|
nallepooh posted on 16-4-2013 06:02 PM
tulah..dia aje yg betul...sebetulnya dia masih ada perasaan dan hati..sayang pada Rahul..
Tapi shirah x sesuai dgn rahul atau eddie sebab nanti di masa depan sure dia akan mengungkit ungkit
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa watak syirah siantagonis...tak meriah citer ni...
Tetiba....
Nicki...usu suka sgt lagu siti tu...antara fav song kat karoks...
|
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 16-4-2013 03:48 PM
relax rahul...hero hindustan memang akhir cerita baru menang.. lalalala
betul.....
byngkan rahul dtg sambil jalan slow motion....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lady....cepatla kasi tau jiha rahul dah pun islam...
Pastu uncle bala dgn auntie anu pun peluk islam jugak...
Then they live happyly ever after.....peace!!!! Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 17-4-2013 08:55 AM
Betul...betul...ahaks . Iols lagi bengang dengan si Jiha lemau tu. Camna la ko boleh jadi kaunse ...
ahhahahaha.
Nickieeee sebab tu selalu kaunselor ni tak 'walk with talk'
haahhahhhhhhahahahahahah
Last edited by freddianza on 17-4-2013 10:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
redsentra posted on 16-4-2013 04:52 PM
Red pun bosan dgn shirah tu, apa kata buat si shirah tu jumpa lelaki yg ala ala ustaz don ke, baru ...
Tak perlu! Cukup Rahul sahaja yg menyekolahkannya semula...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 17-4-2013 10:09 AM
"Apa lak lemaunye puan meow! Kalau lemau, Jiha tak mampu mengorbankan rasa cinta Jiha ni terhadap ...
haish...ckp la apa pun....
heroin ni tetap lemau...
fred cougar..mana taring mung..
jgn mareee ok, puan penulis skrip...
nak tambah: sabar ada limit tau..memang mengalah bukan beerti kalah...tp agak2 la...akhirnya dok masuk bilik nanges gak..
Last edited by UsuFie on 17-4-2013 10:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangi.
Aku mengambil cuti seminggu kerana aku hendak pulang ke kampung. Aku mahu mencari ketenangan dengan suasana damai di kampung. Kehijauan sawah padi pasti menjadi pengubat jiwa yang sedang terluka.
Sebelum pulang ke kampung, aku mahu menemui Ustazah Wardah terlebih dahulu. Ada sesuatu yang hendak aku luahkan. Selalunya aku cari Dona, tapi kali ini tidak kerana sedaya-upaya aku mengelak dari bertemu dengan abangnya itu. Tambahan, masalah aku kali ini melibatkan soal agama, jadi Ustazah Wardahlah orang yang paling tepat sekali untuk aku meminta khidmat nasihat.
“Ustazah, disebabkan Jiha tak jaga hubungan dengan Allah, jadi Allah tak akan berikan hidayah-Nya kepada Dona atau pun Rahul?”
Ustazah Wardah merenung redup. Di bibirnya tergaris senyuman nipis. Hari ini aku datang menemuinya kerana aku sudah buntu. Fikiran aku bercelaru. Aku memerlukan seseorang untuk meluahkan segala masalah. Selama ini, sebagai kaunselor, aku cuba menyelesaikan masalah orang. Tapi kali ini aku memerlukan seseorang bagi menenangkan jiwa aku yang berkecamuk. Untuk itu, Ustazah Wardah menjadi pilihan. Bekas mentor aku semasa di universiti yang kini aku lantik sendiri untuk terus menjadi mentor.
“Hidayah itu milik Allah. Kita tak tahu kepada siapa, di mana dan bila Allah akan turunkan. Hidayah-Nya atas pilihan-Nya bukan disebabkan oleh sesiapa. Cuma... kita boleh meminta dengan berdoa. End of the day... terpulanglah kepada keputusan-Nya.” Lembut Ustazah Wardah berbicara. Bicaranya sentiasa menenangkan jiwa.
“Tapi Jiha benar-benar terasa dengan kata-katanya. Jiha tahu, Jiha tak sempurna sepertinya, ustazah. Dia bukan sahaja penuh dengan ilmu agama, malah amalannya juga hebat.”
“Apa yang Syirah cakap tu betul, cuma cara dia menyampaikannya itu yang salah. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh para ilmuan agama. Allah telah kurniakan mereka dengan ilm, sayangnya ramai yang tidak ada hilm.”
“Maksud ustazah?”
“Ilmu penuh di dada sekalipun tak ada makna jika tiada kelembutan iaitu hilm, dalam penyampaian. Allah itu lembut dan penyayang. Dia menyukai kelembutan. Pernah di suatu ketika, Aishah telah melaknat beberapa orang Yahudi yang telah bercakap kasar kepada Nabi. Tapi apa kata Nabi? Berlemah lembutlah kamu, jangan berkata kasar. Hindarkan dari perkataan yang buruk.” |
|
|
|
|
|
|
|
Wajahku direnungnya lagi. Redup pandangan matanya. Pelakuannya bagaikan seorang ibu yang sedang mententeramkan anaknya. Aku amat sukakan Ustazah Wardah. Dia bukan sahaja mentor, dialah kaunselor dan dialah juga pengganti emak buat sementara.
“Macam nilah... Jiha maafkan sajalah kesalahannya. Sabda Nabi SAW, barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari kiamat. Bila kita memaafkan, hati akan lebih tenang.”
“Saya faham, ustazah. Sekarang rasa macam baru diangkat satu batu besar dari kepala Jiha ni.”
Tertawa Ustazah Wardah mendengar kata-kataku itu. “Beban yang satu lagi macam mana?” Soalnya kemudian.
Tersipu-sipu aku mendengar usikan Ustazah Wardah. Aku diam. Tak tahu apa yang hendak aku jawabkan sebab aku memang tak punya sebarang jawapan. Apa yang pasti, aku cuba menghindarinya buat masa ini.
“Jangan terburu-buru. Jiha kena dengar dari kedua belah pihak. Bagi dia peluang dan ruang untuk membela dirinya. Don't simply jump into conclusion. Jangan nanti menyesal di kemudian hari. Bukan senang nak dapat calon suami Chindian, tau!”
Selambak tawaku terburai. Ustazah Wardah memang pandai bergurau.
“Terima kasih ustazah. Insya-Allah Jiha akan fikirkan baik-baik saranan ustazah. Cuma, buat masa ini Jiha perlukan ketenangan.” Tuturku setelah tawaku reda.
“Ye lah... Carilah ketenangan dengan mengingati-Nya, kerana selangkah kita berjalan menghampiri Allah, seribu langkah Allah berlari mendapatkan kita.”
Aku menunduk. Aku akui kebenaran kata-kata yang disampaikan oleh Ustazah Wardah.
“Apabila Allah mencintai seorang hamba-Nya, Dia mengujinya. Jika hamba-Nya sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya. Jadi Jiha patut rasa bertuah kerana terpilih untuk menempuhi ujian-Nya."
Amat tenang dan mendamaikan. Ustazah Wardah amat jauh berbeza dari Insyirah. Sama-sama berilmu tapi yang membezakan di antara keduanya adalah sifat hilm yang langsung tiada dalam diri Insyirah. Aku sedar, sebagai seorang Islam, aku kena terimanya sebagai ujian. Mungkin kewujudan manusia seperti Insyirah hanyalah sebagai penguji kesabaran.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 17-4-2013 10:12 AM
haish...ckp la apa pun....
heroin ni tetap lemau...
Faham faham... Kalau usu tak nanes ek? Baru je nak jatuh cinta dgn si mamat estet tiba2 org kata dia kasanova yg kerjanya memurtadkan gadis2 melayu. Dan yg cakap tu bukan sembarangan org. Kak Syirah ok!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 17-4-2013 10:22 AM
Faham faham... Kalau usu tak nanes ek? Baru je nak jatuh cinta dgn si mamat estet tiba2 org kata d ...
nnt usu bg jawapan...
nak feel watak dulu... ..letih director nak tgu feel...
tp rasanya, mau bg penampo dulu kat 2-2 syirah & lili tu kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakiku melangkah perlahan-lahan. Jiwaku sudah mulai tenang. Tak sia-sia selepas majlis graduasi, aku menjejakkan lagi kaki ke sini. Sambil menapak, mataku ligat memerhati sekeliling kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Mindaku pula memproses kenangan. Bagaikan ternampak di ruangan mata di mana aku, Dona dan Fahmi bergelak ketawa, berborak mesra sebaik sahaja usai kuliah. Rindunya aku untuk kembali kepada zaman itu.
Bunyi telefon bimbit mengganggu kenangan. Bayangan silam terus menghilang dari pandangan. “Duhhh.... Dia nak apa lagi ni?” Masuk kali ini harus sudah sepuluh panggilan dari Rahul aku terima. Sengaja aku tak mahu jawab. Bukan setakat panggilan, mesej pesanan ringkas jangan nak ceritalah.
“OMG!” Rasa nak gugur jantung aku sebaik sahaja aku ternampakkan kelibatnya.
“Dia buat apa kat sini? Atau dia mengekori aku? Tapi... macam mana dia tahu aku ada kat sini?” Seingat aku, aku tak beritahu sesiapa pun aku mahu ke mari, termasuklah Dona.
Segera aku berpatah balik. Aku menyorok di celahan kereta-kereta yang diparkir. Aku beritahu Ustazah Wardah aku akan pertimbangkan saranannya untuk memberi peluang kepada Rahul membela diri. Tapi bukan hari ini, ok! Hari ini aku belum bersedia lagi.
Dalam degup jantung yang kencang berlari aku menunggu sehingga lelaki itu pergi. “Ya Allah! Lindungilah aku darinya.”
Beberapa orang yang lalu-lalang memandang penuh kehairanan. Aku buat bodoh sajalah. Yang penting bukan lelaki itu yang pandang. Kira-kira sepuluh minit selepas itu, akhirnya aku mampu menarik nafas panjang apabila kelibatnya sudah tidak kelihatan lagi.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 17-4-2013 10:28 AM
nnt usu bg jawapan...
nak feel watak dulu... ..letih director nak tgu feel...
"Tak apa... terpulanglah kpd pendekatan masing2. Pada Jiha, Jiha lebih gemar kpd pendekatan yg disarankan Ustazah Wardah yg berdasarkan daripada saranan Rasulullah SAW."
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiha kena panda I lwn shirah dgn psikologi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|