|
Badrul: Konsert Ketujuh #AF2014, Boo! Boo!! Boooooo Panjang!!
Share Share Share Share More
0
1,719
Konsert Minggu Ketujuh #AF2014
Bila melihat tiga orang peserta berkedudukan paling bawah ada Ewal dan Adel, saya dah anggap ianya sudah bermula! Inilah realitinya. Tak perlu berbuih mulut bercakap dan berkematu jari menaip perkara yang sama. Kalau itu yang anda inginkan, maka itu yang anda dapat. Kalau penyanyi karaoke yang anda inginkan berada di final, maka itu lah yang kena terima.
Jangan marah kalau anda hanya mengharapkan orang lain sahaja yang menghantar undian kepada Adel. Jangan bising kalau kalau anda hanya cakap berapi-rapi di twitter dan facebook bahawa Adel tidak patut keluar, tetapi anda tidak pun menghantarkan undian. Cakap kosong semua orang boleh buat. Memekik bergegar semua orang boleh lakukan! Saya juga boleh buat, saya juga boleh melalak! Cuma ianya takkan mengubah apa-apa. Ianya takkan membantu industri kita. Tidak! Tetapi kerana saya antara orang yang Afundi Adel, saya layak untuk cakap Boooooooooooooooooooo! *walaupun ianya sudah tidak dapat mengubah apa-apa!*
Adel – Jelingan Manja
Vokal Adel sangat versatil. Dia antara pelajar Akademi Fantasia musim ini yang sentiasa konsisten dalam memberikan persembahan. Di tribut Remy dan Sally juga tiada bezanya. Persembahan Adel tetap mantap, pergerakannya natural dan vokalnya bagus. Komen Dato' Ramli MS tentang konsep 'Big Bang' saya boleh terima, tetapi dengan props dan apa yang tersedia di atas stage, saya boleh katakan persembahan Adel sangat mantap dan bertenaga. Gerak hati saya mengatakan, walaupun Adel sudah terkeluar, dia akan tetap berada di dalam industri dan akan berjaya lebih daripada yang mungkin masuk ke final nanti.
4 bintang
Aman – Tiada Kata Secantik Bahasa
Mutu Suara Aman semakin baik daripada minggu lalu. Tetapi dia masih jauh ketinggalan berbanding beberapa pelajar lain. Saya tidak mahu lagi sentuh soal malu, kerana kalau masih malu, baik tinggalkan sahaja Akademi Fantasia dan biarkan orang yang benar-benar mahu berada di dalam industri meneruskan perjuangan. Aman mengingatkan saya kepada Amirul (AF4), Faisal (AF6), Iwan (AF8) dan ramai lagi seangkatan dengannya. 'Comel' tidak menjanjikan... errr, malaslah nak komen panjang. Teruskan Afundi Aman.
2 bintang
Nuha – Engkau Laksana Bulan
Meremang bulu roma mendengar persembahan Nuha. Tepat kata Kak Engku, kalau ditampar betul muka Nuha, pasti ramai yang akan menangis melihat persembahan Nuha. Saya kagum dengan vokalnya. Saya berterima kasih kerana dia dipakaikan cukup indah menampakkan seri seorang bintang. Setiap bait lirik yang dinyanyikan sampai ke hati. Cuma saya sedikit bingung dengan arrangement lagu. Bukan sahaja untuk Nuha, tetapi pelajar-pelajar lainnya yang banyak 'tidak masuk' dengan nyanyian pelajar. Mungkin pengarah muzik tidak perlu terlalu ghairah sehinggakan vokal pelajar dan permainan muziknya tidak seiringan.
4 bintang
Nina – Itulah Sayang
Nina berada di dalam elemennya, tetapi persembahan Nina minggu ini tidak sebagus minggu lalu. Dia bernasib baik kerana dapat beraksi dengan Que Haidar, dan persembahan dua pelakon cilik sebagai pembuka sangat menarik. Nyanyian Nina di awalnya agak tenggelam. Cuma di bahagian terakhir dia nampak semakin tenang dan tidak gopoh menghabiskan lagu. Kalau Nina diberi peluang untuk memberikan dirinya pada lagu ini, saya pasti persembahannya akan lebih hebat, setanding minggu lalu atau mungkin juga lebih baik.
3 bintang
Ewal – jeritan Batinku
Persembahan terbaik untuk malam ini! Tone dan kualiti suara Ewal dapat didengar disetiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya. Jeritan Batinku dipersembahkan Ewal antara nyanyian semula lagu ini yang terbaik pernah dibuat. Saya pasti kalau lagu nyanyian Ewal ini dirakamkan kembali, generasi akan datang akan dapat terus menikmati keindahan lagu-lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tetapi kenapa undian Ewal terlalu sedikit? Kenapa Ewal seolah-olah 'menang sorak, kampung tergadai'? Di dalam auditorium, seakan-akan penuh dengan penyokong Ewal, tetapi tidak ditukarkan kepada jumlah undian. Dua tiga jam saya memikirkannya. Adakah pada malam persembahan, Ewal tampak terlalu 'cocky' dan 'over-confident'? Adakah itu penyebab kenapa orang tidak mengundi? Saya rasa ianya akan tetap menjadi misteri. Kalau itulah yang membuatkan orang tidak mengundinya, mungkin Ewal dan tenaga pengajar perlu membuat sesuatu. Mungkin membawanya turun dari awang-awangan dan kembali bersaing dengan dirinya sendiri.
5 bintang
Firman – Jangan Tinggal Daku
Untungnya Firman kerana Kak Engku memberikan kekuatan lakonan kepada Firman. Untungnya Firman kerana dia mula membetulkan kekurangan yang dia ada. Lagu Jangan Tinggal Daku di tangan Firman membuahkan butir-butir lirik yang difahami. Sekali lagi, saya bingung dengan arrangement lagu yang agak pelik. Ada ketikanya seolah-olah tidak ada penyatuan antara nyanyian Firman dan iringan lagu. Firman antara pelajar yang sentiasa menunjukkan peningkatan saban minggu. Dia mula nampak relaks ketika berbual, berlakon, mahupun ketika menyanyi. Dia sudah ada ciri-ciri seorang bintang.
4 bintang
Zarif – Ya Habibi Ya Ali Baba
Kalau diikutkan antara kesemua lagu yang dipersembahkan pada malam tribut Remy & Sally, lagu ini bukanlah satu lagu yang sesuai untuk pertandingan. Liriknya terlalu 'playful' tetapi Zarif perlu berterima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang turut sama membantu persembahan beliau. Zarif juga patut berterima kasih kepada Kak Engku yang meminta beliau menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diminatinya, dan melalui barisan lirik lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' yang dinyanyikannya tanpa muzik itu, penonton dapat mendengar kelunakan suara Zarif.
4 bintang
Azwan – Hanya Dikau
Lagu ini juga saya anggap bukan lagu pertandingan. Masih banyak lagi lagu-lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang boleh diberikan kepada Azwan untuk menonjolkan vokalnya. Azwan memberikan persembahan yang baik, tetapi seperti selalunya, saya tidak pernah merasa puas melihat persembahan beliau. Saya rasakan Azwan mampu memberikan yang lebih baik, tetapi hanya 70% sahaja yang sampai. Tetapi melihat kepada undian beliau, peminat beliau tidak perlu risau. Walau bagaimana sekalipun persembahan Azwan, dia akan tetap di atas. Kalau dia menyanyi sumbang sekalipun, peminatnya akan tetap mengundi.
3 bintang
Termasuk dengan Akademi Fantasia 2014 ini, sudah 11 kali ianya diadakan. Saya tidak pernah melihat Akademi Fantasia sekadar sebuah rancangan realiti nyanyian. Saya melihat Akademi Fantasia sebagai satu batu loncatan untuk mencari pelapis penghibur tanahair. Walaupun bedegar-degar segelintir yang menyatakan Akademi Fantasia melahirkan artis mee segera, sedikitpun saya tidak mempecayainya. Lihat sahaja berapa ramai bintang-bintang kelahiran rancangan ini yang memenuhi Juara Lagu. Kira sahaja berapa banyak kemenangan yang diraih bintang-bintang daripada Akademi Fantasia ini di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Planet Muzik dan bermacam-macam anugerah lagi, sama ada melalui sistem penjurian mahupun sistem undian. Kerana sifat rancangan itu sendiri yang lengkap dengan tenaga pengajar terpilih, Akademi Fantasia akan tetap menjadi rancangan realiti pencarian bakat baharu terbaik di Malaysia.
Oleh kerana sebab-sebab itulah rasa terkilan saya tidak mengambil masa yang terlalu lama apabila Adel tersingkir keluar. Saya pasti lambat laun, anda akan mendengar nama Adel disebut-sebut di pelbagai anugerah dengan suara dan bakat yang dia ada. Kalau pun saya terkilan mungkin kerana saya terlalu inginkan buat pertama kalinya mereka yang benar-benar hebat berada di finalis Akademi Fantasia 2014. saya terlalu mahukan pertandingan yang kuat diperingkat akhir. Saya terlalu mengharapkan supaya kita semua boleh berbangga menonton persaingan sengit di penghujung rancangan. Keinginan yang terlalu kuat inilah yang membuatkan saya ingin mengatakan kepada anda ya |
|