CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V136'

 Close [Copy link]
Post time 3-3-2022 12:46 PM | Show all posts
Prestasi cemerlang perkukuh reputasi KWSP

Mac 3, 2022 @ 11:02am



Prestasi memberangsangkan KWSP akan membantu mengukuhkan lagi keyakinan pencarum - NSTP/Aziah Azmee



KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2021 adalah sejajar dengan keadaan ekonomi yang bertambah baik di dalam dan juga luar negara, sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai institusi pengurusan dana pencen yang diurus dengan baik, kata seorang ahli ekonomi.

KWSP semalam mengisytiharkan dividen 6.10 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2021 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.45 bilion mengatasi dividen 5.45 peratus yang direkodkan semasa sebelum pandemik pada 2019.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata apa yang lebih penting adalah strategi pempelbagaian portfolio KWSP yang menyaksikan pelaburannya dalam pasaran global membuahkan hasil.

"Ini akan membolehkan KWSP mengemudi iklim pelaburan yang sangat tidak menentu. Sokongan daripada pengurus dana dan penganalisis mereka yang sangat berpengalaman serta proses pelaburan yang ketat dan tadbir urus kukuh juga membantu KWSP mencapai kadar dividen lebih baik daripada jangkaan," katanya kepada Bernama.

Berkenaan pekerja ekonomi gig yang kini boleh mencarum kepada KWSP, beliau berkata ia menunjukkan bahawa sektor informal mendapat perhatian yang sewajarnya daripada penggubal dasar dan langkah-langkah yang perlu telah dilaksanakan bagi memastikan keperluan persaraan mereka diambil kira.

Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng, berpandangan prestasi memberangsangkan KWSP itu akan membantu mengukuhkan lagi keyakinan pencarumnya termasuk daripada ekonomi gig.

Beliau berkata, langkah KWSP memperluaskan liputannya kepada pekerja ekonomi gig akan menjadi langkah penting untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang mencukupi bagi semua rakyat Malaysia terutama kumpulan berpendapatan rendah.

"Sebahagian besar pencarum KWSP mempunyai baki yang agak kecil dalam akaun KWSP mereka berikutan pengeluaran awal dan gaji rendah.

"Kumpulan rentan ini perlu menambah semula simpanan persaraan mereka yang mana tanpanya negara akan berdepan dengan masalah kemiskinan pada usia tua dalam tempoh terdekat ini," rumusnya.

Kim Leng berkata, meskipun pengeluaran lebih daripada RM100 bilion di bawah pakej rangsangan COVID-19 dan kemelesetan ekonomi yang disebabkan pandemik, prestasi kukuh KWSP pada 2021 yang membolehkan pengagihan pulangan terlaras inflasi sebenar pada 3.6 peratus akan disambut baik oleh pencarum.

Sementara itu, pensyarah kanan Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata KWSP bukan sahaja berperanan dalam pemulihan ekonomi negara semata-mata, namun ia termasuk memastikan ahlinya mendapat bantuan dari segi pengeluaran wang caruman agar tidak berlaku risiko muflis dan mereka dapat meneruskan kehidupan seharian.

Namun, katanya, skim pengeluaran adalah langkah jangka pendek dan tidak menyelesaikan isu struktur dalam menyediakan jaminan kewangan untuk persaraan.

"Negara lain yang membenarkan pengeluaran wang persaraan seperti Australia dan Chile juga sudah lama berhenti berbuat demikian, Malaysia saja masih meneruskan sehingga akhir tahun lalu.

"Dengan mengambil kira petanda kewangan lebih baik, petunjuk ekonomi yang meningkat dan harga komoditi tinggi, seeloknya Malaysia fokus kepada mempertingkatkan simpanan ahli untuk membolehkan mereka bersara dengan secukupnya," katanya.

Untuk rekod, simpanan ahli kini berada pada tahap kritikal yang mana kira-kira 50 peratus ahli di bawah umur 55 tahun memiliki simpanan kurang daripada RM10,000 dengan 74 peratus daripadanya adalah Bumiputera.

Ahmed Razman berkata, jika pengeluaran KWSP dibenarkan sekali lagi lebih ramai rakyat Malaysia bakal terjerumus dalam kelompok B40, sekali gus memerlukan bantuan daripada kerajaan yang seterusnya akan menjadi beban tambahan kepada kerajaan.

Beliau menegaskan, KWSP hanya perlu memberi tumpuan untuk menyalurkan bantuan dari segi persaraan sahaja, memandangkan terdapat beberapa mekanisma lain yang boleh dilaksanakan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Ada pelbagai cara untuk meningkatkan caruman ahli, antaranya ialah dalam Bajet 2022, pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus. Penurunan caruman mungkin boleh menggalakkan majikan meningkatkan gaji seperti menaikkan gaji minimum," katanya.

Menyentuh mengenai kepelbagaian pelaburan KWSP pada 2021, beliau berkata 37 peratus pelaburan dana pencen itu adalah terdiri dari pelaburan antarabangsa yang berjaya memberi pulangan tinggi berbanding pelaburan domestik yang agak merudum tahun lalu.

Menerusi pelaburan domestik sebanyak RM639 bilion pada 2021, Ahmed Razman berkata, KWSP adalah tonggak utama bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Pada tahun ini pula, katanya, KWSP komited untuk melabur sekitar RM64 bilion dalam pelbagai kelas aset domestik.

"Sebagai pelabur utama dalam pasaran kewangan Malaysia, ini akan membantu memangkin aktiviti ekonomi dan membantu dalam pemulihan ekonomi yang berterusan.

"Ia akan turut menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan serta hasil cukai untuk negara," tambahnya.

Ahmed Razman berkata, dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kadar vaksinasi antara yang terbaik di dunia, Malaysia berada di landasan pemulihan pada 2022.
-BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 12:55 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:12 AM
ye dah ada
kebetulan matt buka akhbar tu dah terus tepak..

terima kasih matt. zura ingatkan matt tak perasan tu yg inform matt
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:59 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:15 AM
dunia yg sekat rusia tu pasal amerika dan sekutunya lah
amerika kan polis dunia
betul tu, bab isr ...

elok kena bala amerika nih. byk buat kacau kt negara lain.

kiranya ada 3 negara besar yg berpengaruhlah skrg ni - amerika, china dan rusia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:09 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:17 AM
tak apa lah
zura keluar dulu
usah fikirkan sangat pasal cari ni

lps zohor ni nk keluar. nk pi axiata bkt jalil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:16 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:17 AM
kalau dah habis reply tu nak keluar berjalan pun rasa tenang skit kan
tak ada lagi hutang2 noti tu ...

itu lah. mgkn zura reply noti matt dulu. utk noti nov mgkn mlm karang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:22 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:21 AM
itu lah penyokong yg menyokong membuta tuli
ada yg betul2 bergaduh, putus silaturahim
kes berlaina ...

itulah impak kerana taksub pada parti. sokong sikit2 sudahlah. sokong lebih2 bukannya pemimpin tersebut nk tolong pun klu ditimpa susah. pemimpin elok duduk rumah besar tp penyokong duduk rumah pprt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2022 01:24 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:22 AM
kalau dah settle tu bagus lah...

sb tu zura usahakan reply semua noti. pagi ni yg masuk pun noti baru.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:25 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:22 AM
nanti bila zura balik rumah

mesti dapat banyk lagi noti2 baru tu..

itu sudah semestinya. zura ok jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 01:25 PM | Show all posts

dah page 78.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:29 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:24 AM
buat yg senang, buat apa nak menyusahkan
bukan dapat gaji pun....hehee

betul matt. kita nk happy2 je kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:30 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:25 AM
bagus lah kalau bertenang tu
nanti kalut, kesihatan pun tak bagus...

mmg reply sambil relax je matt. bp zura pagi ni pun normal 113/57
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:32 PM | Show all posts
dah azan zohor kt surau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:34 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:27 AM
alhamdulilah dah semakin beransur baik
yg kat ppb pun dah ramai boleh balik

arini pun baca kt news banjir dah semakin surut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:35 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:27 AM
tinggal 25 page lagi nak rentung...

hari sabtu kot matt
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:36 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:29 AM
sampai macam tu sekali zura fikirkan pasal noti2 tu?
zura jangan lah ambil serius sangat pasal no ...

mestilah pikir matt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 01:37 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:30 AM
zura tahu status matt kan..

ya. saja je tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:38 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:31 AM
itu lah geng sekepala
geng yg suka moyan...

sb masing2 kejar medal. tu yg rajin moyan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:38 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:32 AM
pasal semua maklumat dihujung jari kita saje...

itulah kecanggihan dunia skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:39 PM | Show all posts
mattzzx replied at 3-3-2022 09:33 AM
amboii demi mengejar +1 tu ya....

mestilah matt.

zura stop kt sini.
nti zura sambung reply mlm karang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.174636 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list