CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarulnazmi

(TAKZIAH) Kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan: pg 10

[Copy link]
Post time 1-6-2013 04:59 PM | Show all posts
semantara belum kawen menyeksi lah dolo.. nnt dh kahwin kan dh kena litup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2013 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd posted on 14-2-2013 12:42 PM
tingat kat gosip lama si babamyra..
tak silap ada citer


Kang ada pulak kejadian sang isteri meratap hiba di malam pertama.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 05:59 PM | Show all posts
Betol2 dapat hidayah.....cantik manis lagik hidayahnye.amin
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 11:16 AM | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 02:58 PM | Show all posts
Hari ahad ni Pierre Andre kahwin...semoga kekal ke anok cucu..




Pelakon dan pengarah filem Pierre Andre teruja dan berdebar untuk menempuhi alam perkahwinan bersama seorang model yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia bersyukur kerana salah satu impiannya untuk bergelar suami akhirnya terlaksana.

“Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut.

“Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Dewi Lasak, di sini, Khamis.

Pierre akan bergelar suami kepada Siti Nurhidayah Hashim dalam satu majlis akad nikah Ahad ini yang akan diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari.

Tambahnya, majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan secara sederhana dan hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.

Bagaimanapun kata Piere pihaknya masih belum menetapkan tariknya lagi.

“Majlis resepsi sebelah perempuan mungkin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti manakala sebelah saya pula tidak dapat dipastikan. Yang pasti ia akan dibuat secara tertutup untuk keluarga sahaja,” ujarnya.
Pierre yang mengenali Siti Nurhidayah sejak dua tahun lalu mengakui wanita tersebut mempunyai ciri-ciri isteri yang diidamkannya.

“Ketika jumpa dia, saya tidak beberapa yakin untuk ada hubungan kerana dia seorang model sudah tentu kehidupan berbeza.

“Tapi bila saya kenal keluarganya, saya tahu dia seorang wanita yang terdidik kerana keluarganya guru.

“Dia juga seorang yang tidak cerewet dan sentiasa bersederhana,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia akan menjemput bekas teman wanitanya iaitu pelakon Yana Samsudin, Pierre berkata, soal jemputan diserahkan kepada keluarga.

“Insya-Allah kita akan jemput tapi saya serah kepada pihak keluarga tentang urusan jemputan. Lagipun saya kena juga ambil pandangan dan jaga hati bakal isteri saya,” katanya.

Bercakap tentang drama aksi pertama arahannya, Dewi Lasak, Pierre berkata, cabaran utama adalah membentuk pelakon-pelakon baharu bagi menghidupkan adegan pertarungan.

“Inta Ladyana tidak ada masalah kerana dia sudah biasa watak aksi tapi pelakon lain semuanya masih baru.

“Saya kena cari keserasian dan beri mereka benar-benar menghayati watak serta berlatih seni mempertahankan diri,” katanya.

Drama bersiri 13 episod ini bakal ditayangkan di TV3 bermula 26 Jun ini, pukul 9 malam.

Ia memaparkan aksi-aksi pertarungan dengan diselitkan unsur-unsur kekeluargaan, cinta dan komedi.

Selain Intan Ladyana, drama ini turut dibintangi Bella Dewi, Atikah Suhaime dan Azwan Kombos.

- mStar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 03:00 PM | Show all posts
momod mohon update tajuk. TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2013 03:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 03:31 PM | Show all posts
nk kawen dh mamat ckp slang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 04:02 PM | Show all posts
cantik tunang
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 04:37 PM | Show all posts
lor igtkan tunangnye setazah..skali.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 07:45 PM | Show all posts
Mizlyn posted on 21-6-2013 03:08 PM

ko press eh?

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 12:54 PM | Show all posts
tgok melodi tadi, kawen hari ni pierre ni, takde gambar2 exclusive ke?? mak iolss kate khatijah tan pakai tudung nampak lebih muda.. hehe.. ak lak baru la tau die ada adik yg muka sebijik mcm die, mikail andre tu, berlakon dlm filem arahan die.. apa tah tajuk nye..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:40 PM | Show all posts
Sekali Lafaz Sah Pierre Andre & Nurhidayah Suami Isteri

Hanya dengan sekali lafaz kini sah pelakon dan juga pengarah yang popular iaitu Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 dan juga pasanganya Siti Nur Hidayah Hashim atau pun lebih dikenali sebagai Yaya telah selamat diijab kabulkan pada jam 1.30 pm bertempat di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.



Majlis yang dihadiri seramai 250 tetamu jemputan terdiri daripada kalangan kaum keluarga kedua belah.

Ujar Pierre “Saya rasa berdebar menjelang majlis akad nikah ini. Saya sanggup tak makan nasi lebih daripada sebulan semata-mata mahu menjaga bentuk badan saya. Saya juga rasa seronok dan tak sabar nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini memang impian saya sejak dari dulu dan tidak lama lagi, cita-cita saya ini akhirnya tercapai.



“Alhamdulillah, segala persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kami akan mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan selepas Aidillfitri. Bagi majlis pihak lelaki pula, kami akan buat lebih privasi lagi di mana ia hanya untuk ahli keluarga sahaja.”



Credits: buahmulut.com
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:47 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:48 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2013 02:53 PM | Show all posts
Pierre Andre Selamat Nikahi Model @thisispierre
         
Sunday, 23 June 2013 14:12  




Selepas empat bulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan pengarah Pierre Andre akhirnya sah bergelar suami kepada model Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dengan sekali lafaz, tepat jam 2.06 petang tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang.

Pemilik nama sebenar, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, telah dinikahkan oleh Ybhg. Ustaz Zuhdi Razali.  

Nurhidayah atau lebih mesra dengan panggilan Yaya menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Pierre menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Pierre yang juga merupakan anak sulung kepada dramatis terkenal, Khatijah Tan, memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.

Sebagai balasan, Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Pengarah filem I'm Not Single itu segak berbaju Melayu dan Nurhidayah anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan  dan para wakil media.

Pierre dan Yaya telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Yaya, Taman Sri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru selepas berkenalan selama dua tahun. Pasangan ini mula berkenalan menerusi laman sosial Facebook.

Sebelum ini Pierre pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Yana Samsuddin namun ikatan cinta mereka tidak bertahan lama.

Menurut Pierre majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun tarikh dan tempat masih belum ditentukan.



Credits: malaysiandigest.com
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 03:04 PM | Show all posts


malaysiandigest
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045175 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list