak ai tu kecik amat lagik..
baru 3thn..kang abis sume dialong kl gangster dia hafal..
tu yg takut tu..serammmm mehhhh..
masih berkira2 gak samada nak tgk atau tak cite nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:08 PM | Show all posts
Aku tgk kl2 bukan pasai nak tgk sgt..in fact tak minat oun citer lawan2 ni...

Tp sbb aku nak support si sol ni..kiri kanan dpn belakang dia kene smash...ramai sgt dok dengki dgn dia...

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:09 PM | Show all posts
cumenyer aku tengok syamsul nie mudahhhh la sangat patah semangat dan give up...... patut die kena yakin kalau citer best org tetap akan gi ke panggung....

kadang2 cara dier mcm underestimate org melayu kita jer.... huhuhu kita ttp akan tgk ke panggung kalau citer best... lain la kalau citer hancusss...... huhuhuhu cetak rompak pun org tak nak beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 03:10 PM | Show all posts
tahniah sol..aku support ko..harap2 kalau x dpt puluh juta pon, dpt balik modal ko ok..sian ko...buat hasil cemerlang, tp ade manusia dengki..hati kaudu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 03:19 PM | Show all posts
schababe posted on 8-10-2013 03:07 PM
ai pun dpt gak cd leak tu..ade org kasi..
ade gak org tu juai 1 hengget sajok dvd tu..
tp xhadap p ...

tinggal sajork anak mu itu, hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 04:57 PM | Show all posts
salimrock posted on 8-10-2013 01:18 PM
paling hina bila ada org sanggup cetak rompak kan filem yg belum ditayangkan...

yg jual cd cetak rompak ni mmg cam **** 2-3 bulan sudah aku ker penang...aku gi ropewalk...penjual cd tu siap bawak cd tu kl gangster 2 sambil jerit jerit cam jual durian murah....sorry ler aku nak beli...walaupun yg jual tu sah sah org melayu....

aku x faham camner boleh leak...ni semua kerja org dalam...aku pasti shamsul ngan yusof haslam kenal siapa org tu....jgn ingat ko akan terlepas.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 05:11 PM | Show all posts
ni buat filem lawak2 bodoh dapat 3 juta...tak membina langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063358 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list