CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 31-12-2009 07:37 AM | Show all posts
slm...
i'm silent reader kat page umrah haji n penglman ke tanah suci....
nak tanye ade sesiape yg akan ge umrah pade 2010,awal january until april?
insyaallah i akan ge sane on 27/3/10 until 10/04 ...
whoelse_i Post at 30-12-2009 23:44


wsalam..welcome to umrah thread

kalau tak salah saya

last year during march..

madinah sejuk especially waktu nak gi subuh..atau midnight..eloklah berpakaian tebal ke haram an-nabawi...dan pagi dlm 8-9 still cool...

di makkah siang agak panas sedikit..manakala malam dna pagi sejuk...sekitar 18...eloklah berpakaian tebal for subuh prayer...

selamat menunaikan umrah..dan beroleh umrah maqbulah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 07:42 AM | Show all posts
fuuh bestnya..Sheikh Abdur Rahman As-Sudais dan Sheikh Qasim ada kt Indonesia

awatlah depa tak mo mai Malaysia..imam sekali kt masjid wilayah ke...best jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 10:04 AM | Show all posts
slm...
i'm silent reader kat page umrah haji n penglman ke tanah suci....
nak tanye ade sesiape yg akan ge umrah pade 2010,awal january until april?
insyaallah i akan ge sane on 27/3/10 until 10/04 ...
whoelse_i Post at 30-12-2009 23:44



ahlam wasahlan whoelse...
alhamdulillah.. nampaknya Allah dah menjemput whoelse menjadi tetamuNya...
Mungkin blh dikongsi..info2 berkaitan dgn pakej umrah yg diambil.

Berkenaan dgn cuaca tu, sy pun kurang arif sbnrnya.
Insyallah... nnti ada yg akan tolong jawapkan soalan whoelse tu..atau mungkin ada perkara2 lain yg whoelse nk tahu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 10:09 AM | Show all posts
ermmm...lupa pulak..

kalo dilihatkan pada tarikh umrah whoelse tu.. lbh kurang sama dgn tempoh sy menunaikan umrah pada tahun 2008 dulu.

Masa tu.. mmg pada mulanya, orng kata sejuk di sana. Tapi alhamdulillah.. sewaktu sy sampai di Madinah, cuacanya x jauh beza dgn di Malaysia (time2 peralihan panas ke musim hujan tu). 3 hari lepas tu, kami ke Mekah.. cuacanya pun masih ok.. xde la sejuk sgt, or panas melampau... alhamdulillah. Tapi bila dah masuk bulan 5,6,7.. tu mmg kemuncak musim panas, kering di tanah sucikan?

So.. mungkin blh la dibawak baju sejuk sbgi persediaan.. selebihnya mungkin pakaian2 biasa

tu pengalaman saya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:19 PM | Show all posts
thanx 4 da in4 ye kawan2....
actually saye da pernah pergi pade tahun 2008 jugak untuk buat umrah..tapi mase tue cuace d madinah same d malaysia tapi di makkah sungguh panas....sampai mencecah 40 lebih darjah celcius...
tue yang saye nak bertanye keadaan cuace di sane between the date....
saye amik pakej dari syarikat yg saye n family selalu pergi...
15h13mlm=RM6300
flight insyaallah dari changi international airport singapore by saudi airline.koz syarikat yg uruskan umrah ne dari johor and saye dri jb.naik under syarikat JAMILAH TRAVEL&TOURS SDN BHD...
mmng da selalu ikut this company.....koz owner of the company memang akan ikut sekali buat umrah....
doakan supaye saye dan family dapat menjadi tetamu allah sekali lagi....insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:29 PM | Show all posts
ala..takde ke forumers
yang nak share pengalaman
pg umrah bersama bb...

how n how....
Sweetmama Post at 30-12-2009 16:28


Mama, rasanya elok pegi musim yang tak ramai sangat orang dan keadaan cuaca yang tak berapa sejuk sangat dan panas sangat. Tapi kalau baby dah biasa dengan cuaca sebegitu, insya-Allah takde masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2009 02:16 PM | Show all posts
thanx 4 da in4 ye kawan2....
actually saye da pernah pergi pade tahun 2008 jugak untuk buat umrah..tapi mase tue cuace d madinah same d malaysia tapi di makkah sungguh panas....sampai mencecah 40 leb ...

doakan supaye saye dan family dapat menjadi tetamu allah sekali lagi....insyaallah...

whoelse_i Post at 31-12-2009 12:19


Aminnnn semoga dikurniakan Allah apa yg dihajati..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 05:40 PM | Show all posts
hehe..jom kita solat kt hijir ismail kosong tu...

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:41 PM | Show all posts


wow jabal omar project will be completed in 377...woow really a bi challenge...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 07:53 PM | Show all posts
link 1550.....post to hussaintahir
bngunan ape yg tinggi dekat dgn masjidil haram tue?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 10:58 AM | Show all posts
Assalamualaikum..
Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010..


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:01 AM | Show all posts
Sekejapnya masa berlalu..
2009 sudah berlalu...


JEMPUTAN UMRAH SEHINGGA 30 JUN 2009


Jemputan Umrah adikzarif (Andalusia)
31 jan 2009 hingga 13 Februari 2009...Alhamdulillah


Jemputan Umrah IDB (TH Travel)
02 Februari 2009 hingga 14 Februari 2009...Alhamdulillah


Jemputan Umrah husain & ayahjoe (Andalusia)
20 Mac --02 April 2009l...Alhamdulilah..


Jemputan Umrah Ustaz (Andalusia)
23 Mac -- 05 April 2009.... Alhamdulilah..


Jemputan Umrah pikacun (J & J Mesra)
24 Mac -- 05 April 2009... Alhamdulilah


Jemputan Umrah cenggitu (wira saujana)
30 Mac-- 12 April 2009.....Alhamdulillah


Jemputan Umrah mimi (Al-Hajar)
02 April-- 16 April 2009.... Alhamdulillah


Jemputan Umrah Aziefa
07 April--20 April 2009....Alhamdulillah


Jemputan Umrah sheeby (Andalusia)
15 April -- 27 April 2009....Alhamdulillah


Jemputan Umrah Shahadin (DAKNA)
26 April--- 07 Mei 2009....Alhamdullilah

Jemputan Umrah zeed (Andalusia)
30 April --13 Mei 2009...Alhamdullilah


Jemputan Umrah ruismine (Andalusia)
7 Mei - 20 Mei... Alhamdullilah


Jemputan Umrah haniatiqah
28 Mei - 8 Jun... Alhamdulillah


Jemputan Umrah Rozi 70 (andalusia)
30 Mei -11 jun 2009 Alhamdulillah


Jemputan Umrah eleisha (Alfarhan)& shidaaziz (Rahman Brother's)
1 Jun - 13 Jun... Alhamdulillah

Jemputan Umrah Irbudan (Andalusia)
2 Jun-14 Jun 2009 ..Alhamdulillah


Jemputan Umrah el..(Hijjaz)
22 Jun – 04 Julai... Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 12:07 PM | Show all posts
1554# aziefa

Assalamualaikum acikjie dan semua warga forum...

rajinnya aciknya tepek jemputan umrah 2009...
terimbau kenangan lalu..huhuhu...
thn 2010 x de senarai lg ker??
saper yg membukai tirai 2010...
dh lama rasanya x jenguk rumah ni...melaksanakan tuntutan kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 10:29 PM | Show all posts


4 million foreigners expected to perform Umrah
Muhammad Humaidan | Arab News
  
JEDDAH: About four million foreign pilgrims are expected to come for Umrah during 2010, said Saad Jameel Al-Qurashi, chairman of the National Committee for Haj and Umrah on Friday.

Speaking to Arab News, he said Umrah service providers in the Kingdom would be able to cover the losses they suffered in 2009 during the upcoming Umrah season.

He said the number of foreigners overstaying their Umrah visas declined to 12,000 last year. “I wish that this year would be the first season without overstayers,” he added.

Al-Qurashi said the number of Umrah pilgrims coming from different countries including Turkey, Egypt, Pakistan, India and Malaysia would be known within the next few weeks.

Meanwhile, the Ministry of Haj has urged all Saudi companies providing Umrah services to make ready their offices in Makkah and Madinah ahead of the Umrah season that begins in the second lunar month of Safar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 10:31 PM | Show all posts
1554# aziefa  

Assalamualaikum acikjie dan semua warga forum...

rajinnya aciknya tepek jemputan umrah 2009...
terimbau kenangan lalu..huhuhu...
thn 2010 x de senarai lg ker??
saper yg membuk ...
el Post at 2-1-2010 12:07



Walaikumsalam..
Tulah setakat ni belum ada lagi yg mendaftar kata nak pi Umrah..
Kita tunggu...nanti bolehlah buat checklist utk tahun 2010..
Insyallah.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 09:07 AM | Show all posts
Sekejapnya masa berlalu..
2009 sudah berlalu...

JEMPUTAN UMRAH SEHINGGA 30 JUN 2009


Jemputan Umrah adikzarif (Andalusia)
31 jan 2009 hingga 13 Februari 2009...Alhamdulillah

Jemputan Umrah Irbudan (Andalusia)
2 Jun-14 Jun 2009 ..Alhamdulillah


Jemputan Umr ...
aziefa Post at 2-1-2010 11:01


Lama betul dah... tak sabar nak p lagi kalau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 02:52 PM | Show all posts


Tertekan kerenah mentua
Ibu nyaris batal ke Makkah mahu elak perbalahan keluarga
Bersama Oleh Robiah K Hamzah (Pakar Motivasi)

Soalan:
SAYA berusia 35 tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya lulusan universiti dan ada kerja sendiri. Suami saya sebaya tetapi dia bukan lulusan universiti dan bekerja di jabatan kerajaan.

Gaji saya lebih tinggi daripada suami dan banyak kemudahan dalam rumah saya sediakan. Saya tidak kisah kerana sejak berkawan pun saya sudah tahu tahap kewangan suami dan kami berjanji untuk hidup susah dan senang bersama.



Hingga kini sudah 10 tahun berkahwin kami hidup bahagia, tiada masalah antara kami. Cuma, saya bermasalah dengan ibu mentua.

Ibu mentua tidak memahami keadaan kami dan selalu cuba mencampuri urusan hal ehwal keluarga. Maksudnya, kalau saya hendak beli meja makan, dia yang akan memilih corak macam mana, kalau hendak bercuti dia yang akan tentukan ke mana dan hendak ikut sekali tetapi kami melunaskan pembayarannya. Menjelang Hari Raya, termasuk perayaan Tahun Baru Cina mahupun Krismas, kami harus balik rumahnya dulu, baru ke rumah emak saya.

Selama 10 tahun berkahwin saya selalu bersabar dan memenangkan ibu mentua. Tak mengapalah kerana mengenangkan dia sudah tua serta banyak jasanya pada suami. Tetapi, saya tercabar apabila baru-baru ini emak saya ke Makkah atas perbelanjaan saya. Saya yang simpan duit untuk emak lebih 10 tahun iaitu sejak bujang dan suami pun tahu hal ini.

Pemergian emak ke Makkah semata-mata menunaikan nazar saya yang berhasrat menghantarnya ke Tanah Suci itu dengan wang sendiri. Saya menjalankan tanggungjawab sebagai anak, lebih-lebih lagi ibu tiada tempat bergantung setelah kematian ayah. Emak pernah beberapa kali menunaikan umrah namun dengan pembiayaan kakak dan abang.

Ibu mentua belum lagi berkesempatan menunaikan haji jauh sekali umrah. Yang saya kesalkan, dia mendakwa wang perbelanjaan ibu ke Makkah adalah wang poket anaknya. Malah, katanya, suami dikawal isteri dan mentuanya hingga sanggup mengeluarkan belanja ibu saya menunaikan umrah, sedangkan ibu sendiri dinafikan haknya.

Saya beritahu mentua, duit itu saya simpan sejak belum kahwin malangnya dia tidak percaya dan tetap mengatakan itu duit anaknya.

Saya beritahu suami dan suami pun ada beritahu ibu mentua hal sebenar tetapi dia masih enggan percaya. Oleh kerana ketegangan itu, emak nyaris membatalkan pemergian ke Makkah kerana menganggap dia punca saya dan mentua berbalah. Setelah dipujuk, baru emak setuju pergi.

Adik-beradik sebelah suami seramai lima orang (tidak termasuk suami) percaya penuh kata-kata ibu mereka. Kesannya, saya menerima layanan dingin setiap kali menjengah mentua pada hujung minggu.

Saya jadi tidak selesa ketika di rumah mentua. Kalau saya tanya sepatah, mereka jawab sepatah. Kalau anak saya buat salah, cepat saja tangan mereka hinggap di pipi anak saya. Sedih saya Umi.

Di belakang saya, saya dengar mentua dan ipar bercakap mengenai saya. Kononnya saya kawal duit suami patutlah suami menggunakan Kancil saya, saya memandu kereta Honda.

Saya sangat sedih. Urusan kewangan dan hal rumah tangga sejak dulu kami menguruskannya secara muafakat. Kami sudah lama menanam persefahaman mengenai hal itu namun tidak sangka mentua sekeluarga pula berburuk sangka.

Saya sangat tertekan dan berat hati ke rumah mentua lagi. Namun, sebagai isteri, saya perlu taat kepada suami walaupun, saya tidak tahu selama mana saya boleh bersabar.

Isteri Taat.

Jawapan:
Salam syurga buat Isteri Taat, semoga diberi Allah kekuatan sebagai isteri, ibu dan menantu. Rumah tangga tangga adalah istana dan itulah permulaan syurga di dunia andai ia dihayati dan diamalkan dengan cermat demi mencari reda Allah. Sebab itu Rasulullah berpesan dijadikan rumah tangga sebagai syurga di dunia, Insya-Allah kita dibimbing untuk berpindah ke syurga Allah di akhirat.

Tetapi, jika di dunia kita tidak pernah tenteram, maka sulit bagi kita untuk meraih nikmat syurga di akhirat. Sebab itu kita dipesan mengejar akhirat, pasti dunia akan bersama, namun jika dunia diburu, bimbang akhirat tercicir kelak.

Dalam persoalan anda, seolah-olah anda sudah hampir ke penghujung sabar, namun syukur, anda masih mampu bertahan. Apa yang sedang anda hadapi ialah cabaran hidup berkeluarga. Anda sudah berjaya selama 10 tahun berumah tangga diasak pelbagai cabaran, khususnya daripada ibu mentua. Ini menandakan anda menantu yang baik, sebab itu anda diberi ujian getir. Lagipun, hendak menjadi baik bukan mudah, tapi senang untuk melakukan kejahatan.

Segala yang anda lakukan selama ini ibadah membantu suami, berhasrat mendapat reda ibunya dan syurga, maka jangan diungkit-ungkit. Sekiranya diungkit, pahalanya akan hilang pada hal kebaikan sudah dilaksanakan. Ini dilakukan selagi ibu mentua berkelakuan tidak melampaui larangan Allah. Jika perkara dilakukan berlawanan perintah agama, tidak perlu taat, sebaliknya perlu hormat, tetap mendoakan selain melayannya dengan cara terbaik selaku orang tua kita.

Apa yang berlaku hanyalah salah faham dan sedikit prasangka. Jika anda terus melihat kejadian, kelakuan serta tindakan itu sebagai sesuatu yang buruk, maka anda akan berasa jauh daripada mereka, terus menderita sakit hati hingga ke hujung waktu. Alangkah ruginya kalau ini terjadi lebih-lebih lagi dalam fasa hidup manusia yang singkat ini.

Justeru, belajar menerima semua yang berlaku sebagai ujian Allah bagi memantapkan cinta dan kasih terhadap suami serta keluarganya. Jika segalanya diterima dengan hati terbuka dan prasangka baik, setiap peristiwa dilalui mahal harganya melebihi segunung wang ringgit. Sebab anda dilatih mengalaminya maka anda belajar untuk bersabar.

Anda tidak kehilangan apa-apa dengan tindakan mereka melainkan sakit hati dan sedikit tekanan saja. Namun, nikmat Allah yang lain pada diri anda masih melimpah, maka ikatlah nikmat itu dengan rasa syukur kerana Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari(nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS Ibrahim:7).

Ini bererti nikmat Allah pada anda melimpah-ruah, makan jangan dikira apa yang dibuat orang terhadap kita, tetapi hitung berapa banyak kita sudah berbuat silap pada orang lain. Jika kita sentiasa mengambil berat silap orang pada kita, maka kita terlepas pandang keburukan diri sendiri. Pada akhirnya, kita pula beranggapan orang lain tidak benar, sebaliknya kita saja yang betul. Perasaan yang membuatkan anda terus tidak selesa dengan sesiapa pun hatta keluarga mentua.

Sedarlah bahawa kehidupan ini hanya sesuap nasi dan seteguk air saja, selebihnya cuma sisa. Pesanan saya, untuk terus merasa nikmat hidup, cari ubat terbaik di dunia ini yang dinamakan ‘ketenangan’ dan ‘keriangan’ yang dibekalkan oleh klinik ‘kurangkan makan.’

Ketenangan ialah makanan lazat bagi hati dan pesta bagi jiwa sedangkan keriangan adalah awal kegembiraan, selain makanan paling berzat bagi tubuh. Terima hakikat perbezaan, ibu mentua berbeza dengan ibu anda, semua perbezaan ini harus diterima sebagai ramuan dalam masakan dalam hidup.

Kita tidak boleh memaksa orang berkelakuan seperti yang kita mahukan kerana setiap manusia berbeza. Jangan jadikan perbezaan itu musuh yang akan merosakkan diri kita. Akuilah setiap orang memiliki sifat, watak serta potensi masing-masing dan tidak ada orang yang boleh melebur ke dalam diri orang lain, begitulah sebaliknya.

Akhirnya, kenali diri anda, fikirkan apa sumbangan diberikan pada diri, keluarga serta ibu mentua. Jika anda fikir positif, maka perasaan negatif akan hilang seterusnya hubungan menjadi baik. Tetapi jika sentiasa memikirkan yang buruk serta negatif berkenaan mereka, anda tidak akan menikmati apa yang dipanggil senang hati dan gembira tetapi asyik berduka. Ingat, hidup ini seperti apa yang anda fikirkan. Justeru, fikirkan yang baik saja ,anda akan menuai kebahagiaan di celah kehebatan kesyukuran. Ubah dulu diri sebelum anda berhasrat mengubah orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 02:54 PM | Show all posts
Lama betul dah... tak sabar nak p lagi kalau...
irbudan Post at 3-1-2010 09:07


Insyallah..
Moga dimurahkan rezeki oleh Allah..
Dan dapat sampai lagi ke Bumi Berkah ini..
Aminnnn.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.150410 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list