CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_comel

nama orang yang pelik dan unik pernah korang dengar..

  [Copy link]
Post time 3-1-2006 05:57 AM | Show all posts
Err..."Fook Yew"... leh tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 28-12-2005 09:02 PM



heheheh......hehehehe.....ko rakam suara ko masa ko cakap laju2 Poh Kee tu..pastu dengar balik....mesti saraf optik ko berkembang balik..


okeh okeh
paham sudah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 11:42 AM | Show all posts
kawan sekolah aku dulu nama dia KHOO CHENG WAI
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 5-12-2005 05:57 PM


mmg ada gak kebenarannya....esp kat area2 luar bandar....

Cam dalam surat beranak aku....Pekerjaan Arwah bapak aku adalah pembantu Jurukamera...Polis tu tulis..Tukang Pegang Batang kemera... ...


yg nie weird mmg tak tahan. lawak sungguhhh..heheheh..
tak habis2 gelak kat depan pc nie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 10:28 AM | Show all posts
scoolmate - seri dewi kartini - takdela pelik tp suka nama nie..
kat kg makcik tue nama ponel, kempot.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 12:44 PM | Show all posts
Menarik gak topik ni....

Kat sekolah dulu ada junior nama Audrey....sesuai sgt dgn org nyer sebab memang cantik.

Masa sekolah rendah ada member nama Mymoon....ni mesti kes polis yg tulis nama tu silap eja...Maimun jadik Mymoon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2006 03:09 PM | Show all posts
kakak kawan aku nama dia-Rindu Haryani
Suami sepupu aku -Sorlan (Roslan.sebenarnya masa daftar orang tu silap tulis)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by WeirdLady at 5-1-2006 10:12 AM


yg nie weird mmg tak tahan. lawak sungguhhh..heheheh..
tak habis2 gelak kat depan pc nie..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2006 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by maisya at 5-1-2006 12:44 PM
Menarik gak topik ni....

Kat sekolah dulu ada junior nama Audrey....sesuai sgt dgn org nyer sebab memang cantik.

Masa sekolah rendah ada member nama Mymoon....ni mesti kes polis yg tulis nama ...

sekolah aku dulu pun ada kakak nama audrey.. dia mmg cantik... tp ada org ejek nama dia sama dgn lingerie brand audrey tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 10:08 AM | Show all posts
rasanya nama husband gue pun buleh dikategorikan sbg unik jugak kot

nama husband gue : ZANIRUL
nama bapak dia      : ZANIRUN
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 11:35 PM | Show all posts
Lucky pernah nampak nama Mesin bin Bising
lepas tu, ada juga yg nama bapaknya udang
itik pun ada
cuba bayangkan kalau orang tanya, "Anak siapa tu?" .. hehehe
tapi worst Lucky pernah jumpa adalah But*h (benda lelaki)
kesian betul
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2006 11:34 PM | Show all posts
Nama kawan aku, Mega Nopija
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2006 07:07 AM | Show all posts
Rahsia di sebalik pangkal nama...
Oleh Fairuz Zaidan - Berita Harian

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.

Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja.
Syed, Sharifah, Nik,Wan, Raja dan Tun adalah antara nama gelaran istimewa yang diberikan oleh jalur keturunan seseorang, di mana ia begitu dijaga supaya kemuliaan nama gelaran itu kekal terpelihara ke generasi akan datang.

Ada juga keluarga dalam kelompok ini yang sensitif untuk memilih di kalangan mereka saja bila membabitkan soal perhubungan, jodoh hinggalah ke gerbang perkahwinan, semata-mata untuk memelihara keturunan dan nama gelaran berkenaan. Cara sedemikian dilakukan bukan semata-mata `memilih bulu・ sebaliknya ditekankan kerana ingin memastikan zuriat keluarga mereka masih lagi memegang nama gelaran keluarga.

Walaupun berbau `agak perkauman・ masyarakat hari ini sedar dan bersikap terbuka dengan senario perkahwinan sesama gelaran sebagai kesinambungan kepada budaya dan susur galur keturunan.

Namun, di sebalik keistimewaan nama gelaran ini, ada juga masyarakat yang bertindak 僧enggugurkan・atau dengan lebih tepat lagi menukar nama gelaran yang dimiliki dengan nama biasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor, berkata Jabatan Pendaftaran tidak menghalang mana-mana individu yang berhasrat untuk menukar identiti seseorang sekiranya nama asal mereka mempunyai maksud yang kurang baik.

Tetapi, tidak sewenangnya seseorang untuk menukar nama. Sebagai contoh mereka perlu mendapat pengesahan surat dari Jabatan Agama Islam atau mana-mana pertubuhan agama dianutinya sebagai bukti menyokong permohonan pertukaran nama berkenaan.

Dii samping itu, individu berkenaan juga perlu mengangkat sumpah yang mengesahkan tindakannya untuk menukar nama baru, sebelum kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Pendaftaran untuk tindakan susulan,・katanya kepada i-Kon.

Beliau berkata, sebaik proses mengangkat sumpah selesai, individu terbabit sendiri perlu hadir untuk mengisi borang pindaan butiran membawa sekali butiran peribadi seperti kad pengenalan asal dan kelahiran. Katanya, sebaik segala proses pertukaran nama selesai barulah permohonan pertukaran nama disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dalam tempoh tertentu.

Ditanya mengenai permohonan individu yang inginkan gelaran nama tertentu seperti Syed, Sharifah, Wan, Nik atau sebagainya, Jainisah berkata, gelaran nama keturunan itu tidak boleh diberikan sebarangan kecuali jika ia dapat dibuktikan menerusi susur galur keturunan dalam keluarganya.

Sebagai contoh, Nik dan Wan. Nama ini tidak boleh didaftarkan individu yang tiada kena mengena dengan keturunan nama ini.

Mengenai nama unik pula, kebanyakan permohonan nama sedemikian didaftarkan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak etnik kaum,・katanya yang menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara tiada halangan bagi seseorang yang ingin mendaftarkan nama asalkan ia tiada maksud yang tidak baik.

Apa yang pasti, tidak kiralah pangkal nama individu itu kedengaran pelik・seperti Puteh, Khamis, Tumpang, Pungut mahupun Buang atau juga nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Raja dan Nik kerana yang pasti keperibadian dan tingkah laku lebih mendapat perhatian.

Syed/Sharifah = Dosa/pahala berganda?

BENARKAH ini? Seorang rakan dari keturunan Syed, Sharifah berkata, keturunan Syed/Sharifah, kalau buat baik, pahala akan digandakan, begitu juga jika membuat dosa. Semuanya dikira double!

Mengapa? Entahlah, jawabnya tetapi kata rakan tadi, inilah yang diperturunkan kepadanya oleh keluarga. Adakah kerana mereka keturunan pewaris nabi, maka segala-galanya dikira `lebih・

典idak. Tiada beza keturunan Syed, Sharifah dengan orang Islam yang lain. Dosa, pahala yang diterima sama saja seperti umat Islam yang lain walaupun mereka keturunan Rasulullah.

泥alam hadis ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan kepada Fatimah bahawa baginda tidak mempunyai hak untuk membantu anaknya itu biarpun haknya sebagai Rasulullah,・kata Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Maznah Daud.

Begitu juga dengan anggapan keturunan ini mendapat dua syafaat di akhirat. Reputasi keturunan ini memang diakui dan kemuliaan keluarga mereka terjaga tetapi tidaklah sehingga mereka mendapat kelebihan ini. Jika mereka tidak beribadat dan tidak patuh pada ajaran Allah, mereka tetap menerima seksaan Allah yang keras.

Satu lagi perkara yang paling sinonim dengan keturunan ini ialah perkahwinan sesama keturunan. Banyak kes, perhubungan tidak direstui keluarga kerana anak-anak memilih calon di kalangan `orang biasa・ Hakikatnya, kata Prof Madya Maznah, walaupun mereka diakui kemuliaan keturunannya, tidaklah hingga golongan ini tidak boleh berkahwin dengan orang biasa.

Jika disorot sejarah silam, Baginda Rasulullah juga mengahwini orang biasa, malah seorang isterinya Sofiah adalah daripada bangsa Yahudi. Malah anak-anak baginda juga berkahwin dengan orang biasa. Seperkara lagi yang dikaitkan dengan keturunan ini ialah mereka tidak boleh menerima sedekah atau zakat.

Apa ada pada nama?

MEMILIKI nama dengan gelaran istimewa pasti memberi kelebihan, dan tidak kurang juga tekanan・khususnya bagi wanita yang dikatakan perlu bertemu jodoh dikalangan keturunan mereka semata-mata.
Info JPN

JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja.Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma dan sengkang.

Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan boleh dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari.

Pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja selepas pendaftaran nama anak.

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

Nama pangkat atau jawatan

Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

Gelaran keturunan

Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

Nama profesional

Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

Nama lucah atau yang lucah bunyinya

Nonok, Bontot, Bola Besar, ****, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

Nama-nama buruk

Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting


NAMA YANG TIDAK SESUAI

Nama binatang atau serangga

Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

Nama-nama lucu

Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

Nama-nama kejadian alam

Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

Nama-nama warna

Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

Nama perhiasan atau pakaian

Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Hokkian
Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis
Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin
Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 05:05 PM | Show all posts
teringat lak kisah kawan aku
dia ni berbinti sabtu
ada budak laki minat dia berbin khamis
mati2 kawan aku ni tanak
sebab takut org gelak bila baca kad kawin
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2006 10:51 AM | Show all posts
Kat kampung aku:

Pipah Bt Mat Lanar
ayah dia  Mat Lanar Bin Taeh (Tais)
Nyong Binti Awg Keria
Roboh Bt Mat Lanar
Choh Bin Sob
Bussu Bin Saied
(Semua nie dr satu famili).....
Kerinting Bt Samad (rambut dia kerinting sungguh!)


Kat Sekolah aku:
Murni Bt kasim
Mawar Seroja Binti Ahmad
Doya Bin Amin


Kalau aku ingat lagi, aku sambung...memang ramai sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2006 09:38 AM | Show all posts
dulu ada jiran nama dia Rosli....tapi dia ni perempuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2006 03:51 PM | Show all posts
kat UUM ada satu student Indon...nama dia Satu Cahaya Langit.....how's that for pelik?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 12:20 AM | Show all posts
nama sorang junior aku ....NESTURE...... org panggil dia Cik Su
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 09:46 AM | Show all posts
masa aku sekolah dulu, ada budak india tu nama dia NONAME a/l perumal. Agaknya si mamat polis yang tolong register tu tak paham sebutan bapak dia tu terus tulis "No name".

ada pulak sorang salesman SHARK LIM.

amoi kerja setempat ngan Shark Lim tu nama dia P*SSY CHEAH (tukar * ke U).

And last but not least, masa aku study kat US dulu, ada pat itam zambia duduk sebelah apartment aku. KAPLABUTU. Mampuih dia kalau datang msia. Apa nama you? Kaplabutu!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 12:42 PM | Show all posts
Masa aku undergrad kat UK dulu ada sorang Msian ni nama dia Fakarudi. Dia kata nickname dia Fakar...pastu sumer Mat Saleh gelak.... :bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.477503 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list