CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazraku

anda boikot ke produk Israel/AS??

 Close [Copy link]
Post time 13-1-2009 12:50 PM | Show all posts
assalamua'laikum...

YG tak nak boikot tuh diam2 sudah la...brgkali dia CEO Starbukc kot.
Kalau setakat hilang kerja aper ke..org di gaza hilang NYAWA tu beb..!!

Pepehal aku pastekan sedikit artikel dari Saifulislam.com

Boikot bukanlah idea sampah.

Biar pun ramai yang sinis dengan idea boikot ini, halaman web Israeli Products . Com (http://www.israeliproducts.com/) boleh menjadi salah satu jendela untuk kita menjenguk reaksi regim Zionis terhadap kempen boikot yang berlangsung di seluruh dunia.


There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.

Sebelum jatuh simpati kepada gigi dan kasut anak-anak mereka, fikirkan pula apa yang sedang dihadapi oleh anak-anak saudara kita di luar tembok tinggi mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 12:57 PM | Show all posts
Aku boikot dari membeli barangan ni sampai 20hb Januari 2009, awal pagi 21 kalau gaji dah masuk, aku akan fikirkan balik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:04 PM | Show all posts

Reply #141 koizumi's post

kalau nak boikot, jgn boikot barangan je... Komputer pun sapa cipta? Microsoft tu company apa? arab?... Boikot terus dari pakai komputer, pakai typewriter.. tp check dulu sapa yg cipta typewriter ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 13-1-2009 11:13 AM
Saya  tanya  forumner  kat   sini  ...apa  tujuan   boikot  ni?


yg aku dengar, kalau forumer boikot, mod bagi tacang.. jadi akupun ikut boikot gak le... harap dptla +20....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:08 PM | Show all posts
kt ntv7 de serbu kfc n mcD
ramai jer org islam makan kt situ
lagi2 awek pakai tudung:@
bila tanya tak boikot ke, bleh lak jawab sambil sengih, memang kena facing ari2 (dia mkn kt McD)
aku pun suka makan kt mcD tp tengah saudara kita kena bunuh kt palestine sana, rasa loya tekak aku
macam minum darah saudara sendiri
makan ayam lak rasa cm makan daging rakyat palestine
klu keperluan lain mungkin aku leh terima org tak leh boikot..cm teknologi dll
tapi klu makanan cm kfc,mcd,coca cola.pepsi..bla2...
tak ke benda tu nnt jd darah daging kita
macam la boleh mati klu tak makan benda ni pun

aku tak henti2 menangis mngenang saudara kita kt palestin nun
ari2 de je yg mati
bukan makin skit, makin banyak de la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:11 PM | Show all posts
buang masa je boikot boikot ni. menampakkan kebodohan diri sendiri je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by koizumi at 13-1-2009 12:50 PM
assalamua'laikum...

YG tak nak boikot tuh diam2 sudah la...brgkali dia CEO Starbukc kot.
Kalau setakat hilang kerja aper ke..org di gaza hilang NYAWA tu beb..!!

Pepehal aku pastekan sediki ...

sekurang2 nye yg hilang nyawa di gaza, dah sah2 la terbela di 'alam' sane
kite kat sini nak membela anak2 yg tak tahu mcm mane mase depan
kalau tak de kerja, ekonomi negara goyah
masalah sosial meningkat (jenayah dan yg sewaktu dgn nye)
so ape kate kite derma pada rakyat palestine tanpa memboikot
so win2 situation
kita bantu depa dlm pada kite pun bantu diri kite
charity begins at home!(lihat sekeliling kite, anak2 kite, jiran2 kite)
btw...kurang2 kanlah basuh kereta
bukan saje jimat duit yg kite bule dermakan untuk rakyat palestine
tp juga jimat air......(pembaziran adalah dilarang didalam Islam)

[ Last edited by  asamfish at 13-1-2009 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:11 PM | Show all posts
aku pastekan kat sini jek aaa...nak bagi link takut korang tak pegi.

Sikap Terhadap Jihad Ekonomi

January 12th, 2009 | by Abu Saif | 1,656 Views |  Print |  Email |

“Assalamualaikum Hasrizal. How are you?  Me, Ferda and kids are fine. We open hijab shop with Fatih. Ferda cannot practise law because she wears hijab. Pray for us”

Itulah bunyi sms yang saya terima dari Ahmed semalam. Tiba-tiba sahaja sms beliau muncul dan kami saling gembira kerana sudah lama tidak bertukar khabar berita. Mesej Ahmed benar-benar menceriakan saya petang itu.

“Great, Ahmed. The more they ban the hijab, the more we will bring the hijab. The most amazing hijab is the Hijab from the Prohibited Land!” saya membalas sms Ahmed.

Saya gembira dan sering teruja dengan beberapa sikap proaktif rakan-rakan di Turki. Pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka yang cuba hidup sebagai Muslim, tetapi mereka tidak mengalah. Antaranya adalah Ferda, isteri Ahmed. Beliau berkelulusan undang-undang daripada Universiti Afyon Kocatepe. Ferda tidak mungkin dapat mempraktikkan ilmunya kerana tiada sebarang institusi di Turki yang boleh menerima seorang peguam Muslimah yang bertudung.

Tetapi apa yang menarik ialah, walau pun Turki menjadi negara yang amat keras di dalam isu pemakaian tudung, khususnya di premis kerajaan seperti pejabat, hospital dan universiti, namun Turki menjadi negara pengeksport tudung yang paling utama di dunia.

Mungkin bagi wanita Malaysia, jika mereka memakai tudung buatan Turki seperti jenama Ipek dan lain-lain, ia hanya pilihan atas minat kepada kualiti sutera atau coraknya. Namun bagi saya, dan juga isteri yang sudah pernah berada di Turki, tudung buatan Turki sungguh bermakna bagi kami. Sebab itulah saya suka menggelar tudung buatan Turki sebagai “The Hijab from the Prohibited Land“.

Akan tetapi, perkara yang lebih saya hargai, adalah soal sikap proaktif rakan-rakan saya di Turki. Majoriti yang berkelulusan Ilahiyat (Syariah atau Pengajian Islam) tidak dapat bekerja disebabkan oleh ijazah yang dipandang sinis oleh pihak pemerintah. Pelbagai sekatan juga dikenakan kepada graduan Ilahiyat. Namun mereka tidak meratap nasib, sebaliknya bangkit dan mengusahakan sesuatu untuk menyelamatkan kehidupan di celah pelbagai sekatan itu. Dan berita terkini yang saya terima, Ahmed dan isterinya Ferda berkongsi perniagaan bersama Fatih, membuka kedai menjual tudung. Ya, saya gembira dengan perkembangan ini. Fatih memang sudah lama berniaga tudung dan menjadi pembekal dan pengedar tudung, walaupun ijazahnya sama seperti saya, di bidang Syariah.



Saya sekeluarga semasa berkunjung ke kedai tudung Fatih di Istanbul

JIHAD EKONOMI

Kaum Muslimin yang komited di Turki suka membina kekuatan melalui jalan ekonomi. Mereka memilih perniagaan sebagai wasilah menampung keperluan hidup. Fatih sendiri pun berniaga tudung. Bermula daripada 1000 helai tudung yang Resit Amca (Pakcik Rasyid) bekalkan kepada Fatih sebagai modal perniagaan, kini pasaran Fatih sudah mencecah hingga ke Itali. Saya sudah berkali-kali diajak oleh Fatih supaya berniaga bersamanya tetapi saya bimbang tudung yang diberikan kepada saya, akan berakhir sebagai hadiah dan cenderamata, dan bukannya dijual. Saya tahu perniagaan adalah salah satu kelemahan utama saya.

Akan tetapi, bukan sahaja rakan-rakan di Turki suka berniaga, malah masyarakat juga memberikan sokongan yang padu kepada perniagaan muslimin. Ini membolehkan umat Islam di Turki membentuk kekuatan mereka sendiri ketika berdepan dengan tekanan penguasa sekularis yang amat memusuhi Islam.

Pelbagai syarikat bertaraf nasional dan internasional di Turki, dimiliki oleh golongan Muslim yang komited. Pihak tentera Turki sering memberikan tekanan kepada kerajaan agar menyekat, membendung, malah menutup sahaja syarikat yang dikenal pasti oleh golongan Islam. Kemuncaknya, pada akhir 90′an, tentera telah menyenaraikan 100 buah syarikat Turki yang dikenalpasti milik Muslim yang digelar ‘pelampau’, dan disyaki membiayai aktiviti keganasan. Mereka mengisytiharkannya di televisyen dan akhbar. Antara syarikat yang terbabit ialah syarikat Kompasan, Yimpas, Ulker dan sebagainya.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Syarikat-syarikat tersebut telah secara tidak langsung dibuktikan oleh pihak tentera bahawa ia milik golongan Muslim yang multazim (komited). Ia disambut baik oleh umat Islam di Turki kerana pengisytiharan ini bertepatan dengan suatu tradisi yang ada di kalangan mereka. Umat Islam yang komited di Turki, sangat menjaga perbelajaan mereka agar tidak jatuh ke tangan musuh Islam, walaupun musuh Islam itu adalah dari kalangan orang Turki sendiri. Orang Turki yang sekular.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, masyarakat Turki tidak seperti kita di Malaysia. Di negara kita, adalah menjadi suatu kebiasaan di dalam satu keluarga, ada ayah yang sekular, ibu yang kebingungan, anak sulung yang Islamik, anak kedua yang macam ayah dan sebagainya. Bercampur aduk. Hal ini tidak begitu kelihatan di Turki. Oleh kerana perlaksaan penguatkuasaan sekularisma berlaku secara keras dan ekstrim di Turki, rakyatnya terbelah dua. Sama ada seorang itu, keluarga dan saudara maranya Islamik, atau sekular. Yang Islamik semuanya Islamik, yang sekular, kelihatan langsung tiada kena mengena dengan Islam.

Oleh yang demikian, golongan yang Islamik tidak membeli di kedai yang pemiliknya dikenalpasti tidak mengamalkan Islam. Mereka sanggup menambah 100 langkah ke kedai yang jauh sedikit dan membayar harga lebih sedikit, asalkan duit hasil titik peluh mereka, tidak jatuh ke tangan manusia yang tidak memberi manfaat kepada Islam.

Ia melibatkan roti, gula dan garam, ayam dan daging, malah televisyen dan kereta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 01:11 PM | Show all posts
SEJENAK BERSAMA PROTON

“Hasrizal, bagus tak kereta Proton ini?” Abdul Mutalib bertanya kepada saya.

“Kenapa? Bagus tak bagus, ia kereta nasional kami dan ia kereta paling popular di Malaysia,” saya menjawab.

“Bukan apa. Cuba kamu lihat ini,” Abdul Mutalib menunjukkan kepada saya iklan kereta Proton di dalam sebuah majalah yang diterbitkan di Kuwait.

Kereta Pertama Buatan Negara Islam!!!

Wah, bukan main lagi hebatnya iklan tersebut. Saya memang agak terkejut dengan promosi besar-besaran kemasukan kereta Proton ke Turki. Projek membina kilang memasang kereta Proton versi pemanduan kiri di Diyarbakir sudah pun diluluskan dan CEOnya sendiri menjadi pelakon iklan di televisyen Turki.

“Pensyarah-pensyarah kami suruh saya tanyakan kepada awak, adakah kereta Proton ni bagus dan benarkah ia kereta negara Islam?” Abdul Mutalib bertanya dengan begitu ghairah.

“Saya rasa jika dibandingkan dengan kereta Sahin di Turki, kereta Proton setanding malah mungkin lebih baik. Tetapi kalau soalan tentang benarkah ini kereta buatan Negara Islam, jawapannya saya kena rujuk ke Jabatan Siasah Syariyyah, benarkah Malaysia Negara Islam. Haha.!!” saya ketawa bersama Abdul Mutalib.

Abdul Mutalib amat kenal dengan Malaysia. Semasa beliau belajar di Jordan, beliau pernah tinggal lebih dua tahun bersama pelajar Malaysia. Bermula dari belacan dan budu, sampailah kepada isu-isu nasional di Malaysia, beliau mendapat pendedahan yang baik dari rakan-rakannya.

“Tetapi Proton ni adalah projek kerajaan Malaysia. Pekerjanya majoriti Muslim. Jadi kereta Proton ini dibina oleh tangan-tangan orang yang bersembahyanglah agaknya,” saya cuba mencerahkan perbincangan asal kami.

“Kualiti bagus atau tidak sebenarnya?” tanya Abdul Mutalib, semacam tidak berpuas hati dengan keterangan saya.

“Saya harap kualitinya setinggi nama ISLAM yang dibawa. Mudah-mudahan dengan sokongan yang diberi, kualitinya juga meningkat kepada yang lebih baik lagi,” saya mengulas dengan gaya seorang amatur.

Semenjak Proton memasuki pasaran Turki pada pertengahan tahun 90′an, ia mendapat sambutan yang hangat, terutamanya di era kepimpinan Necmettin Erbakan sebagai Perdana Menteri. Liputan yang meluas membolehkan masyarakat di Turki mengenal Malaysia dan Proton secara yang lebih dekat. Akan tetapi, apa yang mengagumkan saya adalah ramai penduduk Turki mengambil keputusan untuk menukar kereta mereka kepada Proton hanya semata-mata didorong oleh rasa mahu menyokong kereta Negara Islam pertama di dunia!

Ya, jika umat Islam di Malaysia ada sikap yang seperti ini, maka strategi memboikot barangan Yahudi boleh berjaya.

Pembentukan sikap yang seperti ini, menjadi cabaran kepada pendakwah dan pendidik masyarakat kerana musuh utama kepada perilaku yang mulia ini adalah sikap negatif mementingkan diri sendiri, atau yang tidak kurang bahayanya, tidak peduli!

Membeli sekilo ikan dengan harga RM4:50 dari seorang peniaga bukan Muslim, adalah sah dari segi syarak. Maka mengapa mesti seseorang itu pergi ke meja peniaga Muslim yang menjual ikan yang sama dengan harga RM4:70? Sifir ini tidak logik bagi pembeli yang mementingkan dirinya sendiri, atau yang hanya memikirkan hukum fiqah cara selapis. Peniaga bukan Muslim itu menjual, saya bersetuju dengan harganya, berlaku pertukaran wang dan ikan, dan sahlah jual beli itu.



Sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w. kemudian datanglah seorang lelaki Musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing yang dia gembala. Maka Nabi bertanya: “(Adakah kambing ini) Dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “Tidak, bahkan dijual.” Maka, Nabi pun membeli daripadanya seekor kambing. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 8, hlm. 196, No. Hadith: 2216)

Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan: “Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram.

Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478) [Kredit petikan al-adib.net]

Namun, perbezaan 20 sen itu mempunyai erti yang tinggi jika pembeli ada kesedaran untuk berjuang. Anggaplah 20 sen itu sebagai pelaburan kita berupa perjuangan membangunkan ekonomi umat Islam. Apatah lagi, jika peniaga ikan di pasar, ada yang mampu menjual murah 20 sen kerana ada sebahagiannya yang sudah pun membuat pengubahsuaian kepada mesin timbangnya.

Pembeli Malaysia selalu tidak cermat semasa membeli. Termasuklah diri saya.

MENIKMATI MAYAT

Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya, kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.

“Pertama…,” doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana menahan loya.

Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.

“Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat semangat!” kata doktor berkenaan.

“Kedua…,” doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari manisnya yang bersarung cincin.

“Saya menjilat jari manis saya, tetapi saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria kedua, iaitu cermat meneliti perincian!” kata doktor tersebut sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya.

TELITI

Berbalik kepada isu jihad ekonomi itu tadi, kita semua sedia maklum bahawa kita sudah boleh membeli kereta, malah rumah dari mana-mana bank tanpa dikenakan faedah atau riba. Biasanya bayaran balik di bank-bank yang Islamik jauh lebih tinggi berbanding bank biasa. Seandainya kita berfikir secara self-centered, pastinya orang yang tidak siuman sahaja yang akan pergi ke bank Islam sedangkan dia boleh membuat jual beli yang sah di bank-bank konvensional.

Namun, jika perbezaan harga itu masih berada di dalam keupayaan kita, maka anggaplah perbezaan harga itu sebagai sumbangan kita kepada kejayaan pembangunan sistem ekonomi Islam.

Kesediaan ini hanya ada jika kita berjiwa Ummah, ada kemahuan yang tinggi untuk menjadikan sikap MEMBERI sebagai prinsip hidup, dan seterusnya prihatin kepada ukhuwwah dan persaudaraan.

“Tidaklah kamu itu dianggap sebagai seorang yang beriman dengan sempurna, sehingga kamu suka untuk saudaramu, apa yang kamu suka untuk dirimu sendiri” [Riwayat Muslim]

Coca Cola jatuh merudum pada tahun 2003 di Turki selepas Mecca Cola masuk ke pasaran Turki. Dan hari ini saya membasahkan tekak dengan Mecca Cola di beberapa kedai sekitar Kuala Lumpur dengan penuh rasa bangga dan puas.

Jika tidak Muslim membantu Muslim, siapa lagi?

Biar pun mungkin digelar anti pasaran terbuka!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:19 PM | Show all posts
ffuuuuhh..susah jugak nak boikot nih kan.AKu ingat dalam keadaaan camnih kesepakatan senang dicari.Semua setuju untuk boikot.Pelabur muslim harus tarik pelaburan di syt yg disenaraikan.Org islam tidak akan minta kerja di syt Yahudi.Yg berani skettt resign.Peniaga2 kecil Islam hingga sebesau korporat akan meluaskan tangan menerima pekerja2 yg baru resign dari syt Yahudi. Sekurang2nya itulah impian aku.....

cakap pasal nak isi perut nih kan.Camner halnya org islam yg kerja kat Carlsberg tuh ekk...?? Kalau ikut kaedah "fekah" yg diberikan di "atas" nampak gayanya cam boleh jek keja carslberg nih hehehe. Kalau ikut "ustazah" pun boleh melacur kerana darurat (maklumlah ekonomi meleset) ada sossahh nak beri anak makan.Well..truly mmg susah nak cari kesepakatan.Barangkali muntaziri salah baling kasut.Patutnya baling kat org belah "sini" dulu.

Dulu aku ada dengar citer.seorang Prof Yahudi di London sanggup "pass" beberapa teksi semata2 ingin menaiki teksi yg dipandu "bangsa"nya sendiri.Patutlah bangsa derang gagah.Betapa besar masyaqqah yg ada pun...bangsa sendiri jadi pilihan eheheh....

belilah barangan ummat Islam.Saya sudah mulakan ..anda bagaimana?...cewahh

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:30 PM | Show all posts
kalau nak boikot kena boikot semua . jgn boikot separuh2. baru la berkesan boikot tu.. kalau setakat boikot mcd then lelain product masih guna.. sama je.. boikot bukan setakat product makanan. banyak mende lain cam barangan elektronik yang kita terpaksa guna pasal kita lom pandai nak cipta

kalau mesia antar tentera gerilla sukarela untuk gi berperang kat palastin ada sesaper nak join??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by arsadi at 12-1-2009 12:55
CARREFOUR pun ade?

bukan carrefour Perancis punya ke?

Itula yg I cakap iklan ni mengarut......satu lagi Nestle......bukan Switzerland punya ke........
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by koizumi at 13-1-2009 12:19 PM
ffuuuuhh..susah jugak nak boikot nih kan.AKu ingat dalam keadaaan camnih kesepakatan senang dicari.Semua setuju untuk boikot.Pelabur muslim harus tarik pelaburan di syt yg disenaraikan.Org islam tidak akan minta kerja di syt Yahudi.Yg berani skettt resign.Peniaga2 kecil Islam hingga sebesau korporat akan meluaskan tangan menerima pekerja2 yg baru resign dari syt Yahudi. Sekurang2nya itulah impian aku.....

cakap pasal nak isi perut nih kan.Camner halnya org islam yg kerja kat Carlsberg tuh ekk...?? Kalau ikut kaedah "fekah" yg diberikan di "atas" nampak gayanya cam boleh jek keja carslberg nih hehehe. Kalau ikut "ustazah" pun boleh melacur kerana darurat (maklumlah ekonomi meleset) ada sossahh nak beri anak makan.Well..truly mmg susah nak cari kesepakatan.Barangkali muntaziri salah baling kasut.Patutnya baling kat org belah "sini" dulu.

Dulu aku ada dengar citer.seorang Prof Yahudi di London sanggup "pass" beberapa teksi semata2 ingin menaiki teksi yg dipandu "bangsa"nya sendiri.Patutlah bangsa derang gagah.Betapa besar masyaqqah yg ada pun...bangsa sendiri jadi pilihan eheheh....

belilah barangan ummat Islam.Saya sudah mulakan ..anda bagaimana?...cewahh..

Aku   dah  bosan     dgr   ...  belilah  produk   muslim   ....  gunalah   barangan   tempatan   ...bla...bla   .....
hakikatnya  bila  menggunakan produk  tempatan   dan  muslim   ....  servis   lambat ....  tak  bermutu...  peniaga  jual  mahal  ler..... bla  ...bla  
ni  termasuk   bila   guna   ...pekerja   tempatan  ...   majikan   selalu  complaint  ...pekerja   malas...asyik  nak   cuti  .....   nak   gaji  mahal     


[ Last edited by  mahathirGX at 13-1-2009 12:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:36 PM | Show all posts

Balas #151 akira_nagasaki\ catat

maaf kalau aku silap..rerasanya ada kaedah fikah "kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua"...berikut adalah artikel member aku dari sebuah groups.

Re: Kenapa nak Boikot - Bidasan



..Assalamua'laikum...

Sebelum nih pernah heboh pasal fatwa nih.

Tapi elok juga ditimbulkan balik.Kekadang orang cam aku nih lupa,dok
pikir nih barang boikot ker idak nih ? Kekadang terlajak gak.Insya
Allah pasnih kuat balik.Azam Insya Allah.

Bila tengok list tuh terfikir jugak atas justifikasi apa kita nak
katakan profit2 dari syarikat tuh memang digunakan untuk membantu
ummat Yahudi merealisasikan perancangan mereka ? Sumber mana derang
dapat ?
Atau sekadar hentam kromok jek.

Mungkin ada yang berfikiran begitu kan.(al-maklumler,byk barang yang
kita masih dok pakai dalam tuh)

Tapi,kalau tak der angin masakan pokok bergoyang.Kalau takder TUJUAN
atau SEBAB MUSABABnyer atau KAJIAN terperinci takkan ler ulama'2 nih
gatal tangan tulis fatwa nih.Yer tak ?

Kalau golongan seperti saya ini nak memahami fikrah ulama',ibarat
anak baru lahir nak faham apa itu C programming ehhe (lebih kuran
camtuh aaa perumpamaannya).Kita nih dok hari bergelumang dengan
maksiat dan dosa.Dok sebuk dekat dengan manusia bukan dengan
Pencipta.Pandangan hati nih dah kotor,filter dah rosak bang
oit.Benda yang baik untuk kita pun dok nampak tak baik.

Nak bandingkan dengan pemikiran manusia yang hati dekat dengan Allah
dan jiwa dan dedekasi yang 100% kerana Allah s.w.t ??...Ibarat air
sungai melaka dengan air zam zam aaa.Yang satu nih kelat ,payau tak
nampak apa.Yang satu nih suci,bersih lutsinar ,nampak benda
menerusinya.

Menyedari hakikat itu,layakkah kita mempersoalkan fatwa boikot nih
boleh ker idak ? Kalaupun rasa-rasa anda Fatwa ini tidak
sesuai,keluarkan hujah ilmiah (macam yg Ijat kata).Tapi rujukan
kenalah yg bertepatan.Kalau ulama' keluarkan hujjah dari bab ekonomi
Islam takkan kita nak keluarkan hujjah dari segi ekonomi
sekular.Sampai mati pun kita akan kata riba tuh halal.

Adakah ini namanya TAKSUB atau FANATIK kepada ulama, ?...

Ya hakikatnya saya akan terus-terusan TAKSUB dan FANATIK terhadap
ulama' selagi mana DACING JUSTIFIKASI mereka adalah Al-Quran dan
Sunnah.

Baik persoalan seterusnya.

Tidak dapat tidak kita perlu akui,perlu ada alternatif.Jika amerika
buat kicap,maka Ummat Islam juga perlu ada Kicapnya sendiri.

Malah kalau barat ada hiburannya,ummat Islam juga perlu sediakan
satu hiburan alternatif.Sekarang pun ada banyak cth hiburan
alternatif.Tapi mungkin sebab tinger nih dah biasa dengau lagu2
linkin park atau JLooo ,mana nak dengau lagu2 seperti POHON HIJU
nyanyian Brother atau SEBELUM MATA TERLENA nyanyian Hijjaz atau lagu
Al-Muallim nyanyian Sami Yusuf.Merah panas telinga gengggg.....tak
masuk.

Majalah pun sama,kalau kita kata majalah URTV tak elok maka kita
kena ada dia punya sumber bacaan yg Islamik sebagai alternatif.ANIS
ker..kira ok aa tuh.Tapi mesti ada gek yg beli URTV atau
MANGO...sebabnya dah biasa,lagipun byk gamba penDEDAHan artis ehhehe.

Banyak nak listkan pun,tapi pokok pangkalnya nak guna taknak guna
jer barangan org Islam nih.Dan aku setuju lah kalau dikatakan proses
boikot dan berusaha mewujudkan perniagaan org Islam nih berjalan
seiring.

Betul,kalau kita boikot,org-org kita yg kerja KFC dan McD nih tuh
nak cari rezeki mana ? Tapi, kenapa kalau kilang Arak kita boleh
buat camtuh.Padahal ramai org Islam kita kerja kilang Arak,siap ada
persatuan Islam lagi..surau pun ada.Apa kita tak fikirker
pulak..bagaimana sedara Islam kat Palestin tuh.Tak terfikir ker
mungkin duit PELABURAN yg kita buat nih depa yg merasa azabnya ?

Seterusnya ....

Di akhirnya kita perlu terima,kalau dah takdak alternatif lain.Tuh
aja yang dok ada,pakailah tapi dalam masa yg sama cuba cari
alternatifnya.Insya Allah.

Sebagai tambahan,

Pada yg MEROKOK tuh,rentikanler merokok nuh.Philip Morris tuh
penyumbang utama gak tuh.Daripada ngko bazirkan duit beli
rokok,baikler ngko kasik duit utk sekolah tahfiz belakang rumah aku
nih huh.

Byk anak org miskin yg nak belajo.Kalau rerasa nak bank in kan
sumbangan silaler bagi tau.Tapi kumpul ler bebanyak dulu.Kalau
setakat nak bank in kan RM 4.75 baik masuk tabung masjid.

Sekian salah silap harap maafkan,wassalam.

Baik buruk dari Allah jua.Tapi kitalah jua yg memilihnya.Buatlah
pilihan yg tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:36 PM | Show all posts
Durex dan Playboy jangan lupe.....pakai je getah sekerap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:40 PM | Show all posts

Balas #153 mahathirGX\ catat

rilek aa bro...

ikhtiar@pilihan  di tangan anda.Itu lah "kelebihan" yg Tuhan bagi kat manusia.Kudrat untuk memilih.Baik dan buruk semuaNya dia bentangkan di hadapan manusia.

ada yg memilih untuk keperluan.ada yg tak cukup sekadar utk keperluan lalu ditambahnya kemahuan.

Cuma marilah kita berhati2 dengan Istidraj....!!.

Peace bro.!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 01:40 PM | Show all posts

Reply #155 revolusi_30's post

aku pancut luar banggggg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:41 PM | Show all posts
dengar bab Boikot memBoikot ni dah lama dah...sejak Iraq kene serang doloo....tapi yg berkesan hanya Mc'D di Mesir...Mc'D pertama bankrup kerana takde pengunjung pasal diboikot..........tapiiiiiiiii..............itu pun sebiji tu je lah...yg lain masih seperti cendawan tumbuh......

p/s..nak boikot Tesco amende...semalam RHB buat Kredit Card special untuk pengunjung Tesco....kira ade kerjasama ngan Tesco la RHB ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by revolusi_30 at 13-1-2009 01:36 PM
Durex dan Playboy jangan lupe.....pakai je getah sekerap...

ayoooo...
itu keperluan asasi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by supermod at 13-1-2009 13:40
aku pancut luar banggggg...

Wow....rasanya lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080589 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list