Kini bergelar isteri kepada kerabat diraja, Juliana Evans akui kehidupan yang dilaluinya sekarang sedikit berbeza berbanding dulu. Malah beliau juga berasa kekok apabila setiap gerak gerinya sentiasa diawasi pengawal peribadi, namun terpaksa membiasakan diri kerana suami tidak membenarkan keluar sendiri. “Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa. Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri” “Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa masak dan sediakan semua keperluan sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan bilis tumis. Suami saya seorang yang tidak cerewet, dia suka makan makanan pedas” Manakala diimbas kembali saat Jue diijabkabulkan bulan lalu, beliau memberitahu perancangan nikah dilakukan dalam masa yang singkat. Pada ketika itu juga katanya, beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri. “Sebenarnya kami tidak begitu merancang dan majlis itu dilakukan dalam masa yang singkat. Saya rasa memang sudah sampai masanya untuk saya bina sebuah kehidupan baru. Saya mahu ada orang di sisi dan restu keluarga kedua-dua belah pihak,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)
|