credit to: www.murai.com.my
Filem Nur Kasih Shooting Di Jordan!![](http://photo.murai.com.my/6212010_nurkasihmula%28a%29.jpg)
Teks oleh: Syafiqah Jalal
KUALALUMPUR, 25 JUN 2010: Sejak pihak syarikatproduksi Filmscape Sdn Bhdmenguar-uarkan tentang hasrat mereka untuk menerbitkan Nur Kasih dalamversi filem, kebanyakan pengikut drama bersiri ini telah pun memberikanmaklum balas yang cukup positif sekali. Malah mereka juga nampaknyasudah tidak sabar-sabar menunggu kedatangan Nur Kasih versi filem dilayar perak.
Namun, tidak dapat dipastikan pula bila penggambaran filemnyaakanbermula. Sehinggalah Filemscape Sdn Bhd mengadakan majlis doaselamat sempena pelancaran filem Nur Kasih di Restoran Teak 5 Furniture&Café, Mutiara Damansara baru-baru ini. Penerbit ekskutifnya, MohdFrank Lewis telah mengumumkan bahawa penggambaran filem tersebut sudahpun bermula sejak 20 Jun lalu. Walaupun sebelum ini, Mohd Frank Lewis tekah pun memberitahu bahawaNurKasih versi filem ini adalah penyambung cerita kepada drama bersiriberkenaan, namun pasti ada kelainan yang akan ditonjolkan dalamfilemini.
Untuk mendapatkan jawapan tersebut, murai.com.my telah mewawancarapengarahnya Kabir Bhatia. Jelas Kabir, dia sebenarnya tidak bolehmenjelaskan segala-galanya tentang jalan cerita filem Nur kasih ini.
"Tapi, apa yang saya nak gambarkan pada penonton adalah filem Nur Kasihini masih lagi berkonsepkan pengorbanan cinta di mana kali ini ianyakali ini diberikan lebih suntikan emosi. Kalau dramanya dulu banyakmenonjolkan pengorbanan cinta antara manusia,dalam filem inipula iayang banyak memaparkan pengorbanan cinta dengan Tuhan.
"Selain itu, perbezaan lain yang terdapat dalam filem ini ialahkonflikyang berlaku di antara Adam dan Nur selepas menjalani kehidupansebagaisuami isteri akan cuba ditonjolkan lebih hebat ", katanya.
Apabila ditanya adakah watak yang dilakonkan Umi Nazeera akandigantikanoleh pelakon baru selepas ketiadannya kerana melanjutkanpengajian diAustralia, Kabir menjawab: "Kami memang tidak adamenggantikan sesiapauntuk watak Umi Nazera kerana kami tidak rasawataknya diperlukan untukfilem Nur Kasih ini".
Ditanya pula tentang pemilihan Jordan sebagai salah sebuahlokasipenggambaran filem Nur Kasih yang bakal ditayangkan di pawagampadaDisember tahun ini atau Mac depan, Kabir berkata, pihaknyamemilihJordan kerana keindahan negaranya yang berbukit seperti dipadang pasir.
"Jika tiada halangan kami akan mengadakan pengambaran di Jordanselama10 hari bermula hari ini( 25 Jun 2010). Sebelum itu,penggambaran akandimulakan di sekitar Tanjung Karang, Selangor,"katanya.
Manakala isteri kepada Kabir Bhatia, Mira Mustaffa, 30, yangsekaligusmerangkap penulis skrip bagi drama dan filem Nur Kasih iniberkata, diamengambil masa yang agak lama iaitu sehingga 6 bulan untukmencari ideasebelum menghasilkan skrip untuk filem ini.
"Bagi saya, menulis skrip untuk filem Nur Kasih ini satu tanggungjawabyang sangat besar. Sepertimana yang kita tahu, dramanya sahaja sudahmempunyai pengikut yang cukup besar. Jadi mesti banyak pihak luar danpeminat drama ini akan meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ininanti.
"Oleh sebab itu, saya terpaksa mengambil masa yang lama untukmenyiapkan skrip ini supaya hasilnya nanti akan dapat memuaskan hatisemua orang termasuk yang baru pertama kali menonton kisah Nur Kasihini. Walaupun saya agak stresses, namun saya yakin saya sudah punmelakukan yang terbaik untuk filem Nur Kasih ini", katanya yangturuthadir dengan berbaju kurung pada majlis itu.
Mira juga turut menegaskan bahawa filem Nur Kasih ini sesuai ditontonoleh semua golongan terutama sekali bagi orang yang kali pertamamenontonya.
"Saya yakin bagi yang pertama kali menonton kisah Nur Kasih jugaakandapat memahami cerita dari filem ini tapi ada kelebihan buat penontonyang sudah mengikuti dramanya sebelum ini kerana mereka akan lebihdekat dan lebih merasai kisah dan emosi yang terdapat dalam drama NurKasih sebelum ini", katanya.
Majlis pelancaran dan Doa Selamat Nur Kasih itu turut dihadiri barisanpelakonnya iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Ayu Raudhah sertaseluruh tenaga produksi krewnya. |