RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD
Bahan-bahan: - 1 tin jagung manis cream style
- ½ tin susu pekat manis
- 2 ½ tin air
- 1 tin tepung kastard
Nota: Guna tin yang sama untuk sukat semua bahan. Cara penyediaan: 1. Satukan semua bahan iaitu jagung manis cream style, susu pekat manis, air dan tepung kastard. 2. Buka api dan kacau sehingga sebati dan menjadi pekat. 3. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minya. Ratakan dan sejukkan di dalam peti ais. 4. Ia sedia untuk dimakan apabila sudah keras. Lebih baik jika sejukkan semalaman.
|