CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2009 01:02 PM | Show all posts
... sedeyyyyyyyyyyyyyy nyaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 01:22 PM | Show all posts
sedihnya...bila diorg nak jumpa nie...
x sabo nak tau n3...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 01:26 AM | Show all posts
fizz... best citer nih..
tapi jgn wat den sedey sampai guling2 keciwa sebab aril ngan alis tak de can bersama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 10:33 AM | Show all posts
sapa2 yg baru baca citer nih...
pi baca citer LARA DI HATI KITA dulu...
sbb citer ni kesinambungan dari cite tu..
hihiii...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 11:37 AM | Show all posts
fizzi...mana n3 baru?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 12:30 PM | Show all posts
rasa yg 2-2 tersiksa yg teramat sgt...
bila la konflik nk abis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2009 01:19 PM | Show all posts
rasa yg 2-2 tersiksa yg teramat sgt...
bila la konflik nk abis...
fieza1510 Post at 30-10-2009 12:30



derita jiwa dan raga dbuatnye kann...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:49 PM | Show all posts
Tidak tahu arah hendak dituju, Alisya pulang semula ke Johor. Sememangnya, disitulah dia patut berada sehingga hujung bulan depan.

        Sampai sahaja di chalet, café terus ditujunya. Pintu dapur dikuak. Seluruh pekerja dapur tersenyum ke arahnya. Alisya membalas kembali senyuman itu. Matanya meliar memandang segenap runag dapur itu.

        “Nah, akak mesti haus kan..” Hamdan, salah seorang crew dapur, datang sambil menghulurkan jus oren kepadanya. Alisya tersenyum senang.

        “Thank you…mana Anaz?” soal Alisya. Selalunya, Anaz yang sering menyambutnya dengan jus oren tersebut.

        “Dia dah resigned kak…semalam last day dia..” kata Hamdan. Alisya terpaku. Air yang baru hendak diteguk, tidak jadi diminum.

        “Resign? Dia ada hantar notis?” soal Alisya. Hamdan angguk.

        “Dia hantar notis 2 hari saja. Emergency. Tunang dia sakit, masuk wad kat Ipoh. So, kebetulan, dia pun nak kena sambung belajar bulan depan. So, dia resign awal…” kata Hamdan.

        Alisya ternganga. Bagai ada batu yang menghempapnya. Alisya terdiam.

        “Oh ya…lupa, dia kirim salam kat akak..” kata Hamdan. Alisya terdiam lagi. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Perlahan2, Alisya bangun, beredar dari café itu.

        Alisya terus melangkah ke biliknya. Dengan perasaan yang bercampur baur, pintu bilik dihempas.Alisya terus duduk di birai katil. Dia bungkam.

        Anaz dah berhenti? Anaz…kenapa tak bagitau awal2??? Aduh…Anaz…Alisya terdiam lagi.Matanya mula berkaca.

        Anaz….selama ini, Anazlah kawannya di chalet itu. Anazlah tempat dia mengadu masalah. Anazlah tempat dia mencari perlindungan dari ingatan terhadap Aril. Anaz membuatkan dia kuat untuk menghadapi rasa rindu pada Aril. Anaz menjadi bentengnya bila dia berhadapan dengan masalah.

        Memang Anaz muda. Tapi, sikap protektif Anaz buat dia rasa senang bekerja dengan Anaz.Dari perasaan senang bekerja dengan Anaz, dia mula suka berkawan dengan Anaz. Sebab itu, dia tidak kekok bila bersama Anaz.

        Tapi…Anaz dah pergi? Anaz pergi tanpa memberitahunya terlebih dulu…Anaz….Alisya!!Kau lihatlah sendiri…betapa Tuhan telah menghukum kau kerana kau lukakan hati orang lain!!!

        Tapi..akukah yang bersalah dalam hal ni??? Wajarkah aku yang menerima balasan ini? Kenapa???Alisya menangis lagi. Alisya meraung sambil menahan sebak di dada. Airmata turun bak taufan tsunami yang tak ada hentinya.

        Hari ini hari lahirnya…tapi, tiada satu pun ucapan selamat ulang tahun yang diterimanya. Tak ada! Salah aku juga…Yang tahu tarikh lahir aku, Cuma famili aku dan Aril saja…serta Marina…yang lain…tak tahu.

        Aril…kau masih ingat hari lahir akukah? Anaz…sampai hati kau pergi dalam diam….kak Mas….kenapa buat saya macam ni????

        Alisya terus menangis. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu mengawal kesedihannya. Hatinya terasa seakan mahu pecah. Telinganya berdesing, menahan kesedihan. Tuhan….tolong aku!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2009 01:49 PM | Show all posts
Tidak tahu arah hendak dituju, Alisya pulang semula ke Johor. Sememangnya, disitulah dia patut berada sehingga hujung bulan depan.

        Sampai sahaja di chalet, café terus ditujunya. Pintu dapur dikuak. Seluruh pekerja dapur tersenyum ke arahnya. Alisya membalas kembali senyuman itu. Matanya meliar memandang segenap runag dapur itu.

        “Nah, akak mesti haus kan..” Hamdan, salah seorang crew dapur, datang sambil menghulurkan jus oren kepadanya. Alisya tersenyum senang.

        “Thank you…mana Anaz?” soal Alisya. Selalunya, Anaz yang sering menyambutnya dengan jus oren tersebut.

        “Dia dah resigned kak…semalam last day dia..” kata Hamdan. Alisya terpaku. Air yang baru hendak diteguk, tidak jadi diminum.

        “Resign? Dia ada hantar notis?” soal Alisya. Hamdan angguk.

        “Dia hantar notis 2 hari saja. Emergency. Tunang dia sakit, masuk wad kat Ipoh. So, kebetulan, dia pun nak kena sambung belajar bulan depan. So, dia resign awal…” kata Hamdan.

        Alisya ternganga. Bagai ada batu yang menghempapnya. Alisya terdiam.

        “Oh ya…lupa, dia kirim salam kat akak..” kata Hamdan. Alisya terdiam lagi. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Perlahan2, Alisya bangun, beredar dari café itu.

        Alisya terus melangkah ke biliknya. Dengan perasaan yang bercampur baur, pintu bilik dihempas.Alisya terus duduk di birai katil. Dia bungkam.

        Anaz dah berhenti? Anaz…kenapa tak bagitau awal2??? Aduh…Anaz…Alisya terdiam lagi.Matanya mula berkaca.

        Anaz….selama ini, Anazlah kawannya di chalet itu. Anazlah tempat dia mengadu masalah. Anazlah tempat dia mencari perlindungan dari ingatan terhadap Aril. Anaz membuatkan dia kuat untuk menghadapi rasa rindu pada Aril. Anaz menjadi bentengnya bila dia berhadapan dengan masalah.

        Memang Anaz muda. Tapi, sikap protektif Anaz buat dia rasa senang bekerja dengan Anaz.Dari perasaan senang bekerja dengan Anaz, dia mula suka berkawan dengan Anaz. Sebab itu, dia tidak kekok bila bersama Anaz.

        Tapi…Anaz dah pergi? Anaz pergi tanpa memberitahunya terlebih dulu…Anaz….Alisya!!Kau lihatlah sendiri…betapa Tuhan telah menghukum kau kerana kau lukakan hati orang lain!!!

        Tapi..akukah yang bersalah dalam hal ni??? Wajarkah aku yang menerima balasan ini? Kenapa???Alisya menangis lagi. Alisya meraung sambil menahan sebak di dada. Airmata turun bak taufan tsunami yang tak ada hentinya.

        Hari ini hari lahirnya…tapi, tiada satu pun ucapan selamat ulang tahun yang diterimanya. Tak ada! Salah aku juga…Yang tahu tarikh lahir aku, Cuma famili aku dan Aril saja…serta Marina…yang lain…tak tahu.

        Aril…kau masih ingat hari lahir akukah? Anaz…sampai hati kau pergi dalam diam….kak Mas….kenapa buat saya macam ni????

        Alisya terus menangis. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu mengawal kesedihannya. Hatinya terasa seakan mahu pecah. Telinganya berdesing, menahan kesedihan. Tuhan….tolong aku!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:50 PM | Show all posts
alamak..terpaste 2 kali lak...
sori ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:54 PM | Show all posts
Alisya terjaga dari tidurnya bila saja ada bunyi penerimaan pesanan ringkas di telefonnya. Lantas, telefon diangkat, peti mesej dibuka.

‘Alis, aku dengar kak Mas mintak Encik Habib untuk pecat kau hari ni. Better kau berjaga2…’

Bulat mata Alis membaca mesej dari Suhana itu. Alisya terdiam sejenak di birai katilnya. Dia terdiam lama.Lantas, dia bingkas bangun, menuju ke bilik mandi. Hari ini juga dia harus pulang ke Kuala Lumpur!

Hati Alisya membengkak.Apa yang kak Mastura cuba buat ni? Dia nak cari mautkah ? Kalau dia rasa dia betul…kenapa dia perlu buat macam ni kat aku? Kenapa perlu nak pecat aku? Apa salah aku?

Dia ingat aku takut kena pecat???Alisya menjerit di dalam hatinya.Kalau aku kena pecat pun, aku takkan kebulur macam dia!!!Dia buat macam ni dia tak terfikirkah, nanti orang akan nampak yang dia takut dengan bayang2 dia sendiri???Kesumat di dalam hati Alisya menggunung tinggi.

Kes ini masih dalam siasatan, mengapa perlu dia melakukan perkara sebegini. Hal ini sebenarnya akan memakan diri dia sendiri, dengan membiarkan Encik Habib sendiri menyaksikan dia mahu memecat kawan baik dia sendiri sebaik memegang kuasa???

Kak Mas…akak tunggu saya!!!Kita jumpa!!!Alisya sudah tidap dapat menahan diri lagi. Dia sudah rimas dengan semua keadaan yang menghimpitnya. Dia sudah lemas duduk berdiam diri. Kali ni…kita tengok, apa yang aku akan buat!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:55 PM | Show all posts
Tepat jam 3.30 petang, Alisya sudah sampai ke ibu pejabatnya.Pejabat Encik Shahrul dituju. Dalam perbincangan, Encik Shahrul menyatakan, mereka sudah berbincang dengan semua ahli tertinggi syarikat. Encik Habib juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu. Kata Encik Shahrul, Encik Habib agak terkejut, namun melihatkan bukti2 yang ada, dia akur jua.

        Petang itu juga, Mastura dipanggil untuk Domestic Inquiry. Alisya disuruh pulang ke rumah dahulu. Sewaktu hendak membuka pintu kereta, Suhana tiba2 memanggilnya.

        “Kau nak kemana?” soal Suhana sambil menghampiri Alisya.

        “Aku nak balik..” balasnya.

        “Jom kita pergi makan..” ajak Suhana. Hati Alisya masih menyimpan perasaan dendam kesumat pada Mastura. Kalau dia pulang, dia keseorangan, pasti dia asyik teringatkan Mastura.

        “Boleh jugak…” Alisya angguk lemah. Suhana senyum, kasihan melihat Alisya yang sebegitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:55 PM | Show all posts
Tepat jam 3.30 petang, Alisya sudah sampai ke ibu pejabatnya.Pejabat Encik Shahrul dituju. Dalam perbincangan, Encik Shahrul menyatakan, mereka sudah berbincang dengan semua ahli tertinggi syarikat. Encik Habib juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu. Kata Encik Shahrul, Encik Habib agak terkejut, namun melihatkan bukti2 yang ada, dia akur jua.

        Petang itu juga, Mastura dipanggil untuk Domestic Inquiry. Alisya disuruh pulang ke rumah dahulu. Sewaktu hendak membuka pintu kereta, Suhana tiba2 memanggilnya.

        “Kau nak kemana?” soal Suhana sambil menghampiri Alisya.

        “Aku nak balik..” balasnya.

        “Jom kita pergi makan..” ajak Suhana. Hati Alisya masih menyimpan perasaan dendam kesumat pada Mastura. Kalau dia pulang, dia keseorangan, pasti dia asyik teringatkan Mastura.

        “Boleh jugak…” Alisya angguk lemah. Suhana senyum, kasihan melihat Alisya yang sebegitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:57 PM | Show all posts
Selesai besolat Maghrib, mereka menuju ke Food Court yang terletak ditingkat bawah pasaraya itu. Makanan dikunyah lahap. Lapar.

        “Kau tak makan sejak bila ni?” soal Suhana.

        “Dari pagi…aku bangun je dari tidur bila dapat mesej kau tu…terus aku datang sini..” kata Alisya sambil memasukkan mee ke mulutnya. Suhana menggelengkan kepalanya.

        “Aku kadang2 terfikir, sampai hati Mastura buat macam ni kat kau. Kenapa sampai ke tahap dia nak pecat kau? Macam takde alasan tau…Mentang2 Encik Habib baik dengan dia, dia senang2 nak guna pengaruh orang tu..” kata Suhana. Alisya terdiam, malas hendak bersuara.

        “Aku rasa, Encik Habib sekarang dah okay sikit…dia dah mula balik rumah. Puan Fauziah semalam telefon aku, dia bagitau Encik Habib dah balik rumah..” kata Suhana. Alisya angkat muka, renung Suhana, kemudian senyum.

        “Baguslah macam tu..” ujar Alisya perlahan.

        “Aku rasa kau kena pakai pendinding Alis. Manalah tahu, Mastura tu berdendam dengan kau…dia buat something kat kau nanti…” kata Suhana. Alisya terdiam.

        “Tak tahulah Su. Aku…aku Cuma percaya pada Tuhan je. Tiap2 hari, aku keluar rumah, aku selalu doa, cukuplah Tuhan sebagai penjaga aku. Apa yang nak jadi, aku anggap semua tu atas kehendak Tuhan. Aku betul2 tawakkal dengan Tuhan je. Aku memang tak reti nak main bomoh2 ni…” tutur Alisya ikhlas.

        “Cakap kau tu betul…tapi, hati2 lah…” akur Suhana. Alisya angguk. Seketika, telefon Alisya berbunyi. Alisya merenung nombor yang tertera di skrin telefonnya.

        “Encik Shahrul..” kata Alisya kepada Suhana yang memandangnya. Lantas, talian diangkat.

        “Ye Encik Shahrul..” Suara dihujung talian diamatinya betul2. Seketika, mata Alisya membuntang. Terpaku dia seketika mendengar berita yang disampaikan oleh Encik Shahrul. Suhana yang melihat, tidak jadi hendak makan.

        Alisya meletakkan telefonnya ke bawah. Wajah Suhana direnung lama. Matanya bergenang, tapi Alisya cuba menahan airmatanya agar tidak merembes keluat. Dia tidak mahu sesiapapun lebih2 lagi Suhana melihat situasi itu.

        “Apahal?” soal Suhana tidak sabar2 mahu mendengar beita. Alisya terketar2. Payah hendak membuka mulut memberitahu Suhana hal yang sebenar.

        “Kenapa??” marah Suhana yang melihat wajah Alisya pucat lesi.Air liur ditelan juga. Alisya membuka mulutnya dalam kepayahan.

        “Kak Mas dah kena pecat tadi.” Kata Alisya. Suhana melopong. Alisya memandang Suhana tak berkedip.

        “Nak buat macam mana. Itu salah dia…She deserved it,” kata Suhana sambil menyambung makannya.

        Alisya renung Suhana.

        “Aku ke yang buat kak Mas dipecat?” soal Alisya seperti orang bodoh. Rasa serba salah membendung dirinya. Suhana pandang Alisya.

        “Kau jangan sedih Alis…Ini semua bukan salah kau. Kalau dia tak salah, dia takkan dipecat,” kata Suhana. Alisya terdiam. Mulutnya terasa payau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 01:58 PM | Show all posts
“Alis!!!Akak tak sangka kau sanggup khianat akak macam ni!!!Kalau orang lain yang jatuhkan akak, akak tak kisah. Tapi, ini kau…orang yang akak percaya!!Akak tahu  kau nak jawatan akak ni..akak tak kisah! Tapi, kau tunggu saja pembalasan dari akak!!”

Alisya menelan air liur pekat membaca mesej yang diterima sebaik pulang dari makan bersama Suhana tadi.

        Alisya terdiam keseorangan sambil merenung dinding bilik tidurnya yang kosong. Jadi, betullah kata Pak Shukor? Mastura akan melakukan sesuatu ke atasnya? Kenapa Mastura perlu sekejam itu? Bukankah mereka dulu, kawan baik, pernah makan bersama, berkongsi minuman, berkongsi mekap?

        Alisya menarik nafas dalam2. Payah dilepaskan nafas itu. Kak Mas…kenapa akak sanggup buat macam ni? Alisya termangu sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 02:01 PM | Show all posts
Carol termenung sebaik mendapat tahu Aril tidak ada di restoran miliknya. Carol termangu2 merenung suasana di restoran itu. Selalunya, Aril tidak pernah ponteng dari menghadirkan diri ke restorannya.

        Carol merenung telefonnya. Nombor Aril sudah berpuluh kali didail. Namun, tidak berjawab. Carol memicit kepalanya yang pening. Aril sedang lari dari akukah?

        Sejak akhir2 ini, Aril susah untuk ditemui. Jika bertemu pun, ada saja alasan Aril. Dia kelihatan terlalu sibuk. Aril seolah2 tidak ada masa untuknya langsung.

        Tapi, sejak 2 hari lepas, Aril langsung tidak ditemuinya. Kata pekerja2nya disitu, Cuma ibubapa Aril yang datang 2 hari lepas. Aril khabarnya bercuti. Tapi, tidak diketahui kemana perginya Aril.

        Carol mengetap bibirnya. Menurut kata ibu Aril, Aril masih di Kuala Lumpur. Dia bersama kawannya yang bernama Fendy. Kenapa dia menjadi terlalu baik dengan Fendy. Siapa pula Fendy??

        Carol mengeluh. Keretanya dihidupkan. Dia sudah naik jemu mencari Aril. Kadang2, dia terasa seperti dia sahaja yang asyik memberi dalam hubungan ini…tapi Aril langsung tidak menerima. Jadi, adakah hubungan kawan seperti ini? Ini bukan hubungan kawan lagi….Carol mengeleng2kan kepalanya. Resah dia merenung restoran yang hendak ditinggalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 02:01 PM | Show all posts
149# fizziany



fizzi ko ni kan agak2 le... nak bagi n3 byk2 sampai post 2 kali ke?....

ingatkan berjela le pnjgnya upanya n3 sama le.....

aduhhai.... kesian Alis..... biar jaza je ucap selamat tuk Alis..."Happy Birthday TO ALIS" smoga panjang umur ... murah rezeki dan permudahkanlah jodoh Alis dgn Aril......hahahahaha.... harap2 Fizzi baca ni....


Alis balik Kg je... moga2 dpt luahkan perasaan pada nenek Aril dan Aril pun balik kg gak dan bertemulah mereka disana.... saling merindu dan saling berpandangan dan terluahlah isihati masing2.... hope so...
kalau tak de jodoh.... pasti Anaz lah jejaka seterusnya yg boleh mengubati hati Alis tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 02:07 PM | Show all posts
Tengkiu jaza!!!
server ni mengong skit..aku paste mula2..dia x kuar
tu pasal aku paste lagi sekali...
tiba2 dua n3 yg kuar....:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 02:09 PM | Show all posts
Aril teragak2 mahu menaiki kereta Fendy. Fendy membetulkan cermin mata  hitamnya.

        “Cepatlah!!!Kau nak tunggu Subuh baru nak pergi?” soal Fendy.

        “Baik kau bagitau aku, kemana kita nak pergi ni? Kau jangan cakap kat aku, kita nak chatting lagi…aku dah muak bersembang dengan orang yang entah apa2…” gertak Aril. Idea Fendy ni kadang2 mengarut.

        “Tak…kalau setakat pergi chatting, takkan aku suruh kau pakai baju cantik2 ni…” marah Fendy. Aril membuka pintu kereta. Fendy tersengih, akhirnya Aril turut juga katanya.

        “Haa..macam nil ah..” kata Fendy sambil menghidupkan enjin kereta.

        “Kita nak pergi mana ni? Dah pukul 1 pagi ni..” soal Aril. Fendy tersenyum. Aril disebelah dipandangnya, kemudian memandang jalanraya di depannya.

        “Aku nak bawak kau ke satu tempat. Nama tempat tu…Aloha Club. Kau ingat lagi tak?” soal Fendy pula. Aril ternganga. Dulu, semasa di tingkatan 3, mereka pernah melepak disitu bersama rakan2 yang lain sehingga ke pukul 5 pagi. Bila azan Subuh berkumandang, barulah sibuk nak balik. Sudahnya, keesokan hari, mereka ponteng sekolah, tidur di bilik hotel beramai2.

        “Isy..aku tak naklah Fendy!!Aku dah tak pergi situ lama dah! Kalau mak aku tahu, mampus aku..” kata Aril.Terbayang di depan matanya perempuan2 seksi pelbagai usia yang menunggu pasangan menari.

        “Ala..rileklah. Kita bukan nak pergi lepak sana macam dulu. Kita pergi minum saja. Lepas tu, kau carilah sorang perempuan yang kau rasa kau suka. Ajak dia sembang2. Lepas tu, ikut kaulah. Kalau kau rasa berkenan, ambil nombor telefon dia….” Kata Fendy.

        “Fendy..kau betul2 dah gilalah…aku nak balik!” kata Aril marah. Fendy mendengus.

        “Look! Kau tahu tak, sampai mati pun, kau takkan dapat lupakan budak perempuan yang kau suka tu! Sebabnya…sikap kau yang dah menutup pandangan hati kau pada semua perempuan! Kalau macam ni perangai kau, lupakan aje niat kau nak lupakan dia. Teruskan menunggu orang yang takkan datang balik pada kau…” Fendy mula marah. Niatnya Cuma mahu menolong Aril, tapi sikap Aril menjengkelkannya.

        Aril terdiam. Jalanraya direnung. Benar kata Fendy, sebelum ini, macam2 cara Fendy lakukan agar dia bertemu seorang perempuan untuk menjalin hubungan. Tapi, dia sentiasa menolak. Aril diam, tunduk merenung bucu baju kemeja lengan pendeknya yang berbelang pink dan biru laut itu.

        “I’m  sorry Fendy…aku ikut…” akhirnya Aril akur. Fendy mengangguk sahaja tanpa memandang Aril. Masing2 terdiam, merenung jalan yang terbentang di depan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 02:12 PM | Show all posts
Aloha Club baru saja hendak panas. Dalam suasana jam 2.30 pagi itu, kebanyakan pengunjung2nya sibuk berbual sesame sendiri. Suasana gelap disinari lampu kuning menghangatkan suasana kelab itu.

        Aril dan Fendy menyusur di celah2 ramai orang, mencari tempat duduk. Muzik dari pentas DJ bergema di setiap ruang. Lagu Belly Dancer yang sedang diputarkan membuatkan ada sesetengah pengunjung menari di lantai tari. Hendak termuntah Aril sebaik terpandang lagak beberapa perempuan seksi yang menggoyangkan badan mereka mengikut rentak muzik itu. Ini Malaysia! Bukan US!!

        Aril dan Fendy duduk. Pelayan segera datang. 2 coke dipesan. Aril dan Fendy memerhatikan sahaja suasana kelab itu.

        “Lama tak datang sini kan..” kata Fendy. Aril angguk.

        “Masa zaman2 jahiliyah dulu…inilah tempat yang paling seronok..” kata Aril sambil ketawa. Fendy ketawa, angguk.

        “Ya lah..kau ingat tak, masa tu, semua budak perempuan especially budak2 BBGS suka kat kau..” kata Fendy. Aril tersenyum, segera teringatkan karenah pelajar2 perempuan sekolah Bukit Bintang Girl School yang mahu mengoratnya.

        “Aku dulu..selalu jelous dengan kau..” kata Fendy sambil tersenyum malu. Aril memandang Fendy. Minuman yang dipesan sudah tiba di meja.

        “Kenapa pulak?” soal Aril. Fendy tersenyum simpul.

        “Kau tu hensem sangat. Masa sekolah dulu, dalam geng kita, kau yang paling hensem. Semua budak perempuan nakkan kau. So, aku akan cuba rampas setiap perempuan yang kau ada. Sebab tu, bila aku jumpa Alisya kat kampung dulu, bila aku tahu dia kawan kau, aku dapat agak yang kau suka budak tu. Aku lagilah insist nakkan budak tu jugak. Tapi, masa tu, aku kalah jugak…” kata Fendy.

        Aril terkesima. Sekian lama berkawan, baru hari ini terluah rahsia di dada?

        “Kau ni apalah Fendy..tak apalah, malam ni, semua perempuan , kau punya,” kata Aril.

        “Heii…kau lupa tujuan kita datang ke sini?” marah Fendy. Aril tergelak. Seketika kemudian, mereka sama2 merenung setiap perempuan yang hadir di kelab itu.

        “Carilah sorang…ajak sembang..” kata Fendy. Matanya masih meliar ke segenap penjuru kedai itu. Aril mendengus. Aku dah buang tebiat hari ni!!!

        “Tu!!Kau nak?” tunjuk Fendy ke satu arah. 3 orang perempuan muda sedang berbual sesame sendiri. Dari gaya mereka, kelihatan seperti pelajar kolej atau institusi pengajian tinggi.

        “Isy..aku takutlah..” Aril mula ketar.

        “Kau ni…kau nak tak?” soal Fendy. Naik cuak pula melihat Aril yang seperti budak suci.

        “Rembat ajelah…” balas Aril. Dia malas hendak membuang masa lama2 di situ. Fendy senyum, lalu bangun mendekati 3 orang perempuan tadi. Aril ternganga merenung langkah Fendy.

        Dari jauh, Aril nampak Fendy berbual2 sesuatu dengan gadis2 itu, kemudian bersalaman dengan 3 gadis tadi. Setelah itu, Fendy duduk bersama2 mereka. Seketika, mereka berempat di meja itu, menoleh memandang Aril. Terkedu Aril dibuatnya. Cepat2 Aril tunduk. Lahabau Fendy!!!Sumpahnya.

        “Hai…jomlah join kami. You duduk sini sorang2, tak bestlah..” tiba2 seorang perempuan berskirt pendek menghulurkan tangannya di depan Aril. Aril mendongak. Aril terpaku. Ini orang ke apa? Wajahnya tidak kelihatan jelas dimata Aril kerana dipenuhi mekap yang tebal.

        Perlahan2, Aril angguk, lalu bangun mengekori langkah gadis itu ke meja mereka.
Aril duduk di sebelah Fendy. Fendy tersenyum2 memandang Aril. Aril menjeling kea rah Fendy. Siottt ngkau Fendy…Fendy tersengih lagi.

        “Siapa nama you?” soal seorang gadis kepada Aril. Aril ternganga.

        “Err…Khairil..” balas Aril teragak2. Mereka ketawa dengan jawapan Aril.

        “You baru datang ke sini ye?” soal salah seorang dari mereka lagi. Aril terdiam. Terasa diri diperbodohkan pula. Perlahan2, dia angguk.

        “Ala..takpe. Malam ni, I ajar you macammana nak clubbing. Shall we dance? Lagu ni lagu favorite I..” salah seorang gadis bermata galak merenungnya dengan pandangan menggoda. Aril terpana. Bulatnya mata perempuan ni! Aril merenung tangan gadis itu yang masih menanti jawapan Aril.

        “Pergilah…” Fendy tiba2 menyiku pinggang Aril. Tersentak Aril. Aril bangun, mengikuti langkah gadis itu ke lantai tari. Mereka sudah berada ditengah2 lantai tari bersama puluhan pasangan lain. Gadis itu menarik lengan Aril lalu diletakkan ke bahunya.

        “Nama I Sofia..” kata gadis itu sambil tersenyum. Aril cuba mengalihkan pandangannya kea rah lain. Sofia didepannya tertawa dengan tingkah laku Aril.

        “You ni luculah..” alahai….serta merta Aril geli bila dagunya dicuit gadis itu. Daringnya budak nih!!!Kalaulah Alis yang buat aku macam ni…mau tidur 30 hari 30 malam tak bangun ni!!!!

        Tiba2 suasana yang tenang dan hangat dengan buaian lagu lembut bertukar kelam kabut. Semua pengunjung kelab itu kecoh. Ada beberapa pengunjung melayu yang lintang pukang melarikan diri. Ada yang tiba2 menyusup bawah meja. Sofia yang tadinya begitu asyik menari, terus hilang dari pandangan Aril. Aril terpinga2. Dalam terpinga2 itu, tangannya ditarik tiba2. Aril segera memandang kea rah itu.

        Fendy sedang menariknya keluar dari kelab itu melalui jalan belakang bersama pengunjung2 melayu yang lain.

        “Kenapa ni???!!!” bentak Aril dalam nada kehairanan bercampur marah. Belum sempat soalannya dijawab, jawapan sudah tersedia di depan mata. Puluhan polis sudah mengepung mereka di pintu belakang.

        “Angkat tangan kamu semua!!!” kerah anggota polis terbabit. Aril ternganga. Dia faham benar situasi itu. Polis sedang membuat operasi memberkas pengunjung Muslim dan juga tinjauan pemeriksaan air kencing. Itu kerap dilakukan dahulu.

        Aril dan Fendy saling berpandangan. Tangan mereka diangkat dan disilangkan ke belakang kepala.

        “Aku ingat diorang dah tak buat..” kata Fendy perlahan. Aril jungkit bahu. Polis2 itu sudah membuka trak mereka. Aril dan Fendy saling berpandangan lagi. Tidur lokap????

        “Oh!!!Tidak!!!!!” Aril dan Fendy menjerit di celah2 kebisingan ramai orang itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082103 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list