Pada saya, kalau Tun Mahathir pun org boleh hentam sekarang so why not P Ramlee? Saya rasa Manusia memang ada short term memory loss (macam finding dory) kita ingat apa yg kita nak ingat dan bila ianya memberi kepentingan kepada kita.
Tak salah kita nak buat duit dalam industri hiburan, kalau ada rezeki silakan. Ramai pun dah jadi jutawan menceburi dunia hiburan ni. Tapi apa yg awak kena ingat En David adalah jiwa orang seni adalah berbeza dgn jiwa seorang peniaga. Contoh jiwa orang berseni adalah P Ramlee dan peninggalan karya-karya beliau yg masih mewarnai, menghiburkan dan sampai sekarang boleh buat duit kerana tetap diminati orang dari generasi kini. Mungkin bukan waris P Ramlee yg merasa habuan jualan karyanya sekarang tetapi... Pada asasnya hasil karya seorang yg berjiwa seni ini masih boleh buat duit utk jangkamasa yg lama.
Contoh jiwa seorang peniaga adalah awak, awak memang sangat hebat dalam benda ni. Ya betul anda membuka ruang untuk ramai seniman baru utk berkarya tetapi karya-karya ini kebanyakannya menggunakan pendekatan perniagaan yg ekstrim iaitu 'Cepat dan Murah' dan itu telah memberi kesan hebat kepada kualiti filem-filem terbitan awak. Ini pendapat saya. Ini adalah kerana seorang peniaga akan berfikir buat murah senang ROI. Artis dan crew boleh bayar pukal so you get better, cheaper deal. Tak perlu ada ilmu pengarahan atau lakonan ... Semuanya boleh digilapkan on set. Tapi kita kena ingat kerja seni bukanlah kerja kontrak buat jalanraya atau MLM, so tak boleh expect boleh buat business ini macam business lain. In film time is usually quality.
Mungkin pada pandangan awak apa guna jadi artis kalau tak boleh jadi jutawan. Pada saya kalau itulah kerjaya yg membahagiakan kita, kepuasan diri menjadi sebab utama dan kekayaan sebab kedua.
Ramai kengkawan yg saya kenal yg dahulunya lawyer, meninggalkan kerjaya mereka untuk menjadi pelakon teater yg pulangan ekonominya lagi jahanam dari buat filem. Tapi mereka puas dan happy.
Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja org nak memanipulasi org seni pasal pada tanggapan ramai org seni ni bodoh dan tak berpelajaran. Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tak bermakna kami bodoh sekarang. Shaw brothers ambil semua intellectual property rights yg sepatutnya samada di kongsikan dgn karyawan atau ada peratusan yg masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya. Saya nak tanya sekarang adakah prektis ini masih berleluasa? Di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?
jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw , media Prima, Astro semua masih mempraktikkan memegang rights harta intelek dari karyawan. Walaubagaimanapun kebelakangan ini astro dan media prima ada mula berkongsi rights dgn penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas.
So artis di hari tua tak dapat meninggalkan apa apa pada warisnya. Jadi jawapan kenapa P Ramlee duduk di pinggir bukit bintang En David adalah dia tidak di 'Protect' oleh undang-undang negara ini. Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yg mengambil semua harta inteleknya, dan ianya takde kena mengena dgn dia adalah artis yg tak berdisiplin, takde komitmen atau tak tahu menjaga periuk nasinya. Malangnya sehingga sekarang masih belum ada rang undang-undang parlimen yg menyatakan studio atau stesyen tv tidak berhak mengambil harta intelek seorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yg berbeza dari harga projek tersebut.
So En David the problem is not P Ramlee, the problem is the lack of respect this country have for the rights of artistes.