|
[Tempatan]
PKPB. Kedai pajak gadai MASIH jadi tumpuan. Bukan semua gadai, ada yg datang bua
[Copy link]
|
|
aku pernah main emas ni.... masalahnya lelaki payah
kena bayar zakat kalau tak pakai emas tu
lelaki haram pakai emas |
|
|
|
|
|
|
|
Itu untungnya bila ada emas. Boleh guna waktu terdesak. Saper yg suka perli2 pompan pakai/beli emas sekarang baru sedar. Keta mahal2 yg dibanggakan xboleh membantu diwaktu sesak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 5-5-2020 02:40 PM
Iye... betul sangat. Untung ada emas, tetiba nak pakai cash banyak tapi tak nak kacau savings, boleh la pergi bank rakyat or bank muamalat or ar-rahnu gadai sekejap emas tu... lepas tu bulan2 kumpul duit sikit2 utk tebus balik emas tu. Upah simpan pun bukan mahal sangat pun...
Emas jongkong atau syiling tu susah sikit nak pajak ya, tak semua tempat nak.. Beli emas perhiasan i.e. gelang, rantai yang tak berbatu, 3 tempat yang i tulis atas tu confirm terima....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pernah rasa orang yg ada emas..bergadai semua tu orang susah. kadang aku rasa org camni lagi bijak dalam menyimpan wang. ada sesetengah orang tak leh simpan dalam bentuk cash, kang senang je nak kuarkan. so..cara terbaik ada lah menyimpan dalam bentuk emas. susah nak cairkan.
Emas yg elok disimpan pada aku physical gold bukannya account emas mcm kat maybank atau cimb tu. physical gold ni time sesak boleh gadai. tapi kena pandai juga lah buat calculation bila nk amik balik nanti..sebab ada kos upah simpan kan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku last gadai barang kemas , masa tu abah aku baru meninggal, aku sah jadi anak yatim piatu, terpaksa pindah ke negeri asing sbb dpt keje situ. motor yg baru beli tak smpi 3 kali bayar kene curik kt parking rumah flat (ye aku memang penah hidup sederhana dulu). nak beli motor, simpanan tak berapa ada. so nak tak nak terpaksa la gadai barang kemas arwah emak, beli motor cash terus. 6bln tu aku ikat perut sbb nk tebus balik. masa tu aku pakai pajak gadai ar-rahnu, mmg aku survey ar-rahnu je yg nak kasi mahal masa tu.
so please la mana yg bersangka buruk, gadai barang kemas sbb nk raya tu. nk raya tu tak terdesak lg ye. barang kemas ni sbnrnye mmg pilihan terakhir dah. aku penah melaluinye. nak pulak kalau barang kemas yg ada kenangan. hengat kitorg sanggup ke nk gadai2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 5-5-2020 02:38 PM
Iye... betul sangat. Untung ada emas, tetiba nak pakai cash banyak tapi tak nak kacau savings, bol ...
Emas jugak yg laku. Cincin kawin berlian mas putih 20k bagai xder harga nak pajak. |
|
|
|
|
|
|
|
In Johor, long lines at pawnshops on second day of CMCO
Tuesday, 05 May 2020 03:34 PM MYT
Kedai Pajak Fun Ngien Sdn Bhd in Bandar Baru Uda, Johor Baru saw a massive queue which spanned more than four shoplots as early as 10.30am this morning. — Picture by Ben Tan
JOHOR BARU, May 5 — Massive queues were seen at most pawnshops in the city here today after most businesses in Johor were allowed to reopen under the conditional movement control order (CMCO).
The long queues were also due to social distancing guidelines being practiced by the customers.
Not all are were there to pawn their valuables and jewellery for cash, as some said they were queuing to pay interest or redeem their items.
Kedai Pajak Fun Ngien Sdn Bhd in Bandar Baru Uda here saw a large crowd form as early as 10.30am.
When met, a woman who only wanted to be known as Ila said she was not surprised at the long queue as many, like her, are pawning their valuables for cash.
“I will be pawning a gold bracelet for cash.
“Since the movement control order (MCO) started in March, my family‘s income has reduced a lot. The cash will help us for the coming Hari Raya,” said the housewife in her 30s.
Another popular location was the well-established Kedai Pajak Well Chip Sdn Bhd, located near the Johor Baru city centre.
A regular customer, who declined to be named said that this is the first time the pawnshop has seen such a large crowd.
He said many came as early as 10am to pawn their valuables, but there are some who were there to service their interest.
The Pajak Gadai Bintang Sdn Bhd pawnshop in Taman Perling also saw a massive crowd as early as 9.30am.
People, many abiding by social distancing guidelines, could be seen lining up along three blocks of shophouses.
C. Itianand, 45, said he expected a large turnout at the outlet with many expected to pawn valuables or service their interests.
Yesterday, viral images of long queues at pawnshops surfaced online. The situation was reported not only in Kuala Lumpur, but in other states as well.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa sedih plak tengok queue panjang. Ramainya yang perlukan duit. Untung juga deols ada emas nak digadai time sesak |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa replied at 5-5-2020 01:54 AM
Sarah
Nak beli emas kena hati2
Ramai peniaga main harga nak pekena
Betul sangat yang ni |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 5-5-2020 02:08 PM
aku pernah main emas ni.... masalahnya lelaki payah
kena bayar zakat kalau tak pakai emas tu
Byk ke zakat ke byr? Masih continue lg ke simpan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku x minat emas2 ni sbb leceh nk simpan kalo x pakai
kalo simpan kt umah, kang kene rompak la,kebakaran la
kalo pakai lak nanti ada yg perati lak
last2 aku prefer simpan cash je dlm ASB
biorlah org nk kata aku ni oldschool ke hapa ke.pedulik hapa aku kan
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 5-5-2020 02:56 PM
aku last gadai barang kemas , masa tu abah aku baru meninggal, aku sah jadi anak yatim piatu, terpak ...
Itu la aku pun pelik ada yg cakap "gadai barang kemas sbb nk raya" tu. Tak pasti la diorg nak bergurau ke apa.. Xde perasaan ke hape diorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-5-2020 07:55 PM
Kalau tak nak simpan physical gold boleh beli dari broker emas online @dino ada share haritu apa n ...
Yng ni dikira haram |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat sendiri merana.pendatang pelarian disusukan |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-5-2020 09:19 PM
beli gold bar ataupun kalau uols tak nak hold physical gold pergi labur je dekat website wahed tu. ...
Iols berminat dengan wahed ni. Kiranya sebulan minimum kita labur rm100 eh? Ke cemana caranya |
|
|
|
|
|
|
|
pajak emas ok..dapat hrga lagi tinggi dr kedai emas cina. namun nk bayar balik bulan2 tu mampukah? |
|
|
|
|
|
|
|
gummiebear replied at 5-5-2020 05:10 PM
Iols berminat dengan wahed ni. Kiranya sebulan minimum kita labur rm100 eh? Ke cemana caranya
Cuba buka akaun di situ uolsss... Lepastu play2 la dulu |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 5-5-2020 05:13 PM
Cuba buka akaun di situ uolsss... Lepastu play2 la dulu
Baikk.. tengah download apps |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai pajak gadai 'penyelamat'
KEDAI pajak gadai terus menjadi tumpuan orang ramai selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa semalam.
Fenomena orang ramai beratur menunggu giliran untuk memasuki premis pajak gadai menjadi tular sejak semalam di media sosial.
Tinjauan Harian Metro di beberapa premis pajak gadai di sekitar Kuala Lumpur mendapati orang ramai masih 'mengerumuni' kedai pajak gadai sejak awal pagi beroperasi.
Malah, ada beberapa premis dikunjungi mempunyai lebih 40 pelanggan menunggu giliran.
Namun, semua keadaan dilihat terkawal berikutan pekerja pajak gadai menyediakan sistem giliran bernombor dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memeriksa suhu badan pelanggan, penjarakan sosial dan memberi pembasmi kuman sebelum membenarkan pelanggan memasuki ruang pajak gadai.
Pelanggan pajak gadai di Sentul, Kavitha Prabagaren, 26, berkata dia sanggup beratur kerana memerlukan wang untuk menambah kos membiayai perubatan ibunya.
"Saya datang hari ini sebab hendak menggadai semula barang kemas yang digadai tahun lalu.
"Ibu saya memerlukan wang untuk kos perubatan kerana perbelanjaan pembedahan pintasan jantungnya menelan belanja sebanyak RM40,000.
"Kadar faedah di sini hanya dua peratus setiap bulan dan tempoh gadaian pula selama enam bulan," katanya.
Bagi, Nor Hasimah Nasra, 43 berkata dia datang ke kedai pajak gadai bagi menebus balik barang kemasnya.
"Disebabkan PKP saya tidak dapat keluar ke mana-mana dan apabila kerajaan sudah melonggarkan sedikit sekatan baru saya buat keputusan menebus balik emas yang digadai sebelum ini.
"Saya bekerja sendiri jadi tiada sumber pendapatan tetap dan dalam situasi sekarang semuanya mencabar," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, kakitangan kedai pajak gadai di Jalan Sentul di sini berkata sejak semalam orang ramai sudah ramai yang datang ke premis.
"Kami membuka kedai bermula 9 pagi dan semalam sahaja lebih kurang 80 pelanggan datang bukan sahaja untuk menggadai barang kemas, tetapi ada juga menebus semula barang mereka dan memperbaharui tempoh pajakan.
"Namun, kebanyakan yang datang kami dapati memang memerlukan wang dan kami faham keadaan terdesak sekarang menyebabkan sebilangan besar kekurangan wang tunai," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 4:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Menarik gak pegi pajak emas kat ar-rahnu sekarang kan?
Leh buat beli peti ais 4 pintu yg besar tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|