|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Salam untuk hj rezeki dan semua forumer kat sini, baru terbaca sebenarnya. Air mata saya tak dapat ditahan2 setiap kali membaca coretan hj rezeki & melihat gambar2. Terasa diri saya ni amat kerdil & penuh dengan kejahilan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #141 laila_zi's post
Memang benar laila. kadang-kadang kita terlupa yang kehidupan kita hanya sementara sahaja di dunia ini dan kita hanya menyibukkan diri dengan mengejar kenikmatan dunia sedangkan yang hakikinya adalah kehidupan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 28-3-2008 11:07 AM
Dengan izin Hj rezeki, saya ingin menambah penceritaan.
Setelah Hj rezeki pulang ke tanahair pada 29/30 Dis 2007, umat islam yang lain juga mula meninggalkan tanah suci Makkah peringkat demi p ...
Solat sunat hajat meminta hujan dilakukan pada setiap hari Jumaat kerana bumi Mekkah telah terlalu kering dan tandus kerana hujan dah lama tak turun . Ada rakan yang memberitahu air separas buku lali di laman Kaabah semasa banjir melanda Mekkah masa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 kitul's post
Di samping tak lupa jasa baik rezeki, di harap kitul akan dapat meneruskannya dengan catatan pengalaman kitul pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #145 Rosputih's post
setuju dengan cadangan Rosputih. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ Rosputih dan IDB.
Sebenarnya catatan dan gambaran Hj rezeki sudah cukup sempurna (seperti komen saya di atas - Picture Perfect Documentation) mengikut tertibnya sebagai seorang jemaah yang menunaikan Haji Tamattuk dengan menggunakan pekej TH.
Saya tidak bercadang untuk mengulangi dimana terdapat persamaan. Tambahan pula catatan dan gambaran Hj rezeki jauh lebih baik dari saya.
Sekiranya tidak menjadi halangan saya akan cuma menokok-tambah di mana yang perlu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #147 kitul's post
Itulah yang saya maksudkan. Kebanyakan jemaah mempunyai pengalaman dan melalui situasi yang berbeza walapun kita menuju ke satu distinasi yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah menjadi kelaziman bagi jemaah haji; khususnya melalui pekej; di bawa menziarah/melancung dan bermalam di Jeddah.
Perlu diingatkan bahawa sungguhpun bandar Jeddah tidak melebihi jarak dua marhalah, namun kawasan pelancungan sekitarnya mungkin melebihi jarak dua marhalah.
Oleh yang demikian; bagi jemaah yang bercadang untuk keluar melebihi jarak dua marhalah dari Makkah; adalah diingatkan untuk mengerjakan Tawaf Wida'. Sekiranya jemaah meninggalkan Makkah melebihi dua marhalah tanpa mengerjakan tawaf Wida' maka jemah tersebut perlu membayar Dam (300 Riyal)
Peringatan: Masjid Terapung di Jeddah yang menjadi tempat tumpuan jemaah adalah melebihi jarak dua marhalah.
Catatan:
Pada musim haji yang lalu, Ramai jemaah yang terpaksa membayar Dam kerana pengetahuan mengenai perkara ini (bahawa masjid terapung di Jeddah adalah melebihi dua marhalah) tidak sampai kepada SEMUA jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 kitul's post
Haji, berapa lama ambil masa utk buat tawaf dlm keadaan seprti gambar di atas? Gambar terakhir tu pukul berapa masa diambil?
Mohon maaf banyak soalan pulak dr saya. Nampak mcm sangat selesa utk bertawaf dlm keadaan spt dlm gambar itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #149 kitul's post
terima kasih kitul...perkara baru bagi saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #152 kitul's post
Haji Kitul, Nak tanya sikit lagi. Bagaimanakah keadaan ruang tawaf pada hari2 terakhir haji di Mekah pada hari tak hujan semasa haji berada di sana tempoh hari, Kalau ada gambar, harap sudi share gambar.
Betul apa yg Haji Kitul cakap iaitu jangan terlalu fikirkan lama atau tidak masa tawaf. Izinkan saya tambah sikit lagi iaitu persediaan mental, kesabaran, penyerahan diri mesti kuat kat Allah untuk nak hadapi ombak manusia yg sedang bertawaf dlm keadaan ada jemaah yg lawan arus, ada jemaah yg dlm kumpulan berangkai dan sbgainya.
Kadang2 ada pulak jemaah yg solat kat tengah2 kawasan org ramai sedang tawaf sedangkan saya rasa sepatutnya bolehlah solat kebelakang sedikit utk bagi laluan org sdg tawaf. Pada ketika keadaan kesesakan ramai orang sdg bertawaf , memang perlukan kesabaran yg tinggi serta bersangka baik sesama saudara seislam kita dgn harapan kekhusukan tawaf dapat dikekalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Seronok membaca pengalaman mereka yg berpeluang ke Tanah Suci Mekah n Madinah.
Alhamdulillah...tempat yg tidak pernah jemu utk kita pergi..dan sentiasa merindui kesana.
Alhamdulillah saya akan pergi mengerjakan umrah pada pertengahan April 2008.ya Allah tak sabarnya.
Alhamdulillah saya berpeluang dengan izinNYA ke Tanah suci...hati saya sentiasa terpanggil kesana..subhanallah..
Insyallah dengan izinNYA kita semua akan dpt menjejaki ke Tanah suci Mekah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #154 aziefa's post
Saya turut merasai keseronokan aziefa menjelang tibanya hari akan berangkat ke tanah suci. Semoga azeifa dikurniakan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat dan dikurniakan umrah yang mabrur. |
|
|
|
|
|
|
|
semlm dgr kuliah haji dan umrah...
ustaz Razak dr Tabung Haji...
dia cakap hanya insan terpilih ja dpt pegi sana...
bapa dia duit byk....hasil duit insuran selepas kemalangan dan duit jual tanah...nk pegi x boleh..sebab kepala dia kadang2 ok..kadang2 tak..ustaz ni plak...setahun 3,4 kali pegi....bawa rombongan..sampai kdg2 kena tolak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kitul at 31-3-2008 04:05 PM
Berikut adalah gambar yang diambil kira-kira seminggu sebelum kemuncak musim haji
http://i281.photobucket.com/albums/kk235/kitul/hajj/LamanKaabah.jpg
Gambar laman kaabah selepas musim haj ...
Subhanallah
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks to Hj Rezeki sbb sudi share ur story. Seronok bace sambil tenok gamba2.
Dulu mase Min wat tawaf asik batal je air semayang either sbb berlanggar ngan lelaki or melepas angin. Tah brapa kali kuar dr pusingan tawaf n pie amik wuduk balik. Ngan jauh nye toilet and sesak. Dugaan btol. Sampai ade skali tu pas amik wuduk n tgh jln nak ke arah kaabah bole lagi lepas angin. Sampai rase, Min nie ade penyakit byk angin ke, sbb tak penah2 jadi camni. Pastu Min igt ustaz yg bwk rombongan kiteorg tu ckp, kalau dah batal air semayang mase dlm tawaf lebeh dr 2 kali ke ape just go on jek. Correct me if im wrong ye.
N mase Min gie wat Umrah nie I was having a bad knee. Susah nak sujud n duduk bertimpuh. But wit God willing, semue tu ilang lepas 3 hari Min kat sane. Syukur sgt.
[ Last edited by minidictionary at 31-3-2008 10:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|