CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 19-3-2012 11:43 PM | Show all posts
Dia masuk ke dalam rumah sambil mulutnya membebel-bebel. Geram kerana diketawakan Idlan masih menebal dalam diri. Namun entah kenapa kata-kata Idlan padanya sebentar tadi membuatkan hatinya bergetar entah kenapa. Cemburu? Cemburukah aku padanya? Ah! Tak mungkin! Orked menggeleng-geleng kepala, enggan terus melayan emosi yang sedikit terganggu diserkap kata-kata Idlan terhadapnya.
        Ising kek yang comot di mulutnya juga dikesat-kesat dengan hujung jari. Tak semena-mena Idlan menolak kek tersebut masuk ke dalam mulutnya. Mulanya dia enggan mahu menyentuh kek harijadi Idlan, tapi Idlan lebih pintar memaksanya sehingga dia tidak berupaya menolak suapan kek tersebut. Dari jauh Maira dan suaminya Rizal asyik tersenyum-senyum memerhatikan mereka. Mak Tun ikut menyaksikan adegan lucu itu sambil ketawa kecil. Malu dengan situasi tersebut, cepat-cepat dia angkat kaki masuk ke dalam rumah.
        Ketika dia mahu menghela langkah ke arah dapur, telinganya tiba-tiba menangkap bunyi deringan telefon. Orked mengerutkan dahinya lantas tercari-cari. Siapa punya telefon ni? Beberapa saat kemudian, matanya sudah dapat mengesan sebuah telefon bimbit terletak di atas meja kopi di ruang tamu. Dia segera mengutip telefon tersebut. Ini telefon Idlan! Bisik hati kecil Orked. Dia mengecam telefon itu kerana sudah beberapa kali Idlan menggunakannya di hadapannya.
        Matanya terus sahaja menuju ke monitor telefon yang sedang memaparkan suatu nama. Nadya! Dahi Orked terus berkerut. Nama itu asing baginya. Siapa Nadya? Teman wanitanyakah?
        Gagang di tangannya tiba-tiba disentap seseorang. Serentak jua, deringan telefon itu terus berhenti. Orked mengalihkan pandangan. Terpacak di hadapannya Anna dengan wajah masam mencuka.
        “Kau nak apa?” Soal Orked acuh tak acuh.
        “Aku nak kau jauhkan diri kau dari abang Id. Aku tahu kau dan abang Id bukan adik beradik betul pun, so stay away from him.” Getus Anna dengan suara meninggi.
        Amaran gadis itu membuatkan Orked ketawa besar. Mak oii, macamlah aku takut dengar amaran tahap amatur tu. Dia merenung tajam wajah Anna yang cemberut. Memerhatikan  dengan teliti raut wajah gadis itu yang suka bermekap tebal dengan rambut sedikit ikal mayang yang diwarnakan sedikit coklat di hujungnya. Macam badut sarkas! Hati Orked terus menggerutu.
        “Yang kau ni mengada-ngada sangat kenapa? Kau ingat Idlan tu sukakan kau ke kalau aku tak ada? Well jangan harap.”
        Mata Anna terbeliak mendengar sindirannya. Merah padam wajah itu menahan marah.
        “Kalau aku tak duduk sini pun, aku boleh jumpa dia hari-hari di rumah. Kau lupa ke mak dia dengan ayah aku dah kahwin, so secara tak langsung, hubungan aku dengan dia lebih rapat dari hubungan kau dengan dia.” Getus Orked lagi sengaja mahu memprovok.
        “Gosh, kau memang tak tau malu.” Bentak Anna.
        “Gosh, kau memang tak tau malu.” Ajuk Orked dengan sengaja.
        Berang dengan ajukan Orked, Anna terus meluru ke arah gadis itu. Kedua-duanya jatuh ke arah sofa. Rambut Orked ditarik kasar. Orked menjerit kesakitan, lalu cuba menolak tubuh Anna yang menghimpitnya. Tak cukup dengan itu, wajah Orked ditampar beberapa kali. Orked sedaya upaya cuba mempertahankan dirinya. Dia menendang tubuh Anna sehingga gadis itu terjatuh ke belakang lalu melanggar bucu almari.
        “Astaghfirullahalazim, apa yang tak kena dengan kamu berdua ni?” Suara Pak Man singgah mengejutkan kedua-dua gadis itu. Orked terpanar. Di muka pintu kelihatan wajah Pak Man dan yang lain-lain tercengang memerhatikan ke arahnya dan Anna yang tiba-tiba menangis agak kuat. Dari belakang Pak Man, muncul kelibat Idlan yang turut tergaman melihat apa yang sudah berlaku.
        Melihat kehadiran Idlan, Anna tiba-tiba meluru ke arah lelaki itu dengan esakan dan aimata.
        “Abang Id, tengoklah apa yang Orked dah buat pada Anna. Dia pukul Anna, Abang Id.” Adu Anna. Orked mengeluh panjang. Budak ni memang pandai bermuka-muka! Patutnya aku tampar sahaja muka tak tau malu itu! Getus Orked sebal.
        Mata Idlan beralih arah. Menatap ke arah Orked dengan wajah yang sukar ditafsir. Orked membalas tatapan itu dengan wajah tenang. Dia tahu tidak ada gunanya dia membela dirinya jika ruang untuk membela diri seakan tertutup terus melihat renungan lelaki itu terhadapnya. Baru sebentar mereka berbaik-baik, kini segalanya musnah dalam sekelip mata. Malah setiap pasang mata kini merenung ke arahnya bagaikan dia objek prasejarah yang bakal dilupuskan.
        “Orked, betul ke Anna kata tu? Betul ke Orked pukul dia?” Soal Idlan dengan wajah serius. Orked tersenyum sinis. Cakap apapun tak guna! Tuduhlah apa sahaja! Orked sudah nekad untuk hanya berdiam diri.
        Melihat gadis itu acuh tak acuh memandangnya, tumpuan Idlan beralih ke arah Anna pula di sampingnya.
        “Betul Orked pukul Anna?” Soal Idlan lagi.
        Anna mengangguk pantas sambil memeluk tubuh, bagaikan baru sahaja mengalami trauma pahit. Idlan memandang kedua-dua gadis itu silih berganti.
        “Takkan abang Id tak percaya, memang perempuan tu pukul Anna. Dia marah-marah sebab Anna rapat dengan abang Id. Tengok lengan Anna ni lebam-lebam.” Ujar Anna sambil menunjukkan lengannya yang kemerah-merahan pada Idlan. Idlan merenung lengan anak gadis itu sambil mengerutkan dahinya. Ada sesuatu melekat di lengan itu. Sejurus mata Idlan berlari pula ke wajah Orked. Pipi Orked yang kemerah-merahan turut ditatap teliti. Idlan menarik nafas panjang. Masya Allah! Orked! Bisik Idlan kesal.
        “Anna, selama ini  abang memang layan Anna dengan baik. Abang anggap Anna macam adik abang sendiri. Tapi abang tak sangka yang Anna sanggup berbohong pada abang.” Getus Idlan seraya merenung gadis di sampingnya.
        Wajah Anna berubah. Kata-kata Idlan membuatkan semua orang kini menumpukan perhatian kepada lelaki itu tidak terkecuali Orked sendiri.
        Anak mata Idlan kembali ke wajah Orked. Wajahnya kelihatan serius. “Abang tak sangka Orked begini. Orang buat begini pada Orked, tapi Orked nak biarkan sahaja? Kalau orang fitnah Orked, just stand up for yourself. Claim what is right for you. Bukan berdiam diri macam ni, dengar apa sahaja tuduhan orang pada Orked.” Marah Idlan.
        Orked terkedu. Dia tidak mengerti maksud Idlan, juga tidak memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku. Sangkanya Idlan mahu memarahinya kerana memukul Anna. Tapi sebaliknya pula kelihatan berlaku.
        “Anna, abang tahu Anna fitnah Orked. Kalau betullah Orked yang pukul Anna, sepatutnya kecederaan Anna lebih teruk dari Orked. Tapi kenapa muka Orked yang lebam-lebam seperti kena tempeleng?” Soal Idlan seraya merenung tajam ke arah gadis itu.
        Orked terpempan. Serentak baru dia menyedari kesan perit yang berbahang di pipinya angkara Anna yang menamparnya berkali-kali sebentar tadi.
        Wajah Anna pucat lesi. Dia tidak sangka tembelangnya boleh pecat sepantas ini. Dia mulai gelisah dan tidak senang duduk apabila setiap pasang mata mula beralih memandangnya dengan penuh tanda tanya.
        “Abang, Anna….”
        “Dan lagi satu, ada beberapa helai rambut di lengan Anna. Rambut Anna panjang, tidak seperti rambut Orked. Jadi abang rasa Anna yang mulakan pertengkaran, tampar Orked dan tarik rambut Orked kan? Lepas tu Anna berpura-pura seolah-olah Anna mangsa di sini untuk mengelabui mata kami. Itu sebenarnya yang berlaku kan?” Tekan Idlan.
        Mak Tun dan Pak Man saling berpandangan. Maira dan suaminya Rizal sudah menggeleng-gelengkan kepala. Ira dan yang lain-lain turut kesal mendengar kata-kata Idlan. Hanya Orked sahaja yang terlongo. Dia tidak kisah langsun dengan situasi yang berlaku, namun dia masih tidak percaya melihat Idlan sedang mempertahankan dirinya. Betulkah lelaki itu mempercayainya kali ini?
        Anna tiba-tiba menangis lebat. Kesal menjemput diri kerana penipuannya terbongkar di hadapan lelaki yang disukainya. Malunya menebal kali ini kerana semua orang menganggap dia bersalah. Ira segera menuju ke arahnya lalu memujuknya.
        Keluhan Idlan meniti keluar. Apabila dia mengalihkan pandangan, matanya bersapa pandang dengan Orked yang sedang memerhatikannya. Pandangan gadis itu dibalas dengan senyuman. Dan entah kenapa dia melihat ada sekelumit senyuman singgah di bibir gadis itu untuknya. Hati Idlan terhibur. Manis senyuman itu bagaikan memberi petanda permulaan baru buat mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 09:05 AM | Show all posts
akhirnya ada pun n3...thanks...
nak IDLAN ngan ORKED leh x...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 11:25 AM | Show all posts
berbaloi 2gu....
arap2 la jgn la ilang lme sgt ag...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 06:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 22-3-2012 14:52

PAGI itu juga Anna dan kawan-kawannya keluar dari chalet itu. Idlan dan yang lain-lain memahami kemungkinan besar gadis itu malu dengan perlakuannya, jadi dia tidak ambil kisah. Peristiwa itu masih diperbualkan oleh Mak Tun, Pak Man, Maira dan Rizal di meja makan pagi itu. Rata-rata merasa kesal buat Orked yang nyaris-nyaris dianiayai Anna. Jika bukan kerana Idlan, mana mungkin semuanya selesai secara aman begini.
        “Selamat pagi Idlan.” Sapa Rizal dan Maira serentak apabila melihat Idlan keluar dari biliknya dengan berpakaian joging.
        Idlan menoleh lantas melemparkan senyuman buat semua orang di meja makan. “Selamat pagi Kak Maira, abang Rizal.” Sapa Idlan pula. Melihat Mak Tun dan Pak Man, Idlan turut mengucapkan hal yang sama.
        “Nak joging ke?” Tanya Rizal ingin tahu.
        “Ya abang Rizal, Id nak joging kat laluan sebelah tepi tasik tu. Kenapa? Abang Rizal nak ikut ke?”
        “Tak boleh Id, abang dan kak Maira kamu nak bawa anak-anak keluar berjalan sekejap lagi. Mungkin kami nak ke pekan beli sedikit barang.” Ujar Rizal tersengih.
        “Tak apalah kalau macam tu. Id joging seorang diri saja.” Idlan ketawa kecil lalu menarik kerusi dan duduk di sebelah Pak Man yang sedang enak mengunyah nasi goreng. Mak Tun segera menyenduk nasi goreng ke pinggan Idlan.
        “Terima kasih Mak Tun.” Idlan tersenyum.
        “Orked belum bangun?” Tanya Mak Tun.
        Idlan memerhatikan di sekelilingnya. Baru dia perasan anak gadis itu tidak ada di meja makan.
        “Dia belum makan lagi?” Soal Idlan pula.        
        Serentak setiap orang di meja makan menggelengkan kepala. Idlan menarik nafas panjang. Dia menolak kerusi lalu bingkas bangun. Tempat yang ditujuinya ialah kamar Orked. Daun pintu lantas diketuk bertalu-talu sambil berteriak memanggil anak gadis itu. Namun tidak ada balasan diterimanya. Idlan mula disapa rasa hairan. Nekad dia memulas tombol pintu di hadapannya lalu menguak daun pintu. Sejurus apabila matanya beredar ke dalam, dia jadi bingung. Ternyata Orked tidak ada di dalam biliknya!
*  *  *  *
        Suasana di tempat itu sungguh mendamaikan. Sejak dia datang ke situ, dia tidak pernah bersiar-siar sejauh kakinya melangkah kali ini. Selalunya dia hanya pergi setakat melewati tasik itu sahaja. Tapi kali ini entah kenapa dia membulatkan tekad untuk berjalan lebih jauh. Menurut cerita Mak Tun yang diperdengarkan kepada Maira dan Rizal beberapa hari yang lalu, kawasan persendirian yang dimiliki oleh ayah Idlan, bukan sekadar rumah dan kawasan tasik itu, tapi juga sehingga ke pekan terdekat. Hatinya sedikit sebanyak kagum dengan Idlan yang mewarisi harta-harta ayahnya, tapi tidak lokek dan sombong. Ya, mungkin dari dulu lagi sikap lelaki itu begitu. Hanya dia yang enggan menerima keluhuran hati lelaki itu, sekaligus mempamerkan kedegilannya sendiri.
        Mengenangkan Idlan dan apa yang telah dilakukan lelaki itu terhadapnya, Orked tersenyum sendiri. Ada rasa riang dan gembira rentetan peristiwa malam semalam yang sungguh bermakna buat dirinya. Untuk pertama kali dia merasa dirinya dihargai. Idlan tidak membabi buta memarahinya ekoran tuduhan Anna yang sengaja mahu menganiayanya, sebaliknya lelaki itu menyelamatkannya pula.
        Dalam leka tersenyum sendiri, dia tidak sedar kakinya menapak ke tengah jalan, sekaligus cuping telinganya mendengar bunyi hon dari arah hadapan. Orked terkejut besar, lantas cepat-cepat meminggir ke tepi. Sebuah kereta bercermin hitam melewatinya. Orked mengerutkan dahinya. Kereta itu menuju ke arah chalet Idlan. Siapa agaknya? Hatinya tertanya-tanya.
        Ah barangkali mereka tu penginap yang sudah menempah chalet Idlan dan mahu menghayati keindahan di tempat ini. Hati kecil Orked berbisik. Dia segera meneruskan langkahnya, mahu berjalan-jalan di sekitar tempat itu puas-puas!
        Sebuah gerai menjual buah-buahan segar dan bunga-bungaan di tepi jalan menarik minatnya untuk singgah. Orked ralit memerhatikan bunga-bunga kekwa, ros dan orked yang dijual di gerai milik seorang wanita bersama anak lelakinya berusia dalam belasan tahun.
        Wanita itu sekadar tersenyum memandang ke arahnya. Dia turut melemparkan senyuman yang jarang-jarang dihadiahkan kepada orang lain. Kalau dulu jangan katakan hendak tersenyum, ketawa pun jauh sekali. Tapi entah kenapa, kali ini dia bermurah hati melempar senyum, mungkin badi ‘malam semalam’ masih melekat di hatinya.
        “Adik ni bukan penduduk sini kan?” Tegur wanita itu.
        Dia mengangguk. “Bukan kak, saya cuma datang bercuti. Saya tinggal di vila di atas bukit tu.” Dia menunjukkan ke suatu arah, meskipun dia sudah sedia maklum, tidak mungkin mereka di tempat itu tidak kenal dengan chalet kepunyaan ayah Idlan.
        “Oh vila Tuan Ikhmal….” Suara wanita itu meletus.
        “Tuan Ikhmal?” Dahi Orked berkerut.
        Wanita itu sekadar mengangguk. “Orangnya dah lama meninggal dunia. Dapat serangan jantung kalau tak salah. Tapi orangnya baik dan murah hati. Walaupun Tuan Ikhmal tu kaya raya tapi dia tak lokek dengan penduduk-penduduk di sini. Apa sahaja kenduri-kendara, pasti dia akan datang membantu.” Cerita wanita itu tanpa dipinta.
        Orked terdiam sejenak. Dia tidak pernah mendengar nama itu, tapi dia pasti itu nama ayah Idlan. Dia sendiri tidak pernah bertanyakan nama penuh Idlan.
        “Anaknya pun baik hati macam arwah ayahnya. Idlan tu mesra dengan sesiapa sahaja. Adik tentu kenal dengan Idlan kan?”
        Orked terpisat-pisat. Tidak pasti apakah dia harus menjawab pertanyaan  wanita itu atau, haruskah dia memberitahu wanita itu hubungan antara dia dan Idlan?
        “Err kak, bunga orkid ni kakak jual berapa?” Soal Orked sengaja mengubah tajuk perbualan. Matanya sengaja dilarikan ke arah sepohon orkid liar berwarna merah hati yang sedang kembang mekar di dalam pasu gantung di hadapannya.
        “Oh yang ini murah aje dik. Kalau adik nak, kakak jual RM15 je sebuah pasu.” Ujar wanita itu.
        “RM15? Murahnya kak.” Orked mula tertarik. Bunga orkid merah itu terus dihidu penuh asyik. Hmm..wangi, bisik hati kecilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 08:40 PM | Show all posts
ni anita aruszi ek???
baru baca update dekat blog td...
nice story...
keep it up ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 02:50 PM | Show all posts
Ketika dia sampai ke kawasan rumah itu, matanya dengan lekas terpandang sebuah kereta yang tidak dikenali diletakkan di laman chalet itu. Wajah Orked segera membangkitkan rasa hairan. Cermin gelap pada kereta BMW berwarna hitam metalik itulah yang nyaris-nyaris melanggarnya sebentar tadi. Siapa pemilik kereta itu sebenarnya? Takkan ayah! Hati kecil Orked mula merasa tidak senang. Dia benar-benar risau jika benar ayahnya datang ke tempat itu mahu menemuinya.
        Dia jadi ragu-ragu mahu meneruskan langkah. Bimbang apa yang disyakinya menjadi kenyataan. Mungkin ada baiknya jika dia tidak masuk ke dalam. Tetapi baharu sahaja hendak melangkah pergi, matanya tiba-tiba terpandang kelibat Idlan yang baru masuk ke dalam pintu pagar. Lelaki itu terhenti ketika melihatnya.
        “Orked? Kenapa ni?” soal Idlan seraya mengerutkan dahi. Hairan melihat gadis itu termangu-mangu di hadapan rumah.
        Orked menggeleng. Suaranya tidak mampu keluar. Mata Idlan beralih arah, kini tertumpu pada sebuah kereta BMW berwarna hitam metalik yang diparkir bersebelahan dengan kereta miliknya sendiri.
        “Siapa yang datang?” Tanya Idlan hairan. Sekali lagi dia mengharapkan Orked bersuara, namun gadis itu seperti panik. Setahunya, tidak ada tempahan baru dari orang yang ingin menginap di chaletnya. Dia segera menghampiri gadis itu lalu menarik tangan Orked, menghela si gadis untuk sama-sama melangkah masuk ke dalam. Tetamu yang baharu sampai itu ingin disemuka.
        Dengan berat hati, Orked menurut bersama debaran di dada.
        Ketika mereka melangkah ke arah ruang tamu, dua kelibat tubuh yang asing muncul di hadapan mata. Orked tergaman melihat seorang gadis cantik dan seorang lelaki separuh umur sedang bercakap-cakap dengan Pak Man dan Mak Tun. Dia tidak kenal kedua-duanya, namun dia lega bukan ayahnya yang datang ke situ. Ketika dia berpaling ke arah Idlan, dilihatnya wajah Idlan berubah. Muka lelaki itu pucat lesi. Dia perasan anak mata Idlan sedang mengarah ke wajah seorang gadis yang berada di ruang tamu. Gadis itu berpaling lalu segera bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya dan berlari ke arah Idlan. Tubuh Idlan segera dirangkul kemas.
        Melihat situasi itu Orked tercengang. Siapa gadis yang memeluk Idlan itu? Hatinya penuh dengan tanda tanya.
        “Where have you been Id? I’m missed you so much.” Bisikan gadis itu jelas terdengar di telinga Orked.
        “Kenapa Id pergi macam tu aje? Kenapa Id sampai hati tinggalkan Nad macam ni?” Suara gadis itu kian sebak.
        Orked tercegat seperti patung. Keliru dan sekaligus cemburu dengan apa yang didengarinya. Bunyinya seperti gadis itu teman wanita Idlan. Tiba-tiba dia teringat pada nama Nadya yang terpapar pada skrin telefon Idlan. Mungkinkah itu Nadya yang menelefon lelaki itu tempohari?
        Idlan segera meleraikan tangan Nadya di bahunya. Dia juga merenggangkan jarak mereka. Apatah lagi dia segan dengan Mak Tun dan Pak Man yang sedang memerhatikan mereka.
        “Bila Nad sampai dari London?” Soal Idlan dengan suara mendatar.
        “Dua hari lepas. Nad yang minta papa hantar Nad ke sini jumpa Id. Nad mahukan penjelasan Id. Apa semua ini?” Ujar Nadya bingung.
        Idlan tidak menjawab. Matanya kini beralih arah. Memandang lelaki di samping Pak Man.
        “Uncle…” sapa Idlan seraya tunduk hormat pada Tuan Rustam, ayah Nadya.
        “Nad telefon uncle beritahu fasal Id? Kenapa tiba-tiba sahaja balik ke Malaysia dan tangguhkan pengajian Id kat sana? Kan tinggal setahun lagi?” Soal Tuan Rustam.
        Idlan tunduk. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ada banyak benda berlegar di kepalanya. Dan saat ini dia tidak ingin mengingatkan sebarang perkara yang menyakitkan.
        “Maaf uncle. Sebab Id, uncle dan Nad bersusah payah datang ke sini. Tapi Id ada alasan Id sendiri. Tolong jangan tanya apa-apa.”
        “Sampai hati Id buat Nad macam ni. Nad cintakan Id sepenuh hati Nad. Tapi tiba-tiba sahaja Id tinggalkan Nad. Mesti ada sesuatu yang buat Id pergi macam tu aje.” Duga Nadya. Sebolehnya dia mahu Idlan berterus terang.
        “Nad. Id rasa kita patut putuskan hubungan kita.” Ujar Idlan dengan berat hati. Seperti yang diduga, wajah Nadya berubah. Pucat lesi bagaikan baru bertemu hantu. Yang nyata, kata-kata Idlan sukar mahu dipercayai.
        “Dahulu Id memang sayangkan Nad. Tapi sekarang perasaan ini sudah berubah. Id tak boleh paksa diri Id untuk terus bersama Nad dan menyakitkan hati Nad seperti ini. I need a space. A space from you.”
        Pang! Pipi Idlan pijar. Tamparan Nadya diterima dengan hati tenang. Dia faham sesiapa sahaja pasti akan bertindak seperti Nadya bila mendengar ayat-ayat kejam yang dipertuturkannya.
        Kejadian itu mengejutkan Tuan Rustam, Pak Man dan Mak Tun sendiri. Tidak terkecuali Orked yang sedang bingung dengan drama sebabak yang berlaku di hadapan matanya.
        Perlahan-lahan Idlan mengangkat wajah lalu merenung wajah Nadya di hadapannya. Kelopak mata gadis itu basah dengan airmata.
        “How could you…” bisik Nadya pilu.
        “Maaf…ini jalan yang terbaik untuk kita berdua Nad.” Ujar Idlan.
        “Kenapa? Sebab hati Id sudah ada orang lain? Begitu?” Tuduh Nadya.
        Idlan hanya mampu diam.
        Mata Nadya tiba-tiba berpaling ke arah Orked yang sejak tadi berdiri di belakang Idlan. Dia memandang gadis itu dari atas ke bawah. Pandangannya tajam penuh menyelidik.
        “Siapa dia tu? Itu ke kekasih baru Id? Sebab dia Id tinggalkan Nad kan?” Nadya membuat kesimpulan melulu tanpa berfikir panjang. Ketika emosi sedang bergelodak, apa-apa sahaja boleh keluar dari mulut tanpa kerelaan.
        Idlan menoleh lalu mencari wajah Orked yang bingung. Perlahan-lahan dia mendekati Orked lalu memegang tangan anak gadis itu. Sepasang matanya berlari ke wajah Orked yang sedang merenungnya bagaikan meminta penjelasan.
        “Nama dia Orked. Dia mungkin tidak secantik dan sesempurna Nad, but I do love her.” Ujar Idlan tenang.
        Mata Orked membulat. Dadanya tiba-tiba bergetar hebat mendengar ungkapan kata Idlan terhadapnya. YA ALLAH!
        “Nad dah agak. Itu sahaja sebabnya Id balik ke Malaysia tanpa beritahu Nad dan tangguhkan pengajian kan? Sebab perempuan tu, Id curang pada Nad selama ini!” Tuduh Nadya separuh menjerit. Esakannya menghiba di sekitar ruang tamu itu, memaksa Tuan Rustam meluru ke arah anaknya, cuba menenangkan perasaan Nadya.
        “Id, apa semua ni? Kita kenal bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Idlan yang uncle kenal bukan begini orangnya.” Ujar Tuan Rustam cuba masuk campur.
        Idlan tidak menjawab. Keluhannya meniti keluar.
        “Uncle bawalah Nadya balik. Antara kita semua dah berakhir. Anggaplah Id tak pernah wujud dalam hati Nad.” Bisik Idlan lalu melangkah pergi dari situ. Dia naik ke tingkat atas tanpa berpaling lagi. Meninggalkan wajah-wajah yang bingung dan tertanya-tanya.
        Orked turut mengekori pemergian lelaki itu dengan perasaan celaru. Apa sebenarnya yang berlaku antara Idlan dengan gadis yang dipanggil Nad itu? Betulkah mereka pasangan kekasih? Tapi kenapa Idlan meninggalkan gadis itu seperti yang didakwa Nadya? Selama dia mengenali Idlan, dia tidak fikir Idlan akan melakukan hal-hal seumpama itu terhadap seorang gadis. Begitulah rentak fikiran Orked ketika ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2012 03:08 PM | Show all posts
ish! meninggalkan tanda tya yg mendalam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 03:44 PM | Show all posts
tul ke si Id sukakn bdk Orked tu????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2012 09:55 PM | Show all posts
Idlan tidak keluar-keluar dari biliknya sejak peristiwa siang tadi. Kedatangan gadis itu benar-benar membuatkan suasana rumah itu sunyi sepi. Apatah lagi tanpa bunyi riuh rendah suara anak-anak pasangan Maira dan Rizal. Orked terdengar perbualan Mak Tun dan Pak Man yang membincangkan tentang Idlan. Dia sendiri tidak faham butir perbualan itu, tapi telinganya kerap mendengar nama Nadya disebut-sebut. Pasti kedua-dua orang tua itu sedang berbincang tentang gadis cantik yang merayu-rayu Idlan siang tadi.
Dia duduk meminggir di suatu sudut. Sesekali matanya mengerling ke arah bilik Idlan yang tertutup rapat. Baru sebentar tadi juga dia mendengar Mak Tun melaung mengajak anak muda itu makan malam tapi langsung tidak diendahkan Idlan. Sudahnya Mak Tun terpaksa mengalah lalu beredar dari situ. Dia perasan ada keresahan bermukim di wajah Mak Tun. Pasti wanita itu risau dengan keadaan Idlan.
“Orked..” panggilan Mak Tun mengejutkan Orked. Dia pantas menoleh, menghadap ke arah Mak Tun yang sedang memandangnya.
“Ya Mak Tun?”
“Mak Tun risaulah Orked. Orked tolonglah pujuk Idlan keluar dari bilik. Dia tak pernah macam ni sebelum ini.” Pinta Mak Tun resah seraya duduk di sampingnya.
Orked terkedu? Pujuk? Dia bukanlah orangnya yang pandai segala hal pujuk-memujuk ini. Bahkan untuk bergaul dengan orang lain juga dia tidak pandai, inikan pula mahu memujuk lelaki itu seperti kehendak Mak Tun.
“Mak Tun, perempuan yang datang tadi siapa?” Soal Orked ingin tahu. Sejak siang tadi dia menyimpan perasaan tertanya-tanya, tapi tidak ada sesiapapun yang mahu menjelaskan apa-apa padanya.
Mak Tun terdiam seketika. Barangkali sedang mencerna ayat yang sesuai untuk dipertuturkan kepadanya.
“Nadya, teman wanita Idlan. Mereka berkawan sejak kecil. Tuan Rustam, ayah Nadya tu teman baik Tuan Ikhmal ayah Idlan.” Ujar Mak Tun.
Hati Orked bergetar mendengarnya. Betul seperti apa yang diduga, gadis cantik itu memang teman wanita Idlan, tapi apa maksud pertengkaran kedua-duanya siang tadi?
“Kenapa Nadya cakap Idlan tinggalkan dia?” Tanya Orked lagi.
“Entahlah Orked, Mak Tun pun tak tahu. Selama ni mereka berdua elok aje, malah Idlan pernah cakap dengan Mak Tun dan ibunya sebelum ke London dulu yang dia hanya akan bertunang dan kahwin dengan Nadya. Mak Tun ingatkan dia balik ke sini untuk bercuti, tapi tak sangka Idlan tangguhkan pengajian dia kat sana. Mak Tun rasa ibunya si Maria tu pun tak tahu hal ni.” Keluh Mak Tun susah hati.
Orked terdiam. Ada sesuatukah yang berlaku pada lelaki itu? Kenapa Idlan berbuat seperti ini? Dia turut rungsing memikirkan soal lelaki itu.
“Dulu Idlan takkan berahsia apa-apa dengan kami. Tapi sekarang, dia dah berubah. Mak Tun takut Orked. Kami semua sayangkan dia, sama macam mak ayah kandung dia juga. Mak Tun tak sanggup tengok Idlan bersusah hati macam ni.” Mata Mak Tun berair. Orked menarik nafas panjang. Kasihan pula hatinya mendengar luahan wanita itu.
“Mak Tun, dia takkan apa-apa. Mak Tun tak payah risau.” Pujuk Orked. Malah dia yakin dengan kata hatinya yang Idlan pasti tidak akan apa-apa. Bukankah sifat luaran lelaki itu kuat selama ini?
“Mak Tun pun harap macam tu Orked. Tak apalah, Mak Tun nak ke dapur sekejap cuci pinggan mangkuk tadi. Orked nak apa-apa? Nak Mak Tun buatkan minuman?” Wanita itu memandangnya.
Orked segera menggelengkan kepala. Dia tidak mahu minum apa-apa. Dia hanya mahu duduk sendirian di situ sambil menonton televisyen. Namun sebaik ditinggalkan Mak Tun, sekali lagi dia mengerling ke arah pintu bilik Idlan yang masih terkatup rapat. Perlahan-lahan dia bingkas bangun dari sofa lalu menuju ke bilik lelaki itu. Tangannya diangkat tinggi ke muka pintu, namun ada sesuatu yang menghalangnya dari mengetuk pintu bilik lelaki itu. Ah! Lupakan sahaja. Mungkin juga Idlan sepertinya, perlukan waktu untuk bersendirian. Dia tidak jadi mahu memanggil lelaki itu lalu kembali ke ruang tamu.
Detik demi detik berjalan, mata Orked mula lali. Filem Inggeris yang menjadi tontonannya sebentar tadi mulai kabur sedikir demi sedikit. Rasa kantuk mulai menyerangnya di setiap penjuru.
Tidak lama selepas itu, suatu kelibat tubuh membuka pintu bilik lalu keluar. Derap langkahnya perlahan. Namun bunyi televisyen yang masih terpasang kuat menggamit perhatian. Idlan menoleh lalu terpandang sesusuk tubuh sedang terlena di atas sofa. Dia segera merapati tubuh tersebut. Melihat Orked sedang tersengguk-sengguk, bibirnya mula tersenyum. Sejurus kepalanya menggeleng-geleng. Kenapa tidak tidur di bilik sahaja?
Posisi tidur Orked mula berubah. Kepala anak gadis itu terkulai layu hampir rebah. Idlan cepat-cepat duduk di sisi anak gadis itu, membiarkan kepala itu terlentok di bahunya. Saat kepala itu jatuh di bahunya, tiba-tiba sahaja dia terkedu, tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukannya.
Dia menoleh. Sepasang matanya mula memerhati wajah Orked yang polos dengan kelopak mata yang terpejam rapat. Gadis itu memiliki dua ulas bibir yang indah dan sepasang kelopak mata yang bundar. Cantik! Bisik hati kecil Idlan, sekaligus merasa berdebar-debar tidak keruan. Sejak mereka bertemu dua minggu yang lalu, inikah kali pertama dia menatap wajah Orked sebegini rapat.
YA ALLAH! Idlan beristigfar beberapa kali. Dia mengalihkan pandangan dari wajah itu, mengharapkan debaran itu segera lenyap. Orked adiknya, anak tiri ibunya, maka tidak sepatutnya dia merasa seperti ini pada anak gadis itu. Ini hanya perkara biasa, malah mana-mana lelaki pasti akan merasa sepertinya bila berada dekat dengan seorang gadis. Debaran di dadanya sebentar tadi hanya sementara, ia tak bermakna apa-apa. Begitulah Idlan cuba menyakinkan dirinya.
Sekali lagi dia menoleh ke arah muka anak gadis itu yang berada di dadanya. Sesekali nafas Orked turun naik. Wajah anak gadis itu kemerah-merahan. Idlan terpegun lagi. Dia menarik nafas panjang. Kenapa dengan diriku Ya ALLAH? Aku baru sahaja membereskan hal tentang Nadya, mengapa pula perasaan ini yang KAU anugerahkan kepadaku? Dan kenapa Orked? Gadis manis yang mempunyai impian yang tak kesampaian. Gadis yang kehilangan kasih sayang ayahnya sendiri. Mengapa semua ini harus berlaku pada aku?
Idlan tiba-tiba merasa sesak nafas. Dia memegang permukaan dadanya. Wajahnya berkerut. Dia mahu beredar, tapi kepala anak gadis itu masih di bahunya. Tapi dia tidak boleh menunggu lagi, tubuh anak gadis itu segera dikalihkan menyebabkan mata Orked tiba-tiba terbuka. Terkelip-kelip mata gadis itu menatap Idlan yang juga ikut terkedu.
“Jangan tidur kat sini. Kalau nak tidur pergi tidur di bilik.” Idlan bersuara dengan wajah merah padam. Ada keringat halus di dahinya, membuatkan dahi Orked berkerut. Hairan melihat wajah lelaki itu yang seperti tidak sihat.
Idlan segera melangkah deras ke biliknya tanpa mempedulikan anak gadis itu. Daun pintu ditutup kuat. Dia meluru ke arah laci biliknya, lalu mencari-cari sesuatu dalam keadaan kelam kabut. Sebaik tangannya menemukan botol sederhana besar, dia segera membuka botol tersebut lalu menumpahkan isinya di atas meja. Sebiji pil diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut. Tubuhnya menggigil, namun  dipaksa jua tubuhnya rebah ke atas katil dengan mata terpejam rapat. Sebelah tangan pula menekap permukaan dadanya yang terasa menyengat. Dia harus bertenang dan membiarkan ubat itu mengalir ke setiap urat sarafnya. Wajah arwah ayah dan ibunya mula terbayang di ruang mata. Muncul juga wajah Nadya, gadis yang ditinggalkannya tanpa belas kasihan di London. Dan sejurus wajah Nadya berakhir, wajah Orked pula muncul menggantikan wajah Nadya. Dan semua itu hanya menambahkan perit di hatinya.
Ayah! Id tahu yang Id tidak berhak untuk meminta apa-apa pun. Tapi jika hanya ada satu perkara yang boleh Id impikan, Id hanya mahu satu sahaja. Id mahu hidup ayah! Id mahu hidup! Bisik Idlan sebak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:23 PM | Show all posts
kak anita, ada novel baru keluar tak masa pesta buku bulan depan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 23-3-2012 22:50

rasanya ada kut...ikut giliran novel tu keluar bulan 5 tapi mybe ia akan dikeluarkan agak awal utk bookfair..ikut risik2 org yg habaq kat telinga ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2012 10:49 PM | Show all posts
Ruang legar di Mount Vernon Hospital bagai sudah tidak asing. Dia menanti di sebuah ruang menunggu. Duduk di situ hampir satu jam yang lalu meskipun dia sudah bertemu dengan John Hatchback atau lebih dikenali sebagai Dr. Hatchback, lelaki Inggeris yang merawat dirinya hampir enam bulan yang lalu. Ketika itu dia dan Nadya mengalami kemalangan kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampus mereka. Kedua-dua mereka penuntut di London Southbank University dalam bidang architecture.
Kereta yang dipandunya dilanggar sebuah kereta lain di persimpangan jalan Gladstone Street. Nadya tercampak dari kereta dan terhumban ke hadapan cermin kereta yang pecah. Keadaan gadis itu agak parah, begitu juga dengan dirinya. Dia pula cedera di kepala dan tidak sedarkan diri tiga hari lamanya di katil hospital. Semua itu berlaku tanpa pengetahuan ibunya Maria. Malah tidak ada sesiapapun yang tahu apa yang sudah berlaku pada dirinya ketika itu kecuali Tuan Rustam, ayah Nadya. Dia yang meminta lelaki itu untuk merahsiakannya dari pengetahuan ibunya dengan alasan tidak mahu ibunya risau.
Dalam tempoh dirawat, dia sering menghabiskan masanya melawat Nadya yang masih tidak sedarkan diri. Hatinya benar-benar merasa bersalah kerana menyebabkan anak gadis itu cedera. Kerana kelalaiannya, Nadya menerima padah. Mujurlah Tuan Rustam tidak menyalahkannya. Kepada lelaki itu dia berjanji mahu menjaga Nadya baik-baik. Cintanya pada gadis itu akan disimpan sehingga mati. Itu janji dan tekadnya untuk terus setia. Tapi itu janji enam bulan yang lalu. Hakikatnya manusia boleh berubah. Dirinya juga boleh berubah. Dan Nadya orang pertama yang menyedarinya.
“Sejak kita accident, Id dah tak macam dulu lagi. Kenapa?” Soal gadis itu inginkan penjelasan. Dia hanya mendiamkan diri. Kata-kata Nadya antara didengar dengan tidak.
“Id semakin berubah. Apa yang tak kena Id?” Soal Nadya sedih.
Dia memandang gadis itu. Merenung sebujur sirih wajah Nadya yang pernah menawan hatinya. Sejak kecil mereka berkawan. Hubungan mereka disatukan kerana ayah-ayah mereka adalah teman sepengajian dia universiti. Dan kini dia dan Nadya juga sama-sama menuntut di universiti yang sama. Cinta? Ya, dia memang mencintai Nadya. Tapi semakin dia cuba mengelakkan diri dari gadis itu, semakin dia merasa keliru. Dia merasa bersalah pada Nadya tapi dia masih mampu hidup tanpa kehadiran gadis itu. Dia masih mampu menjauhkan dirinya dari Nadya tanpa merasa sepi dan kekosongan. Kenapa begitu?
“Id ada assignment nak siapkan. Can you leave me alone?” Dia memintanya tanpa memandang ke arah Nadya. Helaian kertas di hadapannya ditilik tanpa memberi perhatian pada kehadiran gadis itu. Menyedari kehadirannya tidak diingini, diam-diam Nadya beredar dengan linangan airmata. Sejurus gadis itu lenyap dari pandangan, barulah dia mnghamburkan keluh kesah. Rasa bersalah? Ya, dia memang merasakannya. Tapi itu sahaja jalannya untuk membuatkan Nadya pergi dari hidupnya meskipun tidak mudah untuk dia melakukannya.
Kenapa dia melakukannya? Biarlah dia sahaja yang tahu. Yang nyata, segalanya berubah selepas mereka mengalami kemalangan tempohari.
“Mr. Ikhmal?” Suara seorang wanita dengan loghat aneh singgah di pendengaran. Dia berpaling lalu bertembung pandang dengan jururawat berbadan gempal itu.
“You still here?” Tegur wanita itu sambil tersenyum ramah.
Dia menggeleng. Sempat menghadiahkan senyuman untuk jururawat yang berada di bilik Dr. Hatchback tadi sebelum bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya.
“Don’t forget to take your medicine okay?” Pesan wanita itu lagi.
Dia sekadar mengangguk lalu pergi dengan langkah lemah. Dia tahu jururawat bernama Helen itu masih mengawasi kelibatnya dari jauh. Renungan wanita itu terhadapnya jelas mengandungi simpati. Dan dia tidak mahu simpati yang sama dari wajah Nadya jika Nadya tahu tentang penyakitnya. Dia tidak ingin menerima simpati dari sesiapa pun. Tidak!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 08:35 AM | Show all posts
kuatkan semangan IDLAN demi ORKID boleh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 06:03 PM | Show all posts
Orked merenung sisa malam yang pekat dari beranda biliknya. Dari beranda itu dia melihat ke arah sebuah beranda lain. Beranda itu hak persendirian Idlan. Lampu di bilik lelaki itu masih terpasang meskipun malam semakin larut. Malam ini keadaan jadi benar-benar sunyi. Maira dan Rizal bersama anak-anak mereka khabarnya tidak balik malam ini. Jadinya dia hanya tinggal berempat bersama-sama Idlan, Mak Tun dan Pak Man.
        Sebenarnya jika difikirkan, tempat ini sebenarnya agak tenang dan indah. Suasananya juga mendamaikan. Entah sejak bila dia merasa lebih selesa di sini.  Di sini walaupun tidak ada kelab malam, shopping complex dan teman-teman rapatnya, tapi di sinilah dia menemui kembali dirinya yang pernah hilang. Di sinilah dia menemui ketenangannnya sendiri tanpa kata makian dan nista dari seorang lelaki dipanggil ayah. Dan di sinilah dia diberi peluang untuk mengenali Riyaz Idlan, anak kepada seorang wanita yang menjadi isteri ayahnya sendiri.
        Mengenangkan apa yang berlaku di ruang tamu tadi, dirinya dipintal pelbagai rasa. Ada rasa aneh menjengah dirinya saat dia membuka mata dan terpandang wajah Idlan di sampingnya. Mata lelaki itu jelas sedang menatap wajahnya. Ketika lelaki itu beredar dari situ, barulah dia menyedari dia sebenarnya sedang tertidur di ruang tamu semasa menonton filem di saluran FOX. Tapi apa yang Idlan buat di situ? Menonton televisyen bersamanyakah? Bila masanya lelaki itu keluar dari bilik? Dia nampak jelas wajah Idlan tiba-tiba berubah pucat. Ketika lelaki itu terburu-buru pergi meninggalkannya, dia tidak dapat berfikir apa-apa selain dari merasa bingung dan sedikit malu. Pasti lelaki itu sedang memerhatikan keadaan dirinya yang sedar lena. Jangan aku tidur dengan mulut ternganga atau berdengkur sudahlah! Keluh Orked benar-benar merasa segan dan malu. Malah wajahnya tambah merah padam bila mengingatkan kata-kata lelaki itu terhadapnya siang tadi. Benarkah Idlan mencintainya? Meskipun Idlan mengecewakan gadis cantik bernama Nadya itu, tapi dia seakan tidak ambil peduli. Soal Idlan dengan gadis itu mungkin hanya tinggal sejarah. Mungkin juga Idlan sudah tidak mencintai gadis itu lagi. Tanpa cinta, apa gunanya bersama? Cinta bukannya satu permainan yang boleh diserah-serah atau dipaksa-paksa. Lebih baik berpisah dari merana di kemudian hari.
        Tapi itu hanya pendapat aku! Ia tak mungkin sama dengan apa yang ada di kotak fikiran Idlan! Bisik hati kecil Orked kemudiannya. Mungkin mereka berpisah kerana sesuatu sebab. Menurut Mak Tun, Idlan dan Nadya sudah kenal lama.   Mungkinkah Idlan akan memutuskan hubungan yang sudah lama terjalin begitu sahaja semata-mata alasan berubah hati? Bagaimana dengan aku dan Idlan? Kam baru bertemu dan berkenalan dua minggu yang lalu. Mampukah hubungan 2 minggu itu boleh mengatasi cinta bertahun-tahun itu? Orked tiba-tiba tidak yakin. Dia menarik nafas panjang. Aduh! Kenapa malam ini aku terlalu asyik memikirkan tentang lelaki itu? Kenapa hanya ada dia di setiap penjuru mataku? Apakah aku betul-betul suka pada Idlan? Cintakah aku pada dia? Orked benar-benar keliru dan bingung.
        Dingin malam terus mengulit kulitnya, memaksa dia memeluk tubuh menahan kedinginan yang terus menggasak. Ketika itulah matanya terpandang sesuatu. Kelibat seorang lelaki muncul di beranda bilik Idlan. Sedang mendongak memandang ke langit lepas yang tidak berbintang. Dia terpaku memandang gerak-geri lelaki itu. Wajah Idlan kelihatan amat muram, sesuatu yang tidak pernah dilihatnya selama dia mengenali lelaki itu.
        Sesekali dia melihat lelaki itu termenung sendiri. Adakala dia melihat wajah itu seperti membendung beban berat. Ternyata kedatangan Nadya yang menyebabkan perubahan pada diri Idlan. Selalunya dia melihat lelaki itu dengan sikap ceria, tenang dan menghiburkan. Tapi kali ini Idlan tidak ubah seperti dirinya yang lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 06:04 PM | Show all posts
ORKED membuka matanya perlahan-lahan. Terjaga oleh bunyi alunan merdu suara Mak Tun mengaji di bilik sebelah. Dia menguap beberapa kali, lalu mengerling ke arah jam loceng di tepi katilnya. Baru pukul 6 pagi. Masih awal! Bisik hati kecilnya. Dia mahu menyambung tidur, tapi terdengar pula bunyi suara Pak Man sedang melaung-laung nama Idlan. Orked segera bingkas bangun lalu memasang telinga. Kenapa Pak Man menjerit-jerit sampai begitu?
        Didorong perasaan ingin tahu, Orked segera keluar dari biliknya. Dia melangkah ke suatu arah lalu bertembung dengan Mak Tun yang bertelekung sembahyang.
        “Kenapa Mak Tun?” Tanya Orked hairan.
        Mak Tun tidak menjawab, sebaliknya terus melangkah deras ke bilik Idlan. Orked turut mengekori wanita itu. Di situ mereka menemukan kelibat Pak Man sedang mengetuk-getuk pintu bilik Idlan agak cemas.
        “Kenapa bising-bising ni bang?” Tanya Mak Tun ingin tahu. Hairan melihat si suami berteriak-teriak begitu. Pak Man berpaling dengan wajah gelisah.
        “Saya nak kejutkan Idlan, nak ajak berjemaah sekali. Tapi puas saya panggil, langsung dia tak sahut. Selalunya tak sempat saya panggil dia dah keluar berjemaah subuh dengan kita.” Ujar Pak Man.
        “Dia tidur lagi agaknya tak?” Duga Mak Tun.
        Pak Man hanya senyap. Wajah orang tua itu berkerut-kerut. “Awak ada simpan kan kunci bilik si Idlan ni?” Soal Pak Man.
        Bagaikan memahami kehendak suaminya, Mak Tun segera bergegas ke suatu arah. Tidak lama kemudian dia menghulurkan sebatang anak kunci ke arah Pak Man. Orked yang berada di situ turut berdebar-debar apabila menanti Pak Man membuka pintu bilik lelaki itu.
        Sebaik daun pintu bilik itu dikuak, wajah Pak Man dan Mak Tun segera berubah. Terkejut melihat kelibat Idlan yang tidak kelihatan di dalam bilik. Orked turut menjengah dan terpempan melihat alas cadar katil Idlan yang seperti tidak terusik. Kemas sahaja seperti tidak pernah digunakan.
        “Bang, mana Idlan pergi ni?” Suara Mak Tun jadi cemas.
        Pak Man menggeleng. Dia sendiri tidak tahu ke mana Idlan menghilangkan diri subuh-subuh begini. Kakinya beredar pantas ke arah almari pakaian Idlan lalu membukanya. Pakaian Idlan masih ada, tapi Pak Man tahu ada beberapa pakaian milik anak muda itu yang hilang dari dalam almari.
        Pak Man keluar dari bilik lalu mengintai keluar dari sebuah tingkap di situ. Kereta Idlan juga tidak ada di tempat parkir.
        Mak Tun sudah teresak-esak sedikit. Orked memandang wanita itu dengan rasa simpati, juga tertanya-tanya ke mana perginya Idlan.
        Sehingga ke pukul 9, Idlan masih belum menampakkan batang hidungnya. Pagi itu sarapan mereka hanya dengan roti dan mentega. Mak Tun lebih banyak termenung dan bersusah hati sehingga tidak mahu menyediakan sarapan berat seperti biasa. Itupun Orked yang menyediakan roti bakar untuk pasangan suami isteri itu yang jelas sedang bersusah hati.
        “Baik Maria, nanti kami khabarkan pada Idlan.” Pak Man meletakkan gagang telefon seraya memandang isterinya.
        “Maria nampaknya tak jumpa dengan Idlan. Saya tak fikir Idlan balik ke rumah ibunya.” Ujar Pak Man. Dia baharu sahaja menelefon Maria untuk bertanya khabar Idlan, tetapi dari gaya wanita itu bercakap seperti tidak tahu apa-apa langsung dengan kehilangan Idlan. Dia pula tidak memberitahu hal yang sebenarnya kerana bimbang wanita itu akan merasa susah hati.
        “Kenapa dengan Idlan bang? Sebab Nadya ke dia buat macam ni?” Keluh Mak Tun. Dia tahu sejak kedatangan Nadya, perwatakan Idlan berubah sedikit.Anak muda itu lebih banyak termenung dan kelihatan bersusah hati.
        “Saya tak fikir macam tu Tun. Saya rasa Idlan ada sebab. Kita tunggu ajelah dia balik. Saya tahu dia akan balik juga ke mari. Lagipun ini satu-satunya tempat yang membuatkan dia selesa.” Pujuk Pak Man.
        Orked diam-diam meminggir diri. Perbualan kedua-dua pasangan itu jelas-jelas mencelah masuk ke telinganya. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan lelaki itu, tapi perbuatan Idlan meninggalkannya begitu sahaja di tempat ini sedikit sebanyak membuatkan dia rasa marah. Tak guna! Kalau nak pergi pun bagitahulah aku! Ini tak, main blah macam tu aje! Rengus Orked menyesali perbuatan Idlan. Tanpa kehadiran Idlan, dia rasa dirinya tidak layak untuk terus tinggal di tempat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 01:07 AM | Show all posts
kesian Orked & Idlan
Idlam mcm sakit teruk jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 10:46 AM | Show all posts
nak lagi..bezaman dah tgu cite ni ade update..
best2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2012 07:26 PM | Show all posts
Sudah masuk hari kedua, namun kelibat Idlan tidak juga muncul-muncul. Apabila hari ketiga dan keempat menyusul, Orked mula merasa kosong. Seolah-olah ada kesunyian menghantui jiwanya tanpa kehadiran Idlan. Dia mula merasa rindu mahu mendengar bicara lelaki itu, mahu menatap senyuman Idlan yang mendamaikan serta berbual-bual dengan lelaki itu. Ke mana kau pergi Idlan? Keluh Orked rungsing.
        Hari kelima, Orked sudah bersiap-siap dengan beg pakaiannya sambil tercegat di hadapan Mak Tun dan Pak Man.
        “Orked nak ke mana ni?” Mak Tun terkejut melihat anak gadis itu. Dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya sambil menuju ke arah gadis itu. Pak Man turut menoleh. Hairan melihat gadis itu berdiri sambil memegang beg pakaiannya.
        “Mak Tun, Pak Man..sebenarnya Orked nak minta izin balik.” Ujar Orked serba salah. Dia sendiri merasa tidak patut meninggalkan pasangan suami isteri itu begitu dalam keadaan kedua-duanya risaukan Idlan. Tapi dia sudah tidak boleh berada di rumah itu lagi. Dahulu dia datang kerana Idlan yang membawanya. Kini lelaki itu pergi meninggalkannya tanpa apa-apa pesan, maka apa haknya lagi untuk terus menunggu?
        “Orked nak balik ke mana?” Tanya Mak Tun.
        “Orked ingat nak balik rumah ayah. Lagipun dah dekat tiga minggu Orked duduk makan minum kat sini. Sudah sepatutnya Orked balik ke rumah.”
        “Tapi Idlan belum balik lagi. Orked tunggulah dia dulu.” Pujuk Mak Tun.
        Orked terdiam. Menunggu? Apakah Idlan akan pulang sekalipun dia menunggu? Dia tahu lelaki itu sedang menghadapi masalah berat. Airmuka Idlan cukup dikenalnya. Dia mahu melihat Idlan seperti seorang mentor yang membimbing, bukan seperti bulan purnama yang sedang tenggelam.
        “Mak Tun, biarlah Orked balik. Lagipun Orked rasa Orked nak sambung belajar semula. Soal Idlan, Mak Tun tak payah risau. Dia lebih kuat dari Orked. Sebab tu dia bawa Orked ke mari. Orked rasa Mak Tun pun tahu kenapa.” Ujar Orked tenang.
        Mak Tun mengangguk. Bahu anak gadis dihadapannya diraih lalu dipeluk. Orked terpempan. Tidak menyangka dirinya diperlakukan semesra itu oleh wanita yang pernah disakiti hatinya. Hatinya tiba-tiba dirudung sayu. Sebak  mengenangkan tanpa pertalian, Mak Tun masih sudi menghulur kasih sayang pada anak yang tidak ada budi bahasa sepertinya.
        “Mak Tun tahu Orked anak baik. Idlan lebih pandai menilai orang dari Mak Tun. Tapi mengenali Orked dalam tempoh ini, Mak Tun percaya dengan naluri Mak Tun sepertimana Mak Tun mempercayai Idlan. Kalau boleh Mak Tun nak Orked tinggal lebih lama di sini. Kenali tempat ini dan kenali diri Orked sendiri seperti yang Idlan mahukan.”
        Orked terharu. Kata-kata Mak Tun mencetuskan sebak yang sudah lama terhimpun di rongga dada. Dia tahu kehadirannya dialu-alukan, tapi dia juga tidak boleh terus menetap di situ. Itu rumah Idlan, bukan rumahnya. Lagipun apa gunanya dia ada di situ tapi Idlan hilang entah ke mana.
        “Mak Tun, maafkan Orked ya sebab selama ni Orked biadap dengan Mak Tun, dengan semua orang. Orked tak bermaksud begitu, cuma selama ini, Orked tak punya sesiapa, jadi Orked tak pandai nak bergaul dengan orang lain. Maafkan Orked Mak Tun, Pak Man.” Bisik Orked ikhlas. Tangan kedua-dua pasangan suami isteri itu terus diraih lalu dikucup. Berlinang airmata Mak Tun melihat perilaku Orked yang semakin berubah. Dia menjeling suaminya yang terkelip-kelip memerhatikan dirinya. Barangkali Pak Man juga sepertinya, terpesona oleh tingkah laku yang nyata berbeza dari mula-mula gadis itu datang ke situ tiga minggu lalu.
        “Kan hari tu Mak Tun ada cakap dengan Orked yang Mak Tun sebenarnya dah lama maafkan Orked. Orked tak salah apa-apa pun sayang.” Ujar Mak Tun seraya terus mengucup pipi anak gadis itu bertalu-talu.
        “Kamu ni betul ke nak balik ke sana? Tak nak tunggu sehari dua lagi?” Soal Pak Man yang sudah rimas melihat airmata isterinya yang tidak pernah kering sejak beberapa hari yang lalu.
        Orked menggeleng. “Orked nak balik Pak Man.” Ujarnya.
        “Kamu nak balik dengan apa? Tempohari kamu datang ke mari dengan Idlan. Sekarang Idlan tak ada, kamu sanggup naik bas?” Tanya Pak Man.
        Orked sekadar tersenyum. “Bas pun tak apa Pak Man.”
        “Kejap lagi Pak Man nak ke pekan beli barang sikit. Kalau kamu nak ikut, Pak Man boleh hantarkan ke stesyen bas. Kalau nak hantar sampai ke Kuala Lumpur, mungkin tak dapat. Ada tetamu nak datang dari Kuala Lumpur menginap di sini. Lagipun siapa nak temankan Mak Tun kamu ni? Cengil macam budak-budak aje!” Rungut Pak Man memerli isterinya.
        Kata-kata Pak Man membuatkan jelingan Mak Tun tambah tajam. Orked hanya mampu tersenyum melihat gelagat pasangan suami isteri itu. Kalaulah dia lahir sebagai anak pasangan suami isteri itu, tentu hidupnya bahagia. Tentu dia tidak menempuhi hidup seperti ini.  Tapi sayang dia tetap lahir sebagai anak ayahnya, lelaki yang tidak ingin mengaku kewujudannya. Lalu kenapa kau mahu balik ke rumah itu lagi? Untuk apa kembali ke tempat di mana kau tidak diperlukan? Kata hatinya berbisik.
        Idlan! Dia mahu menanti lelaki itu di rumahnya. Dia yakin Idlan akan kembali bertemu ibunya. Sejauh mana pun lelaki itu pergi, pasti lelaki itu akan kembali mencari ibunya. Entah kenapa dia yakin dengan hakikat yang satu itu. Dan satu alasan lagi, dia semakin merindui kehadiran Idlan. Lima hari Idlan pergi, dia merasa seperti jiwanya diragut kejam. Dia lemas sendirian, dia mahukan perhatian. Dan dia hanya mahukan perhatian dari Idlan. Hanya lelaki itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2012 07:27 PM | Show all posts
Kakinya turun dari sebuah teksi. Medan hentiannya adalah rumah banglo dua tingkat yang mempunyai pintu pagar setinggi paras kepala. Dia membayar tambang teksi namun tidak berganjak dari situ. Matanya asyik memerhatikan rumah yang sudah lama ditinggalkannya. Dia tidak nampak kereta ayahnya, malah kereta Idlan juga tidak ada di petak garaj. Ke mana lelaki itu sebenarnya? Kalau bertemu ibunya juga tidak, ke mana lagi arah tujuan Idlan? Orked semakin bingung dibuatnya.
        Bunyi hon dari arah belakang membuatkan lamunannya menghilang. Dia segera berpaling. Ketika melihat kereta yang cukup dikenali sedang melewatinya lalu masuk ke dalam kawasan rumah, darahnya serta-merta berderau. Suatu kelibat tubuh keluar dari perut kereta seraya mencerlung tajam ke arahnya. Dia hanya mampu mengigit bibir. Bersedia menunggu hamburan yang mungkin datang. Namun lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya mendengus dan masuk ke dalam rumah. Orked hanya tersenyum. Bukan perkara baru baginya jika dilayan seperti sampah oleh lelaki itu.
        Dari dalam kereta yang sama, keluar pula seorang wanita separuh umur yang masih cantik dan begaya. Wanita itu turut berpaling dan terpempan melihat dia hanya sekadar berdiri di hadapan pintu pagar.
        “Orked?” Maria segera meluru ke arah  anak gadis itu.
        “Bila Orked balik? Mana Idlan? Dia tak balik sekali?” Mata wanita itu mencari-cari sesuatu. Pasti kehadiran anak lelakinya dinantikan, bukan kehadirannya. Orked juga menyedari semua itu.
        “Dia tak balik ke mari?” Tanya Orked ingin tahu.
        Maria terpegun. Hairan melihat anak gadis yang jarang-jarang mahu bercakap dengannya tiba-tiba membuka mulut.
        “Tak ada pulak, mama sangka Idlan masih di Bukit Tinggi bersama Orked. Kenapa Orked? Kenapa dengan Idlan?” Maria bertanya separuh keliru. Dia masih ingat bagaimana Sulaiman, kenalan rapat arwah bekas suaminya pernah menelefon dan bertanyakan soal Idlan. Dan kini Orked pula pulang dan bertanyakan soalan yang sama.
        Orked menarik nafas panjang. Dia perasan kegelisahan yang mula bersarang di wajah ibu tirinya. Menyesal pula dia bertanyakan lelaki itu sudah pulang atau belum. Kalau dia tahu begini reaksi ibu tirinya, tak mungkin dia akan bertanyakan soalan seperti ini.
        “Tak ada apa-apa. Katanya dia nak balik ke mari, tapi mungkin dia masih seronok tinggal kat Bukit Tinggi tu.” Jelas Orked acuh tak acuh. Maria terkelip-kelip memandang anak gadis itu. Entah mahu percaya atau pun tidak, meski naluri keibuannya bagaikan kian gelisah dan rungsing.
        “Saya nak ke dalam dulu.” Ujar Orked meminta diri. Maria mengangguk. Dia berpaling menyuruh pemandu mengangkat beg Orked yang tidak sebesar mana. Tapi belum sempat dia menghabiskan ayatnya, anak gadis itu sudah melangkah masuk lalu hilang ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2012 07:29 PM | Show all posts
Kerut di wajah Maria berlanjutan sehingga ke meja makan. Hatinya tiba-tiba rasa kurang senang melihat Orked pulang bersendirian. Perubahan wajah isterinya dikerling oleh Hamdan yang mula mengerutkan dahinya.
        “Awak ni kenapa Mar?” Soal Hamdan ingin tahu. Dari tadi dia melihat isterinya seperti sedang memikirkan sesuatu. Renungan Maria jelas seperti tenggelam jauh.
        “Apa yang dibuat oleh budak tu sampai awak jadi macam ni?” Pertanyaan Hamdan berbaur tuduhan. Maria menoleh, bersama keluhan meluncur di bibir.
        “Bukan sebab Orked bang.” Jawab Maria.
        “Habis kalau bukan dia, sebab siapa pulak?”
        “Idlan..”
        Kerut di wajah Hamdan semakin lebar. Idlan? Apa yang tidak kena dengan anak lelaki isterinya itu?
        “Saya risau fasal Idlan bang?” Keluh Maria.
        “Kenapa dengan Idlan? Dia tak balik ke mari dengan Orked?” Soal Hamdan ingin tahu. Dia sendiri jarang-jarang berjumpa dengan anak muda itu sejak Idlan balik dari London hampir sebulan yang lalu.
        Maria menggeleng. “Kata Orked dia masih di vila di Bukit Tinggi.”
        “Kan saya dah cakap hari tu. Idlan takkan tahan dengan perangai budak Orked tu. Saya melarang tapi awak kata biarkan aje dia bawa budak tu ke Bukit Tinggi. Sekarang entah apa dibuat anak tak sedar diri tu.” Rungut Hamdan dengan wajah merah padam. Lagi-lagi soal Orked yang membawa masalah diungkit, padahal isterinya membicarakan tentang Idlan.
        “Abang, perlahankanlah suara tu. Dengar dek Orked nanti, apa perasaan dia pulak.” Keluh Maria, kesal dengan sikap si suami yang langsung tidak ada tanda-tanda mahu berbaik-baik dengan anak gadisnya sendiri.
        “Biar dia dengar. Saya kalau dia tak balik langsung ke rumah ni lagi bagus. Tak menyemakkan mata saya.” Rungut Hamdan lagi.
        Maria beristighfar dalam hati. Terkejut mendengar percakapan sebegitu boleh meniti dari mulut suaminya. Ingin dia menegur, namun matanya tiba-tiba terpandang sesusuk tubuh baru turun dari atas. Dia terpempan. Wajah Orked seperti dibara, merah padam kelihatan. Maria sedar anak gadis itu mungkin sudah menangkap setiap patah perkataan yang agak kasar kedengaran dari mulut ayahnya.
        Diam-diam Orked berpatah balik. Mendaki tangga ke atas lalu hilang begitu sahaja. Maria mengeluh kesal. Dia memandang wajah suaminya yang sedang enak mengunyah makan malam. Lelaki itu baik terhadap dirinya dan anaknya Idlan, tapi kenapa Hamdan tidak boleh melakukan hal yang sama terhadap Orked? Itu yang Maria benar-benar tidak mengerti. Kenapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060542 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list