|
ussopp posted on 19-11-2013 10:34 AM 
boleh saudara tolong sebarkan ilmu tentang pandangan ulamak pada ayat pada suroh al-fatihah :
...
Tuan ussopp, saya kongsikan apa yang telah saya pelajari, saya ambil dari memori...
Surah Al-Fatihah itu merangkumi apa yang ada dalam AL-QURAN bermula dari Surah Al-Baqarah hingga Surah An-Nas, atau boleh juga dikatakan sebagai mukaddimah AL-QURAN.
Dalamnya terkandung ayat pengakuan dan ayat permohonan. Iaitu permohonan meminta tunjukkan jalan yang lurus daripada yang kita isytiharkan sebenar-benar tempat untuk mengabdikan diri dan untuk memohon pertolongan.
Jalan yang lurus itu bagaimana?
Iaitu jalan orang yang telah mendapat kurnia nikmat.
Bermula dari Al-Baqarah hingga An-Nas, ALLAH memberikan panduan bagaimana bentuknya jalan yang lurus bagi golongan yang mendapat nikmat. Contohnya bermula daripada Nabi Adam AS, selepas dia terhasut, maka baginda telah ditunjukkan kaedah taubat... setelah bertaubat dari kesalahan... maka selepas itu adalah jalan yang lurus yang baginda lalui untuk menuju kepadaNya. Semua kisah Nabi dan Rasul termasuk pemuda Ashabul Kahfi, Lukman dan lainnya yang dikisahkan dalam AL-QURAN itu adalah pedoman untuk kita mengetahui bagaimana jalan yang lurus itu dan bagaimana pula bentuknya orang-orang yang telah mendapat kurnia nikmat dari ALLAH.
Bagaimana pula golongan yang dimurkai dan sesat?
Ianya bermula juga dari Al-Baqarah di mana peristiwa sujud kepada Nabi Allah Adam diceritakan. Semua ciri2 tentang golongan yang dimurkai itu ALLAH terangkan menggunakan kaedah yang terang tanpa selindung iaitu dengan mencatatkan contoh yang telah berlaku bermula daripada kisah Iblis hinggalah kepada kisah Abu Lahab... yang dinyatakan namanya atau bangsanya secara spesifik. Antara ciri2 yang sama bagi golongan yang dimurkai ialah, mereka adalah orang yang pertama-tama menganjurkan dan menaja bentuk ketuhanan dan keagamaan yang sesat yang kemudian disebarkan kepada orang ramai, sedangkan naluri asal setiap manusia itu ada semacam 'alert signal' untuk mengetahui perkara sesat lagi menyesatkan tentang ketuhanan. Dan apabila didatangkan pesuruh ALLAH yang sebenar, golongan inilah pula yang pertama-tama menolak dan menghasut masyarakat dengan menyelewangkan fakta sebenar sedangkan lumrahnya pesuruh ALLAH itu adalah orang-orang yang dipandang mulia di sisi masyarakat.
Golongan yang sesat pula adalah golongan yang mengikuti penaja ketuhanan dan keagamaan itu secara membuta-tuli atas alasan ianya adalah warisan nenek-moyang mereka atau ikut-ikutan sahaja.
Apakah peluang golongan yang dimurkai? Kalau kita telusuri kisah-kisah utama seperti Iblis, Firaun, Haman, Qarun, Kaum-kaum yang melanggar perintah dan Abu Lahab, mereka semua mempunyai ciri yang sama iaitu hati mereka telah dipateri dari menerima hidayah seperti dinyatakan oleh ALLAH. Tetapi sebagai manusia hamba ALLAH, pada peringkat kita, kita tak boleh menilai atau mencop sesiapa pun dalam golongan yang dimurkai selain yang ALLAH nyatakan dalam AL-QURAN kerana kutukan dan cercaan kepada makhluk hanya boleh dinyatakan oleh Yang Empunya Makhluk kerana Dia Maha Tahu apa yang terjadi dan bakal terjadi kepada makhlukNya. Contohnya dalam kisah dakwah Nabi Allah Musa kepada Firaun yang ALLAH perintahkan untuk didatangi Nab Allah Musa dengan sopan-santun... tanpa prejudis
Golongan sesat pula mungkin berpeluang untuk membuat turning-point menuju jalan yang lurus, itu semua bergantung kepada perubahan yang mereka lakukan terhadap diri mereka sendiri berdasarkan ilmu-ilmu yang mereka ambil bagi pemantapan akal mereka... disamping dakwah sesama manusia berpandukan kepada Surah Al-Asr.
Pada pengawal surah Al-Fatihah, ALLAH menyatakan bentuk pemilikannya ke semua alam dan bentuk sifatnya terhadap semua yang dimilikNya. Dan ALLAH juga menyatakan Dialah pemilik Hari Pengadilan. Maka, apa-apa yang terjadi di dunia ini, akan diadili olehNya seadil-adilnya.
Di zaman kita ini tiada lagi wahyu dari langit, dan apa yang tinggal pada kita hanyalah warisan berzaman dari semua agama sebagai panduan kepada manusia, maka, mana-mana yang memilih panduan yang tepat... maka beruntunglah ia. Azam Iblis bukanlah spesifik kepada penganut islam yang mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja, malah kepada semua manusia dengan memalingkan dan menyelewangkan mereka dari mengenal dan menyembah tuhan yang sebenar-benar tuhan.
Sekian saya kongsikan satu pendapat peribadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ya tak ya
AL FATIHAH tu INDUK AL QURAN
dan nak memahami AL FATIHAH tuuu
mau le kena fahami isi kandungan AL QURAN...iye kan
tapi, tang AYAT ni
MAALEKIYAUMIDDEEN
PENGUASA HARI AGAMA
kalau lah ALLAH menguasai HARI PEMBALASAN je
kat dunia ni semuanya TAK DIKUASAINYE ke?
tanya je ya
moga selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Bismillah 
berdoa itu senjata Muqmin
otaq kepada Ibadah
tradisi qeqalkan , adaptasi harus betul
tujuh baris qeramat , tujuh garis penamat
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 23-11-2013 08:07 PM 
ya tak ya
AL FATIHAH tu INDUK AL QURAN
dan nak memahami AL FATIHAH tuuu
tapi, tang AYAT ni
MAALEKIYAUMIDDEEN
PENGUASA HARI AGAMA
apa yang tuan catatkan MALIKIYAUMIDDEEN=PENGUASA HARI AGAMA, maaf, pengetahuan itu belum sampai kepada saya. Boleh tolong kongsikan apa yang tuan tahu mengenainya?
kalau lah ALLAH menguasai HARI PEMBALASAN je
kat dunia ni semuanya TAK DIKUASAINYE ke?
tanya je ya
moga selamat
soalan ini... saya yakin... tuan lebih mengetahuinya jawapannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
shahizul posted on 19-11-2013 10:42 AM 
Bismillahhirahmannirahim,
Pada pendapat saya Al-fatihah tidak perlu di terjemahkan oleh para ulam ...
Sebab tu al-fatihah sangat ditekankan pembetulan bacaan yg betul berbanding surah lain, diletakkan pula di permulaan Al-quran, salah sebutan maka lain maksud doa nya, bimbang slah jalan bukan lagi jalan yg lurus iaitu jln org yg dikurniakan nikmat, bukan jln org yg dimurkai & sesat, bila dihayati betul2 mampu bercucuran air mata mengenangkan diri manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 24-11-2013 04:08 PM 
tapi, tang AYAT ni
MAALEKIYAUMIDDEEN
PENGUASA HARI AGAMA
Bismillahirahmannirahim,
Assalamualaikum....
4 ayat pertama adalah pujian2 kepada Allah s.w.t.........bermula dengan bismillahirahmannirahim.... ia dijunjung di atas kepala... maalekiyaumiddeen adalah ayat untuk mendatangkan taqwa...maksudnya Yang Menguasai Hari Pembalasan...Allah dengan Maha Adil sifatNya...
wallahualam, SesungguhNya hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 25-11-2013 03:36 PM 
salam
pertama sekali adalah ..
Wslm,
Siapa yang solat??????
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 25-11-2013 04:57 PM 
salam
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=769102&extra=page%3D1&page=2
wslm,
Kuhadapkan wajahku kepada zat yang telahmenciptakan langit dan bumi dengan penuh ketulusan dan kepasrahan dan akubukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.
Ku? Siapa? Nafi dan isbat di dalam solat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Wslm, sy kurg fhm.... wajah siapa? ku siapa? zat siapa? adakah wajah itu wajah Allah?
pening saya mendalami ilmu ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 25-11-2013 06:24 PM 
aik, aku plak?
kan aku yg tanya
mmm... ni kena taruk kat kotak KIV ni. penting untuk future reference. 
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 25-11-2013 05:55 PM 
salam
alamak .. sudah fening kah ..?
wooooo
tinggi nyeeee tuuu
leh bawa ke???
sedangkan
KAJILAH SIFATKU DAN JANGAN KAJI DZATKU, KELAK KAMU AKAN BINASA
dah lupa ke PERKATAAN ALLAH ni???
baiknya pulun yg ni
HADITH NABI; SERENDAH-RENDAH IMAN ADALAH MELIHAT MUNGKAR DAN HATI BERKATA INI ADALAH MUNGKAR
dan
SERENDAH-RENDAH IMAN IALAH MEMBUANG RANTING DIJALANAN YG MENGGANGGU KAUM MUSLIMIN
dah buat dah kaaaa?????
sembang mannnyakkkk senangggg tapi NAK HAYATI dlm hidup, mannnyyyaakkkk susahhh wooooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Nasihat imam syafie :
Dar al-Jil Diwan (Beirut 1974) p.34
Dar al-Kutub al-`Ilmiyya (Beirut 1986)
Artinya :
فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح
Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu feqah dan juga menjalani tasauf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.
Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasihat padamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu feqah tapi tidak mahu menjalani tasauf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasauf tapi tidak mahu mempelajari ilmu feqah, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]
2. Nashihat IMAM MALIK RA:
و من تصوف و لم يتفقه فقد تزندق
من تفقه و لم يتصوف فقد تفسق
و من جمع بينهما فقد تخقق
“ dia yang sedang Tasauf tanpa mempelajari fekah rosak keimanannya , sementara dia yang belajar fekah tanpa mengamalkan Tasauf rosaklah dia . hanya dia siapa memadukan keduannya terjamin benar .
Last edited by NasrullahHaq on 27-11-2013 06:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 26-11-2013 09:05 PM 
laaaa
kata nak ngaji AL FATIHAH
maklumlah yang 30 juzuk tu kena DIRANGKUMKAN
aik... kita dah tanya dia soalan direct tentang maalikiyaumi AGAMA... tapi tak jawab?
yang saya tau kaedah bincang ni... orang soal... kita terangkan... kalau nak terangkan... straight forward jer
kalau orang soal... kita soal balik... tambah dengan ayat-ayat kiasan... esshh... tu nak bincang ker?
so kena KIV jer ler... kot2 nanti di yaumi AGAMA tu ada soalan... tapi tak kena kot sebab guna nickname jer...
semoga kita menjadi penyampai maklumat bertopeng yang baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
aik... kita dah tanya dia soalan direct tentang maalikiyaumi AGAMA... tapi tak jawab?
yang saya tau kaedah bincang ni... orang soal... kita terangkan... kalau nak terangkan... straight forward jer
kalau orang soal... kita soal balik... tambah dengan ayat-ayat kiasan... esshh... tu nak bincang ker?
so kena KIV jer ler... kot2 nanti di yaumi AGAMA tu ada soalan... tapi tak kena kot sebab guna nickname jer...
semoga kita menjadi penyampai maklumat bertopeng yang baik
maaf ya
INGATKAN AYAT2 ALLAH.....diperintahkan
membacakan HADITH NABI...DISUNNAHKAN
pemahaman tuuu - kena masing2 leeeee
kita tarak sikit pun hak nyeeee
pasal tu cuba bincang dgn mereka2 yg arif kat luar sana
kat MUZAKARAH tu sesama islam
kat sini...cikit2 je laaaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|