Originally posted by salju at 28-3-2008 09:13 AM
tertarik pada lentiknya alis
bila ianya sentiasa dijaga
hebat sungguh negeri perlis
2 tingkat pun pakai lift juga
*~tgk ler mas...mungkin malam masa lebih panjang~*
kuih Kelantan bnyk yg bersira
makan bersama dengan Azira
negeri Perlis nun di utara
banyak makanan pembuka selera
Originally posted by isyarina at 28-3-2008 09:11 AM
si dia lalu depan rumah
daku intai balik pintu
dia senyum tegur ramah
katanya kekasih nombor satu..
suka bergaduh dan berbalah
selalu saja nak nombor satu
tegur salah tak tegur pun salah
tulah sebabnya dia jadi ratu