setelah beberapa hari berkempen secara agresif yg dilancarkan terutamanya oleh parti penyokong wanita, maka sudah sampai masanya pengumuman keputusan pilihanraya diwartakan. Walaupun, akan ada lagi pengundian selepas ini, dijangkakan ini tidak akan mengubah keputusan pilihanraya secara signifikan.
Dengan ini SPR mengistiharkan bahawa parti cap kete berjaya dalam pilihanraya ini dengan perolehan undi sebanyak 55.56%.
Survey yg dijalankan ini mungkin kelihatan tidak dilakukan secara serius (anyway its not an academic exercise), tetapi dapatannya wajar dianalisis supaya implikasi2 dari survey ini dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Antara isu2 yg menarik untuk dikupas dari dapatan survey ini adalah:
1. Peratusan lelaki Malaysia yg menyayangi kereta berbanding isteri/teman wanita (iaitu lebih kurang 55%) adalah secara signifikannya amat tinggi berbanding dapatan dari survey yang hampir sama yang dilakukan di United Kingdom. Adakah ini memberi indikasi bahawa lelaki Malaysia kurang romantik, lebih bersifat metarialistik, kurang setia kepada isteri/teman wanita?
2. Didapati lebih kurang 55% dari lelaki Malaysia sanggup meninggalkan isteri/teman wanita bagi memperolehi kereta idaman mereka. Dengan demikian, hanya 45% daripada lelaki Malaysia boleh dikategorikan sebagai pencita sejati yg sanggup bersama2 isteri/teman wanita, walaupun terpaksa melepaskan peluang memiliki kereta idaman. Dengan kata lain, wanita Malaysia hanya ada kebarangkalian sebanyak 45% sahaja bagi mendapat suami/teman lelaki yg memiliki cinta sejati.
3. Minimun, lelaki Malaysia sanggup meninggalkan Isteri/teman Wanita sekiranya diberikan Honda Civic Type R (ada dua kes atau 5.56%). Kalu diterjemahkan kepada nilai wang, maka boleh dikatakan kos melepas bagi kasih sayang terhadap isteri/teman wanita oleh lelaki Malaysia ialah RM210k (berdasarkan harga sebuah Honda Civic Type R).
amaran: survey dijalankan secara tidak sistematik, dapatan yg diperolehi adalah tidak valid dari segi statistiknya. Saiz sampel dan juga taburan sampel juga tidak mewakili populasi lelaki malaysia keseluruhannya. Dengan itu, analisis perlu dibaca dengan mengambilkira situasi ini.