|
husain balik bila???betul hussain,,,teringat mekah sangat2........rasa sedih sgt ni...asyik terbayang nak gi masjid ja..seronok jalan kaki.....rasa mcm masih kat mekah..walaupun ramai org di sana...banyak habuk..tapi allah lindungi dan permudahkan segala galanya....
hi aziefa,masa sebelum gi ,rina batuk teruk..risau sgt takut tak dapat lakukan ibadat..tapi alhamdulilah...dgn kuasa allah...masa kat sana alhamdulilah rina sihat ..masa atas flight nak pergi tu,batuk rina hilang terus.sampai madinah rina terus sihat....syukur sangat2..allah permudahkan segalanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
rina tak boleh tido sbb asyik teringat saat saat manis di sana |
|
|
|
|
|
|
|
nanti rina cerita k..boleh ajar rina tak mcmana nak letak gambar kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1498 rinafarha1709's post
|
|
|
|
|
|
|
hi mas,seluar putih byk kat sana....klu tk sempat beli kt sini..boleh beli di sana yer....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1500 rinafarha1709's post
minggu lepas dh beli jubah suar putih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1491 rinafarha1709's post
welcome home rin.. Alhamdulillah selamat pegi & balik. nnt jgn lupa
share cerita kat sini tau ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1491 rinafarha1709's post
isy.. double pulak ![](static/image/smiley/default/mad.gif)
[ Last edited by eleisha at 7-5-2008 10:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah masing2 selamat kembali ke tanah air. Kami tak sabar nak dengar pengalaman anda dan keadaan semasa di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat kembali kepada semua rakan-rakan.
Sementara menunggu cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama, saya ingin berkongsi cerita mengenai cara perhubungan antara kebanyakan jemaah yang berada di tanah suci dengan kaum keluarga di tanah air masing-masing melalui 3 generasi seperti yang saya alami.
Bila menyaksikan betapa pesatnya pembangunan terkini di Makkah, di samping perkembangan pesat sistem telekomunikasi dewasa ini, saya teringat ketika arwah bapa saya dan ibu yang mengerjakan haji kalau tak silap pada tahun 1963 yang masih menggunakan kapal laut dan haji kali keduanya kalau tak silap juga pada tahun 1979/80 yangmana ketika itu awal-awal tahun pemergian jemaah haji menaiki kapal terbang.
Saya masih dapat membayangkan lagi walaupun ketika itu saya berumur kira-kira 11 tahun dan menyaksikan persiapan ibu membawa bekalan makanan terutama bahan-bahan kering kerana tempoh pemergian menunaikan fardhu haji dengan kapal laut kalau tak silap saya selama 3 bulan masanya. Memang benar seperti dikatakan, siap dengan bekalan kain kapan, sebagai persediaan sekiranya meninggal dalam perjalanan di laatan luas. Saya masih ingat lagi, menyaksikan dengan rasa hiba apabila laungan azan selesai, ibu dan arwah ayah saya 'melangkah' mengikut step tok imam dengan bacaan tertentu dan terus masuk ke kereta tanpa menoleh ke belakang lagi, begitulah tacaracaranya. Telah terlalu lama kisah itu berlalu dan terus menjadi nostalgia walaupun kini saya telah mempunyai dua orang cucu.
Seterusnya ketika arwah ayah dan ibu saya mengerjakan haji kali kedua mmenggunakan penerbangan dan berlepas dari Subang airport. Mereka berlepas dari kampung halaman dan transit di rumah saya yang ketika itu saya telahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 4 tahun. Ketika itu arwah ayah saya berumur 78 tahun dan memang agak lanjut usianya. Beliau menjualkan sebahagian dari tanahnya untuk mengerjakan haji kali kedua bersama ibu dan membawa bersama abang ngah saya untuk menjagainya, maklumlah dalam keadaan umur sebegitu, perlukan penjagaan kerana kesihatannya pun tidak berapa memuaskan dan kami semua amat bimbangkannya.. Kami meredakan perbuatanya kerana itu adalah haknya dan kami adik beradik semua telahpun mendapat bahagian tanah masing-masing.
l
Ketika pemergian kali pertama ibubapa saya dahulu, seingat saya, kami tidak menerima khabar berita. Masa itu alat perhubungan amatlah terbatas. kalau adapun, umpamanya telefon, orang-orang seperti kebanyakan kita ini masih belum mampu memilikinya pada ketika itu. Kami menunggu kepulangan ibubapa dengan penuh kerinduan dan ketika itu kami dijaga oleh kakak sulong. Saya juga dah lupa samada mereka ada mengirim surat atu tidak.
Manakala pemergian mereka kali kedua pula , ketika itu sistem telekomunikasi telah mula meluas, tapi tak semua rumah terutama di kampong yang memilik telefon. Apa yang saya masih ingat lagi, sebelum berangkat, arwah ayah saya meminta saya menulis beberapa pucuk surat 'advance' yang dialamatkan kepada kami yang isi kandungannya menyatakan mereka selamat tiba dan sihat semasa berada di tanah suci. Bukan mereka tidak boleh menulis tetapi mereka tidak berbudaya menulis surat. Walaupun macam kelakar, tapi itulah hakikatnya, saya menerima surat yang dikirim oleh arwah ayah saya yang ditulis oleh saya sendiri. Menerima surat tulisan tangan sendiri itu pun dah dapat mengubat kerinduan kepada mereka semua.
Takdir dan perancangan Allah tiada siapa yang tahu. ketika mereka di tanah suci, kami mendapat panggilan telefon, Abang Ngah yang disponsor atau dibawa oleh ayah untuk menjaganya di Makkah telah kembali ke rahmatullah sebelum sampai waktu untuk berwukuf kerana demam panas dalam sehari dua saja. Ayah saya yang sangat kami bimbangi pula sihat dan berselera makan di sana dan ketika kembali ke tanah air kami lihat badannya berisi.(Ketika kembali waktu itu beliau juga membawa balik seekor ayam panggang yang dapat kami rasa keenakkannya). ketika itu saya masih ingat lagi kata-kata saudara mara kami yan gmengatakan pemergian abang ngah saya umpama galang ganti kepada ayah kami.
Dii musim itu jugalah peristiwa Masjidill Haram di tawan oleh pengganas, saya pun dah lupa kisah sebenarnya. Tetapi ibu saya ceritakan, beliau keluar dari masjid selepas solat suboh pada hari tersebut melalui celah tiang yang sangat sempit dan beliau juga tidak menyangka bagaimana badannya boleh melolosi lubang antara tiang-tiang itu yang agak sempit untuk kembali ke tempat penginapan dimana keseluruhan kawasan Masjidil Haram di penuhi dan dikawal oleh askar-askar dan memang amat menakutkan katanya.
Beberapa bulan kembali dari mengerjakan ibadah haji, ayah saya mendapat stroke dan seminggu selepas itu menyusuli abang ngah saya meninggalkan kami semua. Al-Fatihah, semoga roh-roh mereka di tempatkan di kalangan para solihin.
Saya juga masih ingat lagi ketika mengerjakan ibadah haji sekitar tahun 1992, bila kami ingin menghubungi atau bercakap dengan 4 orang anak yang ketika itu berusia antara 15 - 3 tahun yang kami ditinggalkan bersama pembantu rumah warga indon, kami memilih waktu malam kerana tahu mereka berada di rumah. Kami mencari telefon awam yang banyak terdapat di sekitar Masjid dan di kawasan-kawasan yang dikhasnya. Bila bercakap suara kena kuat kerana bunyi bising dengan suara-suara jemaah dari negara-negara lain yang juga sedang bercakap dengan yang kuat menghubungi keluarga masing-masing . Bila dimasukkan siling ke dalam set telefon tersebut, kita dapat lihat betapa lajunya siling itu bergerak memasuki ke dalam petinya dan sekali bercakap untuk beberapa minit perlu disediakan lebih kurang RM30 riyal.
Berbanding situasi masakini, kita perlu berterima kasih kepada bijak pandai di atas kecanggihan alat kumunikasi kerana bermula melangkah kaki untuk menuju ke tanah suci Makkah atau Madinah, kita telah boleh melaporkan setiap kejadian dalam perjalanan disertai dengan gambarnya sekali dan tiada apa atau siapapun yang boleh membataskan atau menghalang perbualan atau menatap wajah orang-orang yang kita kasihi yang ditinggal jauh beribu batu hanya melalui alat kecil yang hanya berfungsi di hujung jari.
Saya membawa kisah lama saya ini bertujuan ingin menceritakan kecanggihan dan peningkatan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang komunikasi yang berkembang pesat dari masa ke semasa yang memberi manfaat kepada semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul kata kak ros tu mengenai teknologi komunikasi sekarang. Dinasihatkan kat sana belilah prepaid Al-Jawal atau Mobili. Kos panggilan memang murah. SMS pun baru 45sen duit sana. Alternatif lain adalah dengan menggunakan ring2 kad telekom Malaysia. Tapi pada ustaz, beli sim card prepaid arab lagi senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1506 ustaz's post
berapa rega prepaid tu ustaz....
saya baru bercadang nk register roaming i/national ja....kalau ada prepaid yg mcm ustaz ckp tu lg senang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1486 ustaz's post
Cerita pasal jus manggo Mekah ni..
Teringat anak kawan yg mengandung..siap pesan belikan jus manggo dari Mekah.
Nasib baik ada Jus Manggo Karim yg well packaging.
Bila nak balik esoknya baru balik.Tercapailah hajat Ibu yg mengandung tu..
Mengenai madu...saya memang suka beli madu di Mekah setiap kali pi umrah.
Sempat juga interview dgn Penjual madu tu,dia cakap madu yg paling bagus ialah madu dari
Yaman Hadramaut.Madu tu dicampur dgn Habatus sauda.
Di Mekah ini semua ada..
Belum cerita pasal minyak wangi...
Minyak wangi 1000 bungalah...Malaikat Subuhlah..Sultan Bruneilah..
Tapi semua baunya menyenangkan..
Bila di Malaysia sekali sekala solat di Masjid dan terbau minyak wangi tu...terus jatuh rindu kat Mekah..Ya Allah kuatnya tarikan Mrekah..
Cinta saya dah tertumpah di Mekah Ustaz..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mas,
Beli prepaid arab je senang. Kat airport pun ada. Kalau tak sempat, pergi kat kedai telefon je. Prepaid dia macam kita SR10 ada, SR30 ada, SR50 ada... beli agak2 berapa yang kita akan guna. Kalau setakat nak sms je, SR30 pun dah cukup. Kalau nak calling2, SR50, habis, reload lagi.
aziefa yang dah selalu pergi pun selalu rindu2an, ini pulak kita2 yang jarang2 pergi. Lagilah rindunya. ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1508 aziefa's post
Kerinduan dengan bumi Makkah terutamanya Masjidill Haram yang menyebabkan deraian air mata ketika solat di dalamnya menjelang beberapa hari sebelum berangkat pulang kerana mengenangkan kerinduan yang akan dialami bila kembali ke tanah air nanti dan bilakah atau adakah dapat kembali semula. |
|
|
|
|
|
|
|
pagi tadi bgn tido,rasa sayu sgt....teringat kat mekah lagi.time subuhpun rasa mcm nak gi masjid jer....sayunya....
..pasal prepaid,betul kata ustat,baik beli di sana..kalau celcom,maxis satu sms rm2...
rina beli pack mobili..75 riyal..ada kredit 75 riyal..satu sms hanya 50sen ja..tapi kalau time mlm kalau tak silap 12 am tp 12pm cuma 25 sen jer...call malaysia pun murah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak kali ustaz alami... dululah... tiap kali bila selepas pulang dari Mekah/Madinah.
Bangun tidur je... "eh.. kat mana ni? Mekah ke Madinah?"
Rupanya2 dah balik Malaysia daaa... hehehehe...
Kekadang tu tidur pun termimpi kat Mekah/Madinah lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1508 aziefa's post
salam aziefa, biasanya aziefa p umrah dgn travel mane? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 7-5-2008 12:02 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
...cinta saya dah tertumpah di Mekah Ustaz
jangan terjatuh cinta dengan pak arab sudah... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu ustat.....sedih sgt ustat .pagi td bila buka mata...hoping masih kt mekah...tp rupanya dah kat malaysia..tp hati kat sana,,,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|