CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EVERYDAY IS A FRESH START

 Close [Copy link]
Post time 6-12-2024 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 03:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:16 PM | Show all posts
film Adrian xdek ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:16 PM | Show all posts
time flies on trips
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:18 PM | Show all posts
Kes Muhammad Zaharif asalnya disiasat bawah kesalahan trafik

Mohd Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh prosiding perbicaraan kes bunuh Zaharif, hari ini. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!



IPOH – Siasatan kes bunuh melibatkan pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie pada 15 Disember 2023 pada mulanya disiasat mengikut kesalahan lalu lintas.
Bagaimanapun, setelah penelitian dilakukan, kertas siasatan itu diambil alih oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada 16 Disember 2023.
Saksi pendakwaan ke-27, Deputi Superintenden Mohd. Zulkefli Mohd. Mukhtar, 51, berkata, kertas siasatan itu terlebih dahulu dibuka oleh Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Jong Pit Chao.
Ia kemudian diambil alih BSJD dengan siasatan dikendalikan Asisten Superintenden (ASP) Chua Sze Chuan atas arahan Ketua Polis Daerah Ipoh.
Katanya, kertas siasatan itu kemudian diambil alih oleh ASP S. Dasarathan pada 18 Disember 2023 sebagaimana arahan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan).
“Kertas siasatan itu diambil alih ASP Dasarathan selepas arahan tuduh dan arahan-arahan lanjut penyiasatan diterima daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
“Siasatan bagi kes ini juga dibantu oleh dua pegawai penyiasat awal iaitu Inspektor Pit Chao dan ASP Sze Chuan,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada prosiding perbicaraan kes bunuh Muhammad Zaharif di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Zulkefli yang juga Ketua BSJD Ipoh, selain bertanggungjawab menyelia kertas siasatan tersebut, beliau juga mewujudkan pasukan petugas khas (task force) untuk memastikan siasatan dilengkapkan dan dikemaskini.
Selain itu, beliau turut membantu pegawai penyiasat seperti membuat rampasan pakaian tertuduh melalui Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Taiping pada 19 Disember 2023.
“Rampasan membabitkan sepasang seluar dan baju tertuduh yang diguna dan dipakai pada hari kejadian sebelum diserahkan kepada ASP Dasarathan pada hari sama,” katanya.
Sementara itu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, Mohd. Zulkefli telah mengecam Mohd. Nazri yang berada di kandang tertuduh dan pakaian yang diambilnya berupa baju T berwarna putih dan seluar panjang paras lutut berwarna hitam.
Dalam pada itu, ketika ditanya peguam bela Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengapa rampasan pakaian tidak dibuat pada hari kejadian, saksi memberitahu pada peringkat awal siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT).
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet disambung pada Isnin depan. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/kes-muhammad-zaharif-asalnya-disiasat-bawah-kesalahan-trafik/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:18 PM | Show all posts
hebat lawyer tertuduh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 03:19 PM | Show all posts
berapa lawyer dia ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:19 PM | Show all posts
haritu lawyer lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 03:19 PM | Show all posts
sama mcm parents Zayn
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:19 PM | Show all posts
bertukar lawyer sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:22 PM | Show all posts
Budak ditampar, ditumbuk cikgu hingga lebam di muka


SEORANG murid sekolah rendah mengalami lebam bahagian muka selepas dipercayai ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Johor Bahru, semalam.




JOHOR BAHRU – Seorang murid darjah empat mengalami lebam pada bahagian muka dipercayai ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian sebuah sekolah rendah di sini semalam.
Pihak pengurusan pusat jagaan kanak-kanak berkata, murid yang berusia 10 tahun dikenakan hukuman itu selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan murid yang lain di sebuah makmal komputer sekolah berkenaan.
“Saya terima laporan bahawa mangsa mendakwa disepak sebelum terjatuh dan menangis. Cikgu lelaki terbabit didakwa menampar dan tumbuk muka budak itu
“Kemudian rambut mangsa ditarik dan diheret sampai ke pejabat sekolah berkenaan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Pihak pengurusan rumah amal itu turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan ganas guru terbabit sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Larkin di sini, semalam.
“Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak. Walau nakal macam mana sekali pun, ikutlah SOP (prosedur operasi standard).
“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut SOP KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bukan belasah budak ikut nafsu sampai ‘blue black’ (lebam) muka budak,”katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes telah disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan untuk menyiasat (OTI).-KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/budak-ditampar-ditumbuk-cikgu-hingga-lembam-di-muka/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:23 PM | Show all posts
“Saya terima laporan bahawa mangsa mendakwa disepak sebelum terjatuh dan menangis. Cikgu lelaki terbabit didakwa menampar dan tumbuk muka budak itu
“Kemudian rambut mangsa ditarik dan diheret sampai ke pejabat sekolah berkenaan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



kena heret
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:23 PM | Show all posts
Cepatnya dah page 77
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:24 PM | Show all posts
anak yatim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:27 PM | Show all posts
Lelaki hilang selepas terjatuh tembok penahan ombak


Operasi pencarian seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari tembok pemecah ombak di perairan Langkawi, malam tadi.



LANGKAWI – Seorang lelaki tempatan hilang selepas didapati terjatuh daripada tembok pemecah ombak di perairan ini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa datang ke tembok penahan ombak di Chenang bagi melakukan aktiviti memancing.
“Mangsa jatuh dengan motosikal yang ditolak semasa hendak balik pada tengah malam tadi.
“Usaha pencarian diteruskan sehingga pukul 3 pagi tadi dan disambung semula pagi tadi,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/lelaki-hilang-selepas-terjatuh-tembok-penahan-ombak/





Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:31 PM | Show all posts
Pelajar maut, 2 rakan cedera Myvi rempuh pembahagi plaza tol


Keadaan kereta yang mangsa naiki selepas merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua, arah Selatan, pagi tadi.


SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Mifdal Mohd. Affendy,18, yang juga penumpang di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Idrus Zakaria berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 pagi.
Menurutnya, Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa yang juga penuntut kolej bersama dua rakannya yang masing-masing berusia 18 dan 22 tahun.
“Kedua-dua rakan mangsa yang turut mengalami kecederaan dikeluarkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk belakang kemudiannya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/12/06/pelajar-maut-2-rakan-cedera-myvi-rempuh-pembahagi-plaza-tol/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingat ada satu masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols buat kek..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk kudapan lepaih usrah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu tahun 1.. so yg mai tahun 2 dan 3 utk usrah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.142476 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list