|
[Tempatan]
[Acara Tahunan] Jerebu kembali landa ibu negara
[Copy link]
|
|
Menteri akui IPU tidak ikut bacaan waktu sebenar
PETALING JAYA: Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak mengikut waktu sebenar.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata, bacaan IPU diambil kira mengikut bacaan yang distrukturkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
“Pada pagi tadi bacaan IPU masih lagi tahap sederhana. Tetapi walaubagaimanapun, bila lihat keadaan khususnya di kawasan Putrajaya, nampak kabus.
“Saya sudah minta pegawai saya periksa bacaan terbaru. Oleh kerana bacaan IPU adalah 24 struktur, bukannya immediate (terdekat) ataupun waktu sebenar (real time),” katanya ketika dihubungi FMT. |
|
|
|
|
|
|
|
Jerebu Tahun Ini Dijangka Tidak Seteruk Tahun Lepas
Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 8:33 PM
PUTRAJAYA: Jerebu yang melanda negara ketika ini dijangka tidak seteruk tahun lepas berikutan fenomena El Nino sudah berakhir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menyifatkan cuaca kering yang melanda negara kini sebagai biasa, beliau berkata beberapa kawasan di negara ini juga masih menerima jumlah hujan yang biasa atau melebihi biasa sejak Jun lalu.
Wan Junaidi berkata kawasan itu diramalkan akan menerima hujan dan ini akan mengurangkan suasana kering dan jerebu walaupun terdapat peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Tindakan proaktif pihak Indonesia melaksanakan tindakan pencegahan jerebu dan pemadaman kebakaran hutan secara bersepadu juga berjaya mencegah kebakaran hutan dan jerebu merentas sempadan daripada berlaku, katanya.
"Dengan ini, saya boleh membuat rumusan bahawa negara kita tidak menghadapi jerebu seteruk tahun 2015," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan di sini, Isnin.
Wan Junaidi berkata kementerian itu dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu sedang mempertingkatkan usaha pencegahan aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan jerebu di peringkat tempatan.
Antara tindakan tersebut termasuklah pemantauan rapi ke atas kawasan tanah gambut yang sering terbakar melalui pengaktifan Prosedur Tetap Operasi Program Pencegahan dan Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar, katanya.
Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka juga diaktifkan dengan membuat rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan yang dikenal pasti mudah terbakar, katanya.
"Pemantauan melalui udara dilaksanakan bagi mencegah kebakaran hutan terutama di kawasan sering terbakar dan kawasan pedalaman yang berisiko tinggi berlaku kebakaran," katanya.
Wan Junaidi dalam pada itu berkata kementeriannya tidak menyembunyikan fakta dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) apabila berlakunya perbezaan bacaan antara Malaysia khususnya di Johor dan Singapura.
Ini berikutan Malaysia masih menggunakan sistem pengiraan bacaan IPU berdasarkan kepekatan habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10) dalam tempoh 24 jam mana Singapura menggunakan PM2.5.
"Malaysia dijangka menggunakan sistem PM2.5 menjelang tahun depan setelah menaik taraf kesemua 65 stesen di seluruh negara," katanya.
Wan Junaidi menambah bahawa beliau akan memaklumkan kepada jemaah menteri mengenai pengumuman bacaan kepekatan habuk dalam udara di laman Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Kita tunggu Jemaah Menteri membuat keputusan dalam tempoh terdekat sama ada mengumumkan bacaan tersebut atau tidak," katanya.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata sehingga semalam, sebanyak 2,340 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara.
Ini termasuk 310 kes di kawasan hutan, kawasan pertanian (602 kes), kawasan industri (16 kes), tapak pembinaan (50 kes), tapak pelupusan sampah (71 kes), kawasan belukar (540 kes) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (751 kes).
Kenyataan itu menyebut Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan kompaun untuk 208 kes pembakaran terbuka dengan jumlah RM233,566.
|
|
|
|
|
|
|
|
hujan lebat arini..alhamdulillah...semoga jerebu berlegar2 di indon je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah kau nak bekap indon tue. Kalau teruk cakap jer teruk. Kang dengan ngkau2 skali weols sepak gi indon jadi pegawai jerebu sana |
|
|
|
|
|
|
|
mohon-mohon yang nak kena sepak ngan bedah tuhh, sempat laa bergayut kat nenen bedah.
mintak kesian. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
yang, jom tido
aummmmm!
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 tahun ngadap benda yg sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haze: Four areas record unhealthy API readings
BY DAWN CHAN AND TEOH PEI YING - 30 AUGUST 2016 @ 10:16 AM
SEREMBAN: The haze situation in the country continues to deteriorate, with four areas recording unhealthy air pollutant index (API) readings this morning.
Thick smog remains at certain areas, with the early morning rain doing little to ease up the haze. As of 9am, Nilai's API reading stood at 118, followed by Banting (101), Shah Alam (105) and Putrajaya (102). Port Dickson and Seremban both recorded moderate levels at 60 and 63, respectively.
API readings are determined based on an international acceptable protocol which calculates the 24 hour averaging times. An API of between 0 and 50 is categorised as good, 51 to 100 (moderate), 101 to 200 (unhealthy), 201 to 300 (very unhealthy) and 300 upwards (dangerous).
The public can refer to the Department of Environment website at http://apims.doe.gov.my to find out the current API readings.
|
|
|
|
|
|
|
|
hadiah kemerdekaan dari indon
Selamat hari Merdeka ye bapak2 ibu2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|