CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25973|Reply: 156

GV3: Pitam Selepas Persembahan, Sarah Kini Beransur Sihat - Shuib

[Copy link]
Post time 7-11-2016 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by freekey at 9-11-2016 12:12 AM
https://www.google.com/search?q=siti+sarah+pengsan&oq=siti&aqs=chrome.4.69i57j69i60l3j69i59j0.3114j0j4&sourceid=chrome&ie=UTF-8

Wednesday, November 09, 2016 12:10:19 AM
Ketiadaan bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Siti Sarah di segmen Ada Lagu Ada Lagi pada konsert keempat Ahad lalu mengundang spekulasi peminat.

Menyampaikan lagu Bunga Angkasa bersama bintang undangan Rahmad Mega, terdengar khabar yang mengatakan Sarah tidak sihat sehingga terpaksa pulang awal selepas selesainya persembahan.

Astro Gempak menghubungi suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu untuk mendapatkan kepastian mengenai khabar ini.

“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.



“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,” kata Shuib.

Dalam pada itu, Shuib turut mengakui Sarah bersedih kerana mendapat tempat kedua terendah dan hampir disingkirkan di konsert yang bertemakan DuetVaganza itu.

“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu.

“Saya faham apa yang Sarah rasakan kerana sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program yang dijalankan secara langsung seperti Maharaja Lawak Mega.

“Saya katakan kepada Sarah, apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak akan menjadi. Jika selepas berusaha, perkara yang kurang baik terjadi, pasti ada hikmah. Apa yang penting, buat sehabis baik dan serahkan semuanya kepada Allah,” katanya lagi.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.


Artikel terdahulu
---------------------------------------------------------------------------------------
PENGSAN kerana tidak sempat bersarapan, tukar baju selang seminit, berlari-lari keluar masuk dari satu dewan ke dewan yang lain dan terpaksa menukar lagu pada saat-saat akhir merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupa oleh dua penyanyi popular, Siti Sarah Raisuddin dan Yusrizan Usop atau Bob.

Kekalutan itu semua berlaku selama sembilan hari ketika mereka berdua mewakili Malaysia dalam pertandingan World Championships of Performing Arts (WCPA) ke-13 yang berlangsung di Los Angeles selama sembilan hari bermula 11 sehingga 19 Julai lalu.

Menurut Bob, terlalu banyak pengalaman 'emas' yang digalinya sepanjang bertanding dalam pertandingan yang disertai oleh 27 buah negara itu.

"Kami bukan setakat bertanding sahaja, sebaliknya pihak penganjur turut memberikan seminar tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan seni seperti pementasan, vokal, modelling, dan sebagainya.

"Apa yang menariknya, seminar yang berlangsung selama satu jam itu rasa seperti tidak cukup kerana semua ilmu itu diberikan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing," ujarnya.

Tambahnya, dia terlalu teruja kerana bukan sahaja membawa pulang sebanyak enam pingat emas, bahkan pemergiannya jauh sehingga ke Los Angeles memberikan satu pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan begitu sahaja.

"Bayangkan saya terpaksa tukar baju selang satu minit dan berlari-lari masuk dari satu dewan ke dewan yang lain. Sudahlah penat dan tidak cukup rehat, lepas itu saya harus menyanyi selama satu minit sahaja.

"Dalam keadaan itu, saya pun tidak tahu macam mana saya dapat harunginya dan membawa pulang pingat kerana kami bertanding dengan beratus-ratus peserta bagi kategori yang sama," katanya lagi.

Selain itu ujar Bob, orang-orang di sana cukup tertarik dengan lagu-lagu Melayu yang dibawakannya sepanjang pertandingan itu berlangsung.


BARISAN artis dan pasukan yang menang dalam World Championship of Performing Arts di Los Angeles bergambar selepas sidang akhbar di Istana Budaya baru-baru ini.

Walaupun dia turut menyanyi lagu-lagu Inggeris, seperti My Baby You, The Prayer, I Know Where I've Been, Bob juga tidak meninggalkan lagu Melayu apabila menyanyikan lagu, Zapin Beradat dan Cinta Terhalang.

"Orang di sana cukup tertarik apabila saya menyanyikan lagu Melayu, mereka tidak menyangka Malaysia mempunyai muzik yang cukup unik dan berdiri sama tinggi dengan muzik mereka," tuturnya.

Terangnya, pada masa akan datang dia semahunya ingin membantu pasukan Malaysia untuk merangkul lebih banyak pingat emas.

"Saya telah berada di sana dan tahu apa yang dinginkan oleh pihak juri dan lagu macam mana yang memikat mereka. Mungkin dengan pengalaman yang ada, saya tidak ragu-ragu membantu penyanyi dan pasukan Malaysia yang terpilih untuk ke WCPA pada tahun hadapan.

"Pasukan Malaysia menunjukkan peningkatan, rasanya dengan lebih banyak persediaan dan bantuan, tiada halangan untuk pasukan Malaysia menyerlah di WCPA tahun depan," ulasnya.

WCPA macam Olimpik

Bagi penyanyi genit, Siti Sarah pula memberitahu pengalaman menjadi salah satu satu peserta daripada 22 orang peserta yang mewakili Malaysia menjadikan dia lebih kuat dan tabah.

Katanya, WCPA boleh diibaratkan seperti sukan Olimpik, cuma yang bezanya pertandingannya berlangsung di pentas dan Olimpik di padang.

"Pertandingan WCPA boleh dikira macam Olimpik untuk orang seni kerana yang masuk bertanding merupakan orang-orang terpilih oleh negara masing-masing.

"Selain Malaysia ada 26 lagi negara dan sepatutnya ada 61 negara. Tetapi disebabkan selsema babi, ada negara yang tidak dibenarkan masuk ke Amerika seperti pasukan China dan Mexico.

"Saya dan pasukan Malaysia juga amat berhati-hati sepanjang berada di sana dan syukur kami pulang dalam keadaan yang sihat cuma letih sedikit," ucapnya.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Sarah berjaya merangkul dua pingat emas bagi kategori World Music dan R&B/ Jazz dan dua lagi pingat emas bagi Grand Final Gold Award iaitu untuk kategori vokal terbuka dan duet bersama Bob.


Saya tidak ragu-ragu membantu penyanyi dan pasukan Malaysia yang terpilih untuk ke WCPA pada tahun hadapan - BOB

"Hari pertama pertandingan, saya telah pengsan kerana tidak sempat bersarapan dan menyebabkan keadaan kecoh seketika. Pihak penganjur yang turut risau dengan keadaan saya meminta saya berehat.

"Tetapi setelah sedar, saya tetap teruskan juga perjuangan saya di atas pentas kerana bagi saya datang jauh-jauh tidak sertai pertandingan memang tiada gunanya.

"Jadi, apabila dapat pingat emas, memang saya tidak sangka langsung kerana ramai lagi penyanyi yang bagus terutama peserta dari Afrika. Mungkin juri melihat semangat saya yang kuat untuk bertanding walaupun pernah pengsan," kata Sarah sambil ketawa kecil.

Dalam pada itu, terpalit juga rasa kecewa di dalam dirinya apabila gagal membawa pulang sebarang pingat untuk kategori broadway dan pop.

Jelasnya, berlaku sesuatu yang di luar jangkaannya apabila cakera padat yang dibawanya dari Malaysia telah mengalami kerosakan.

"Sepatutnya saya membawakan lagu dalam bahasa Inggeris tetapi pada saat-saat akhir lagu terpaksa ditukar dan keadaan yang kelam kabut telah membuatkan saya hilang fokus," katanya.

Walaupun begitu, suara Sarah tetap menjadi perhatian apabila dia telah mendapat tiga tawaran dari beberapa agen yang mewakili beberapa syarikat rakaman di sana.

"Terkejut juga pada mulanya, tetapi setelah diterangkan cara kerja penyanyi di sana berbeza dengan kita di Malaysia baru saya faham.

"Macam kita di Malaysia setiap penyanyi ada pengurus tetapi di sana mereka ada pengurus dan ejen sekali. Ejen, itulah yang akan menawarkan kontrak rakaman kepada penyanyi. Setakat ini, belum ada apa-apa lagi, kalau ada peluang memang saya teringin untuk meluaskan kerjaya seni di sana," kata Sarah.

Sarah dan Bob yang ditemui di Istana Budaya baru-baru ini, juga mengucapkan syukur kerana pasukan Malaysia berjaya meraih 59 pingat secara keseluruhannya iaitu 38 pingat emas, 16 pingat perak dan lima pingat gangsa.

Selain mereka berdua, pasukan Malaysia juga berbangga apabila kumpulan tarian Artistana berjaya merangkul anugerah tertinggi iaitu Grand Champion of The World bagi kategori tarian.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 04:25 PM | Show all posts
kemain panjang berjela artikel
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring pulak nk baca artikel ni.tt summarizelah sikit almaklum acik kepam cam aku ni pemalas nk baca artikel panjang merepek je lebih isinya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 04:49 PM | Show all posts
apa update?dia dah ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab tak makan ke? tgk lps dia nyanyi pun muka dia letih je & mcm byk pegang jihan, kesian
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:14 PM | Show all posts
malas nk baca panjang sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2016 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang sgt nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:17 PM | Show all posts
aku baca sampai baris ke-3 jer... pastu zzzzZZZZZ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengsan yg bila
Tahun ni jg ke
Org nak tau citer smlm
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp dia mmg nampak pucat je kdg2 . Kesian.hrp ok lah semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bob la.. selsema babi la.. bila tahun punya artikel ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan julai pu ye citer bru up bulan nov... erm.... ptut la ai kompius
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:03 PM | Show all posts
Edited by Rhyno at 8-11-2016 09:38 PM

kenapa post tt ni ada background bunga2 bagai?   
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:04 PM | Show all posts
ada satu komen dr actress tersohor dalam status pengarah gred A...mengatakan sarah kena mak esah ... diserang asma...lalu pengsan..di bawa ke hospital

mmg drama sangat belakang stage GV3 malam tadi dengan kisah kak lina pompom lagi ...



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 7-11-2016 06:04 PM
ada satu komen dr actress tersohor dalam status pengarah gred A...mengatakan sarah kena mak esah ... ...

Tepek sini plss
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:10 PM | Show all posts
tp sedap je suara dia semalam nyanyi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 06:28 PM | Show all posts
Jilake punya freekey..tu pengsan tahun bila nok..masa WCOPA..kita bercerita ni pasal GV3.. Kau dah nak mampos ker...sedeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 7-11-2016 06:04 PM
ada satu komen dr actress tersohor dalam status pengarah gred A...mengatakan sarah kena mak esah ... ...

Haah td bc kt fb kate dia dirasuk tp xtau la btl ke x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
peknen la tu kot nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn die diet ke sbb iols tgk sblm gv lagi die mcm jg bdn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.346972 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list