|
1500# cintan 66
ha'ah leee.... tapi kan koi tengok sekarang dah jadi mcm warna stendet pulok oren ni utk banduan, kalau tak silap koi kat mesia pun pakai kaler oren jugek... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam orang temerloh, goner ari ni senyak je rodong2 temerloh? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam orang temerloh, goner ari ni senyak je rodong2 temerloh?
bulat Post at 13-8-2009 10:16 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
ander jerk nie hah bulat..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ander yek...koi ingat kan bertapa kat rantang mana2 tadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam orang temerloh, goner ari ni senyak je rodong2 temerloh?
bulat Post at 13-8-2009 10:16 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam bulat, salam ct
ader..........
boleh terlupa nak upkan rumah ni arini
sibuk ngat bersembang rumah org lain |
|
|
|
|
|
|
|
ander yek...koi ingat kan bertapa kat rantang mana2 tadi....
bulat Post at 13-8-2009 10:39 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
dekat bulan2 pose ni maner boleh bertapa bulat |
|
|
|
|
|
|
|
ander yek...koi ingat kan bertapa kat rantang mana2 tadi....
bulat Post at 13-8-2009 10:39 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
boleh tanya tak?.... boleh bagitau tak apa dia rantang tu..ikhlas saya tak tahu........ |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tanya  tak?.... boleh bagitau tak apa dia rantang tu..ikhlas saya tak tahu........
monorail Post at 14-8-2009 07:07 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
rantang tu bahasa tempat koi, maknanya tempat atau kawasan. contoh ayat: ada koi letok rantang tu laaa... maknanya koi letak tempat/kawasan tu laa |
|
|
|
|
|
|
|
rantang tu bahasa tempat koi, maknanya tempat atau kawasan. contoh ayat: ada koi letok rantang tu laaa... maknanya koi letak tempat/kawasan tu laa
bulat Post at 14-8-2009 07:56 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
terima kasih..bulat kena letak word ni kat arkib bahasa pahang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
rantang tu bahasa tempat koi, maknanya tempat atau kawasan. contoh ayat: ada koi letok rantang tu laaa... maknanya koi letak tempat/kawasan tu laa
bulat Post at 14-8-2009 07:56 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
bulat join lah arkib bahasa pahang tu |
|
|
|
|
|
|
|
insya Allah, keknyer koi nengok dah banyok dah perkataan kt situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
rantang tu bahasa tempat koi, maknanya tempat atau kawasan. contoh ayat: ada koi letok rantang tu laaa... maknanya koi letak tempat/kawasan tu laa
bulat Post at 14-8-2009 07:56 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
kome nyebet entang.....sama je maknanya....
meh join arkib pahang meh....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai tercemar: Beribu ikan, udang mati
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0816/Utusan_Malaysia/Timur/wt_02.1.jpg)
affandi Yaakob menunjukkan beberapa ekor ikan baung ditemui mati di beting pasir Sungai Semantan, Pahang, semalam.
TEMERLOH 15 Ogos - Pendapatan lebih 20 nelayan Sungai Semantan di Kampung Kuala Kaung dekat Lanchang terjejas berikutan pencemaran yang berlaku di sungai terbabit menyebabkan beribu-ribu ekor ikan pelbagai spesies mati.
Menurut penduduk, pencemaran sungai itu juga menyebabkan hampir satu tan metrik ikan dari spesies kelah, baung, lampam dan tengalan turut musnah.
Penduduk mendakwa, pencemaran itu berpunca daripada pelepasan sisa toksik dan bahan kimia daripada kilang-kilang yang beroperasi di Bentong.
Tinjauan Mingguan Malaysia bersama beberapa penduduk bermula dari Kampung Kuala Kaung hingga ke Kampung Dala dekat sini menemui beratus ikan terdampar di beting pasir dan tebing sungai terbabit.
Seorang penduduk yang ditemui, Affandi Yaakob, 40, berkata, selain ikan, turut menjadi mangsa pencemaran ialah udang galah.
Menurutnya, kejadian itu hampir menyamai pencemaran yang berlaku 15 tahun lalu di sungai itu apabila beribu-ribu ekor ikan mati akibat pencemaran yang dipercayai berpunca dari sebuah kilang di Bentong.
"Pendapatan kami yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan sungai kini terjejas dan pencemaran ini akan mengakibatkan ikan pupus dan mengambil masa sekurang-kurangnya empat atau lima tahun untuk pulih semula," ujarnya.
Affandi kini terpaksa mencari kerja lain bagi menampung kehidupan keluarganya untuk tempoh yang agak lama sebelum dapat turun semula ke sungai untuk menangkap ikan.
Rakannya, Zakaria Ibrahim, 41, berkata, mereka bimbang pencemaran itu menyebabkan penduduk yang mengusahakan ternakan ikan sangkar di sepanjang Sungai Semantan seperti di Kampung Kelubi dan sekitar Temerloh turut terjejas.
Sebelum pencemaran itu berlaku jelasnya, dia mampu meraih sebanyak RM40 sehari daripada hasil tangkapan ikan di sungai berkenaan.
"Kami mahu Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat punca pencemaran ini dan jika betul ia berpunca daripada kilang berkenaan kami mahu ia ditutup," tegasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak makan ikan baung
asik makan ikan patin je |
|
|
|
|
|
|
|
upkan temerloh
dah tertolak ke page 2 |
|
|
|
|
|
|
|
up kan thread ni
tarik naik keatas
Ad dah seminggu tak nampak |
|
|
|
|
|
|
|
balik hrtue makan maska lemak ikan baung..sedap
sebenarnye takdelah minat ikan baung nie..try sedap plak
tapi telur ikan baung memang marvellouslah...
lama tak ost cnie..busy bangat
semlam cut ...
ctsueraya Post at 18-8-2009 11:21 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak penah makan telur ikan baung |
|
|
|
|
|
|
|
Didik murid benci dadah
Oleh ALI MAHMOOD
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0819/Utusan_Malaysia/Timur/wt_01.1.jpg)
SEBAHAGIAN daripada murid sekolah kebangsaan zon tengah yang menyertai Program Intim di Kem 7 Rejimen Renjer Diraja (RRD) 4 Mekanis, Mentakab, baru-baru ini.
TEMERLOH 18 Ogos - Usaha menjadikan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2015 boleh dicapai melalui program kesedaran membabitkan kanak-kanak dan pelajar bermula di peringkat rendah lagi.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) melancarkan Program Kecemerlangan Intelek Murid (Intim).
Program tersebut bertujuan mendidik mereka supaya menolak dan membenci dadah yang diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi.
Bagi peringkat zon tengah di Pahang, Intim membabitkan murid tahun lima dari sekolah-sekolah di Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut.
Seramai 137 pelajar dari 23 sekolah rendah dipilih mengikuti program itu di Kem 7 Rejimen Renjer Diraja (RRD) 4 Mekanis, Mentakab selama tiga hari tiga malam baru-baru ini.
Antara modul yang diajar dalam program itu ialah pendidikan pencegahan dadah, penilaian jati diri dan peningkatan harga diri, merempuh halangan dan litar tali tinggi.
Hasil tiga hari berkampung di Kem 7 RRD itu, murid terbabit menunjukkan sikap positif dan tidak mahu terbabit dengan aktiviti penagihan dadah bahkan mahu menjauhkan diri daripada terjebak dengan gejala penagihan najis itu.
Beberapa murid yang ditemui memberitahu, program tersebut sangat berfaedah kerana ia mampu membentuk keyakinan diri dan bersikap positif untuk mencapai kecemerlangan.
Muhammad Shakir Khalafee, 11, berkata, program tersebut mendidik mereka menjadi pelajar yang berjaya bukan saja dalam pelajaran tetapi turut membentuk dirinya menjadi pelajar yang mempunyai keyakinan tinggi.
"Kami dilatih menjadi pemimpin untuk berbakti kepada negara dan masyarakat. Di kem ini juga kami diberitahu mengenai bahaya mengambil dadah dan kesannya terhadap diri sendiri serta keluarga dan negara.
"Apabila dewasa nanti, saya juga tidak mahu terlibat dengan penagihan dadah kerana tidak ada masa depan dan dibenci masyarakat," kata Muhammad Shakir dari Sekolah Kebangsaan Bukit Bota, Chenor, Maran.
Selain itu, dia turut seronok apabila didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik seperti panjat tali tinggi.
Murid Sekolah Kebangsaan Taman Jaya, Temerloh, Azreen Razak, 11, berkata, program tersebut berjaya memberi kesedaran kepada mereka betapa bahayanya ancaman dadah.
"Saya tidak mahu menghisap dadah kerana kalau terlibat sukar untuk mencari jalan keluar. Dadah boleh membuat kita hidup merana ibarat mayat hidup.
"Program seperti ini memberi kesedaran kepada saya dan rakan-rakan agar menjauhi diri daripada dadah dan saya rasa program ini perlu disertai semua pelajar kerana ia sangat berkesan," ujar Azreen.
Rakannya dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Nadia Razali, 11, memberitahu, ceramah oleh AADK sangat berkesan dan memberi kesedaran kepada peserta agar membenci najis dadah.
"Sebelum ini kami hanya dengar bahaya dadah tetapi tidak tahu apa sebenarnya dadah tetapi setelah mendengar penerangan AADK dan JPNP, baru kami faham.
"Seperti rakan lain, saya juga tidak mahu terlibat dengan penagihan dadah dan saya rasa bertuah diberi peluang menyertai kem ini. Ia memupuk semangat keyakinan serta jati diri agar menjadi warga negara yang bermaruah dan bertanggungjawab," kata Nadia.
Sementara itu, Penolong Pegawai AADK Cawangan Temerloh, Aidil Bakri menjelaskan, Intim bertujuan menguatkan integriti dan jati diri pelajar di peringkat sekolah.
Katanya, Intim adalah kesinambungan daripada program sebelum ini yang dikenali sebagai 'Pintar' tetapi pengisiannya tetap sama iaitu mendidik pelajar menjauhi dan membenci dadah.
"AADK dan JPNP berharap program ini memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa supaya membebaskan keluarga dan tempat kerja daripada pengaruh dadah," katanya.
Tambahnya, bagi mengelakkan mereka terperangkap dengan gejala penagihan dadah apabila dewasa nanti, murid-murid perlu ditanam dengan keyakinan diri supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan anasir yang cuba mengheret mereka menjadi penagih dadah.
"Daripada kajian AADK dan beberapa lagi agensi kerajaan mendapati antara punca golongan muda mudah terperangkap dalam penagihan dadah kerana tidak mempunyai integriti dan daya ketahanan diri.
"Dalam zaman yang serba canggih ini pelajar tidak lagi boleh berpeluk tubuh sebaliknya perlu berusaha meningkatkan ketahanan diri dan kewibawaan menolak gejala penagihan dadah," kata Aidil.
Tanpa ilmu, ujarnya, pelajar terutama orang Melayu akan tercicir dan berhadapan pelbagai cabaran sama ada dalam bidang ekonomi mahupun politik.
Sehubungan itu, Aidil berharap pelajar terbabit dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan program Intim agar menjadi insan yang bertanggungjawab dan berjasa kepada negara serta bebas daripada pengaruh dadah.
"AADK dan JPN berharap program ini menjadikan usaha memerangi dadah di kalangan pelajar dan belia sebagai agenda utama mengelak lebih banyak belia terjebak dengan dadah di masa depan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|