|
alaa...
takde smbungan lg ke... |
|
|
|
|
|
|
|
tongkat dagu tunggu sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
makan sudah..
minum sudah..
sembahyang pun sudah..
tp MILAN tak muncul lg...
Mano ko Jang.. |
|
|
|
|
|
|
|
milan... cepat laa sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom:
Milan, lom start baca lagik... Nak tunggu abes... baru baca..
Ilya ni, jenis tak sabo nak nunggu... takut nanti :gila: plak..
:clap: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
dengan ini, saya dengan sukacitanya, mengesahkan bahawa, diri saya ini adalah seorang dara yg comey.
sekian time kasey...
tadi mmg nak post entry baru tp internet connection teramatlah slow hingga menyebabkan milan :@ maka dengan sebab itu milan rasa eloklah jika milan postkan di lain hari yakni bila2 saja yg milan suka.
jgn mare ar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #147 milanhawkin's post
oooo pandai ko eekkk milan mengenakan org....
huhuuhuhuuh
anak dara rupernyer.. nasib baik thah tak smpat tangkap cintan ngan ko...
hauahhahahha
thah, jgn marah aku aaa
sebab usik ko ngan milan.. hihihiihihi
lepas ni, tak usik dah
hihihihiihi |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk username milan td.. terus aku masuk ruanganni.. dgn harapan beliau akan post citer baru.. huuuuuuuuuuu takde... dan aku terus kempuhnan |
|
|
|
|
|
|
|
milan...sambung lah lagikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
oh milan bilakah citer ini akan bersambung..
hamba ini sudah merana jiwa dan raga ibarat menunggu buah yang tak gugur menanti sambungan citer ni..
oh Milan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 18
Mila melipat telekungnya ke atas sejadah yg terbentang. Hatinya sedikit tenang setelah mengadap Allah. Inilah yg dikatakan nikmat Tuhan bila kita sembah padaNya. Mila beristighfar panjang, memuji Tuhan Yg Maha Kuasa. Mengharapkan agar ketenangan itu menjadi miliknya sentiasa.
Dia mengerling ke arah jam. Sudah pukul 10.00 malam. Namun Amirul masih tak kelihatan. Tadi suruh balik awal. Alih2 dia pula yg tak balik2, gerutu Mila dalam diam.
Peristiwa petang tadi sedikit sebanyak mengundang perasaan yg tidak senang pada semua org. Semuanya mempunyai pemikiran yg tersendiri. Syalinda sudah pasti sudah mengesyaki sesuatu antara Mila dan Amirul. Amirul pula pastinya hanya menunggu peluang untuk menyalahkan Mila. Dan Dani, entah apalah yg difikirkan oleh pemuda itu. Mila menghembuskan nafasnya dengan berat. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Dugaan dariMu ini harapnya akan kulalui dengan penuh keinsafan, doa Mila.
Setelah melipat sejadah, Mila berura2 mahu turun ke bawah untuk menyediakan minuman untuk suaminya. Mana tahu tiba2 dia pulang. Mesti dia dahaga. Selama dia tinggal di rumah itu, satu kebiasaan Amirul yg diketahuinya adalah milo panas sebelum tidur. Mila tersenyum sendirian mengingatkan itu. Jika dulu, ketika hubungan mereka masih baik dan tidak berantakan seperti sekarang, bila bertandang saja ke rumah sewanya Amirul pasti akan memesan segelas milo panas sebelum pulang.
Dahulu mereka sering saja berbual. Selalunya Amirullah yg akan bercerita. Tentang apa saja. Tentang Syalinda, tentang kerja malah kadangkala mereka akan berdebat mengenai isu semasa. Selalunya Milalah yg akan mengalah jika mereka berdebat. Baginya Amirul lelaki paling sempurna untuknya. Amirul mempunyai karisma yg tinggi, bertanggungjawab dan punya sebuah hati yg besar. Jika tidak, takkan Amirul sanggup bertumbuk dengan lelaki yg cuba memperkosanya suatu waktu dahulu.
Mengingatkan kejadian itu mengundang rasa ngeri. Memang tak dijangka semua itu akan berlaku. Malah dia langsung tidak mengenali lelaki berjambang itu.
Baru saja dia mahu turun, pintu bilik telahpun terkuak. Wajah Amirul yg terpacul di muka pintu ditenungnya dengan tenang. Saat mata mereka bertemu, Mila menghadiahkan sebuah senyuman. Seperti biasa, senyumannya tidak pernah dibalas. Sebaliknya Amirul kembali menutup daun pintu, menghampiri katil dan merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Sebuah helaan dilepaskan.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau" Seperti yg telah diagak oleh Mila. Mila menghampiri Amirul, menanti bibir itu mengukir kata yg seterusnya.
"Aku akan kahwin dengan Sya" Ringkas dan padat, membuatkan Mila terpempan di situ. Kata2 itu menyucuk terus ke dalam jantung Mila, menghentikan nafasnya untuk sesaat dua.
Bukan 'Aku nak kahwin' tetapi 'Aku akan kahwin'. Besarnya perbezaan perkataan itu. Satu keputusan yg tidak memerlukan pendapat kedua.
"Awak nak air? Saya buatkan air untuk awak ye. Awak kan suka minum milo sebelum tidur. Awak mandi dulu, saya turun bawah ok" entah kenapa, itu yg terkeluar dari mulutnya. Fikirannya terasa kosong. Dia tak mampu untuk memikirkan apa2.
"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" semakin tinggi suara Amirul. Mila berpaling mengadap suaminya. Dia menganggukkan kepala perlahan2.
Dengar! Saya dengar! Tapi apa yg saya boleh buat? Berhakkah saya nak halang awak? Saya tahu bukan saya yg awak cinta. Jadi apa perlunya saya bersuara? Kata2 itu hanya bergema dalam hatinya. Tak mampu diucapkan pada Amirul.
"Esok, kita beritahu mama dan papa. Aku tak perlukan persetujuan kau. Aku cuma mahu restu mereka. Aku harap kali ini kau akan tolong aku. Kau sendiri tahu hubungan kita ni hanya satu drama saja. Aku nak perbetulkan hidup aku semula. Lagipun dengan apa yg kau dah buat ni, aku rasa ini satu2nya cara untuk kau tebus kesalahan kau"
Tebus kesalahan? Kesalahan apa?
"Jangan ingat aku tak tahu Mila. Sya baru cakap dengan aku tadi, yg kaulah orgnya yg suruh dia larikan diri dari aku. Aku tak sangka kau ada niat busuk di sebalik layanan kau selama ni. Sanggup kau suruh kawan kau sendiri musnahkan hidup dia?"
Berkerut dahi Mila mendengarnya. Apa yg dicakapkan oleh Amirul ni? Apa lagi yg dia telah buat?
"Jangan buat2 tak tahu la Mila. Kau nak nafikan yg kau cakap dengan Sya, suruh dia larikan diri ke luar negara untuk memikirkan semula tentang perkahwinan kami? Kau nak nafikan kau ada jumpa Sya seminggu sebelum majlis perkahwinan kami? Kau nak nafikan semua tu? Aku mula rasakan mmg kau yg rancangkan semua ni, bukan?"
"Mm... mmg saya ada jumpa Sya hari tu tapi..." Tidak, Amirul dah salah faham. Bukan dia yg sengaja berjumpa dengan Syalinda semata2 mahu menasihatkan benda2 yg macam tu. Bukankah Syalinda sendiri yg mengajaknya berjumpa?
"Enough, Mila. Tak payahlah kau nak tegakkan benang yg basah. Cukuplah dengan sandiwara kau selama ni. Sekarang ni, giliran aku pula" |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhhhhh..makin suspense...sambung lagi..pleaseeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 19
Panggilan telefon dari Mila sebentar tadi agak mengganggu fikiran Halina. Suara Mila kedengaran begitu suram. Apakah yg terjadi sebenarnya? Dia amat yakin masalah itu berkaitan dengan Amirul. Apa lagi yg boleh membuatkan hidup gadis itu huru-hara. Hanya Amirul.
Dengan sabar dia menunggu kedatangan Mila ke rumahnya. Nasib baik juga suaminya outstation untuk beberapa hari. Sekurang2nya Mila takkan malu untuk bercerita. Bila terdengar saja loceng rumahnya berbunyi, Halina bergegas mendapatkan pintu. Sebaik saja pintu terbuka, sekujur tubuh sedang kaku berdiri, memandangnya dengan sayu. Perlahan2 air mata mula mengalir ke pipi gebu itu. Makin lama makin deras. Halina mendepakan tangannya, menganggukkan mukanya, seakan memberi isyarat kepada Mila, 'Aku ada di sini untuk kau'.
Pantas gadis itu menerpa ke arahnya, memeluknya erat. Sesaat kemudian, Mila meraung hiba, menumpahkan segala kesedihan hatinya pada teman baiknya. Hati Halina turut sama dicengkam rasa pilu mendengarkan tangisan Mila. Ya Allah, Kau tetapkanlah iman temanku ini, kuatkanlah hatinya.
Agak lama mereka berkeadaan begitu, dengan Mila menangis di bahunya, tubuhnya dipeluk erat. Setelah dirasakan tangisan itu semakin reda, Halina melepaskan pelukan Mila, membawa gadis itu ke arah sofa. Dengan perlahan, dia mendudukkan Mila di situ.
"Mila..." Halina menyeru nama sahabatnya. Dilihatnya mata Mila sudah kemerahan dan membengkak. Hidungnya tersumbat dengan pipi yg basah. Tudungnya juga sudah tidak dalam keadaan asalnya. Mila masih tersedu sedan menahan hibanya.
Bila dipanggil nama Mila untuk kali kedua, barulah gadis itu mengangkat mukanya. Air matanya kembali bergenang di kelopak mata. Halina mengusap pipi Mila, cuba membersihkan air mata di situ.
"Wanna talk about it?" lembut Halina bersuara. Mila masih cuba mencari nafasnya, masih tersekat2.
"Aku sebenarnya dah dapat agak perkara ini akan berlaku juga. Malah selama aku berkahwin dengan Aqim, aku cuba sediakan diri aku untuk terima semua ni. Tapi, kenapa hati aku masih rasa sakit yg amat sangat? Pedih... sangat? Kenapa Ina? Kenapa?" Mila mengesat hidungnya dengan lengan baju kurungnya.
"Selama ini aku memaksa Aqim terima aku. Aku patut tahu cinta itu tak boleh dipaksa. Aku patut tahu, aku tak layak dicintai Aqim. Aku degil, Ina. Dan agaknya inilah balasan atas kedegilan aku. Aku tahu yg aku menyeksa dia dengan paksaan macam ni tapi aku teruskan juga kedegilan aku ni, sebab aku rasa dengan cinta aku, semua ini dah cukup. Aku percaya, dengan bodohnya, bahawa dengan cinta aku ini sudah cukup untuk kami berdua. Takpelah dia tak cintakan aku asalkan aku cintakan dia. Sebenarnya aku ni terlalu pentingkan diri aku sendiri. Aku tak fikir betapa dia terseksa dengan perkahwinan kami. Aku ada peluang untuk betulkan semua tu tapi aku... aku tak sanggup lepaskan dia. Sekarang, nak tak nak, aku terpaksa lepaskan dia jugak. Aku kalah Ina, aku dah kalah" Mila kembali meraung dalam pelukan Halina.
Halina diam, gagal menyusun kata. Apa yg harus diucapkan pada temannya itu? Takkan nak cakap, 'Kan aku dah cakap dulu...'. Jemarinya mengusap lembut belakang Mila, umpama seorang ibu yg cuba menenangkan anaknya yg baru jatuh. Rasanya, setakat ini hanya itu yg mampu dilakukan untuk gadis itu.
"Aku bersalah, Ina. Bersalah pada Aqim. Bersalah pada Sya. Bersalah pada ibubapa Aqim. Aku bersalah pada semua org" ujarnya dalam esak tangis yg berpanjangan. Halina hilang kata, makin kelu lidah untuk memujuk Mila.
"Mila, cuba cerita kat aku dulu. Apa sebenarnya dah berlaku? Amirul nak ceraikan kau ker?"
Mila menggeleng2kan kepalanya.
"Mirul takkan ceraikan Mila, jika itu yg papa dan mama risaukan. Mirul cuma nak kahwin dengan Syalinda, itu aje", itulah kata2 muktamad dari Amirul pada ibu bapanya
En Zulfakar merengus kasar. Pn Meriam menggeleng2kan kepalanya. Alia pula hanya merenung abangnya yg duduk mengadap ibubapa mereka. Mila pula menunduk diam di sisi Amirul.
"Kamu ni suka buat hal yg bukan2. Dulu si Mila ni yg jadi mangsa kamu, mangsa fikiran kamu yg cetek tu. Mangsa panas baran kamu tu. Sekarang ni kau nak tambah pula dengan Syalinda? Lelaki apa kamu ni, Mirul. Papa dan mama tak pernah ajar kamu jadi macam ni. Kami didik kamu dengan pelajaran agama yg cukup, ajar kamu menghormati kaum yg lemah. Tapi ini yg kamu lakukan. Kamu tahu tak kamu hanya akan menyeksa Mila bila kamu kahwin dengan Syalinda? Kamu pernah fikir tak tentang perasaan Syalinda pula bila dia tahu dia tu isteri kedua? Kamu ada cerita pasal hal ni pada Syalinda? Ada?" panjang lebar En Zulfakar memberikan syarahan.
"Papa, mama, saya rela Amirul kahwin dengan Sya. Dalam perkara ni, sebenarnya saya yg salah. Saya tak patut memanjangkan masalah ni. Jika dengan berkahwin dengan Syalinda, Amirul akan bahagia, saya rela. Papa, mama, tolong jangan salahkan Amirul. Ini semua mmg patut berlaku. Tolonglah, tolong izinkan Amirul kahwin dengan Syalinda. Tolonglah..."
"K...kau cakap macam tu?" Halina sendiri terkejut. Kenapa pula Mila menyetujui rancangan Amirul tu. Si Amirul tu memang dah gila. Dia mempertaruhkan perasaan semua org.
"Sebab ini satu2nya jalan demi kebahagiaan Amirul. Aku tak mahu dia dibuang keluarga hanya kerana dia tak dapat bersama dengan org yg paling dia cintai. Lagipun, dia sendiri cakap yg dia takkan ceraikan aku. Maknanya, aku masih ada peluang untuk menumpang kasihnya"
Mila, kau ni bodoh tahap apa ye. Kalau dah dia kahwin dengan perempuan pujaan dia, dia takkan pandang kau langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
sowi yer.. hari ni cuma 2 post saja pasal milan byk keje ler... ini pun siap curi2 masa bila bos kuar gi toilet. almaklum saja la.. milan ni kuli jer.. bukannya bos.. kalu dah jadi bos karang, tiap2 hari milan post kat sini, ok? |
|
|
|
|
|
|
|
time kasih milan..post jugak akhirnya..tak pe lah,,,sikit pun siktlah asalkan post... |
|
|
|
|
|
|
|
eiiii terasa nak luku2 pale si mila... apsal laa degil sgt... huuu mila.. wake uppppp... huhuhhhuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
hari nih jangan lupa post lagi yer milan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|