CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 25-9-2012 04:31 PM | Show all posts
mesti n3 malam kang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 06:05 PM | Show all posts
Salam.

Alamak, auntie dah TERkesian kat Shark pulak.... Adakah auntie telah TERsuka pd watak gangster itu?

Drp jln cerita, auntie agak2 jer Shark akan menjadi arwah dan sempat mintak maaf pd Fifi sebelum berhijrah ke alam baqa. Betul ker lagu tu jln ceritanya....

Hero 1 - An
Villain tukar jadi Hero 2 - Shark....
Villain tukar jadi Hero 3 - Eddie....
Saper pulak yg tinggal nak jadi gangster?   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 09:36 AM | Show all posts
wasap posted on 25-9-2012 11:01 AM
"Jangan bergerak!! Anda telah di kepong"

Tetiba pulis datang...

Hahahaha....Gerak Khas sangat! Tapi itu sumber inspirasi....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 09:37 AM | Show all posts
fazss posted on 25-9-2012 10:20 AM
ntah2 dia bunuh Jedi.. sian bella...

Errrr..errrr.... takmoh jawab!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 09:40 AM | Show all posts
auntieagony posted on 25-9-2012 06:05 PM
Salam.

Alamak, auntie dah TERkesian kat Shark pulak.... Adakah auntie telah TERsuka pd watak gang ...

Wahhh... sayang auntie pada Shark kan?

Hero sebenar cerita ini adalah...... JENG JENG JENG





Shark memang akan berhijrah ke alam baqa akhirnya. Tapi Cheq masih memikirkan, sama ada di peluru pihak polis ataupun di tali gantung.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 09:43 AM | Show all posts
Salam readers..... sambung sikit...



Rasanya tajuk Suratan Atau Kebetulan macam dah tak relevan je dengan cerita ni....
Last edited by Nicki_Meow on 26-9-2012 09:48 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2012 09:45 AM | Show all posts
Episode 63

Sepasukan anggota polis sudah pun berjaga-jaga di luar kawasan tokong. Mereka lengkap dengan senjata api dan juga baju kalis peluru, siap sedia untuk memulakan serbuan. Hanya menunggu arahan dari pihak atasan. Pasukan ini di ketuai oleh Inspektor Sabri sendiri. Dia memang telah membulatkan tekad, Geng Jedi harus di lumpuhkan pada malam ini. Jedi perlu di bawa ke muka pengadilan. Orang seperti Jedi tidak harus di lepaskan bebas. Mereka adalah perosak bangsa!

Kehadiran pasukan polis langsung tidak di sedari oleh kumpulan sindiket itu. Mereka kelihatan bersantai-santai saja mengawal kawasan. Malah ada yang merokok dan berbual sesama sendiri. Jelas menunjukkan mereka masih belum tahu bahawa kawasan ini telah di kepung. Inspektor Sabri tersenyum dalam diam. Terima kasih pada Shark, akhirnya kubu Jedi dapat di tembusi. Shark memang sengaja di biarkan bebas untuk di jadikan kambing hitam. Umpan untuk menangkap Jedi. Kali ini umpan tersebut mengena.

“Come in, Inspektor Marina” Inspektor Sabri bercakap menggunakan walkie-talkie.

“Yes”

“Macam mana dengan situasi sebelah sana?”

“Terkawal”

“Di hadapan pintu masuk ada enam orang yang mengawal. Kami akan mulakan serbuan sekarang”

“Got that”

Inspektor Sabri memberikan isyarat menggunakan jari. Dengan kiraan tiga, mereka bergerak pantas dan berhati-hati. Gerakan mereka amat senyap hingga langsung tidak di sedari oleh ahli kumpulan sindiket tersebut.

“Don’t move!” Lelaki yang paling dekat mengawal pintu utama tergamam. Dia tidak menjangka akan kehadiran pihak polis. Dia menoleh ke kiri, rakannya yang berada tidak jauh darinya juga tergamam kaku. Beberapa anggota polis juga sudah mula memasuki pintu masuk tokong ini.  

Suasana mula menjadi kecoh. Mereka yang telah menyedari kehadiran pihak polis mula bertindak, sama ada melawan atau terus melarikan diri ke hutan berhampiran.Drama kejar-mengejar berlaku malah ada yang cuba melepaskan tembakan. Namun yang pasti, pihak polis takkan melepaskan mereka begitu saja.

“Kita serbu ke dalam!” Sekali lagi Inspektor Sabri memberi arahan kepada anggotanya yang masih berbaki di perkarangan tokong.

************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 09:54 AM | Show all posts


oh my gucci...

memang very the gerak khas....!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2012 09:55 AM | Show all posts
Sementara itu, di dalam Tokong Bao Gong…

“Sorry” Pistol di acukan tepat ke dada.

“Shark” Zidan seperti menderam. Pandangannya beralih di antara Shark dan orang-orang yang ada di situ sambil-sambil otaknya ligat berfikir. Walaubagaimana sekalipun, dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Berpantang kalah sebelum ajal! Itu prinsipnya. Pantang untuk dia menyerahkan nyawa dengan sebegitu mudah.

“Lu cakap betul-betul Zidan. Lu ke yang jadi barua polis selama ni?!”

“Lu boleh fikir sendirilah Shark! Kalau gua jadi barua polis, lu dah lama kena tangkap! Gua pun dah lama hidup senang-lenang kat tempat lain” Shark merengus.

“Kita dah lama kenal Shark. Gua follow lu dah lama. Kalau gua nak khianat lu, dari dulu lagi gua dah buat” Zidan cuba mempengaruhi Shark.

“Tapi…”

“Lu betul-betul nak bunuh gua?” Zidan bertanya lagi. Shark mengangkat kening, tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya.

“Gua dah anggap lu macam sahabat” Zidan menarik nafas.

“Tapi, gua terpaksa kali ni…”

“Shark!” Sekali lagi Zidan bersuara, merenung Shark tajam. Pandangannya terarah pula pada Jedi, lelaki itu hanya tersenyum sinis. Tak boleh jadi ni….

Zidan memandang sekeliling, otaknya tetap ligat mencari cara menyelamatkan diri.

“Zidan” Zidan mengangkat muka pada Shark.

“Sorry” Shark berkata lagi. Pistol di tangannya masih di pegang kejap. Jarinya sudah bersedia di picu. Bila-bila masa dari sekarang, dia akan melepaskan tembakan.

“Gua memang nak bunuh…” Zidan menarik nafas.

“Tapi bukan lu!” Serentak dengan itu, pistol di halakan ke arah Jedi. Satu tembakkan di lepaskan  tepat mengenai bahagian kepala ketua sindiket itu. Aksi yang di lakukan oleh Shark terlalu pantas, langsung tidak dapat di jangka. Lelaki itu terus rebah, tidak bergerak lagi. Hanya dengan satu tembakan, nyawanya melayang malam ini.

“Padan muka kau!” Shark menjerit sekuat hati.  Sony tergamam.

“Bangsat lu Shark!” Fred bertempik. Dia dengan segera mengacukan pistol ke arah Shark namum Zidan lebih pantas. Zidan berlari lalu merempuh Fred menyebabkan Fred terjatuh. Mereka bergelut seketika. Satu tumbukan di hadiahkan ke muka Fred menyebabkan matanya berpinar. Zidan mengambil kesempatan ini merampas pistol Fred yang terjatuh.

Sekilas pandangannya, Zidan tahu kedua-dua orang suruhan Jedi yang tidak di ketahui namanya itu akan bertindak bila-bila masa. Tanpa teragak-agak, Zidan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka lalu mereka juga rebah, tak bergerak lagi.

Shark tersenyum sinis. Kini, tinggal mereka berempat yang masih bernyawa.

“Aku ingat, Jedi kebal sangat!” Shark menyindir menyebabkan Sony meludah.

“Pengkhianat! Kau patut mati awal-awal lagi!” Sony menjerit.

“Nampaknya, Jedi mati lebih awal dari aku” Shark membalas sambil ketawa.

Sony dan Shark saling mengacukan pistol masing-masing ke arah satu sama lain. Zidan pula sentiasa memerhatikan Fred yang sudah pun bangun dengan bibir yang berdarah. Pistol milik Fred di acukan pada tuannya.  

“Kau memang anjing yang tak kenang budi!” Sekali lagi Sony menjerit, meluahkan amarahnya. Shark hanya ketawa.

“Aku bukan bodohlah Sony. Kau ingat, senang-senang aku nak bagi Jedi bunuh aku? Sekarang, dia pun dah mati. Apa kata, aku pula yang jadi ketua kau? Aku yakin, kau pun akan jadi anjing yang setia pada tuannya”

“Kurang ajar!” Sony memandang Shark dan Zidan dengan penuh rasa dendam. Tapi dia juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Nyawanya dan nyawa Fred masih belum terjamin. Jika dia menembak Shark sekarang, dia yakin Zidan juga akan bertindak untuk membunuhnya.

“Polis! Polis” Terdengar jeritan huru-hara di luar.

“Polis?” Sony sangat terkejut. Macam mana polis tahu tempat ini?

“Kau memang sial Shark. Kau bawa polis datang sini?!”

“Aku tak tahulah bodoh!” Shark juga menjerit. Sememangnya dia tidak tahu akan kehadiran polis di Tokong Bao Gong. Dan kini dia juga mula terasa cuak.

“JANGAN BERGERAK. KAWASAN INI TELAH DI KEPUNG”

Mereka berempat saling memandang. Pihak polis sudah muncul.

BANG! Tanpa teragak-agak, Sony melepaskan tembakan rambang. Tembakan itu terkena Zidan yang berdiri paling depan.

“ZIDANNN!” Shark menjerit apabila melihat Zidan jatuh.

BANG! Sekali lagi bunyi tembakan bergema. Kali ini di lepaskan ke arah tingkap. Dengan pantas, Sony keluar melalui tingkap yang telah pecah di ikuti Fred. Shark juga tiada pilihan. Dia tidak boleh menunggu lagi. Dia tidak mahu di tangkap. Sekiranya di tahan oleh pihak polis, dia bakal di penjarakan seumur hidup ataupun lebih berat lagi, mati di tali gantung. Shark juga mengikut Sony dan Fred keluar melalui tingkap. Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 01:43 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 09:59 AM | Show all posts
UsuFie posted on 26-9-2012 09:54 AM
oh my gucci...

memang very the gerak khas....!!

Sudah ku beritahu... itu sumber inspirasi

Nak buat ala-ala CSI Miami, polis mesia mana ada pakai Hummer....



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:01 AM | Show all posts


No way...!!

oh my Jedi.....




eh..eh..tetiba plak sedih padahal gangster mati..

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:04 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-9-2012 09:40 AM
Wahhh... sayang auntie pada Shark kan?

Hero sebenar cerita ini adalah...... JENG JENG JENG : ...

Hero sebenarnya adalah ayah fifi

kalau bukan sbb ayah fifi, an x dpt kahwin free tau!


Nicki bebeh.... kalau nak bg novel hang tebal, hang buat shark mati kat tali gantung. An bawak fifi jumpa shark b4 shark di hukum  gantung. Fifi pun dah saratkan? Sempatlah meletup sebelum shark terjerut. Lagi pun proses mahkamah lambat nak selesai.  Fifi bawak sekali baby. Shark pun tangkap sendu lah... menyesal. Mintak maaf kat baby sbb tk dpt jadi ayah. Pas tu shark suruh An ganti tempat dia. pastu fifi pun sedu sedu... pastu An peluk depan shark. pastu....



hakhakhak.... berapa byk pas tu daa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 10:10 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-9-2012 10:04 AM
Hero sebenarnya adalah ayah fifi

kalau bukan sbb ayah fifi, an x dpt kahwin free tau!
...

Sebenarnya.. memang dalam kepala nak buat lagu tuh...shark mati kat tali gantung...

Tapi tulah... Otak tepu, rasa macam       je nak mengarang skang...susah-susah sgt karang, cheq buat aje Shark mati kena tembak dek polis. senang cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:11 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-9-2012 10:04 AM
Hero sebenarnya adalah ayah fifi

kalau bukan sbb ayah fifi, an x dpt kahwin free tau!
...



Wei...



pokcik hero...



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:13 AM | Show all posts
UsuFie posted on 26-9-2012 10:11 AM
Wei...

pokcik tu jugaklah yg gigih cari bella kan? memang sesuweiii laaa!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:17 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-9-2012 10:10 AM
Sebenarnya.. memang dalam kepala nak buat lagu tuh...shark mati kat tali gantung...

Tapi tulah. ...

Ni apa ni? Tak kan lah hilang semangat sebelum berada di kemuncak? INGAT! goal belum dijaringkan lagi. Peminat2 SAK menuggu dgn penuh setia tauuu

You can do it nicki bebeh.... sorakan gemilang semangat buat nicki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2012 10:26 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-9-2012 09:40 AM
Wahhh... sayang auntie pada Shark kan?

Hero sebenar cerita ini adalah...... JENG JENG JENG : ...

Oh tidaaakkkkk.... Dramatik lagi ker? Tak sudah2, auntie buat perangai kan!

Jedi yg dulu ke alam baqa rupanya.... Betul ker dia meninggal? Atau setakat gimmick sementara?

Mcm mana dgn Bella pulak? Tak jadi ler cerita hikayat gangster turned into romantic lover kalau chief gangster dah tiada!

cer criter... cer criter... keluar pulak dialog antu kak limah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:28 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-9-2012 10:17 AM
Ni apa ni? Tak kan lah hilang semangat sebelum berada di kemuncak? INGAT! goal belum dijaringkan l ...



yeah...nicki..go..go..go..

tapi kesian si bella....

tak bulehkan buatkan jedi tu sebenarnya tak mati..peluru kena sipi2 jer..koma ke apa.. (ala2 citer hindustan) sb dia dah nak jadi baik..

so..bagilah dia peluang..bella pun nak jadi baik.....




gangster yg insap.....



Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:34 AM | Show all posts
o mai gad.. bella tak smpt nak meluahkan rasa cintan pd jedi la plak...
tp zidan tu cedera je kan? jgn mati lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 10:39 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-9-2012 10:17 AM
Ni apa ni? Tak kan lah hilang semangat sebelum berada di kemuncak? INGAT! goal belum dijaringkan l ...

Thanks Lady...Terharu...

Ya... akan ku berusaha hingga ke jaringan gol yang terakhir.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.274299 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list