|
yipun ..dalam entri seterusnya...
ceh macam ya ya je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 26-3-2015 08:05 AM
sebulan lagi la
Tu dah masuk zon tunggu masa je tu... |
|
|
|
|
|
|
|
SUASANA majlis kesyukuran itu meriah walaupun hanya jiran terdekat dan saudara mara saja yang dijemput. Puan Sharifah Qasidah sibuk melayan setiap tetamunya. Berbual dan bercerita itu ini. Ini adalah kali ketiga dia menunaikan rukun Islam ke lima itu. Nayla senyum gembira melihat neneknya yang sudah banyak berubah sejak pemergian Arisha dulu. Nenek lebih lembut dan mudah terima pandangan orang lain walaupun dia sudah kenakan bermacam syarat pada Alif dulu. Namun baginya, syarat itu tidaklah terlalu membebankan. Rumah, Alif sudah ada rumah sendiri, Wang untuk menebus keturunan sebanyak 10 ribu ringgit itu juga tiada masalah bagi Alif yang sudah lama bekerja dan kumpul duit. Jemput dan hantar nenek ke mana saja nenek hendak pergi dulu pun hanyalah satu helah nenek untuk memerhati dan melihat tingkahlaku Alif. Dengan cara itu, nenek menilai siapa Alif.
"Ah..aku pun perangai tak semenggah juga. Memberontak tak ingat.." Nayla senyum sendiri bila memikirkan semua itu.
Nayla pandang pula pada kenalannya termasuk bekas adik ipar, Conan. Terasa lebih erat hubungannya dengan mereka semua itu. Kalau dulu dia menyiasat kes Ryan dan sengaja menulis nota kaki untuk melibatkan Ryan sebagai dalang dalam pembunuhan kejam itu dan kini dia sudah menjadi sebahagian dari teman-teman yang pernah terlibat sama dengan penyiasatan itu.Nicki, Ipo, Amir dan Alif. Apa yang paling membuatnya terkejut adalah Amir dan Alif menjadi kambing hitam Ryan dalam menjayakan cita-cita dan impian gilanya itu. Apa yang lebih berbelit, dia mempunyai kembar yang berkasih dengan Nicki tetapi berakhir dengan pernikahan paksa dengan teman baik Nicki sendiri, Conan.
Aylanins, kekasih Conan yang sudah lama menyulam kasih pula terpalit dengan Malik, salah seorang lelaki yang dikaitkan dengan Hani dan kes mawar hitam. Bila menyebut kes mawar hitam, terus saja nama Esmiranda muncul di benak. Sudah lima bulan perempuan itu tidak muncul. Matanya menala ke arah anak perempuan Esmiranda yang sedang seronok bermain dengan Aishah. Kasihan melihat anak kecil itu yang ditinggalkan ibu kandung dan janji hanya tinggal janji. Seminggu selepas pernikahannya, Esmiranda muncul bersama anak perempuannya seperti yang diberitahu lalu anak itu dititipkan kepadanya untuk dijaga seminggu dua. Namun, sampai sekarang Esmiranda tidak lagi muncul-muncul.
"Tak apalah..aku akan jaga Esfina dengan baik.." Nayla menguntum senyum.
Matanya beralih pada tetamu yang hadir. Tersenyum melihat Conan, Ipo dan Nicki rancak bersembang dengan gelak ketawa. Entah apa cerita kali ini. Alif dan Amir turut sama dalam perbualan itu. Nampak semakin mesra. Dr. Harlina pula sibuk melayan anak kecilnya yang sudah berusia hampir dua tahun. Aylanins, sebulan lagi akan melahirkan anak sulungya. Linda, minggu depan akan melangsungkan pernikahan dengan Amir. Muzafar dan Hani tidak kelihatan dalam majlis itu. Mungkin mereka segan, entahlah.
Senyumannya diganggu dengan bunyi deruman kenderaan dari luar. Dia menjenguk melalui tingkap yang diselak langsir sedikit. Seorang posmen bermotosikal sedang tersenyum di halaman rumah. Ada beberapa surat diletakkan dalam peti surat. Memang setiap hari dia menunggu surat dari Esmiranda. Harap kali ini ada berita baik dari sahabatnya itu. Perlahan Nayla menyarung selipar menuju ke peti surat. Satu persatu surat yang diterima itu dibelek. Tersenyum manis bila melihat ada satu surat bersetem dari California. Cepat saja surat itu dibuka.
Terketar-ketar tangannya saat membaca satu ayat di atas sekeping kertas itu. Tiada alamat pengirim.
'Esmiranda akan mati!'
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih kena teka teki teka tekuk lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya kak...kena teka..rasanya dah ada hint pasal siapa mawar hitam ni
masa muzafar sedang berbual dengan linda di bawah pokok mangga tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiranda ni dendam kat sapa dan kenapa sebenarnya?
rasa2 tadek explain lagi kan kenapa mengapa kan kan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiranda tak dak dendam sapa2..
ok next entry...tapi masih belum terjawab..
|
|
|
|
|
|
|
|
NUN jauh di luar negara, di sebuah rumah flat yang agak jauh dari bandar, seorang perempuan sedang menikmati nikotin yang disedut dari asap rokok. Berkepul asap dihembus. Mata masih menala ke arah luar jendela. Salji nipis masih lagi menyimbah bumi California itu. Matanya dialih pula pada pendiang api. Alangkah bagusnya jika saat ini dia berada di bumi Malaysia. Cuaca walaupun tidak menentu tetapi tetap badannya boleh terima. Keluhan kecil dilepaskan. Sekali lagi asap rokok disedut penuh nikmat. Ah! Dadah itu juga yang dihadap hari-hari bila terpaksa mencari rezeki.
Ding dong!
Bunyi loceng kuat berbunyi di cuping telinganya. Puntung rokok di jari ditenyeh ke meja solek. Rambut yang sedikit kusut dibetulkan. Perlahan dia menuju ke pintu. Pintu dibuka namun tiada sesiapa. Dia sudah tahu, jika itu yang terjadi, ada sesuatu yang ditinggalkan di bawah pintu. Dia membongkok dan mengambil sekeping kertas kecil bernota kaki.
'See you at Wrong Turn Cafe, 11 pm'
Hmm...kalau dulu selalu perjumpaan itu diadakan di Cafe Lu. Naik meluat dan hampir muntah melihat pelayan-pelayan seksi dengan hanya memakai 'two pieces' pakaian. Lega, bila kali ini dia perlu ke kafe yang agak jauh dari bandar. Kertas itu dilipat. Dia mengerling jam. Sudah sepuluh setengah malam. Dia perlu bersiap. Ada kerja baru untuknya, bermakna ada rezeki untuknya menyara hidup walaupun dia tidak pernah tahu arahan dari siapa, orang yang menghantar nota kaki itu adalah orang tengah saja. Pernah juga terfikir untuk berhenti tetapi dia sudah jauh hanyut dalam dunia hitam itu. Segalanya berpunca dari Ryan yang mengkhianati cintanya dan bermula dari situ dia sanggup melakukan apa saja termasuk memenuhi kehendak Muzafar. Ya, lelaki yang dikatakan ada kaitan dengan kisah hitam Detektif Hani dulu. Tidak sangka, Muzafar yang dilihat begitu baik sebenarnya menaruh dendam pada lelaki yang merosakkkan Hani dulu. Pertemuan dengan Muzafar yang tidak sengaja di sebuah kafe di California ketika dia masih di alam belajar dulu itulah yang membuatkan lelaki itu mengupahnya untuk melakukan kerja itu. Dia pulang ke Malaysia dan pura-pura tidak mengenali Muzafar sehinggalah dia selesaikan tugasnya. Malah Nayla juga tidak tahu hal itu.
"Aku dah terjebak jauh dalam kerja gila ni.." Esmiranda senyum nipis. Dia capai topi dan sepucuk pistol diselitkan di pinggang. Dia perlu berjumpa seseorang di kafe itu, kafe yang sama tempatnya bertemu dengan Muzafar dulu. Sebelum keluar, dia mencium foto Esfina. Memang itulah rutinnya setiap hari. Semoga anak perempuannya baik dalam jagaan Nayla.
TIBA di kafe, Esmiranda mencari kelibat penghantar nota kaki itu. Dia hanya perlu menunggu saja. Jika lebih dari sepuluh minit orang yang ditunggu itu tidak hadir, dia akan segera beredar dari situ. Itu adalah mungkin perangkap. Memang setiap kliennya tahu bagaimana hendak mengenalinya. Cukup dengan lakaran bunga mawar hitam di atas sekeping kertas yang sudah diletakkan di tepi meja. Hampir lima minit menunggu, hanya ada lima minit berbaki lagi. Mata masih memerhati ke sekitar. Baki lima minit itu sudah pun berlalu. Kini dia tahu ianya adalah satu perangkap. Dia harus segera keluar dari kafe itu. Topi yang menutupo sebahagian dahinya ditarik lagi. Laju saja langkahnya diatur, ingin segera beredar dari situ.
Tiba-tiba terasa bahunya disentuh dari belakang. Esmiranda sudah bersedia dengan pistol. Sebaik berpaling, seorang kanak-kanak lelaki sedang menghulurkan sekeping kertas kepadanya sebelum berlalu pergi dari situ.
"Hmm..what's this?" Kertas itu dibuka.
'Now your turn! Good bye black rose!'
Serentak itu juga sebaik Esmiranda mendongak semula, satu das tembakan senyap sudah menembusi dadanya, lebih tepat jantung. Terkulai rebah menyembah bumi.
Seorang lelaki yang berdiri di tepi tingkap di salah sebuah rumah tidak jauh dari kafe itu tersenyum puas. Senjata senyap disimpan dalam bekas dan dia segera menghantar mesej kepada seseorang sebelum beredar dari situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
What? Es mati? Patut la dia meroyan semenjak dua menjak ni. Buang tebiat rupanya
|
|
|
|
|
|
|
|
oppsssss...
dalam tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
BUNYI TEKS mesej masuk jelas di telinga. Dia biarkan saja dulu. Hujan renyai di luar masih galak membasahi bumi. Sejak akhir-akhir ini cuaca di Malaysia tidak menentu. Tidak seperti di US sana. Walaupun bersalji, dia sudah biasa dengan cuaca seperti itu. Kopi panas diteguk perlahan. Surat khabar The Star dibuka dan dibaca. Usai membaca, dia meneguk lagi kopi panas sambil menikmati suasana dingin di luar. Dari beranda di luar biliknya yang terletak di tingkat dua di sebuah banglo besar itu, panorama Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas dari kawasan rumahnya di atas bukit. Rintik hujan masih lagi membasahi bumi. Habis satu cawan kopi diteguk barulah telefon bimbitnya dicapai dari atas meja. Teks mesej dibaca.
'Job done!'
Senyuman lebar di bibir terukir mekar. Puas! Akhirnya kematian anaknya Benjamin sudah terbela. Gagal melalui undang-undang mahkamah membuatnya bertindak sendiri mengupah seorang yang cukup profesional dari US, penembak senyap dan penyiasat persendirian yang mahir, walaupun dia terpaksa membayar ratusan ribu ringgit. Nota yang ditulis oleh lelaki yang diupah itu dalam bahasa Melayu itu pula sudah diarahkan untuk menghantarnya kepada Nayla. Biar berita kematian Esmiranda nanti akan diketahuinya tidak lama lagi. Tentu Nayla sudah terima nota kaki itu. Semakin lebar senyuman di bibir.
"Honey...let's go. "
Datuk Mokhtar mengukir senyum. Dia bingkas dari duduknya. Gadis seksi di depannya sudah menggedik ingin memaut lengannya dan sama-sama menuju ke kereta di halaman rumah. Gadis yang dinikahi dalam senyap, isterinya Datin Habibah tidak pernah tahu akan hal itu.
"Where to?" tanya Datuk Mokhtar sambil mencuit hidung isteri mudanya.
"Club House"
Mereka berdua mula menaiki kereta Mercedes hitam menuju ke sebuah kelab malam.
TAMAT sudehhhhhhhhhhhhhhhh....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 26-3-2015 01:04 PM
ipo nak minta maaf pada semua terutama @cmf_conan @aylanins @Nicki_Meow @NaylaArisha @Esmiria @Zamzam2013 @sellie003 @ladyFinger12 @kenarihitam
kerana menggunakan nama korang sebagai watak dalam citer ni. Ampun ya..
genap 2 bulan aku berkarya NOTA KAKI ni...
sekian saja...tirai panggung ditutup....
|
|
|
|
|
|
|
|
ni sapo plak datuk mokhtar neh? pernah muncul ka sebelum neh? |
|
|
|
|
|
|
|
bapak Ben lerr...
tapi kan...aku dah lupa nama bapak Ben ni
malas nak belek belakang...kalau aku tersalah tu..sori ek
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah @Ipo... Good job sbb dpt habiskan cite ni... Kami suka |
|
|
|
|
|
|
|
untung la ko kawin sampai dua kali
|
|
|
|
|
|
|
|
eh..bukan ko pun nikah dua kali gak ke?
bini pertama Arisha..bini kedua Ayla
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawin kali pertama dapat resort yeayyyy
Kawin kali kedua dapat jadi menantu Tengku double yeayyy
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. cemaner bley lupa
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|