|
selamat pagi....
buka ja pc, dah ada sarapan....
ecah dan faris sempat lagi gurau2 manja...
agaknya sempat bercinta kot sepanjang tersesat dalam hutan nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Faris merebahkan badannya ke rumput hijau yang segar. Perut kenyang, mata pun jadi mengantuk. Satu keluhan dilepaskan ke udara.
“Hhmmhh…aku ingat aku dah mati kebulur tadi…” keluhnya perlahan. Gadis tadi masih lagi menghabiskan sisa2 ikan bakar ditepi unggun api yang dinyalakan mereka. Sedangkan Faris, sudah terbaring kekenyangan.
“Nasib baik aku pandai kan? Jumpa sungai ni tadi…” sampuk gadis itu pula dengan ikan yang masih dimulutnya. Faris menoleh. Tulang ikan pun dia gigit? Hiii….jelak Faris melihatnya.
“Yelahh…kau sorang saja yang pandai…” malas dia hendak bertekak dengan gadis itu. Faris menyilangkan tangannya lalu merenung langit yang terbentang luas disebalik rimbunan pohon2 yang terdapat ditepi sungai.
Sejak 5 hari lalu, ini kali pertama perasaanya kembali normal. Perasaan cemas sudah hilang dari hatinya. Dia tidak dibayangi perasaan bimbang lagi. Hatinya yakin, dia pasti akan bertemu jalan keluar juga nanti. Cuma masa yang akan menentukan.
“Siapa nama kau? “ soal Faris tiba2. Gadis yang sedang menambah kayu diunggun api mereka berpaling. Rambutnya yang berserabut, diseka ke telinga.
“Apa kau tanya?” soalnya pula. Faris mendengus. Tak dengar ke buat2 tak dengar? Saja je nak bagi aku ulang sepuluh kali soalan….
“Aku tanya…siapa nama kau…pekak…” sengaja perkataan ‘pekak’ itu ditekankan sedikit agar gadis itu mendengar dengan lebih jelas. |
|
|
|
|
|
|
|
“Aishah! Kau?” soal Aishah pula.
“Faris!” jawab Faris pendek. Aishah yang sudah kekenyangan, turut merebahkan badannya di sebelah Faris. Nafas lega dihembus. Hilang segala penat dan lapar sejak semalam.
“Bila perut dah kenyang ni…barulah otak dapat berfungsi dengan baik..” kata Aishah. Dia turut menyilangkan tangannya ke kepala seperti Faris. Mereka sama2 memandang awan biru dari celah rimbunan pohon.
Faris angguk , setuju. Bibirnya mengukir senyum.
“So, apa kita nak buat lepas ni?” soal Faris.
“Orang kata…kalau sesat dalam hutan, kita kena cari sungai. BIla jumpa sungai, kita kena susur sungai tu…sebab, biasanya sungai akan bawa kita ke kawasan kampong….” Kata Aishah.
“Hmm..betul cakap kau! Aku setuju! Lagipun, tak rela aku berjauhan dari sungai. Nak mandi tak boleh, nak makan pun susah…” kata Faris pula. Kedua2nya terdiam selepas itu. Masing2 merenung langit.
“Lagi 2 orang yang pakai baju hijau dan baju hitam tu…lelaki ke perempuan?” soal Faris memecah kesunyian antara mereka. Aishah tergelak kecil. Lantas Faris berpaling memandang Aishah disebelahnya.
“Lelaki…” jawab Aishah pendek. Kelakar bila Faris menyoalnya sedemikian . Tidak dapat dibayangkan olehnya jika Abu dan Dol menjadi perempuan.
“Nasib baik lelaki….” Keluh Faris perlahan.
“Kenapa?” soal Aishah pula.
“Kalau 3-3 yang culik aku perempuan, aku tak tahu nak cerita macam mana kat mama aku nanti….malu besar, perempuan culik aku!” kata Faris lagi. Aishah tersenyum2.
“Kenapa korang culik aku?” soal Faris lagi. Angin yang bertiup tengahari itu, sangat menyamankan. Aishah terdiam sejenak. Dia melirik ke arah Faris yang masih merenung langit.
“Kalau aku beritahu, kau boleh maafkan kami?” soal Aishah. Faris terdiam. Kami? Pasti ‘Kami’ yang dimaksudkan oleh Aishah merujuk kepada dia dan 2 lelaki yang menculiknya tempohari.
“Hhmm…kalau aku maafkan korang, korang boleh hantar aku pulang kepada family aku?” soal Faris pula. Aishah pula yang terdiam.
“Hmm..boleh. Tapi dengan syarat…” kata Aishah.
“Apa syaratnya?” soal Faris kembali.
“Kau kena bagi kami RM500 ribu…baru kami hantar kau balik rumah kau dengan selamat…” kata Aishah sambil tersenyum lebar. Faris ketawa kecil.
“RM500 ribu saja?” ketawa Faris masih bersisa. Aishah jadi hairan, lantas dia bangun, memandang lelaki disebelahnya yang masih berbaring. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 3-6-2011 15:15
“Apa yang lawak sangat?” soal Aishah geram.
“Korang culik aku hanya kerana RM500 ribu??” soal Faris sambil ketawa. Dia bangun lalu duduk . Jarak mereka berdua hanya kira2 60 cm sahaja. Aishah bertambah hairan.
“Korang ni…bodoh tau! Korang tahu tak, aku ni siapa?” soal Faris. Aishah melopong.
“Sepatutnya, korang mintaklah RM3 juta! Boleh dapat RM1 juta sorang! Jadi jutawan segera korang tau…” kata Faris lagi. Bulat mata Aishah mendengar. RM3 Juta???? Satu jumlah yang tak pernah terfikirkan olehnya.
“RM3 Juta???? Banyaknya….” kata Aishah perlahan. Ditelan air liur pekat.
“Ya…kalau korang lepaskan aku, aku boleh bayar korang RM3 Juta! Lepas tu, korang boleh goyang kaki….sampai anak cucu korang pun makan tak habis!” kata Faris lagi. Mata Aishah kali ini terbeliak. Betulkah?
“Kau nak tak RM3 Juta tu?” soal Faris lagi. Wajah Aishah yang terbeliak didepannya dipandang.
“Nak!!!” pantas Aishah mengangguk . Siapa tak nak RM3 Juta? Bodohlah kalau sesiapa menolak…
“Kalau nak, baik kau cerita kat aku, macammana korang boleh culik aku…” kata Faris. Aishah telan air liur. Kalaulah Abu dan Dol ada sama waktu ini, pasti kedua2nya sudah menari Tango kerana kegembiraan. RM3 Juta beb…..
“Okey…sebulan yang lepas, Abu dan Dol jumpa aku. Kami berbincang..”
“Siapa Abu dan Dol?” pintas Faris. Macam pernah dengar nama tu….
“Yang tangkap kau hari tu! Abu tu abang aku….Dol tu, sepupu kami.” Balas Aishah.
“Ohh..okay…teruskan,” pinta Faris.
“Abu dan Dol tunjuk kat aku gambar kau…dia kata, ada orang upah kami, untuk culik kau dan kurung kau selama seminggu.Bila aku tanya Abu siapa orang yang kami bakal culik nanti, Abu geleng kepala. Dia cakap, bos dia tak bagitahu. Lepas seminggu, kami kena serahkan kau kepada diorang. Lepas tu, kami akan dapat RM500 ribu …Jadi, sejak sebulan yang lalu, kami memang dah rancang nak culik kau dari lapangan terbang..” kata Aishah.
“Macammana korang tahu aku akan pulang ke Malaysia hari tu?” soal Faris curiga.
“Entah! Kami cuma diberitahu, kena culik kau kat Kilometer 3, Jalan KLIA dari sebuah kereta Mercedes Benz merah, plat nombor MP 3366 pukul 4.30 petang…itu saja…memandangkan penculikan ni memang dah dirancang teliti, so, kerja kami agak senang..” kata Aishah lagi. Dahi Faris berkerut mendengar cerita Aishah.
“Tapi…Abu dan Dol dah bunuh 2 orang suruhan mak tiri aku tau…” kata Faris. Terbayang dimatanya 2 orang suruhan Tengku Khursiah yang tertiarap dengan lumuran darah tempohari.
Kali ini, Aishah pula yang terkesima. Berkerut dahinya memandang Faris. Perlahan2, dia menggeleng.
“Tak mungkin! Abu dan Dol tak mungkin bunuh orang….” Aishah masih menggelengkan kepalanya. Faris mengangguk.
“Sumpah! Aku tak tipu…” kata Faris seraya mengangkat tangan kanannya ke atas, tanda berjanji. Aishah terkedu. Bagaimana Abu dan Dol boleh membunuh? Mereka bukanlah sekejam itu.
“Jadi,maknanya, korang ni cuma diupah? Macammana korang boleh diupah untuk menculik aku? Siapa yang mengupah?” soal Faris.
“Aku tak tanya pulak macammana Abu dan Dol boleh dapat kerja ni…Siapa yang mengupah, aku tak tahulah pulak. Tapi, yang aku tahu, bos kitorang tu tinggal kat KL…” kata Aishah lagi.
“Macammana kau tahu dia tinggal kat KL?” soal Faris lagi. Bertubi2 persoalan mula menerpa ruang mindanya. Hatinya berdetak denting memikirkan pelbagai kemungkinan terhadap konspirasi itu.
“Sebab, Abu dan Dol asyik ulang alik ke KL sebelum kami culik kau. Lepas culik kau pun, diorang kata nak pergi jumpa bos kat KL jugak…” ujar Aishah. Faris mengangguk faham. Diketap bibirnya dengan pelbagai tanda tanya.
“Senang saja nak tahu siapa bos korang…” tutur Faris perlahan. Aishah memandang Faris kehairanan.
“Waktu aku nak balik Malaysia dulu…aku maklumkan kepulangan aku hanya kepada 2 orang ini saja…pertama , Tengku Kamil. Kedua, Tengku Khursiah…” kata Faris serius memandang Aishah.
“Siapa mereka?” naik takut pula Aishah mendengar nama2 itu…Siap ada ‘Tengku’ di pangkal nama.
“Tengku Kamil..abang tiri aku…anak sulung Tengku Khursiah, ibu tiri aku,” kata Faris. Aishah terpana memandang Faris didepannya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Hiissyyy..kalau aku jumpa budak lelaki tu, aku tembak terus kepala dia! Biar dia mati kat situ jugak!” marah Abu. Dia dan Dol masih meredah hutan belantara itu mencari Aishah dan lelaki yang diculik mereka tempohari.
“Heyyy..jangan tembak!” marah Dol pula. Sesekali, dia menepis rimbun daun2 yang menghalang langkah mereka.
“Apasal tak boleh tembak?” soal Abu pula.
“Kalau kau tembak dia kat hutan ni…nanti dia jadi mayat. Kalau dia jadi mayat, siapa nak dukung mayat dia ke rumah kayu kita tu? Kau larat?” soal Dol.
“Ye tak ye jugak…” Abu menepuk dahinya kesal. Mereka terus melangkah sambil mata meliar mencari kelibat Aishah dan lelaki itu. Tiba2, pandangan Dol tertancap pada satu benda.
“Abu!!! Tu!!” jerit Dol lalu berlari kearah benda yang dilihatnya. Abu pantas mengekori Dol cemas.
“Apa? Apa?” soal Abu tercungap2. Dol menunjukkan topeng muka berwarna coklat milik Aishah di tanah. Abu perlahan2, tunduk lalu mengutip topeng muka itu. Wajah Dol dipandang. Berkeriut muka mereka.
“Tidakk!!!!!! Aishah dah kena rogol!!!!” teriak Abu lalu memeluk Dol.
“Aku bunuh budak tu!!!! Aku bunuh budak tu!!!” Dol mengusap2 kepala Abu yang sedang memeluknya. Hatinya menyumpah tak sudah budak lelaki yang diculik mereka dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa kau beritahu Tengku Kamil kalau kau tak pernah baik dengan dia?” soal Aishah. Dia dan Faris kini sama2 sedang berendam didalam sungai di bawah cahaya matahari yang sedang tegak dikepala. Faris menyimbah air ke mukanya. Terasa lega setelah 5 hari tidak mandi.
“Dia call aku. Tanya aku, bila aku nak balik. So, aku beritahu sajalah sebab pada mulanya, dia kata, dia akan jemput aku kat airport,” kata Faris. Aishah membenamkan badannya ke dalam air. Sesekali, air yang lalu didepan mulutnya, diteguk, kemudian dikumur2 mulutnya. Kemudian air itu diluah kembali.
“Aku rasa, sah2lah dia yang upah kami culik kau. Sebab dia tak nak kau dapat harta bapak kau tu…” kata Aishah lagi. Faris menjungkit keningnya. Sejak tadi, pelbagai persoalan tentang penculikan itu dibincangkannya bersama Aishah.
“Entahlah….” Faris duduk diatas sebuah batu, sambil merenung air yang mengalir. Dia cuba mengeringkan bajunya yang sudah basah kuyup.
“Tak sangka aku, kau ni kerabat raja...” kata Aishah. Lantas Faris menoleh.
“Kenapa?” soalnya. Aishah yang sedang membuat pelbagai aksi dari kuak lentang hingga renang berirama dipandang.
“Langsung tak ada gaya …Bingai semacam je…” selamba Aishah mengutuk. Bernanah telinga Faris mendengar. Dia turun dari batu yang didudukinya.
“Bingai tu apa?” soal Faris kasar. Aishah didepannya yang masih mengapung2kan dirinya didalam air dipandang. Pastinya, perkataan itu bermaksud tidak baik….Aishah melirik kearah Faris yang bercekak pinggang memandangnya. Bingai pun tak tahu?
“Bodoh….” Jawab Aishah selamba.
“Apa??!!!” Faris yang sudah geram terus mendekati Aishah. Kelam kabut Aishah bangun dari air dan cuba lari dari Faris yang sedang menghampirinya tak ubah bagai singa lapar yang mahu menerkam mangsanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Faris terus memaut pinggang Aishah dan Aishah pula terus meronta cuba melepaskan dirinya dari pelukan lelaki itu.
“Wooii!!! Gatal biang!!!” Aishah menjerit sekuat hati bila pinggangnya diangkat. Faris terus mencempung tubuh Aishah lalu tubuh itu diangkat tinggi kedadanya.
“Woii!!! Lepas!!! Kau ni kenapa sensitive sangat, nak bergurau pun tak boleh!!” Aishah menumbuk2 dada Faris yang sedang mendukungnya.
“Aku nak campak kau jauh2!!! Supaya kau boleh ingat, lepas ni, jangan senang2 nak mengutuk aku!” jerit Faris. Tubuh Aishah sudah dihayun sambil matanya melingas memerhati kawasan yang sesuai untuk dicampakkan tubuh Aishah.
“Kau gila!!!!” Menggelupur Aishah bila tubuhnya dihayun. Leher Faris dipeluk kuat. Namun, Faris terus menghayun tubuh itu dan dicampakkan tubuh Aishah ke satu sudut air yang dalam.
Bedebusss!!! Tubuh Aishah sudah terhempas ke air dalam.
“Mangkukkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Aishah menjerit nyaring. Sakit seluruh tubuhnya bila dicampakkan ke dalam air. Mujurlah kawasan itu, tidak ada batu. Kalau tercampak badannya ke mana2 batu, tak pasal2 patah riuk tulangnya nanti. Sudahlah tak ada hospital ditengah2 hutan ni….
Faris senyum puas memandang Aishah yang terhuyung hayang cuba bangun. Dia berenang2 ketepian, mencari sudut air yang agak cetek dengan mulut yang terkumat kamit mengutuk Faris.
Padan muka! Puas hati aku! Faris tersenyum lebar. Namun senyumnya mati bila melihat Aishah yang sedang memanjat tebing sungai.
T-shirt putihnya basah kuyup dan melekap di badannya, hingga menyerlahkan seluruh susuk tubuh Aishah. Baju dalamnya yang berwarna hitam jelas kelihatan dan buat kali pertama Faris melihat Aishah sebagai seorang perempuan! |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..sambung lg..sambung lg |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 31-5-2011 15:07
Reply 147# fizziany
salam Fizzi.. citer ni makin menarik dan teruja nak tau next n3nya...
tetapi dlm pada membaca tu ada beberapa point yg tertngkap dgn pengunaan yg kurang sesuai..
seperti ayat ini.. dan juga beberapa petikan ayat yg kurang diberi perhatian oleh penulis...
[Sebuah lighter kecil dan sebuah pisau lipat berada ditapak tangan Aishah.]
Sepatutnya = Sebiji lighter dan sebilah pisau lipat.
yang ni ayat yg akan mengelirukan pembaca...
[“Tengku Kamil..sepupu aku…anak sulung Tengku Khursiah, ibu tiri aku,” kata Faris. Aishah terpana memandang Faris didepannya.]
sepatutnya berdasarkan dari citer ni... Tengku Faris dan Tengku Kamil adalah adik beradik sebapa.. bukan sepupu ya... jgn lari dari fakta kecuali ada penerangan yg salah seorang bukan dari bapa yg sama... Makanya Tengku Kamil tu adalah Abang (sebapa) kepada Tengku Faris.ini fakta ttg Faris... anak isteri kedua iaitu Pn Emily...
“Tengku Faris, anak dari isteri kedua arwah Tengku Mansor,” tambah Tengku Fatimah lagi. Inspektor Amir terdiam sambil merenung Tengku Fatimah. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa arwah Tengku Mansor yang pernah dikenalinya dahulu mempunyai 2 orang isteri. Perlahan, Inspektor Amir mengangguk faham.
ini kenyataan ttg pengakuan yg Tengku Kurshiah tu adalah isteri pertama kepada Tengku Mansor
“Arwah suami saya, Tengku Mansor telah meninggal 2 bulan yang lalu. Jadi, sepatutnya pada 5 hari yang lepas, Tengku Faris patut ada bersama kami bagi upacara mendengar wasiat. Kepulangannya ke Malaysia, hanya sebab itu yang saya tahu. ..” ujar Tengku Khursiah perlahan.
Kepada Fizzi jgn terlalu ghairah dgn garapan idea demi memenuhi permintaan pembaca..
tanpa meneliti fakta2 atau point2 yg boleh memberi kekeliruan
kepada pembaca.. maybe ramai yg tidak dpt menangkap point tersebut namun ramai lagi yg bakal menangkapnya nnti...
so kena hati2 dgn point yg betul dan tepat. Penulisan bukan sekadar berkongsi idea dan bakat tetapi juga perlu pengetahuan yang banyak dan tepat.
Ini hanya sekadar pendapat ikhlas aku je.. so Fizzi jgn terasa lahh.... kalau tak de yg tgur mana nak tau salah dan silapnya kan... harap ambik masa tuk edit dan teliti sblum post the n3nya.......
|
|
|
|
|
|
|
|
agagagagaaa... dol dan abu samseng kampung pinang sebatang yang bodo piang... |
|
|
|
|
|
|
|
best.....
nak n3 lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi2x |
|
|
|
|
|
|
|
wawawwa... baru terserlah kewanitaan si aisyah nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
i like this story soooo much!!!!! smbg..smbg.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua org x sabo nak tau n3 lagi...
nape erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.... Faris dah jatuh hati......... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh faris... jaga mata tu huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi
suka cerita cerita fizzi
semua fast paced... tak pernah boring |
|
|
|
|
|
|
|
warrgghhh faris dh nmpk ciri2 wanita pd 'nyah' tu
abis lh aisyah...
'jiwa rasa gelora' wakakaka |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|