Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Salam Maal Hijrah 1438H kepada warga HT dan CARI FORUM..
Tema bagi sambutan maal hijrah di Malaysia adalah “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”.
Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam. Ia bermaksud bulan diharamkan untuk melakukan apa-apa perkara yang boleh mencetuskan pertumpahan darah di Mekkah. 1 Hijrah adalah hari pertama dalam kalender tahuna Hijrah Islam. Saidina Umar r.a merupakan sahabat Nabi yang pertama mencetuskan idea untuk menjadikan 1 Hijrah sebagai hari pertama dalam kalendar Islam. Meskipun terdapat beberapa perbezaan mengenai hari pertama tahun Hijrah yang tepat, namun Awal Muharram merupakan bulan pertama yang dipersetujui oleh seluruh atau jumhur ulama Muslim.
"Maulidur Rasul akan disambut pada hari Isnin 12 Disember 2016 / 12 Rabiulawal 1438H.
Tema tahun ini adalah Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, sama-samalah kita menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Mencontohi sikap baginda yang amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang mempunyai keperibadian yang terpuji"
Ya Nabi Salam ’AlaikaYa Rasul Salam ’Alaika Ya Habib Salam ’Alaika Sholawatullah ’Alaika Anta Syamsun Anta Badrun Anta Nurun Fauqo Nuuri Anta Iksiru Wagholi Anta Misbahush Shuduri Ya Habibi Ya Muhammad Ya ’Arusal Khofiqoini Ya Muayyad Ya Mumajjad Ya Imamal Qiblataini Ya Habibi Ya Muhammad Sholawatullahi ’AlaikaSELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: "Sesiapa yang bersalawat sekali ke atasku, nescaya Allah akan bersalawat 10 kali ke atasnya..."