|
Originally posted by Bruxelle at 4-3-2008 01:35 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kitab Ihya tu tasauf bah. Yang lagi dua tu saya nda tahu.
saya tertarik dengan statement ni
Kitab rujukan saya tentang tarekat ini hanyalah dari kitab Ihya ulumiddin
adakah tasawuf = tareqat?
mestikah bertareqat untuk bertasawuf? |
|
|
|
|
|
|
|
surah Al Ahzab ayat 5:
"Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersilap padanya tetapi (yang ada dosanya)apa yang disengajai oleh hatimu.Dan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
tasawuf = tareqat
iman+islam+ikhsan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 4-3-2008 03:56 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
surah Al Ahzab ayat 5:
"Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersilap padanya tetapi (yang ada dosanya)apa yang disengajai oleh hatimu.Dan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." ...
tasawuf = tareqat
iman+islam+ikhsan
Tasawuf adalah penghubung diantara syariat dan hakikat, untuk menjalankannya adalah melalui tarikat, tarikat bermaksud jalan, jalan untuk mendekatkan diri kepada Alllah swt. kira macam kaedahlah atau pakej amalan yang membawa diri seseorang itu hampir kepada Alllah swt. Pakej tu yang dikata naksabandiah, Ahmadiah, saziliah dan macam-macam lagi. Orang yang mengamalkan salah satu pakej amalan ini dipanggil salik, yakni orang yang dalam perjalanan, amalan yang mereka lakukan adalah amalan untuk baiki diri, penyucian hati, keluhuran akhlak, dalam ertikata yang lain berusaha untuk menyuci hati dari sifat yang tercela dan memasukkan dengan sifat terpuji, guru mereka dipanggil mursyid yakni orang yang telah sampai kemakam yang tinggi dalam penyucian diri, dari guru inilah murid akan mendapat tarbiah yakni pembentukan peribadi, tarbiah yang diberikan adalah dalam bentuk ilmu, panduan, pengawasan dan latihan-latihan tertentu untuk menundukan hawa nafsu supaya mudah taat kepada perintah Alllah swt.
Latihan-latihan ini dipanggil mujahadah, contohnya jika murid ini ada sifat sombong maka mursyid akan berikan tugas Yang boleh membuang sifat sombong itu, contohnya seperti kisah dizaman dahulu murid tersebut disuruh jual daging yang diikat2 pada sebatang kayu lalu dipikul dan jual disekeliling kampungnya sendiri, memang ini satu tamparan yang hebat buat murid sebab malu, dia akan lakukannya tiap2 hari sehingga habis sifat sombongnya sama sekali. Mcm tulah lebih kurang.
Tapi zaman sekarang nak cari mursyid yang tulin bukan senang nasiblah kalau jumpa, kalau tersilap jumpa musang berbulu ayam, kesesatan lebih mudah menimpa. Sedang murid menyangka ianya benar, inlah yang banyak terjadi..wallahuaklam. Jadi berhati-hatilah..
Ciri2 tarikat dan guru yang benar:
1. ....
2. ...
bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #145 kuman's post
menarik tu..saya berbesar hati nak baca sambungannya...terima ksaih atas info ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 4-3-2008 02:20 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
saya tertarik dengan statement ni
adakah tasawuf = tareqat?
mestikah bertareqat untuk bertasawuf?
Rasanya kurang tepat, tapi dimudahkan lebih kurang macam tu lah
Tasawwuf ni berkaitan hati, macamana nak buang cinta dunia dan masukkan cinta Haqiqi, iaitu cinta Allah, dan ini adalah jalan menuju ke tahap lebih tinggi dari Islam dan Iman (orang kebiasaan), iaitu ke tahap Ihsan.
Untuk belajar ilmu ni, kenalah berguru, sebab tu ada istilah Murshid (guru) dan Salik (orang yang bersuluk). Kalau tak berguru, maka syaitanlah gurunya. Tapi kalau salah guru, terpesong pula.
Bila ada guru dan ramai muridnya, jadilah ia satu tariqat....
Tapi yang pasti, untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, ikutlah
TARIQAT RASULULLAH SAW |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #147 mnm77's post
benar.... untuk kejayaan dunia akhirat tarikat (jalan) Rasulullah saw adalah yg terbaik.. |
|
|
|
|
|
|
|
tasawuf = tareqat
iman+islam+ikhsan
Tasawuf adalah penghubung diantara syariat dan hakikat, untuk menjalankannya adalah melalui tarikat, tarikat bermaksud jalan, jalan untuk mendekatkan diri kepada Alllah swt. kira macam kaedahlah atau pakej amalan yang membawa diri seseorang itu hampir kepada Alllah swt. Pakej tu yang dikata naksabandiah, Ahmadiah, saziliah dan macam-macam lagi. Orang yang mengamalkan salah satu pakej amalan ini dipanggil salik, yakni orang yang dalam perjalanan, amalan yang mereka lakukan adalah amalan untuk baiki diri, penyucian hati, keluhuran akhlak, dalam ertikata yang lain berusaha untuk menyuci hati dari sifat yang tercela dan memasukkan dengan sifat terpuji, guru mereka dipanggil mursyid yakni orang yang telah sampai kemakam yang tinggi dalam penyucian diri, dari guru inilah murid akan mendapat tarbiah yakni pembentukan peribadi, tarbiah yang diberikan adalah dalam bentuk ilmu, panduan, pengawasan dan latihan-latihan tertentu untuk menundukan hawa nafsu supaya mudah taat kepada perintah Alllah swt.
Tasawwuf ni berkaitan hati, macamana nak buang cinta dunia dan masukkan cinta Haqiqi, iaitu cinta Allah, dan ini adalah jalan menuju ke tahap lebih tinggi dari Islam dan Iman (orang kebiasaan), iaitu ke tahap Ihsan.
Untuk belajar ilmu ni, kenalah berguru, sebab tu ada istilah Murshid (guru) dan Salik (orang yang bersuluk). Kalau tak berguru, maka syaitanlah gurunya. Tapi kalau salah guru, terpesong pula.
Dua quote di atas tu menarik. Adakah ianya adalah mesti sedemikian?
Contohnya di beberapa surau dan mesjid yang mengadakan kelas pengajian tasawuf. Kitab yang paling popular sekali ialah Riyadussolihin dan Bahrul Mazi. Tak pernah saya tahu ada yang guna Ihya Ulumuddin. Orang yang mengaji cara ni selalunya orang biasa-biasa yang tak berpondok, bersuluk atau bertareqat zikir. Kita mai datang solat maghrib pastu dengar ustad pastu solat isha' dan balik.
Kalau kita setkan tasawuf adalah begitu dan begini, macamana pulak yang mengaji macam style saya tu? Tak layak ke?
Maaf, hanya bertanya dengan nada perlahan. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #143 ibnur's post
tarekat memerlukan ilmu tasauf
mesti belajar ilmu fikih, ilmu syariat dan ilmu tasauf sebelum memasuki tarekat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #149 ibnur's post
kalo sekadar mempelajari ilmu tasauf tanpa bertarekat pun boleh. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
tapi kita digalakkan mencari guru yg mursyid.
SAbdQadirJailani pula mengatakan wajib bagi setiap dari kita mencari guru yg mursyid. entahlah..di zaman sekarang ni mana nak cari ya?
[ Last edited by Bruxelle at 5-3-2008 08:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #150 Bruxelle's post
tarekat memerlukan ilmu tasauf
mesti belajar ilmu fikih, ilmu syariat dan ilmu tasauf sebelum memasuki tarekat.
method ni nampak logic sikit. ini menetapkan tareqat dan bukan menetapkan tasawuf. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
boleh saya tanya sikit tak???
dalam solat tu
adakah ianya merangkumi semua ilmu tersebut???
atau hanya sebahagian???
atau kurang sikit???
atau dilalaikan???
tanye jeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 5-3-2008 07:41 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dua quote di atas tu menarik. Adakah ianya adalah mesti sedemikian?
Contohnya di beberapa surau dan mesjid yang mengadakan kelas pengajian tasawuf. Kitab yang paling popular sekali i ...
Insyaallah, sambungan dari yang atas..
Tarikat adalah satu pakej amalan yang disusun, semua amalannya adalah bersumberkan dari hadist dan quran, satu tarikat biasanya terdiri dari beberapa jenis amalan dan latihan-latihan kerohanian termasuk zikir2, tasbih, istigfar, selawat, doa, solat dan berbagai lagi yang semuanya hendaklah bersumber dari Nabi saw dan cara mengamalkannya tidak bercanggah dengan Al-quran dan hadist. Step pertama yang si salik perlu lakukan ialah belajar dahulu ilmu fardu ain, kemudian dia akan belajar mengenal sifat2 yang terpuji dan sifat2 yang keji, kemudian berusaha untuk membuang segala sifat keji yang bersarang dalan dirinya, kemudian masukkan sifat2 terpuji, dalam masa yang sama juga dia perlu berusaha untuk dapatkan hakikat iman, hakikat iman ini duduknya dalam sifat seperti tawakkal dan yakin yang tidak berbelah bahagi dengan kekuasaan Allah swt, yakin dengan janji2 Allah, untuk mendapatkan hakikat ini tidak ada cara lain si salaik perlu keluar bermujahadah, mujahadah ini maksudnya terjun kemedan latihan ujian iman, sebagai contoh seorang murid mahukan sifat tawakkal, maka dia akan pergi mengembara.
Contoh dizaman dahulu dimana ramai salik diarahkan untuk merentasi padang pasir dengan membawa bekalan makanan cukup beberapa hari sahaja, tetapi perjalanan mungkin berbulan-bulan, setelah habis bekalan, yang ada hanyalah tawakkal dan doa sahaja, disinilah si salik akan belajar yakin apabila sebab2 untuk hidup sudah tidak ada lagi, dalam keadaan antara hidup dan mati disinilah akan terjadi penyerahan diri atau pasrah kepada qudrat Allah swt, sisalik akan belajar dengan perantaran solat atau doa atau istigfar atau selawat atau zikir, atau taubat kemudian minta kepada Allah swt datangkan rezekinya untuk pada hari itu, apabila telah ada tawakkal atau penyerahan yang sempurna kepada Allah swt, maka Allah swt akan tunjukkan Qudratnya dengan mendatangkan makanan untuknya dalam cara yang ia tak sangka-sangka, contoh nyata dalam al-Quran dimana kisah nabi Ibrahim yang meninggalkan isterinya siti hajar dan anaknya Nabi ismail yang masih bayi ditengah-tengah padang pasir dengan perintah Allah swt, bekalan hanya cukup beberapa hari sahaja, apabila habis bekalan dan susu siti hajar pun telah kering, siti hajar menjadi kelam-kabut dan cemas, lalu dia keluar mencari air, terlihat olehnya dibukit safa seperti air lalu dia berlari kearah itu, apabila sampai didapati tidak ada air, kemudian dia lihat pula ada seperti air di bukit marwah lalu dia berlari untuk dapatkan air, apabila sampai didapati tidak ada air, begitulah yang berlaku sebanyak tujuh kali berulang alik, selepas itu Siti hajar menjadi putus asa dengan asbab, lalu dia pasrah dan berserah diri kepada Allah swt, memang pada ketika ini tidak ada satu apapun yang boleh membantu melainkan Alllah, hanya Allah sahaja yang boleh bagi air kepadanya, tidak ada sebab yang lain lagi, sebentar lagi mereka akan mati kehausan, apabila telah putus pengharapannya kepada makhluk, dia berdoa dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh kepada Allah, merayu-rayu sambil menangis minta tolong, Kemudian Allah swt tunjukkan qudratnya, dari hentakan kaki Nabi ismail yang sedang menangis kehausan keluarlah mata Air Zam-Zam, maka apabila dilihat oleh siti hajar amatlah girangnya dia, kesyukurannya tidak terhingga kepad Allah swt kerana sudi membantunya, lalu dia menerpa kearah mata air itu den mengepungnya dengan pasir supaya air itu berkumpul, dengan katanya Zam, Zam, Zam bermaksud berkumpul,berkumpul, berkumpul.
Ini adalah pelajaran bagi kita sebenarnya, dimana tertib Allah swt Apabila pengharapan dan pergantungan hati kita hanya kepada Alllah, dan tidak terpengaruh degan Asbab maka Allah swt, sentiasa sedia membantu. Inilah yang dikatakan hakikat bagi sifat tawakkal. Semua nabi2, sahabat2 nabi dan wali2 Allah mempunyai hakikat bagi sifat ini.
Apabila hakikat keyakinan ini telah teguh didalam hati, yaitu Allah swt yang berkuasa dan makhluk tidak berkuasa, Allah swt berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, disinilah tejadinya keramah wali2 Allah, dimana satu kisah wali Allah yang memasukkan tangannya kedalam api kemudian dikeluarkan ada seekor ikan dalam tangannya yang diambil dalam api itu, bagi orang awam ia seperti mustahil tetapi bagi orang yang sudah ada hakikat iman yang sempurna, itu perkara biasa kerana mereka telah yakin secara nyata bahawa Allah swt maha berkuasa. Dari apipun Allah swt boleh keluarkan seekor ikan yang hidup. Memang Allah swt maha berkuasa kerana dunia ini miliknya.
Wallahuaklam..
[ Last edited by kuman at 5-3-2008 09:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sebenarnya yang dikatakan ilmu "makrifat" dan apa bezanya dengan ilmu syari'at? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #154 kuman's post
terima kasih kuman..satu cerita yang menarik tentang amalan tasawuf..diharapkan kita tidak salah faham tentang tasawuf dan tarekat,kerana amalan tasawuf yang benar telah diajar oleh para Rasul kepada umatNya..iaitu meletakkan sepenuh pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah..laa khaulawala quwwata illa billah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuman at 5-3-2008 09:30 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Insyaallah, sambungan dari yang atas..
Tarikat adalah satu pakej amalan yang disusun, semua amalannya adalah bersumberkan dari hadist dan quran, satu tarikat biasanya terdiri dari beberapa ...
Apa yang menarik dalam pandangan tareqat ialah tasawuf mesti melalui tareqat. Kalau ikut apa yang saya faham dari posting-posting ahli tareqat. Berlawanan dengan maksud tasawuf, pada pandangan saya, tak perlu bertareqat untuk bertasawuf. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 5-3-2008 09:53 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apa sebenarnya yang dikatakan ilmu "makrifat" dan apa bezanya dengan ilmu syari'at?
Makrifat bererti mengenal, Makrifatullah bermakna mengenal Alllah, sebab itu dalam ilmu fardhu Ain kita belajar Tauhid atau sifat 20. Pakej Ilmu Fardu Ain sudah cukup sebagai basic untuk kita orang awam yang beragama islam dan nak amalkan islam. Untuk Advance bagi fardu ain, itulah yang terdapat dalam Ihya Ulumiddin, Kalau fardu ain basic kita belajar rukun solat ada 13, tetapi dalam ihya ulumiddin dihuraikan lagi yang 13 tu secara detail dan mendalam, termasuk dalil, cara yang betul dan bagaimana cara nabi buat, ganjaran-ganjaran pahala, syarat Zahirdan batin dan lain-lain.
Awaluddin makrifatullah, bermaksud awal-awal agama mengenal Allah, untuk bab ini kita belajar sifat 20 sudah mencukupi, makrifatullah ini ialah mengenal Allah berkaitan sifat, Af'al dan lain-lain yang berkaitan. Semua ini termasuk bab ilmu tauhid, basic pun dah cukup yang penting kita beriman dengan yakin akan Allah swt. Kepentingan ilmu ini juga bagi mengelakan kita dari pada mensyirikkan Alllah swt samada sifat, zat dan af'alnya. Apbila kita amalkan dengan betul ilmu tauhid ini, akidah kita akan betul dan bersih.
Untuk mengenal Allah lebih lanjut lagi kita perlu selalu membaca Al-Quran dan hadist, dari sanilah kita akan tahu dan dapat mengenal Alllah swt lebih dekat lagi. Maksudnya kita tahu apa perkara yang Allah swt suka, benci, redha, murka, kasih, dan lain-lain. Ataupun dari Asma-Alhusna dari sini kita dapat mengenal Alllah, contohnya Allah swt maha penyantun, dimana penyantunnya?...sebagai contoh: Jika kita jemur baju diampaian, kemudian Allah swt nak turunkan hujan sebentar lagi, Allah swt akan hantar angin terlebih dahulu sebagai amaran atau tanda, ataupun langit menjadi gelap, ataupun bunyi guruh yang kuat untuk beritahu orang yang tidur, selepas itu barulah diturunkan hujan. Inilah contoh kepada sifat Allah swt yang maha penyantun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 5-3-2008 10:10 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apa yang menarik dalam pandangan tareqat ialah tasawuf mesti melalui tareqat. Kalau ikut apa yang saya faham dari posting-posting ahli tareqat. Berlawanan dengan maksud tasawuf, pada pandangan saya, tak perlu bertareqat untuk bertasawuf....
Perlu kita fahami bahawa tarikat adalah cara atau kaedah atau pakej, dan tasauf pula adalah perbuatan untuk dapatkan buah tersebut.
Contohnya kita nak ambil buah atas pokok, maka kita ada beberapa plilihan, samada nak panjat atau nak jolok guna galah, atau nak baling dengan batu, atau tebang sahaja pokok itu, atau curi sahaja dari rumah jiran, matlamatnya kita nak buah itu itu sahaja, pilihlah cara yang anda suka, janji anda dapat. Tapi perlu diingat kalau curi nanti dosa, kalau tebang nanti habislah, kalau baling nanti melantun kena kepala kita balik, kalau panjat ok tapi ada resiko jatuh, cara yang selamat kita jolok aja dengan galah, ini cara yg paling ok dalam kategori diatas. kita ambillah cara terbaik dan selamat.
Untuk tasauf pula bolehlah kita umpamakan "ilmu untuk mengambil buah dengan cara yang terbaik, betul dan selamat".
Sebagai contoh kita solat, kalau nak lepas yang wajib sahaja bolehlah kita solat dengan ada wudhu, solat sendirian, mengadap kiblat, kita ambil yang wajib sahaja, bertutup aurat tapi baju pun tak pakai(lelaki), solat ini sah, tetapi mutunya rendah.
Tetapi untuk yang terbaik melaksanakan solat ialah kita lengkapkan syara2 yang wajib samada zahir dan batin, kemudian ditambah lagi dengan perkara sunat seperti solat dimasjid secara berjamaah, bersugi, diawal2 waktu, dilakukan dimana azan-diazankan, dengan saf yang lurus, dengan jubah dan sarban, dan bacaan tasbih2 lain yang diajar oleh Rasulullah saw. Senang untuk dikatakan solat kita mirip-mirip sebagaimana Rasulullah bersolat. Inilah yang tebaik dan terpuji sekali. Solat yang sebeginilah yang ada roh, solat begini juga dapat menarik rahmat Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #159 kuman's post
terima kasih saudara kuman..banyak yang saya dapat ambil dari apa yg saudara nyatakan..
sesungguhnya ilmu Allah itu amatlah luas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #159 kuman's post
Adakah Ismu khafi dan hizb2 merupakan cabangan ilmu luddani?. |
|
|
|
|
|
|
| |
|