CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah dan Tindakan Yang Patut Diambil

[Copy link]
Post time 27-7-2007 10:04 AM | Show all posts
Sesetengah masyarakat kini leka dengan arus pemodenan yang menjurus kepada pentas teknologi maklumat dan era pensejagatan. Majoritinya tidak mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi untuk membantu remaja, terutama pelajar, sebaliknya lebih gemar menjadi penonton. Ternyata, masyarakat kini mempunyai sifat mementingkan diri. Ia satu perubahan pemikiran besar di kalangan masyarakat tentang budaya samseng di sekolah, sekali gus mencabar keperibadian dan jati diri pelajar sekolah.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah sering kali dijadikan medan sasaran ibu bapa yang sentiasa mencari 慿elemahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2007 11:37 AM | Show all posts

murid AJAR guru......

Cekik leher, humban cikguOleh Manan Samad, Ibrahim Isa dan Ahmad Othman

JOHOR BAHRU: Gara-gara menegur sekumpulan sembilan pelajar lelaki tingkatan lima kerana membuat bising, seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, mengalami trauma paling dahsyat sepanjang karier perguruannya apabila lehernya dicekik seorang daripada pelajar terbabit, kelmarin.





Harian Metro difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit membuat bising dalam tandas sekolah ketika guru berusia lingkungan 20-an itu sedang mengajar di kelas tingkatan tiga berdekatan.

Tindakan pelajar terbabit mengganggu pengajaran dan pembelajaran di kelas berkenaan menyebabkan guru itu menegur perbuatan mereka, namun sebaliknya mereka mengejek dan mempermainkan guru terbabit.

Ini menyebabkan guru itu berasa dirinya tidak dihormati dan mengarahkan kumpulan pelajar terbabit keluar dari tandas sebelum didenda ketuk ketampi.

Bagaimanapun, enam daripada sembilan pelajar terbabit melarikan diri kecuali tiga yang pada mulanya berdiri sebelum berjalan dan tidak mengendahkan arahan guru itu.

Berang dengan sikap kurang ajar pelajar terbabit, guru itu sempat menarik baju seorang daripada pelajar terbabit, sebelum pelajar itu mencekik, mengangkat dan menolak guru itu ke dinding.

Tindakan pelajar terbabit membahayakan keselamatan guru itu kerana mereka berada di tingkat paling atas bangunan sekolah berkenaan dan memungkinkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kejadian itu turut dilihat seorang guru wanita lain yang menjerit mengarahkan pelajar terbabit menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan hingga dimarahi seorang guru lelaki sejurus kemudian.

Akibat kejadian itu, guru yang menerima Anugerah Guru Cemerlang tahun lalu dan berkhidmat sejak tiga tahun lalu, terpaksa dibawa ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Difahamkan, guru berkenaan juga terpaksa mendapat rawatan lanjutan di Hospital Kota Tinggi malam tadi, kerana lebam di leher hingga menghadapi kesukaran menggerakkan lehernya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sudah memanggil ibu bapa dan pelajar terbabit serta bersemuka dengan guru berkenaan, malam tadi.

Namun, katanya, kertas siasatan masih dibuka bagi menjalankan siasatan atas permintaan guru itu.

Sehingga kini, katanya, pihaknya tidak tahu sama ada pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin atau tidak, namun akan menjalankan siasatan terperinci.

揔ami memandang serius kejadian ini kerana akibat dicekik dan ditolak ke dinding, guru berkenaan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana bengkak leher.

揃agaimanapun, semuanya bergantung pada guru berkenaan sama ada ingin meneruskan atau menarik balik laporan. Buat masa ini, kami tetap jalankan siasatan,
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 11:58 AM | Show all posts
abe ise akan kata.... cikgu mampus tak pa.... jangan murid ada calar calar....

esok lusa budak akan denda guru berendam dalam kolam.....
Reply

Use magic Report

kyroll75 This user has been deleted
Post time 28-7-2007 05:10 PM | Show all posts
nasib baik aku tak jadi cikgu.... budak budak sekarang memang teruk... aku bersimpati dengan cikgu cikgu, teruskan usaha murni anda semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 12:05 AM | Show all posts
aku personally nak ucapkan terima kasih kepada para guru di malaysia ni.....kalau tak kerana rotan, cubit dan denda ( paksa buat 120 soalan matematik dalam masa 4 hari dan mcm2 lagi ... ) aku takkan berjaya mcm hari ni....i have my own family now and thanks a lot to guru and because of you all i become successfull engineer....

bila terkenangkan zaman sekolah dulu...aku paham kenapa diaorg rotan aku...they want me to be a orang yg berguna...now here i am...

but i'm very sad and mad bila dengar zaman skrang bila kena pukul pun dah masuk court..saman laa....cuba tengok budak zaman sekarang...dah makin kurang ajar....

to teacher out there...jangan takut...we all berada dihadapan kamu semua...my personal opinion is walaupun ada orang kata engineer, doktor, arkitek ni lagi tinggi level dari guru but i trully want to say...teacher adalah level yang paling atas...without them we are nothing...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 05:56 PM | Show all posts
Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan warga pendidik.

Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dri kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan kejayaan anda sendiri.Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi.  

Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2007 06:07 PM | Show all posts

Reply #142 e_0ne's post

emmmm..apa kata cikgu pula saman budak tu. asyik cikgu jer beralah sesekali kita tgk pula apa jadi kalau cikgu saman budak. asyik mak bapak budak jer dok saman cikgu.

so bagi yang tak suka tindakan disiplin ke atas anak tu dan selama ini membangkang keras sebarang tindakan disiplin ke atas anak murid , bagi la cadangan kalau dah sampai tahap ni la jadinya, apa tindakan anda? nak bagi surat amaran lagi?

so jangan risau kalau anak anda pun buat kat anda macam tu, paling cempedak pun hantar ke rumah orang tua.

kalau cikgu lelaki memang dah kena penyepak ke tendang dah time tu, dan sudah tentu laporan akhbar akan bertukar kepada " cikgu menyepak pelajar kerana mencekik guru"

tapi saya nasihatkan kepada guru-guru, walaupun anda setengah nayawa ikan dikerjakan pelajar, jangan melawan biar je. sebab depa ada imuniti dan nanti apa pun cikgu juga yang kena balik. sabar je la cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 09:06 PM | Show all posts
baru2 ni azie marah sorang budak sbb dia dok main hanset dalam kelas.azie  suruh dia simpan or azie akan rampas. tiba2 dia mengamuk dan baling hanset ke lantai. pecah. kemudian dia pasang balik dan main lagi. azie pegi dekat budak tuh dan minta dia bagi azie dan azie akan bg pd guru disiplin. tiba2 dia bangun dan tolak  azie dalam 3-4 kali , dari belakang kelas sampai ke depan kelas.  last2 dia tolak azie dengan sekuat hati dia ke arah papan hitam. berdentum azie kt situ. semua students terkejut dan students perempuan  menjerit2.ada students lelaki bagun dan nak tangkap budak tuh tp  dia lari keluar kelas.masa tuh azie sedih sgt. mmg budak2 zaman sekarang nih dah kurang hormat pd guru. patutnya azie yg kena tolak dia sbb dia degil, nih dia pulak buat macam tuh. nasib baik azie tak pragnent ke ape.. kalo x mau keguguran time tuh.
lepas 3 jam dia dtg minta maaf. katanya x sengaja. tp azie tetap buat laporan bertulis pd pengetua dan disiplin board. sekolah panggil parents utk berunding, tp parents dia xmo dtg dgn alasan tuh hal kecik aje.
sekarang azie layan budak tuh mcm sebelum2 nih. walaupun rasa di hati nak halau je dia dr kelas azie  tp x sampai hati.alhamdulliah dia pun mmg nampak menyesal dan mula dgr cakap waktu dlm kelas. tp sikit sebanyak mmg rasa sakit hati dan sedih sekali sekala bila ingat balik layanan students pd kita. walaupun kita dh layan dia macam anak2 sendiri.

[ Last edited by  cik_azie at 29-7-2007 09:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 10:43 AM | Show all posts

Reply #148 cik_azie's post

Sabar jer la cikgu Azie, at least pun you tgk anak murid you tu dah ada sedikit perubahan.

macam saya kata, biar je kita tinggal nyawa ikan ke, anak gugur ke, patah tangan ke kalau student buat jgn dilawan.kalau dilawan memakan diri. tgkla, parent dia kata pun hal kecil. cuba you yang tolak budak tu, mesti jadi hal besar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 04:06 PM | Show all posts
tuh la. tgk berita pasal guru kena tolak dgn student di johor jadi isu bila student kena buang. sedangkan isu sebenar guru tu hampir jatuh dari tingkat 2 akibat di tolak tak pulak di highlight kan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:01 AM | Show all posts

Disiplin /pelajaran merosot kerana Handset..

Disiplin/ prestasi pelajar mg ditahap yg membimbangkan......salah satu faktor kerana pelajar skrg berminat dgn Handset / SMS hingga melalaikan....
Tambahan pula skrg sudah ada Handset berkamera / video...maka penggunaan semakin meluas....tetapi unt perkara yg negatif

RENUNG RENUNGLAH : Teknologi tidak semestinya memberi kebaikan kpd kita..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:04 AM | Show all posts
betul tu...budk2 sekolah pun dh pakai hp mahal2....byk plak duit depa...mak bapak bleh plak ikutkan kehendak anak......

pastu anak degil...tak dengor kata salahkan cikgu......:@
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:07 AM | Show all posts
Bende ni dah lama senator Syed Ali bangkitkan...tapi buat dek je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:09 AM | Show all posts
y nak salahkan teknologi

pengawasan mak bapak la perlu lebih
kalau anak nak HP
bagitau la blom masa lagi dorang memiliki HP
mintak dorang belajar be responsible dulu...
bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:17 AM | Show all posts
disiplin dan pelajaran merosot ini bukan perkara baru tapi dah lama dah...  
jadi kenapa musti nak salahkan handset bila anak tak disiplin atau pelajaran
merosot...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by tina_turner at 31-7-2007 09:17
disiplin dan pelajaran merosot ini bukan perkara baru tapi dah lama dah...  
jadi kenapa musti nak salahkan handset bila anak tak disiplin atau pelajaran
merosot...


kerana Handset juga akan mempengaruhi sikap belajar pelajar....asyik bersms.....berkamera...bervideo....kalau Tina Turner ada anak yg berhandset berkamera...bervideo......cuba cuba check tengok apa ada dlm tu....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 09:26 AM | Show all posts
overall mmg skrg moral disiplin kat sekolah dah teruk...
teringat aku video clip budak sekolah yg dok ramai2 ratah budak pompuan kat tepi longkang...
ish...takut betui...
pastu amik video tu guna henset lak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:36 AM | Show all posts
mana dtg nye hp tu kalau makbapak tak bagi?
takkan jatuh dr langit kot
takkan la sekolah bagi murid2 seketul sorang?

patutnya makbapak la kawal...
pandai beranak pandai la jaga anak

sket2 nak blame org/benda lain
nape tamo blame diri sendiri dulu?

mentang2 la HP tu tak pandai berckp n takde perasaan ye

[ Last edited by  wombat at 31-7-2007 09:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:40 AM | Show all posts
dont blame the technology... blame the people who using it... or else its gonna be useless.


jaman aku bukan takde hp nih... tapi aku di train sekolah-sekolah... nak hp pakai kat umah je... or mase keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:43 AM | Show all posts
mmg kite perlukan sesuatu untuk dijadikan kambing hitam bagi menutup kelemahan diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.089986 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list