PUTRAJAYA: Kebanyakan kes COVID-19 yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan katil digunakan sebagai katil ICU membabitkan pesakit berisiko tinggi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kebanyakan mereka mempunyai komorbiditi atau sudah lanjut usia.
Bagaimanapun, katanya, kadar penggunaan katil ICU atau katil yang digunakan sebagai katil ICU di negara ini masih pada paras terkawal.
"Kita mempunyai 2,210 katil ICU dan 'repurpose ICU beds' yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.
"Setakat 28 Februari lalu, sebanyak 361 katil ICU untuk pesakit COVID-19 digunakan, ia masih dalam kadar atau paras yang terkawal," katanya pada sidang media dari Hospital Serdang, hari ini.