Edry Abdul Halim
Jangan ketinggalan menonton Mentor 5 Ahad ini jam 9pm di TV3..Iqa akan menyanyikan lagu 'Ganas', bersama iringan tarian kumpulan VIP & Tiga...Yusry pula akan berduet di dalam sebuah lagi lagu...Sesiapa yang tak tengok akan didakwa, dan disabitkan hukuman rotan sampai lebam!
23 minutes ago · Unlike ·
BERSANDARKAN paras rupa kacak dan berstatus solo, sudah pasti pe�ngarah filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios, Yusry Abd Halim menjadi idaman ramai wanita.
Bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita, Yusry juga sering dikaitkan dengan ramai artis wanita. Sebelum ini, Yusry hangat digosipkan bercinta dengan aktres jelita, Maya Karin kerana sering menghadiri majlis pratonton teater dan filem bersama-sama hingga menjadi bualan ramai.
Selepas itu, nama Yusry dikaitkan pula dengan pelakon seksi Kilafairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil yang sering menjadi perhatian ramai di karpet merah. Hubungan mereka dikatakan rapat kerana Kilafairy berlakon dalam filem seram arahan Yusry, Karak.
Terbaru, SS dapat tahu, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Bukan SS sengaja buat cerita ini sebaliknya gosip ini disampaikan rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.
Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.
Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu.
Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.
Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun.
Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.
---- OH I LIKE! YOU LIKE?
cdt to benang sebelah.........
pinjam jap erk.....