CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: memeque8

[Tempatan] Makruh pelihara anjing tanpa sebab, kata mufti Perlis, korang (umat islam) nak p

[Copy link]
Post time 10-7-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
pasuoren replied at 10-7-2017 02:40 PM
kan...

nasihat dah diberi..

Betul tu kaka, dah tegur dengan cara elok, kalau nak bangkang jugak, lantak pi lah, tapi jgn sampai meng kotak katikkan nasihat tu sampai tahap menghina bagai hanya semata nasihat yg diberi, tak sependapat dgn dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 04:02 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 10-7-2017 09:32 AM
Teringat plak cite moyang sy psl org qadiani ni..dorg ni mmg sesat. Konon g pegi haji tp sbb tgh m ...

kan? isu to the point je...tp kesannye mcm bom nuklear meletup kat hiroshima..haha tp kat forum yg paling classy ni je kot
x phm...ramai yg suke bandingkan org melayu islam dgn org arab muslim...

for me..i sedar kulit i sawo matang...walaupun suke guna "i" masa posting kat sini ..i'm malay..& selesa dgn cara adat agama yg kite amalkan..kat Malaysia ni..

ape relevennye nak bandingkan org Melayu dgn org Arab sinun..pun i x phm....wal hal org Arab sinun x pernah terlintas pun nak bandingkan bangsa kite dgn bangsa mereka, budaya kite dgn mereka, cara hidup kite dgn cara hidup mereka.....who are wessss to them anyway??
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 10-7-2017 04:02 PM
kan? isu to the point je...tp kesannye mcm bom nuklear meletup kat hiroshima..haha tp kat forum yg ...

Hehehe..btol3x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 04:27 PM | Show all posts
dia macam ni , kalau ada nas yg jelas dan memang no problems, islam dan para ulamak semua tak ada masalah pun nak bela apa apa - like lembu ke katak puru ke, tupai ke etc

tapi bila ada  saranan syarak dan Allah SWT tak galakkan...maka ada hikmahNya'
terpulang pada kita jenis golongan yg bersyukur ke tak ke, jenis nak puaskan hai dan desperate maka carilah loophole yg ada walaupoun bukan dalam darurat , so adakah desperate sangat ke sampai nak kena argue imam itu ini : sebab kita suka?
nacam tu je.? i suka anjing maka i nak bela , hmm let us see mana loophole boleh guna

bukankah ini si jahil yg hanya nak talfiq tapi perasan pandai tak tahu apa a ttg mazhab tapi nak juga tu sampai niat nak bela maka dicarinya loophole

sedangkan tahu ke ambl wuduk mazhab maliki caranya macam mana, syafie macam  mana dan hafal habis ke perkara batal wuduk mazhab syafie. hanafi

kekadang sembang je lebih

sedarlah diri tu sap ajadikan dari apa dan ke mana

dan juga ingatlah sikit rezeki tu dari siapa

jgnlah bongkak sangat aih

bila kena rabies bagai bising

bila nak argue kata okaylah bela anjing sedangkan kat negara barat anjing divaksinkan , well ini malaysia , rabies dah tular

so what?

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 04:39 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 10-7-2017 04:27 PM
dia macam ni , kalau ada nas yg jelas dan memang no problems, islam dan para ulamak semua tak ada ma ...
dia macam ni , kalau ada nas yg jelas dan memang no problems, islam dan para ulamak semua tak ada masalah pun nak bela apa apa - like lembu ke katak puru ke, tupai ke etc

tapi bila ada  saranan syarak dan Allah SWT tak galakkan...maka ada hikmahNya'
terpulang pada kita jenis golongan yg bersyukur ke tak ke, jenis nak puaskan hai dan desperate maka carilah loophole yg ada walaupoun bukan dalam darurat , so adakah desperate sangat ke sampai nak kena argue imam itu ini : sebab kita suka?
nacam tu je.? i suka anjing maka i nak bela , hmm let us see mana loophole boleh guna

bukankah ini si jahil yg hanya nak talfiq tapi perasan pandai tak tahu apa a ttg mazhab tapi nak juga tu sampai niat nak bela maka dicarinya loophole

sedangkan tahu ke ambl wuduk mazhab maliki caranya macam mana, syafie macam  mana dan hafal habis ke perkara batal wuduk mazhab syafie. hanafi

kekadang sembang je lebih

sedarlah diri tu sap ajadikan dari apa dan ke mana

dan juga ingatlah sikit rezeki tu dari siapa

jgnlah bongkak sangat aih

bila kena rabies bagai bising

bila nak argue kata okaylah bela anjing sedangkan kat negara barat anjing divaksinkan , well ini malaysia , rabies dah tular

so what?
kan..

tugas mufti..mengingatkan

tapi, ada je pihak yang akan memenangkan..
tapi, kesannya..
nnt sendiri tanggung la...

nak gelakkan, tak sampai hati pulak..

contoh macam si sajat tu ha..
berposaakkk nak jadi perempuan..

mufti kata haram..
tapi, ada je pihak yang sokong kuat sajat ni..

so, hidup la sajat ni sebagai perempuan..
ni, dah tertekan pulak
siap kata..
"jangan hina gambar saya hamil, berdosa"

cane tu..
nak gelakkan tak sampai hati..

dah tu jalan dia pilih..
dan dia rasa jalan dia ni betul..
ada pulak yang sokong..

tak dapek la acik nak kata apa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 04:41 PM | Show all posts
memang dunia dah akhir zaman..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2017 04:43 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-7-2017 01:03 PM
Bela biawak pun xde keperluan elok ja korang x bising...

anjing tu sbb termaktub dalam hadith soheh . hang mau ka sbb hang bela anjing tu ... pahala hang hilang satu atau dua bukit uhud??  banyak sangat ka pahala kita tu hingga tak heran hilang bberpa bukit uhud? hanya orang yg bangga diri sahaja tak heran dgn pahala hilang sbb bela anjing. Orang yg dia sedar diri dia banyak dosa dan sikit pahala tentulah risau kehilangan pahala walaupun sebesar biji sawi,

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tahu apa bezanya najis kucing dan najis anjing.. isu anjing ni ada hadith sahih yang perlunya untuk samak. Kalo kucing ni, ko bersihkan dengan air bersih pun xmengapa.. kalo anjing, sanggup ker nak sertu setiap kali solat?? wana pun xberapa setuju bab anjing nak jaga macam kucing..
Dalam islam, ada tauhid dan ada feqah.. tauhid xboleh bercanggah walau sedikit pun iaitu allah tuhan yang satu, muhammad adalah rasul. Kalo feqah ni.. masih boleh diperbincangkan lagi, diperdebatkan lagi.. isu anjing ni bawah feqah, tu ada perbezaan empat mazhab.. xsilap wana, keempat2 mazhab pun bersetuju yang anjing ini adalah najis dan perlu samak berdasarkan hadith nabi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 05:40 PM | Show all posts
wana89 replied at 10-7-2017 04:49 PM
Kena tahu apa bezanya najis kucing dan najis anjing.. isu anjing ni ada hadith sahih yang perlunya u ...

kalo org yg bela tu sanggup sertu tiap2 hari kenapa kita yg x bela anjing ni nak menghina & judge dia??




isu ni jd kontroversi sbb ia bkn budaya...sama cam budaya isap rokok, pgg tgn gf dll...dua benda tu haram tp disebabkan dah sebati jd budaya dlm masayrakat melayu maka ia tak jd kontroversi..tu jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
'Biarlah luncai terjun dengan labunya'.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueRoses96 replied at 10-7-2017 03:22 PM
I faham je apa yg dia explain, kalau u masih sangsi & byk persoalan, kemuka kan lah pada yg pakar  ...

Yg i xpaham camne mazhab perlu ada klu dah ada guideline yg jelas dr nabi. Sgt2 tak logik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 10-7-2017 08:46 PM
Yg i xpaham camne mazhab perlu ada klu dah ada guideline yg jelas dr nabi. Sgt2 tak logik.

Ni I copy dari penjelasan tu,

Slah satu faktor perpecahan mazhab adalah krn mengikut tmpt dan geogràfi.

Cth paling dekat ialah Mazhab Syafie diamalkan di Malaysia & kebanyakkan negara Nusantara
Mazhab Hanafi diamalkan dinegara2 Timur Tengah spt Iraq.

Mazhab Hanbali diamalkan oleh dinegara India dan Pakistan
Ironinya,perbezaan keddkn geografi itulah menunjukkan pegangan Mazhab prl dilaksanakan.


Berdasarkan Mazhab Syafie ddlm rukun solat tdk dibenarkan seseorang itu dlm solat menggerakkan anggota tubuh badannya 3 X berturut2.
Manakala 3 mazhab lain membenarkannya.
Jika menunaikan fardhu haji diMekah, Mazhab Syafie x perlu diamalkan lagi.
Mengikut logiknya ialah, dgn dikelilingi rinuan jutaan manusia yg berhimpit2 diMekah,maka agak sukar utk tetap statik pd kedudukan asal dlm mendirikan solat.

Apa yg I faham, mazhab berbeza kerana nak menyesuaikan dgn budaya/keadaan setempat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 10-7-2017 05:40 PM
kalo org yg bela tu sanggup sertu tiap2 hari kenapa kita yg x bela anjing ni nak menghina & judge  ...

Aku tak kesah org nak strict ikut mazhab shafie ni, bagus lah. Ikut berdasar ilmu, ikut berdasar dgn nas. Sgt2 bagus.
Aku pun rasanya tak ada niat nak pelihara anjing, tak ada keperluan pun masa ini, plus aku malas nak cuci itu cuci ini, tapi kalu org nak pelihara, kalu depa rajin nak uruskan semua tu, sapa aku utk judge depa hanya sbb aku ni pemalasssss
Masalahnya yg berapi2 mencerca ni lebih pada berhukum pada SENTIMEN saja. Melayu jijik dgn hanjeng, jijik dgn babi. Titik. Kecohnya masing2 mcm kawan tu terkeluor islam dah.
Cer menda yg dia tak jijik, yg sebati dgn diri depa dan diamalkan sejak jaman atuk nenek depa....walo quran haramkan, nabi haramkan, ulama pelopor mazhab haramkan, ulama kontemporari haramkan...selamba saja depa langgar tanpa ada sekuman rasa salah, siap bagi justifikasi lagi, siap bagi label wahabi dan segala macam lagi, nasib tak baik terus dikapirkan jer org yg nak nasehat depa   
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueRoses96 replied at 10-7-2017 09:05 PM
Ni I copy dari penjelasan tu,

Slah satu faktor perpecahan mazhab adalah krn mengikut tmpt dan  ...

Bullllshitttt. Taik lembu

Tak kira lah islam tu penganutnye diplanet mana pon. Sumbernye satu saja dan segala2nya kena sama exactly.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2017 10:17 PM | Show all posts
sebelum mengundur diri, TT / lebai memeque ingin memberi sedikit kuliah...

MENGAPA ADANYA MAZHAB DALAM ISLAM




Sunnah (hadis), sebagaimana yang kita pahami, tidak datang sekaligus. Quran turun dalam waktu 20 tahun 2 bulan 20 hari. Ia tidak seperti wahyu yang turun kepada rasul-rasul, yang turun serentak, sekaligus habis. Tetapi kepada Rasulullah tidak. Semua orang sudah tahu hal ini. Kemudian karena waktu itu tidak ada tempat hendak ditulis, maka para sahabat menghafal. Apabila dia takut kurang hafal, dia cari benda seperti kulit-kulit kayu atau pelepah untuk ditulis. Pada waktu yang sama, hadis pun berlaku bahkan lebih banyak daripada ayat Al Quran. Tetapi Rasulullah tidak membolehkan untuk ditulis sebab Rasulullah takut tercampur Al Quran dan hadis itu. Nanti tidak tahu yang mana hadis dan yang mana Al Quran. Jadi di peringkat awal, para sahabat menghafal. Tuhan beri para sahabat akal yang tajam hingga bisa hafal Al Quran dan hadis.

Hadis-hadis yang sampai kepada para-para sahabat itu, tidaklah setiap sahabat dapat kesemuanya. Sebab tidak semua sahabat berada bersama dengan Rasulullah sepanjang waktu. Ada yang sebentar, ada yang lama. Ada yang berjumpa dan ada yang terpisah. Ada yang sibuk atau pergi jauh-jauh, kurang dapat hadis. Mereka yang duduk selalu dengan Rasulullah, banyaklah dapat hadis. Jadi sahabat-sahabat dapat hadis dari Rasulullah itu tidak sama. Ada yang sedikit dan ada yang banyak. Yang paling dapat banyak ialah Abu Hurairah. Sebab dia bukan pemimpin dan bukan pejuang yang sibuk tetapi seorang ahli abid. Dia seorang yang dhaif dan miskin. Banyak di masjid dan selalu bertemu Rasulullah maka banyaklah dia dapat hadis. Seperti Sayidina Abu Bakar, mungkin dapat puluhan hadis saja.

Jadi hadis pada zaman Rasulullah tidak dibenarkan dicatat, takut terkeliru sehingga tidak dapat bedakan mana ayat Al Quran dan mana Hadis. Itu sebagai sebab supaya Al Quran terpelihara. Sebab Allah beritahu dalam satu ayat, bahawa Al Quran itu terjamin kebenarannya. Tidak ada siapapun bisa merubah dan menambah. Terpelihara bukan saja ayat-ayatnya, bahkan huruf-hurufnya sekaligus. memang terbukti betul. Cuma ada sedikit masalah berkaitan Hadis.

Kemudian Al Quran dibukukan menjadi mushaf, menjadi kitab. Dengan 114 surah dan 6666 ayat dan 30 juz. Al Quran dibukukan di zaman Sayidina Usman menjadi khalifah. Sebab itu ia terkenal sebagai mushaf Usmani. Kemudian di zaman Sayidina Umar Abdul Aziz, diperintahkan oleh Umar Ibnu Aziz waktu itu untuk buat 5 salinan. Dihantar ke kota-kota besar di dunia iaitu di Madinah sendiri, di Iraq, Mesir dan lain-lain. Kemudian, sesudah lebih seribu tahun, barulah Al Quran dicetak. Cetakan pertama di Jerman. susah juga di negara orang kafir. Al Quran mula-mula dicetak di Jerman, sekitar 200 tahun yang lalu.

Tentang Hadis, mulai dibukukan secara serius, 300 tahun setelah zaman Rasulullah. Artinya bukan di zaman sahabat, bukan zaman tabiin tetapi zaman tabiut tabiin. Ada satu kitab hadis yang awal sekali, yang ditulis oleh seorang ulama besar iaitu Imam Malik yaitu Mawattho’. Mengandung lebih 7000 hadis. Ini kitab hadis yang pertama. Tetapi itu tidak mencukupi. Kenapa? Hadis berjuta banyaknya. Mana cukup. Sebab itu, setelah 300 tahun, dikaji lagi. Itupun yang ditulis oleh Imam Malik, belum disaring. Hanya ditulis saja tetapi belum dikaji. Mungkin bercampur dengan kata-kata sahabat. Oleh itu, setelah 300 tahun, ia dikaji ulang.

Datanglah imam-imam yang terkenal seperti Imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu An-Nasa’i dan lain-lain. Ada 6 kitab hadis yang terkenal. Yang paling populer Hadis Bukhari. Setelag itu hadis Muslim. Kemudian barulah diikuti oleh Ibnu Majah dan Ibnu An-Nasa’i. Kebanyakan mereka ini orang Uzbekistan. Tidak ada seorang pun orang Arab. Pembuku-pembuku hadis tidak ada seorang pun dari kalangan orang Arab. Kebanyakan orang Uzbekistan. Imam Bukhari saja telah mencatat tidak kurang 600,000 hadis. Sebenarnya lebih banyak.. Dari 600 000 itu, hanya 7000 yang sahih. Waktu itu transportasi amat susah. Imam Bukhari naik unta menjelajah seluruh negara Arab.

Sesudah 700 tahun hadis dibukukan, tentulah keadaannya membingungkan. Mungkin ada yang Hadis dan yang bukan Hadis. Oleh karena sudah 700 tahun hadis dibukukan dan sudah banyak perkara yang begitu lama, maka orang-orang jahat dan orang-orang yang hendak menyesatkan Islam ada peluang untuk memasukkan yang bukan-bukan. Banyak pula tukang karang Hadis lalu dicampur aduk. Jadi Imam Bukhari sangat ketat syaratnya dalam menerima Hadis. Syaratnya sangat ketat. Dia pernah menemui seseorang untuk mendapatkan hadis tetapi dia mendapati orang itu telah berpura-pura menabur makanan untuk memanggil binatang ternakannya. Hanya karena berbohong dengan binatang, dia cancel hadis itu. Dia tidak terima hadis dari orang itu. Dari 600 000 hadis yang dihafal, yang dianggap sahih hanya 7000. Kalau seseorang itu dilihat seperti tidak bisa dipercayai walaupun sedikit, hadis itu tidak akan diterima. Tapi Imam-imam lain agak longgar sedikit. Sebab itu sampai beratus-ratus ribu hadis yang disahkan.

Hadis ada bermacam-macam derajat Ada hadis Sahih, hadis Mutawatir (banyak perawi yang menyatakan tentang hadis tersebut), hadis Hasan, hadis Dhaif, hadis Maudhu’. Hadis Maudhu’ ini bukan hadis tetapi direka-reka. Hadis Mutawatir adalah hadis yang tidak boleh ditolak, sangat sahih. Hadis Masyhur di bawah Hadis Mutawatir. Ada yang dikatakan Hadis Ahad. Sumbernya satu, satu jalan, satu line atau satu saluran. Setelah dikaji rawi-rawi sampai kepada Sayidina Abu Bakar, perawi itu orang yang sama. Seorang saja. Sumber lain tidak ada. Ada hadis yang banyak sumbernya dan banyak saluran.

Begitulah martabat hadis. Jadi hadis dibukukan setelah 300 tahun. Kemudian, ada mazhab. Mengapa timbul mazhab? Saya tidak hendak sebut mazhab-mazhab yang sesat. Sebab dalam Islam lahir 73 mazhab. Dari 73 mazhab itu, 72 mazhab sesat. Hanya satu saja yang dikatakan ahli sunnah wal jamaah. Dari situ menjadi 4 mazhab. Inilah mazhab yang sah, yang dianggap satu iaitu ahlisunnah wal jamaah. Kemudian ia berpecah kepada 4 Mazhab iaitu:

1. Mazhab Maliki
2. Mazhab Hanafi
3. Mazhab Hambali
4. Mazhab Syafi’i
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2017 10:18 PM | Show all posts
sambungan..kenapa ada perbezaan pendapat?

Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan Mazhab ini terkenal dengan Mazhab ahlulhadis. Imam Maliki tidak mengembara, tidak ke luar negeri, duduk saja di Madinah, jadi dia banyak dapat hadis. Sebab itu Mazhab Maliki ini dikatakan Mazhab ahlul hadis.

Mazhab yang 4 ini dianggap satu, yang dikatakan mazhab yang berpegang pada ahlisunnah wal jamaah. Perbedaannya bab-bab furuq, bukan bab pokok. Bukan masalah-masalah aqidah, bukan masalah usuluddin. Hanya bab furuq seperti fiqh dan syariat. Ada kelainan sedikit-sedikit.

Perbedaan-perbedaan timbul karena:

1. IQ Imam Mazhab tidak sama
Imam-imam Mazhab ini tidak sama kecerdikannya. Ada yang sangat cerdik dan ada yang sederhana. Begitulah. Oleh karena faktor akal tidak sama, maka lahirlah pendapat-pendapat. Maka berbedalah pendapat antara satu sama lain. sebenarnya mazhab-mazhab ini ada 11 yang sah. Semuanya ahli sunnah wal jamaah. Selanjutnya mazhab Auza’i, Athauri, Mazhab Hasan Basri dan lain-lain lagi. Tetapi yang selain daripada mazhab yang 4 ini, tidak terkenal. Kitab tidak ada, buku sudah hilang. Hendak dijadikan bahan rujukan sudah tidak bisa. 4 mazhab ini ada kitab dan ada rujukannya. Cukup jelas karena semua ada kitab. Imam Syafie ada kitab yang besar iaitu Al Uum. Kembali memperkatakan mengapa lahir perbedaan. Pertama IQ tidak sama.

2. Hadis belum dibukukan untuk jadi rujukan
Waktu zaman Imam Mazhab ini, hadis belum dibukukan. Hadis dibukukan setelah 300 tahun. Sedangkan Imam-imam Mazhab sudah lahir di kurun pertama. Hadis belum dibukukan. Hanya berjumpa orang-orang yang hafal hadis. Jadi sebab yang kedua, setengah Imam Mazhab itu ada yang berjumpa hadis dan ada yang tidak berjumpa. Yang berjumpa, dia jadikan hujah, manakala yang tidak jumpa, dia tidak jadikan hujah. Di situ sudah berbeda. Itu sebab kedua.

3. Tidak semua Imam Mazhab menerima hadis yang sama
Sebab ketiga, masing-masing jumpa hadis yang sama, tetapi tidak semua menerima hadis itu. Mana yang anggap hadis itu sahih, dia terima. Yang anggap itu bukan hadis, dia tidak terima. Di sini berbeda lagi.

4.Berbeda penerimaan ayat Mansuh dalam Al Quran
Sebab yang keempat, dalam Quran, ada ayat yang mansuh dan ada yang nasikh. Ada setengah Mazhab tidak terima mansuhnya ayat Quran. Ada sesetengah mazhab menerima. Orang yang menerima pula tidak sama. Ada yang terima sekian-sekian ayat saja. Jadi mana yang menerima, menerima ayat yang mansuh. Manakala mazhab yang menerima ayat itu tidak mansuh, dia jadikan hujah. Mazhab yang sudah meanganggap ayat itu sudah mansuh, di situ dibatalkan hukumnya. Nasikh itu dibatalkan. Imam Mazhab yang menganggap hukum itu sudah dibatalkan, maka ia tidak dijadikan hujah. Sudah berbeda lagi

5. Berbeda pendapat dalam menghubungkan ayat Quran dan Hadis
Selain itu ayat Quran dan hadis, kadang-kadang satu sama lain itu nampak berlawanan. Kadang-kadang, nampak untuk khusus tetapi dimaksudkan untuk umum. Kadang nampak untuk umum tetapi maksudnya khusus. Ini susah. Masing-masing mengkaji, menilai bagaimana hendak menghubungkan. Bagaimana hendak gabungkan yang khusus jadi umum, yang umum jadi khusus. Ada juga yang khusus untuk khusus dan ada yang untuk umum. Di sini berbeda lagi. Ada yang mampu diselaraskan. Ada yang tidak mampu. Lahirlah pandangan-padangan yang berbeda.Inilah antara sebab-sebab yang besar, mengapa dalam satu mazhab yang besar, yaitu mazhab ahlisunnah wal jamaah, lahir lagi 4 firkah. Ada sedikit-sedikit perbedaan antara satu perkara.

Kedatangan pakar-pakar hadis adalah selepas kelahiran Imam Mazhab. Imam mazhab di lahir di kurun yang pertama. Pakar-pakar hadis di kurun yang ke 3. Tidak bertemu. Tetapi tiada siapa pun di kalangan pakar hadis itu yang membuat mazhab. Karena itu kebanyakan bermazhab Syafi’i. Mereka itu kebanyakannya bermazhab Syafi’i. Padahal hadis di kepala mereka. Bahkan ada di kalangan mereka yang hafal Al Quran. Artinya tempat rujuk ada pada mereka. Seharusnya mereka bisa dan mampu buat mazhab tetapi mereka tidak buat. Mereka bermazhab dengan mazhab Syafi’i.

Karena sekarang ini, orang sangat mudah menolak mazhab. Sedangkan pakar hadis pun bermazhab. Merujuk pada Mazhab Syafi’i. Jadi jangan mudah terpengaruh. Pakar hadis pun ikut mazhab. Masa kita tidak ikut mazhab sedangkan kita ini, satu ayat pun tidak Bisa faham. Apalagi beribu-ribu hadis.
Mengapa Kita Wajib Berrmazhab-sambungan
Memang tak ada perintah wajib bermadzhab secara shariih, namun bermadzhab wajib hukumnya, karena kaidah syariah adalah Maa Yatimmul waajib illa bihi fahuwa wajib, yaitu apa apa yang mesti ada sebagai perantara untuk mencapai hal yang wajib, menjadi wajib hukumnya.

Misalnya kita membeli air, apa hukumnya?, tentunya mubah saja, namun bila kita akan shalat fardhu tapi air tidak ada, dan yang ada hanyalah air yang harus beli, dan kita punya uang, maka apa hukumnya membeli air?, dari mubah berubah menjadi wajib tentunya. karena perlu untuk shalat yang wajib.

Demikian pula dalam syariah ini, tak wajib mengikuti madzhab, namun karena kita tak mengetahui samudra syariah seluruh madzhab, dan kita hidup 14 abad setelah wafatnya Rasul saw, maka kita tak mengenal hukum ibadah kecuali menelusuri fatwa yang ada di imam imam muhaddits terdahulu, maka bermadzhab menjadi wajib, Karena kita tak bisa beribadah hal hal yang fardhu / wajib kecuali dengan mengikuti salah satu madzhab itu, maka bermadzhab menjadi wajib hukumnya.


Sebagaimana suatu contoh kejadian ketika zeyd dan amir sedang berwudhu, lalu keduanya kepasar, dan masing masing membeli sesuatu di pasar seraya keduanya menyentuh wanita, lalu keduanya akan shalat, maka zeyd berwudhu dan amir tak berwudhu, ketika zeyd bertanya pada amir, mengapa kau tak berwudhu?, bukankah kau bersentuhan dengan wanita?, maka amir berkata, aku bermadzhabkan maliki, maka zeyd berkata, maka wudhu mu itu tak sah dalam madzhab malik dan tak sah pula dalam madzhab syafii, karena madzhab maliki mengajarkun wudhu harus menggosok anggota wudhu, tak cukup hanya mengusap, namun kau tadi berwudhu dengan madzhab syafii dan lalu dalam masalah bersentuhan kau ingin mengambilmadzhab maliki, maka bersuci mu kini tak sah secara maliki dan telah batal pula dalam madzhab syafii.

Demikian contoh kecil dari kebodohan orang yang mengatakan bermadzhab tidak wajib, lalu siapa yang akan bertanggung jawab atas wudhunya?, ia butuh sanad yang ia pegang bahwa ia berpegangan pada sunnah nabi saw dalam wudhunya, sanadnya berpadu pada Imam Syafii atau pada Imam Malik?, atau pada lainnya?, atau ia tak berpegang pada salah satunya sebagaimana contoh diatas..

Dan berpindah pindah madzhab tentunya boleh boleh saja bila sesuai situasinya, ia pindah ke wilayah malikiyyun maka tak sepantasnya ia berkeras kepala dengan madzhab syafii nya, Demikian pula bila ia berada di indonesia, wilayah madzhab syafi’iyyun, tak sepantasnya ia berkeras kepala mencari madzhab lain.

demikian saudaraku yang kumuliakan.,

http://pembahasan-agama.blogspot ... ab-dalam-islam.html

subhanallah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 10-7-2017 10:13 PM
Bullllshitttt. Taik lembu  

Tak kira lah islam tu penganutnye diplanet mana pon. Sumbernye ...

Lantak ko ler labu  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
memeque8 replied at 10-7-2017 10:18 PM
sambungan..kenapa ada perbezaan pendapat?

Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan M ...

Sia sia je sis...explain lah apa pun, ditaik lembukannya jua   Maklumlah, bila dah terlebih minum susu lembu bak kata abam @batmana  

Apa pun thanks atas penjelasan  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
memeque8 replied at 10-7-2017 10:18 PM
sambungan..kenapa ada perbezaan pendapat?

Mazhab pertama yang lahir ialah Mazhab Maliki. Bahkan M ...

Bro xde sape nk baca panjang2 tu bro
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Munkar nakir yg bertugas di malaysia xleh transfer pegi buat job dimiddle east. Nanti abis semua pak arab kena sebat sebab main anjing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077792 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list