|
[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN
[Copy link]
|
|
Reply 138# cmf_blingblings
kisah ni tergantung....??alamak!!! memang ingat nak mati gitu.. nanti fazss cuba sambung sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 140# mazz2009
great!! tak terbayang kalau jadi mcm zira... |
|
|
|
|
|
|
|
Monolog Diri : Ajarkan Aku Untuk Lupa
Sesudah enam bulan yang derita berlalu. Sepi bergantungan. Rintis embun tanpa silu mencumbui pipi. Monolog mula berkelintaran...
Wahai jiwa yang luka, berhentilah daripada meratap pilu. Berhentilah daripada teresak-esak. Berhentilah daripada tersendu dan bermelankoli. Bangkitlah dari dearah gelap yang telah menenggelamkan. Hindari kematian sebelum ajal dan Izrail datang menjemput menatang maut.
Hai hati yang hampir mati, janganlah berduka lagi. Bertanyalah pada alam, bagaimana mahu mengembalikan seribu kekuatan, meski dalam ringkik kepayahan. Kerana alam yang telah renta ini, begitu sarat sekali dengan suka-duka perang yang tak pernah padam.
Tanyalah pada sendalu yang sering membuai, kerana khabar yang dibawa dari tanah tandus dan gersang seringkali singgah menyapa dibirai telinga. Juga sedih dari ngarai dan rabung gunung yang tak tertanggung.
Yang hitam berganti putih, yang malam bertukar siang. Ajarilah aku untuk lupa, sebagaimana kau melupakanku...
lalu akurlah aku. ~Ono seng ora ono, ora ono seng ono, seng ono ora ono - ada yang tidak ada, tidak ada yang ada, yang ada tidak ada~
Monologku mati. Diam.
Titik! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 143# attokz
Benar-benar suka dengan gaya bahasa attokz... jeles sungguh..!
Hai hati yang hampir mati, janganlah berduka lagi. Bertanyalah pada alam, bagaimana mahu mengembalikan seribu kekuatan, meski dalam ringkik kepayahan. Kerana alam yang telah renta ini, begitu sarat sekali dengan suka-duka perang yang tak pernah padam.
Attokz memang benar-benar nak gunakan perkataan ringkik dalam ayat neh ker?
Ringkih dan ringkik dua perkataan berbeza kan? Mana yang lebih menepati. ringkih or ringkik dalam ayat attokz tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply attokz
Ringkih dan ringkik dua perkataan berbeza kan? Mana yang lebih menepati. ringkih or ringkik dalam ayat attokz tu?
bintang Post at 27-1-2011 18:45
Salam Bintang,Saya memilih untuk menggunakan perkataan Ringkik dalam konteks ayat. Kenapa ringkik, sedangkan ringkik sesuai dipadankan sebagai bunyi kuda? Kena rujuk semula makna denotatif dan juga makna konotatif. Pemilihan kata ringkik saya gunakan untuk makna konotatif bukan kepada makna denotatif yang lebih merujuk kepada makna secara harfiah. Ditambah pula dengan ketepatan ringkik sebagai kata indera (kata-kata yang diserap oleh pancaindera - dalam konteks ayat mengatakan bunyi kuda meringkik seolah-olah berada dalam keadaan yang sukar, terseksa) sebab itulah kata ringkik diikuti dengan perkataan kepayahan. Melambangkan kepayahan yang amat dan terseksa.
Ringkih tidak sesuai digunapakai dalam konteks ayat kerana maknanya adalah rapuh, tidak kuat, lemah, tidak kukuh.
Titik! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam Bintang,Saya memilih untuk menggunakan perkataan Ringkik dalam konteks ayat. Kenapa ringkik, ...
attokz Post at 28-1-2011 09:07
Oh.. terima kasih dengan penjelasan yang sungguh ilmiah itu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
Ya ampun... jadi dua anaknya punya nama yang sama?
bintang Post at 27-1-2011 18:55
Ya!! adiknya dah beranak 4, kakaknya dah pencen jadi metron kat ospital tapi masih tak berkahwin..kami masih panggil dia Kak Kiah walaupun nama dia Khatijah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya!! adiknya dah beranak 4, kakaknya dah pencen jadi metron kat ospital tapi masih tak berkah ...
cmf_blingblings Post at 28-1-2011 12:23
Kak Kiah aka Khatijah tu masih dara aka tak pernah berkahwin sampai pencen? |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Kiah aka Khatijah tu masih dara aka tak pernah berkahwin sampai pencen?
bintang Post at 28-1-2011 12:27
Ya......gitulah ceritanya, orangnya hebat tp tak berjodohan... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 29-1-2011 14:43
Ini ceria zaman dulu, samada nak percaya atau tidak ini yang kak blings dapat dari seorang saudara..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka mula berjumpa di dalam kapal air yang berlabuh di Port Swettenham di P.Pinang. Perjalanan itu akan mengambil masa berbulan untuk sampai ke tanah suci Mekah. Semuanya ada di dalam kapal besar itu, masjid, bilik untuk berehat dan tidur serta mempunyai dapur sendiri untuk tujuan masak memasak.
Di kota Mekah hubungan Hj Din dan Haji Leman bertambah akrab. bagaikan saudara atau sahabat sejati. Mengerjakan umrah bersama, ke masjid berdua, pendek kata macam isi dengan kuku.
Dalam perjalanan balik dengan kapal yang sama mereka sudah berkira-kira untuk mengunjungi kampung masing-masing. Alamat rumah yang ditulis dalam jawi bertukar tangan.
Malang menimpa, Hj Leman kehilangan beg berisi wang. Semuanya lesap! Ya Allah, di mana pula aku letak? Tergaru-garu dia mencari ke sana ke mari. Ada orang yang datang mengambil atau mencurikah?
"Haji, ada apa? Magrib dah nak masuk, jomlah kita"
"Haji, kancung duit saya hilang"
"Macam mana boleh hilang tu Haji? Bukankah selalu kita letak kat tali pinggang kita?"
"Saya buka waktu nak mandi"
"Hajjah simpan kot"
"Tak ada, dia ke bilik saudara dia"
"Haji rasa ada orang curi?"
"Mungkin kot, Allah...saya tak simpan dah kat mana-mana, duit Hajjah pun saya simpan sekali"
"Haji nak guna duit kita boleh bagi"
"Sikit aja, untuk nak guna sebelum sampai ke pelabuhan"
"Berapa ratus Haji nak guna?"
"Tak adalah sampai banyak tu, lima puluhpun jadilah, nanti saya bayar balik"
"Tak payahlah bayar, kira sedekah pada kawan baik"
"Tak boleh macam tu Haji, insyaallah sampai nanti ke kampung saya akan bayar"
Seminggu lebih barulah mereka sampai ke pelabuhan P.Pinang. Berpuluh ribu orang menunggu jemaah yang baru sampai. Turun ke pelabuhan dan berjumpa saudara mara Hj Leman terlupa segala-galanya. Tong air zam-zam dibawa turun beserta barangan dari Mekah yang dibawa balik.
Kunjungan saudara mara yang tak putus-putus menyebabkan Hj Leman keletihan, tak cukup tidur dan sebagainya.
"Munah, saya nak ke Baling hari Senayan (Ithnin) ni" Hj Leman bersuara sambil membelit-belitkan serbannya.
"Saya nak ikut boleh"
"Tak usahlah, jauh, saya nak bertolak lepas Subuh, tak tahu pukul berapa baru nak sampai"
"Abang Haji nak bayar duit yang abang Haji pinjam hari tu ya?"
"Ya, banyak tu, lima puluh"
"Bukan dia dah halalkan?"
"Tapi saya kata pinjam, jadi kena pulangkan"
"Macam tu abang Haji kenalah pulangkan" Hajjah Maimunah bersetuju.....
Panjanglah pulak cerita ni...nanti sambung...nak gi sopping
ampun semua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 151# cmf_blingblings
Uiks..... cam umah dia lak dah... duk bersambung-sambung
Frust neh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
Uiks..... cam umah dia lak dah... duk bersambung-sambung :shakehead ...
bintang Post at 29-1-2011 16:11
ampun bintang oi....tak perasan lak tak leh sambung...ok nanti sambung balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Lum abis suping lagik?
Ya ampun mak-mak neh, kalo da mabuk suping
bintang Post at 29-1-2011 20:17
lepas supin singgah pasar mlm.....penuh makanan dijinjing balik...tgh mengular ni |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_blingblings at 30-1-2011 00:19
ok sambung balik cerita tadi.....
------------------------------------------------------------------------------
Dari rumahnya pagi itu Hj Leman mengambil bas ke pekan Sg Petani. Menunggu agak lama juga untuk mendapatkan bas ke pekan Baling, tak tahulah pukul berapa baru dia akan sampai ke Baling.
Tengahari baharulah Haji Leman sampai untuk pertama kalinya di pekan penuh bersejarah itu. Pekan yang mempunyai cerita tentang komunis, cerita peperangan dan sebagainya. tak tahu pula mana nak ditujunya. Alamat rumah yang bertulis tangan itu hampir lunyai namun masih terang dakwatnya. Kampung Selepeh, di mana agaknya tempat itu. Setelah berjalan-jalan di sekitar stesen bas itu Hj Leman mula bertanya kepada penduduk setempat arah kampung itu.
Dari penjual buah, tuan punya kedai makanan hingga ke orang-orang yang lalu lalang semuanya ditanya namun tiada siapa yang penah kenal nama kampung itu. Menurut Haji Din kampungnya terletak tidak jauh dari pekan Baling, berdekatan Gunung Baling, tak kanlah orang-orang di situ tak tahu di mana letaknya? Sungguh menghairankan.
Hingga hampir magrib Haji Leman berpusing-pusing keseorangan setelah keluar dari masjid berdekatan. Nampaknya terpaksalah dia bermalam di masjid itu kerana bas ke Sg Petani sudah habis untuk hari itu.
Hj Leman duduk mengesat peluhnya di depan sederetan kedai-kedai yang sudah mula ditutup satu persatu. Ada seorang lelaki tua menolak kereta kayu sambil membawa berbakul sayur-sayuran berlalu di depannya.
"Assalamualaikum" sapa lelaki yang berpakaian lusuh itu.
"Waalaikum mussalam" jawab Hj Leman sambil bangun bersalaman.
"Nak kemana petang-petang ini? Dah nak gelap ni?"
"Allah huakbar, saya ni sesat agaknya, mungkin berada di salah kampung" jawab Hj Leman.
"Tuan nak ke mana?"
"Saya datang nak jumpa kawan baik saya, namanya Hj Din, guru Quran dan imam Kampung Selepeh, dah setengah hari saya tanya orang-orang di sini tapi tak siapa yang tahu arah kampungnya"
"Apa hajatnya nak jumpa Hj Din" tanya lelaki itu sambil mengelap peluh lebatnya.
"Nak bayar hutang"
"Oh, begitu, banyakkah?"
"Tak banyaklah, tapi setiap hutang kita wajib bayar balik"
"Oh, macam itu ikut saya, kampung kami depan situ saja, tak jauh dari sini, tu lepas sungai tu. Haji Din tu guru kamilah"
"Alhamdulillah" Hj Leman segera mengatur langkah. Lega, berjumpa juga kampung itu. Sesekali Hj Leman berpaling memandang ke belakang, tadi dia ada melalui kawasan itu tapi mengapa tak ternampak pula lorong yang luas itu.
"Inilah kampung kami" lelaki itu menunjukkan. Terang benderang kampung yang bergemerlapan dengan lampu itu. Sampai di rumah yang besar itu dia berhenti dan memberi salam. Di depannya kawan yang amat dikenalinya sudah turun ke tanah.
"Allahumma salli ala sayyidina Muhammad" salam dihulur, tubuh didakap erat.
"Alhamdulillah, Haji sampai juga ke kampung kami"
"Tentu saya sampai, saya dah berjanji Haji. Nasib baiklah ada yang menunjukkan jalan ke sini" lelaki tadi sudah bergerak agak jauh dari situ.
"Naiklah, dah nak masuk waktu, kita berjemaah di masjid"
Meriah sungguh suasana di kampung itu, ramah tamah ke semuanya. Makanan dihilangkan dari pelbagai jenis, pelanduk, kijang hingga ke buah-buahan hutan, semuanya ada.
Esoknya pagi-pagi lagi mereka ke masjid yang sama mendengar ceramah Subuh serta kelas fardu ain yang dikendalikan oleh Haji Din.
"Haji, terima kasih banyak-banyak sudi meminjamkan wang kepada saya dulu, membantu saya yang di dalam kesempitan"
"Itu tanggungjawab setiap manusia Haji, kalau terjadi kepada saya pastinya Haji juga akan membantu saya, betul tidak?" Hj Leman mengangguk. Wang itu dihulur dan dimasukkan ke dalam tangan Hj Din. Sejuk tangannya.
"Haji, jangan lupa, datanglah ke rumah saya pula nanti, ambil bas dari Sg Petani, dekat saja, dalam dua puluh minit. Berhenti di pekan Tikam Batu, tanya saja orang-orang situ rumah saya, semua orang kenal" Hj Leman masih menggenggam tangan Hj Din.
"Insyaallah Haji, datanglah lagi ke mari, bawa sekali Hajjah, kita belajar mengaji sama-sama"
"Ya, seronok sungguh belajar di sini, saya akan datang lagi Haji"
Haji Din dan anak-anak muridnya menghantar Hjai Leman hingga ke hujung jalan.
"Depan tu saja stesen basnya, Haji jalan terus, jangan pusing-pusing lagi"
"Baik-baik, saya jalan dulu" Haji Leman segera beredar, suara yang bersembang rancak di belakangnya masih terdengar. Melihat bas yang sudah bersedia untuk bertolak itu membuatkan Haji Leman tergopoh gapah menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja dia berpaling untuk melambai ke arah Haji Din tiada sesiapa lagi di situ, hanya batu-batan kaki gunung yang kelihatan. Cepat sungguh mereka beredar, Hj Leman bergumam.
Balik ke kampungnya isterinya tergamam merenungnya. Dia merenung dirinya, apa pula yang tak kena?
"Astaghafirrullah abang Haji, abang Haji pergi sampai ke mana? Dah seminggu baru balik?"
"Seminggu? Semalam aja saya pergi awak merepet apa ni, tengoklah baju yang saya pakai ni, baju semalam kan?" Hajjah Maimunah terdiam. Benar, baju itu masih seperti yang dilihatnya pada kali yang terakhir.
"Haji Din dan isteri kirim salam pada awak, dia jemput awak ke rumah dia, ramai anak-anak murid dia, lebih ramai dari anak-anak murid kita"
Kepulangan anaknya Taufik yang bekerja guru ke kampung memberi peluang Haji Leman untuk memintanya menghantar mereka suami isteri ke Baling, kali ini nak dibawanya Hajjah Maimunah bersama. Beg berisi pakaian untuk beberapa hari sudah dikemaskan.
Taufik yang memandu keretanya sendiri itu membawa mereka ke kampung yang amat asing kepadanya. berpeluh-peluh Taufik berpusing-pusing mengikut arah jalan yang ditunjukkan namun tak berjumpa juga jalannya. Seperti kisah kali yang pertama, beberapa bulan yang lepas, tak siapa tahu di mana kampung itu.
"Anak, saya tunggu di sinilah, ada deretan kedai depan ni dulu"
"Pakcik, saya dah berpuluh tahun tinggal di sini, memang tak pernah ada kedai di sini" Haji Leman menggarukan kepalanya.
"Ayah, agaknya ayah tersalah tempat, tak apalah tak ada rezeki kali ini, kita baliklah, dah lewat ni, nanti gelap lagi susah nak memandu keluar, jalan di sini gelap tak berlampu" mahu tak mahu Hj Leman terpaksa mengikut Taufik pulang.
Selepas itu Hj Leman masih cuba untuk ke kampung rakan baiknya itu namun kampung itu tak pernah dijumpai lagi. Kampung Selepeh serta orang-orangnya bagaikan tak pernah wujud.
Nota:- Dikatakan bahawa jemaah haji yang mengunjungi rumah Allah bukan sahaja terdiri dari manusia biasa namun ada juga makhluk Allah yang tak boleh dipandang dari mata kasar. Hanya mereka yang suci hatinya akan berpeluang berjumpa dengan makhluk istimewa ini. Apa sahaja nama makhluk ini, mereka sebenarnya wujud hanya kita yang tak dapat melihat dengan mata kasar kita.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa ini terjadi sewaktu saya disana
Seorang isteri sesat satu hati satu malam,
heboh semua org tgl carikan isteri tuan haji tu.
Rupanya dia tidak kemana-mana setia menunggu suaminya
di bawah jam besar dia tidak dpt cari jalan balik
dan org yg mencari pun tidak dpt berjumpa sedangkan dia
tidak kemana hanya bersembahyang didlm masjid lepas tu keluar
tunggu suaminya. Akhirnya jumpa juga isteri tu dlm keadaan letih kerana tidak makan
Menurut Pak Haji tu...sewaktu diMalaysia isterinya itu setiap kali keluar kemana-mana
tidak pernah minta kebenaran dan bila berjalan sekali sentiasa meninggalkan suaminya dibelakang dia cibuk shopping sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa ini terjadi sewaktu saya disana
Seorang isteri sesat satu hati satu malam,
heboh semua ...
qimi08 Post at 30-1-2011 00:14
T/kasih Qimi sudi berkongsi pengalaman |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 30-1-2011 00:24
Reply 158# cmf_blingblings
No hal - perkara yg baik untuk kongi tak jadi masalah.
Perkara-perkara yg mengaipkan pun ada juga npk tapi
tak baik nak diceritakan..
Depan mata - di Madinah sewaktu menunggu waktu asar
masuk kami berada didataran masjid nabawi sembahyang di luar
sbb dlm dah penuh. Tiba2 seorang jemaah Indonesia jatuh terus
meninggal (masa ini dia sedang berzikir) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
No hal - perkara yg baik untuk kongi tak jadi masalah.
Perkara-perkara ...
qimi08 Post at 30-1-2011 00:23 Aku nak amalkan doa yg memudahkan aku pergi tanpa menyusahkan sesiapa, ketika bersujud KepadaNYa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|