CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haizaiza

[Penerbit] ** KAKI NOVEL **

  [Copy link]
Post time 20-5-2013 08:53 PM | Show all posts
runaway_dida posted on 29-4-2013 01:49 PM
novel2 acik lana mmg xpenah menghampakan me..
for all five novels mmg best..
PCBS mmg menengahka ...

setujuk dgn ulasan awak.
boleh dikatakan PCBS adalah novel terbaik acik lana.
nampak kematangan dalam penulisan acik.
novel2 acik sebelum-sebelum ni banyak kisah tentang hero heroin cantik.
yg PCBS nampak permainan perasaan dan hati.
tahniah acik lana dari daku yg asik mengkritik karya ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 08:57 PM | Show all posts
cm_asamkumbang posted on 18-5-2013 06:16 PM
Baru habis baca Gadis Edisi Terhad - Rin Ahmad,

Kisah cinta antara Fareez dan Jasmeen.. HUbungan  ...

daku tgh baca gadis edisi terhad.
baru setengah buku.
apa yg daku tak suka adalah part2 cerita pasal jenama semua aku blur sebab sepatah haram aku tak tahu satu jenama pun. jadi kat situ dah potong mood nak baca sbb tau apa langsung. mcm dah jadi novel utk org2 kaya jer. huhu

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 01:56 PM | Show all posts
mijot posted on 20-5-2013 08:57 PM
daku tgh baca gadis edisi terhad.
baru setengah buku.
apa yg daku tak suka adalah part2 cerita p ...

Tula pasal, kekadang bosan jugak dok baca tentang benda yang kita memang taktau langsung..
Penulis ni kaya agaknya..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 01:40 PM | Show all posts


LU’LU MARJAN - ANARIF
SEMENANJUNG:- RM28.00 AHLI KN: RM24.00
SABAH/SARAWAK :- RM31.00 AHLI KN: RM27.00

Sinopsis:-
Apabila Marjan muncul di banglo Dato' Safwan, semua orang mencurigainya, lebih-lebih lagi Lu'lu', anak kandung Dato' Safwan. Sikap Lu'lu' yang sedikit baran membuatkan Marjan tercabar dan kerap bertikam lidah dengannya namun, Marjan mengalah apabila mengetahui
kisah di sebalik sikap Lu'lu' yang membuatkan dia tidak senang duduk.

Lawatan ke PD membuatkan hubungan si pemandu dan anak gadis tuan rumah itu bertambah baik, dan Marjan semakin jauh dengan misi utamanya yang mencampakkannya ke banglo tersebut. Apabila Marjan terpaksa pulang ke kampungnya secara tiba-tiba, Lu'lu' tidak sedap hati. Musibah menimpa apabila Dato' Safwan meninggal dalam kemalangan ketika ketiadaan Marjan.

Sekembalinya Marjan ke banglo itu, Marjan menjadi suspek utama dan Lu'lu' patah hati apabila Marjan cuma membisu bila tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya. Marjan tidak mengaku kalah. Dia sudah bertekad untuk menawan Lu'lu' kembali, walaupun Kartini, kakak angkat Lu'lu' turut mencurigainya.

Marjan melamar, namun penolakan Lu'lu' membuatkan Marjan kembali ke alam nyata. Statusnya
sebagai seorang pemandu tidak cukup buat anak gadis hartawan seperti Lu'lu'. Tanpa mendedahkan identitinya, Marjan pergi untuk selama-lamanya membawa hati yang luka kerana misinya sudah gagal.

Apabila Lu'lu' dalam bahaya, Marjan kembali mendengar kata hatinya dan melompat turun dari takhta. Kali ini, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya. Demi Lu'lu', Marjan sanggup kehilangan segala-galanya dan benarlah, cinta itu buta. Tetapi butakah cinta Lu'lu'?
Mengapakah Marjan terpaksa pergi sekali lagi dengan hati yang luka? Bolehkah permata Lu'lu' dan Marjan berdampingan untuk selama-lamanya?

“Tanya sama hati, Apa sebab suka,
Nanti jawab hati, Suka hati aku la....”


JURNAL AISHITERU – AIMA CHAN
SEMENANJUNG:- RM19.00 AHLI KN: RM15.00
SABAH/SARAWAK :- RM22.00 AHLI KN: RM18.00

Sinopsis:-
Siapa sangka, kepulangan Khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kemunculan Adam Daniel yang tanpa belas kasihan menjadikan dirinya tawanan selama sebulan di dalam hutan. Khaleeda tidak tahu kenapa dia diculik dan dihukum sebegitu rupa malah, dia tidak pernah tahu nama pemuda itu sepanjang dia berada di hutan.

“Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali?” -Khaleeda Adni-

“Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke hah? Anak tak guna macam kau ni, sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup dari dulu lagi.” -Adam
Daniel-

Apakah dendam Adam terhadap Khaleeda hingga dia tegar menghukum gadis? Namun semuanya terlerai, saat kisah Khaleesya Adni dan Aidil Sadhi diceritakan oleh Lukman yang tahu segala-galanya. Penyesalan mula hadir namun, semuanya sudah terlambat.

Adam diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahannya terhadap Khaleeda dan dia sanggup menebus maruah gadis malang itu. Namun, Tengku Akimi muncul menagih janji Khaleeda saat dia sudah terikat. Saat semuanya sudah tidak boleh diundur lagi dan hatinya sudah mula terbuka buat Adam. Segalanya menambah kekusutan dalam hidup Khaleeda dalam mencari erti satu kebahagiaan.

“Khal jangan tipu Kim. Khal tak setia pada janji kita. Empat tahun Kim sanggup tunggu Khal, demi janji yang kita buat. Kenapa Khal terlalu senang lupakan semua tu. Kenapa Khal?” –Tengku Akimi-

“Kenapa kau dapat semua hah Khal! Apa lebihnya kau dari aku? Kau rampas semua daripada aku. Kau rampas nenek, mama, papa Zhar, Kim. Semuaaa!!! Aku benci kau Khaleeda. Aku benci!” –Khaleesya Adni-

Mampukah Khaleeda merasai nikmat sebenar bahagia kerana perjalanan hidupnya tidak pernah sepi dari diganggu dugaan dan derita. Segalanya telah tercoret kemas dalam Jurnal Aishiteru.

“Kucoretkan segala bahagia di sini, agar dapat aku simpan memori bersamamu… I love U.”


3 BULAN – NURIL BAHANUDIN
SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00

Sinopsis:-
Tiga Bulan membawa kisah seorang gadis yang bernama Nuriz Binti Abdullah. Anak terbuang yang langsung tidak mengenali kedua-dua ibu bapanya dan dibesarkan di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Qaseh.

Perjalanan hidupnya mula berubah bila dalam keadaan tak diduga dia telah bertemu dengan Wan Nazariel Bin Dato’ Wan Nazri yang sombong, berlagak dan ego.

Kehidupannya menjadi semakin huru-hara apabila dalam tak sengaja dia telah terlibat dalam kemalangan dengan lelaki itu. Terdesak untuk membayar ganti rugi dek kemalangan itu, Nuriz telah terpaksa rela bekerja dengan lelaki itu sebagai seorang budak penghantar surat selama tiga bulan memandangkan lelaki itu baru saja memecat budak penghantar suratnya.

Dalam tempoh tiga bulan bekerja dengan lelaki itu pelbagai peristiwa telah berlaku hingga mengubah terus kehidupannya. Daripada berstatus ‘cik’ kepada status ‘puan’.

Hidupnya juga bertambah tunggang-langgang dengan kehadiran Dorina yang sentiasa cemburukan dirinya dan kehadiran Zefrul Arham yang tergila-gilakannya.

Sekuat manakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulannya bersama Wan Nazariel? Mampukah dia menghadapi segala kerenah lelaki itu? Bagaimana dia menepis umpat kejian daripada Dorina dan menyelamatkan diri daripada buruan Zefrul Arham?

“Dalam benci ada rindu yang mengisi, Dalam marah ada sayang yang mula bercambah.”
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:02 PM | Show all posts
Novel kaki novel majoriti tema kahwin paksa.dah bosan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 03:16 AM | Show all posts
nadna posted on 18-7-2013 08:02 PM
Novel kaki novel majoriti tema kahwin paksa.dah bosan pulak

yes2.. i sokong.. boring la pulak kaki novel ni.. balik2 jln crita lebih kurang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2013 02:03 PM | Show all posts
chit_ana posted on 18-7-2013 01:40 PM
LU’LU MARJAN - ANARIF
SEMENANJUNG:- RM28.00 AHLI KN: RM24.00
SABAH/SARAWAK :- RM31.00 AHLI KN ...

journal aishiteru tuh macam lakorn .. (drama thai) tajuk die... jam loey rak : prisoner of love..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 03:29 AM | Show all posts
skymania posted on 22-7-2013 02:03 PM
journal aishiteru tuh macam lakorn .. (drama thai) tajuk die... jam loey rak : prisoner of love..: ...

haah la... macam sama je..
XD terasa nak beli, nk tengok sama ke tidak XDDD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 12:31 AM | Show all posts


BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU
SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00



Sinopsis:-

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”


KULI RUMAH UNTUK DIA - AIREEN ARYANA
SEMENANJUNG:- RM20.00 AHLI KN: RM16.00
SABAH/SARAWAK :- RM23.00 AHLI KN: RM19.00


Sinopsis:-

“Ini mata ikan, dan ini hidungnya!” –Minn

“Ini hidung?” –Syak

Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!

Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!

Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…

“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak

“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn

Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?

Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?

“I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.

Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.

“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada

“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia

“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam….”


MIS XL - RINA FARIZQ
SEMENANJUNG:- RM26.00 AHLI KN: RM22.00
SABAH/SARAWAK :- RM29.00 AHLI KN: RM25.00



Sinopsis:-

Miss XL? Kenapa Miss XL? OMG! Tak sangka dapat title macam tu. Nama sebenar cukup indah, tapi diberi gelaran begitu. Sedihnya hati... kejamnya manusia yang menggelarkan sesama sendiri!

Tolonglah! Jangan pandang seseorang dari bentuk fizikal sahaja tapi, pandanglah dengan mata hati. Di sebalik badan yang besar, masih terdapat sekeping hati yang ingin dikasihi dan dicintai.

Perempuan gemuk bersaiz XL pun masih ada kelebihannya yang tersendiri, tau!

“Kalau di langit, kau umpama bintang yang bercahaya. Kalau di lautan, kau umpama mutiara yang menyinar. Kalau di hutan, kau merupakan kera yang bergayutan!”
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:32 AM | Show all posts


AWEK SKUTER - ILYA ABDULLAH

Pastinya anda tertanya-tanya apa itu NOMIK?

NOMIK adalah hasil gabungan 2 karya kreatif iaitu novel dan komik.

Yang menariknya NOMIK ini sepenuhnya ditulis dan dilukis oleh Ilya Abdullah sendiri! Hebatkan???




Sinopsis:-

Adllea... gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik tentang dirinya selain skuternya yang berwarna pink itu. Adllea seorang yang agak naif, lurus dan polos sedikit. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temantemanya kata dia bagaikan si pungguk yang rindukan bulan.

Dalam pada itu, dia turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkel hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat yang sukar untuk difahami perangai sebenarnya itu secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu. Saat Adllea mahu meluahkan perasaan di hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan.

“Kalau aku jadi pungguk, siapa agaknya si bulan itu?”
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 12:46 AM | Show all posts
td,.. pas exam.. pi kino..rembat buku neh..



best! sker tgk cara olahan ayat.. oklah.. sbb before this.. ada few novel yg hazab sungguh olahan ayat..

crita pon menarik..walaupon tema kawen paksa2 gituh.. cinta pas kawen paksa..

so kasik 3 bintang.. ha3..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 01:02 AM | Show all posts
chit_ana posted on 19-8-2013 12:31 AM
BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU
SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SABAH/SARAWAK :- RM2 ...

masa nina kene halau ngan datuk zainuddin tuh..sedey lak aku baca.. terasa kesedihan die..

dah lah pas gugur.. pastu kene halau..gantung tak bertali..

tp ujung2 crita..aku suka lak kt danish arham tuh.. die btol2 suka lak kat nina..

lelaki baik cam daniel arman tuh ada dark side.. panas baran..biler dah marah..takotnyer!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2013 11:23 AM | Show all posts
skymania posted on 28-8-2013 01:02 AM
masa nina kene halau ngan datuk zainuddin tuh..sedey lak aku baca.. terasa kesedihan die..

d ...

tq review..masuk list

mph online ada sale.jom rembat
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 10:21 AM | Show all posts
chit_ana posted on 28-8-2013 11:23 AM
tq review..masuk list

mph online ada sale.jom rembat

kite same...
iols dan2 review kat sini nak memborong kat mphonline...
lame dah tak beli kn punye novel sbb beli tebal2 kadang2 mengecewekan..
cite tak best...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:39 PM | Show all posts
Terima Kasih Cinta - Lya Zara

Pertama kali bertemu, mereka berebut teksi. Kerana itu, tawaran kerja Amani yang pertama terpaksa dilepaskan. Kali kedua, Zafran adalah bosnya sendiri jika dia diterima bekerja di situ. Walaupun cara pemakaian Amani menyakitkan mata Zafran, namun tugas setiausaha yang telah lama terabai perlu diisi segera. Amani diterima bekerja dengan syarat-syarat yang Zafran sendiri tetapkan. Lagipun Amani bukan perempuan idamannya. Namun kata orang, jangan menilai tanpa kenal terlebih dahulu. Tapi itulah yang dirasa oleh Zafran. Mula-mula menyampah, tapi semakin kerap bersama Amani, rasa bahagia mula hadir dalam dirinya.

Amani dihantar berkursus tetapi hidup Zafran jadi huru hara kerana rindukan Amani sehingga membawa lelaki itu menjejak Amani di kampung. Melihat pada hidup dan keluarga Amani buat Zafran rasa bertambah-tambah bahagia. Kemunculan semula Natrah, bekas teman wanita Zafran buat Datin Nuraina mengambil langkah segera dengan ingin menjodohkan Zafran dengan Amani yang telah ditemuinya sebelum ini. Walaupun baru pertama kali bertemu, Datin Nuraina dapat rasakan Amani adalah calon yang menepati pilihan untuk dijadikan menantunya. Zafran menolak pilihan Datin Nuraina kerana hatinya telah ada Amani, Datin Nuraina pula mahukan Amani menjadi isteri Zafran. Bila nama kedua-duanya disebut secara serentak, barulah Zafran dan Datin Nuraina dapat menarik nafas lega. Siapa sangka orang yang sama telah ada dalam hati Zafran mahupun Datin Nuraina.

Pulangnya Natrah ke Malaysia membawa hajat. Doanya supaya dipertemukan dengan Zafran menjadi bertambah mudah bila Amani menjadi orang tengahnya. Hubungan perkahwinan Zafran dan Amani diduga bila Arisya membalas dendam dengan cara menggunakan ilmu hitam. Mereka semakin jauh bila Amani tahu Natrah telah menjadi madunya. Hati yang remuk buat Amani pergi meninggalkan Zafran tanpa tahu perkara sebenar.

Novelis baru. Aku baca sebab dekat FB ada yang komen cerita nie best. So, try baca. Aku boleh masuk dengan jalan cerita nie. Senang cerita bagi aku best
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 12:08 PM | Show all posts


ACTUALLY, I LOVE YOU! - AZIEANA

SEMENANJUNG:- RM23.00 AHLI KN: RM19.00
SABAH/SARAWAK :- RM26.00 AHLI KN: RM22.00


Sinopsis:-

Tengku Amier mula tertarik dengan Nisreen sejak pertemuan pertama di rumah orang tuanya. Nisreen kemudiannya bekerja di Dynamic Holdings yang mana Tengku Amier adalah CEO syarikat itu. Terdesak untuk mendapatkan semula tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Nisreen terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Amier. Untuk itu dia telah membuat perjanjian bahawa perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa kecuali keluarga mereka sahaja. Kehadiran Haris, seorang duda anak satu benar benar membuatkan Nisreen buntu untuk membuat keputusan. Apatah lagi bila lelaki itu melamarnya sebagai isteri. Perlukah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Sebenarnya… siapakah yang Nisreen cintai?

“Sebenarnya... cinta itu satu pengorbanan. Kerana aku cintakan dia, aku sanggup lakukan apa saja untuknya.”

MISS & MRS - LYN DAYANA
SEMENANJUNG:- RM19.00 AHLI KN: RM15.00
SABAH/SARAWAK :- RM22.00 AHLI KN: RM18.00



Sinopsis:-

Dannial Mirzan (Nial): Sungguh! Dia tidak pernah suka main kahwin-kahwin! Tetapi, dia tetap menurut permintaan kawannya itu. Dan siapa sangka beberapa tahun selepas itu mereka betul-betul diijabkabulkan dalam usia yang belum menjangkau dua puluh tahun! Sama ada menyerah atau merampas cinta isterinya itu, dia terpaksa mengikut kata hatinya. Atau... dia patut berpaling kepada Chill?

Dahlia Zahirah (Ira, Lia): Memang dia pernah berangan-angan untuk memakai baju kurung putih dan berselendang sambil duduk bersimpuh menanti bakal suami menyempurnakan ijab dan kabul. Tetapi, tidak pernah dia terfikir untuk bernikah dalam waktu sesingkat ini. Bukan Dannial Mirzan, orang yang dia tidak begitu kenali. Dia tahu yang dia terpaksa merahsiakan pernikahannya daripada pengetahuan Paied!

Fadhiel Hazri (Paied): Dia sayang gadis itu. Dia prihatin dengan gadis itu. Dia suka perhatian yang diberikan oleh gadis itu kepada dirinya. Sentiasa menyokongnya di tepi padang. Tetapi, semenjak cuti semester gadis itu menjadi seorang yang memendam perasaan. Lebih banyak berdiam daripada bercakap. Lebih banyak tersenyum daripada tertawa. Kenapa dengan gadis itu? Apa yang mengusutkan fikirannya?

Shieyna Maria (Chill): Dia benci dengan Dahlia. Dia merasakan yang hidupnya menjadi seperti itu kerana Dahlia. Dulu Paied dan sekarang Dannial. Dia yang bersusah payah menjerat Dannial tidak akan membiarkan Dahlia mendapat jejaka itu. Memang dia kecewa apabila gagal menggoda Paied yang sempurna segalanya. Dan dia sanggup membuat APA SAJA agar tiada seorang pun dapat menghancurkan kebahagiaannya.

“Alah... kalau kita berdua ada jodoh, kat tepi jalan pun boleh jumpa.”

KUPILIH HATIMU - AREILA SAHIMI

SEMENANJUNG:- RM30.00 AHLI KN: RM26.00
SABAH/SARAWAK :- RM33.00 AHLI KN: RM29.00


Sinopsis :

Daripada pertemuan pertama, kedua dan ketiga yang tidak disangka-sangka itu... langsung tak ada manisnya. Intan Nurain memang dah pangkah lelaki ini sejak mula-mula bertemu dulu. Tetapi, takdir telah membawa dia begitu dekat dengan lelaki itu. Rupa-rupanya Imran Hadi adalah pemilik sebenar rusuk kiri ini!

Kalau bukan sebab agenda tersembunyi Imran, pasti dia takkan menyesal berkahwin dengan lelaki itu. Nak terus menyesal pun dah tak ada guna. Benda dah jadi. Lagipun mereka berdua berkahwin sebab masing-masing ada motif dan agenda yang tersendiri. Daripada terus nak marah-marah dan saling menyalahkan, lebih baik berdamai. Baru aman dunia dan selesai masalah!

Oppsss!!! Rupa-rupanya masalah tak pernah selesai. Memang masalah la, kan bila hati Imran dah jatuh pada Intan. Lagi parah bila Intan lebih menunjukkan minat kepada Amir Haikal, si adik yang lebih kacak dan lebih pandai menarik perhatian para wanita di luar sana. Imran rasa hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau Rambo, kemudian disalai di atas bara api dan kemudian dicurah dengan kuah gulai lemak cili padi.

Itu belum masuk lagi cerita Lydia Natasya yang tak habis-habis mengacau rumah tangga orang dan kemunculan semula cinta-hati-tak-jadi Intan. Datin Yuhanis tu pulak siapa dan masih ada lagikah bahagia untuk mereka?

“Kupilih hatimu agar dekat dengan hatiku….”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 01:32 PM | Show all posts
chit_ana posted on 12-9-2013 12:08 PM
ACTUALLY, I LOVE YOU! - AZIEANA
SEMENANJUNG:- RM23.00 AHLI KN: RM19.00
SABAH/SARAWAK :- RM26.0 ...

konfius lyn Dayana ni sama ke dengan Lynn Dayana novelis Alaf 21....nama nak dekat sama....kalau Lynn Dayana tu memang minat stail penulisan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 02:01 PM | Show all posts
sapp73 posted on 13-9-2013 01:32 PM
konfius lyn Dayana ni sama ke dengan Lynn Dayana novelis Alaf 21....nama nak dekat sama....kalau L ...

Sapp, orang yang berbeza. Semlm pun Kak Lynn Dayana dah bgtau dekat FB dia yang itu bukan dia. Sebab dia risaulah kot ramai salah sangka. Aku tgk nama penulis tapi tak terasa pun Kak Lynn. Sebabnya n dia 1, then tak ada pun Kak Lynn update kat FB bgtau dia dah kuar novel baru atau tukar publisher lain. Blh plak nama sama kan. Hehehehe... Cuba ubah nama Lyn tu jadi Lin ker, Leen ker. Tak adalah ketara sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
honey_d7881 posted on 13-9-2013 02:01 PM
Sapp, orang yang berbeza. Semlm pun Kak Lynn Dayana dah bgtau dekat FB dia yang itu bukan dia. Seb ...

Khen honey...kalau leen diana ke, lin dyana ke ok jugak...ni bikin konfius...thanks for info...org yang lain ye...aku minat hasil tulisan lynn, ada unsur komedi, saspen
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:23 AM | Show all posts
sapp73 posted on 13-9-2013 05:07 PM
Khen honey...kalau leen diana ke, lin dyana ke ok jugak...ni bikin konfius...thanks for info...org ...

Small matter. Apa yang aku tau, aku blh kabarkan kat sini
Samalah. Salah sorang penulis yang buat cerita ada macam2 emosi. Tu yang aku buat aku 'jatuh' sayang kat dia. Hehehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072855 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list