CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: telracs

Sembang Santai Episod 7 JIWA YANG MERDEKA

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Say u will forgive mw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyone can fail
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Say u will believe me
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I can’t take
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
My heart will break
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Coz i made a stupid mistake
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyone can fall
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyone can hurt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Someone they love
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Their hearts will break
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Coz i made a stupid mistake
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
A stupid mistake
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Song : Anyone Of Us (Stupid Mistake)
By : Gareth Gates
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Page 79 dah…amacamm
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 7-9-2025 12:08 PM
I like endang
Dia ada satu lagu best dulu

Kan…sama2 popular dgn Buk Hetty
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
But dah xaktif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang kita terlalu sibuk mencari definisi cinta pada benda besar.

Hakikatnya, ia selalu bersembunyi dalam perkara kecil seulas taugeh yang dia asingkan, semangkuk kuey teow yang dia mahu sempurnakan, semua kerana mahu kamu senyum.

Ada yang ingatkan makan ubat tanpa pernah lupa,ada yang hantar mesej “dah makan?” setiap hari.

Cinta kadang hadir dalam hal-hal kecil macam ni. Kamu pula… pernah alami momen apa?

#PublicHealthMalaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Astronomi & Sains

Asek layan sains kosmik, sains kuantum dan sains memeningkan kepala je. Arini nak tukar topik skit. Kasi ringan kepala skit sebelum saya share topik sains yg lebih berat dan guna pemikiran kita yg hebat ni.

Dulu kalau kita beli ayam kat pasar, badan dia taklah berisi sangat. Mcm ayam kampung, kurus, banyak tulang, daging pun nipis. Tapi sekarang, ayam moden yang orang panggil ayam daging atau broiler, baru umur sebulan lebih pun dah gemuk dan berisi. Dan ramai yang sangka ayam ni disuntik hormon atau diberi bahan kimia pelik untuk cepat besar. Hakikatnya, sangkaan itu tak betul.

Ayam hari ini bukanlah hasil suntikan hormon, tapi hasil kajian penternakan yang dah lama berjalan. Sejak tahun 1950-an, saintis dan penternak pilih baka ayam yang lebih cepat besar, lebih sihat, dan lebih banyak daging pada bahagian dada. Setiap kali ayam yang kuat dan cepat besar dipilih untuk jadi induk, anak ayam seterusnya akan mewarisi sifat itu. Dari generasi ke generasi, ayam jadi semakin gemuk pada umur yang sama. Kalau ayam tahun 1957 perlukan hampir dua bulan untuk capai satu kilo, ayam moden pula boleh mencecah lebih empat kilo dalam tempoh yang sama.

Selain daripada genetik, makanan ayam moden pun berbeza. Dulu ayam kampung cari makan sendiri, mereka makan serangga, sisa dapur, pucuk rumput. Tumbesarannya lambat dan tak sekata. Tapi ayam moden diberi makanan khas yang seimbang mcm bijirin jagung, kacang soya, ditambah vitamin dan mineral. Makanan ini dirumus khas supaya badan ayam dapat cukup tenaga untuk membesar dengan cepat. Tambah pula dengan teknologi reban moden yang kawal suhu, cahaya, dan kelembapan, ayam tak banyak bazir tenaga untuk tahan sejuk atau panas. Semua tenaga tu digunakan untuk tumbesaran.

Kalau ada orang kata ayam disuntik hormon, itu hanyalah salah faham. Nak suntik hormon pada ratusan ribu ekor ayam memang tak masuk akal. Kosnya melambung tinggi, masa yang diperlukan pun tak terjangkau. Malah, undang-undang di banyak negara termasuk Malaysia sendiri melarang penggunaan hormon untuk ternakan ayam. Jadi, ayam yang kita beli di pasar itu memang tidak pernah disuntik hormon.

Perubahan yang kita nampak hari ini sebenarnya hasil ilmu sains pertanian dan teknologi. Ayam moden lebih besar kerana baka dia dipilih dengan teliti, makanannya lengkap, dan persekitarannya dikawal. Memang benar, ada juga kesan sampingan,  cthnya ayam terlalu cepat besar boleh dapat masalah kaki atau dada keras. Tapi bukanlah kerana suntikan atau bahan kimia rahsia. Itu semata-mata kerana tubuhnya membesar lebih cepat daripada ayam dulu.

Jadi, bila dengar orang kata ayam sekarang gemuk sebab hormon, kita boleh betulkan. Sebenarnya ayam moden ialah hasil kajian sains penternakan, bukan hasil jarum suntikan.

Akhir kata, jangan takut makan ayam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Astronomi & Sains

"Jalan G315 di China: Lurus Sejauh Mata Memandang. Indah Tetapi Sarat Bahaya?"

Di tengah-tengah Qinghai hingga ke Xinjiang, terbentang sebuah jalan raya yang kelihatan seolah-olah tidak berpenghujung. Inilah Jalan G315, laluan sepanjang hampir 3,000 kilometer yang membelah gurun luas Gobi dan Lop Nur. Dari udara, ia seperti garis hitam halus yang menoreh tanah tandus berwarna keemasan.

Gelaran “Mars Highway” lahir kerana lanskapnya mirip planet merah, sunyi dan penuh misteri. Tiada selekoh besar, tiada bangunan tinggi, hanya hamparan pasir dan langit biru yang tidak putus di horizon. Sesiapa yang memandu di sini seolah-olah sedang mengembara ke dunia lain.

Ramai pelancong dan pemandu menyebutnya sebagai “Highway of Death” kerana risikonya yang tidak boleh dipandang ringan. Ribut pasir mampu menelan pandangan hanya dalam beberapa minit, manakala jalan yang terlalu lurus mudah membuatkan pemandu terlelap tanpa sedar.

Suhu di sini pula ekstrem, jatuh hingga -20 darjah Celsius pada musim sejuk dan boleh melonjak melebihi 40 darjah pada musim panas. Tekanan kepada tubuh manusia dan enjin kenderaan sangat besar. Tanpa persediaan, sekadar kerosakan kecil boleh menjadi tragedi kerana ratusan kilometer di sini tiada penempatan manusia.

Ada kisah pemandu yang terkandas berjam-jam kerana tiada isyarat telefon di beberapa bahagian. Dalam keadaan begitu, bekalan air dan makanan menjadi talian hayat utama. Setiap perjalanan di G315 menuntut disiplin, persediaan dan ketahanan mental yang luar biasa.

Namun semua cabaran itu menjadikan jalan ini satu tarikan unik. Jurugambar dan pengembara datang dari serata dunia untuk merakam panorama lurus yang membelah padang pasir. Foto udara G315 sering tular kerana kelihatan indah tetapi pada masa sama menghadirkan rasa cemas.

Bagi kerajaan China, G315 lebih daripada sekadar pemandangan menarik. Ia laluan strategik yang menghubungkan wilayah pedalaman dengan barat yang kaya sumber. Selain fungsi logistik, jalan ini membantu pembangunan bandar kecil yang terletak di sepanjang laluannya.

Kawasan yang dilalui juga menyimpan sejarah. Lop Nur pernah menjadi tasik besar sebelum kering, kemudian dijadikan tapak ujian nuklear pada abad ke-20. Gurun Gobi pula sebahagian daripada Laluan Sutera purba yang menghubungkan China dengan Asia Tengah. Maka, perjalanan di G315 seolah-olah menjejak ribuan tahun sejarah manusia.

Walaupun digelar jalan maut, angka kemalangan banyak bergantung pada sikap pemandu. Mereka yang berhati-hati, berhenti apabila penat, dan membawa bekalan mencukupi boleh melaluinya dengan selamat. Alam yang keras ini menuntut rasa hormat, bukan keangkuhan.

G315 ialah simbol hubungan pelik antara manusia dan alam. Ia mengajar bahawa keindahan boleh datang dengan risiko, dan kesunyian gurun boleh menjadi guru yang membuatkan kita lebih sedar tentang kelemahan diri.

MasyaAllah, melihat jalan ini mengingatkan bahawa dunia ciptaan Allah penuh dengan pelajaran dan pengajaran. Gurun yang tandus pun mampu mengajarkan kesabaran, keberanian dan rasa rendah diri. Jalan G315 akhirnya bukan sahaja laluan fizikal, tetapi lambang perjalanan hidup yang penuh dugaan dan keindahan serentak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:09 AM GMT+8 , Processed in 2.559680 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list