Zulaikha sudah hilang sepenuhnya dari pandangan mereka semua. Amir berenang sehingga sampai ke tempat terakhir Zulaikha kelihatan tadi. Harris menjadi semakin cemas. Cemas akan hal Zulaikha dan juga cemas dengan perasaan fobianya dengan air laut.
Amir menyelam beberapa kali hendak mencari tubuh Zulaikha namun hampa. Nadia sudah mulai menangis-nangis dan menjerit nama Zulaikha. Sementara Amir meneruskan selamannya mencari gadis itu, Harris yang memerhatikan keadaan sekeliling terlihat ada suatu jasad yang muncul dari sebelah lain pantai dari kedalaman yang sama dengan tempat Zulaikha hilang tadi. Ianya tidak berapa jauh dari tempat mereka semua berada.
Harris sedikit tersenyum dan berasa lega melihatkan Zulaikha melangkah keluar dari celahan arus dan ombak itu. Tetapi air muka Zulaikha itu sedikit pun tidak menunjukkan perasaan apa-apa. Nadia segera berlari mendapatkan Zulaikha. Harris pula berpatah balik ke gigi air dan berlari juga ingin mendapatkan gadis yang baru muncul itu.
Zulaikha terus sahaja berjalan menuju ke basikalnya yang ditinggalkan tadi tanpa berpaling ke mana-mana. Harris yang berlari lebih pantas terlebih dahulu memintas Nadia.
Sesampainya dia terus dicapainya pergelangan tangan Zulaikha dan menarik gadis itu terus ke dalam pelukannya. Sangkanya Zulaikha akan terharu sepertimana ketika Amir memeluk gadis itu tadi, namun sangkaan itu jauh meleset apabila Zulaikha mengangkat lutut kanannya dengan deras lalu tepat menyinggahi celah kangkang Harris menyebabkan Harris terus terduduk melutut di hadapan Zulaikha. Harris menahan senak dan mencari nafas bagaikan sedang meminta nyawa tambahan. Nadia terlopong mulutnya melihat. Wajah Zulaikha kelihatan puas dapat berbuat demikian terhadap Harris.
Amir yang terlewat mengetahui Zulaikha hanya berolok-olok membunuh diri baru sahaja sampai ke situ. Harris masih sedang terduduk melutut membelakanginya yang baru sahaja tiba.
“Hah! Tau pun nak mintak maaf?! Sampai melutut kau ye? Ingatkan kepala ko keras macam batu?” Tegur Amir kepada Harris
Harris menoleh kebelakangnya memandang Amir dengan muka yang perit.
“Aku bukan minta maaf la bodohhhh……errhhh…” Harris menjawab dalam keadaan senak.
“Dua-dua pun perangai sama! But you are the worse Harris! Badan je tinggi! Besar! Tapi penakut dengan air! Useless! Don’t you dare touch me again! Kalau tak lagi teruk kang kena!” Zulaikha memarahi kedua-dua remaja lelaki itu namun lebih ditujukan kepada Harris.
Zulaikha berlalu meninggalkan tempat itu ditemani Nadia. Dia yang sememangnya dari kecil pandai berenang dan menyelam sengaja berbuat seolah hendak membunuh diri supaya dapat meleraikan pergelutan Harris dan Amir.
Amir masih berdiri di situ. Dia menunduk dan memegang bahu Harris.
“Sakit sangat ke?” Soalan yang naïf itu terpacul dari mulut Amir.
“Taaak….nikmat…YA! SAKITLAH BODOH!” Harris menjawab sinis dalam kesenakan.
“Hehh…dengan budak pompuan tu pun kau sakit sampai macam ni?” Amir mengejek sinis.
“Dia tu lain kau tau dak?” Harris mempertahankan dirinya.
“Yang lain tu engkau! Layan dia macam budak-budak lelaki!” Amir membalas.
“Budak tomboy…” Harris membalas semula sambil melihat Zulaikha yang mulai mengayuh basikal dari jauh.
Setelah beberapa ketika, Harris dan Amir duduk berdua di bawah teduhan pohonan rhu. Zulaika dan Nadia sudah lama pulang ke rumah.
“Aku bukan nak masuk campur, tapi aku tak paham. Kenapa kau dengan Shaq benci sangat kat Ika tu? Apa salah dia dengan korang semer ha?” Amir memulakan perbualan dengan pertanyaan.
“Sapa kata aku bencikan dia?!” Harris menempelak.
“Kalau Ika tak cerita pun aku boleh nampak lah kau dengan Shaq memang cukup jaki dengan dia kan? Kau memang lagi teruk sebab selalu buli Ika tu!” Amir mulai berhujah.
Harris terdiam. Mereka berdua hanya diam melihat ombak laut yang semakin menderas.
“Aku ….aku tak pernah bencikan Ika.”Harris tiba-tiba bersuara.
“Aku…akucuma tak reti nak tunjuk kat dia macamana aku rasa sayang kat dia.” Harrismenambah. Dia cuba menduga Amir.
Amir menoleh dan memandang tepat ke mukaHarris.
“Sayangsebagai seorang abang je kan?” Amir tidak melepaskan pandangannya.
Harris membalas pandangan dan merenung tajam kemata Amir. Dia sedikit tersenyum menyeringai.
“Kalauaku sayangkan dia sampai nak jadikan dia tu…Biiini aku pun ko nak peduli apa?”Harris menduga.
“Hemmfhh!Takkanlahhh….dia tu dah dikira adik kau sendiri tau dak?..” Amir menempelak.
Dia terus bangkit bangun tanpa melepaskan senyumansinisnya terhadap Harris. Harris juga bingkas berdiri sambilmenepuk-nepuk pasir di belakang seluarnya. Dia hanya mendengus. Sambil itu diatersenyum dan separuh mencebik.
“Ahhh..Budak cina otak ayam tu, bagi free kat orang gila pun tak lakunya. Bukan tasteaku.” Kata-kata ego dan provokasi Harris membuatkan Amir terdiam.
Sambung Harris lagi, “Even ada admirer yangjauh lagi lawa kat sekolah pun aku tak layan.”
Harris segera melangkah berlalu dari situmeninggalkan Amir yang masih berdiri. Amir tahu di sekolah mereka nama “Tengku MohamadHarris” amat dikenali dan budak nakal itu memang cukup popular bukan sahajadikalangan pelajar malah juga di kalangan guru.
Disebabkan keaktifan dan cemerlang di dalambidang sukan sekolah, nama Harris sentiasa meniti dari mulut ke mulut parapeminatnya terutama sekali pelajar perempuan. Berbanding pula dengan Amir yanglebih bersifat ‘ulat buku’. Walaupun setiap tahun kerap menerima anugerahpelajar cemerlang semenjak berada di tingkatan satu hinggalah sekarang tingkatantiga, pun begitu dia tidaklah se-popular Harris sehingga menerima surat-surat salamperkenalan dari peminat rahsia. Harris berhenti melangkah seketika dan berpaling memandang Amir.
“HeyAmir! Aku warning kau jangan cuba-cuba nak pegang Ika tu lagi tau tak?! Kalautidak…” “Kalautidak apa?!” Amir sengaja mencabar. “Hemmfhh!Otak ayam.” Sambil berpaling Harris berseloroh. “Otakayam?” Amir termangu-mangu cuba memahami maksud perkataan itu.
Harris berlalu pergi meninggalkan Amirkeseorangan. Last edited by kambeng_masam on 6-11-2012 09:21 AM
|