|
Oya dh ambik surat pengiktirafan ijazah kt JPA semlm, menompang kwn ke sana. xsampai sejam pon menunggu, dh dpt surat tu. Ada gak tolong ambik utk kwn, dia budak UM dlu. Guna salinan ijazah yg translated dlm BI, pon boleh je.
Pd yg dok jauh dr putrajaya, Oya rasa korang request surat tu by post je & pd ms yg sama print gak pengiktirafan dr website JPA. Sekiranya masa interview surat pengiktirafan xsampai, maklum kan lh kpd penemuduga, dh mohon tp xsampai lagi.
Kpd yg kena interview lewat skit tu, baik apply dr sekarang, mgkn dh boleh bwk ms interview. Kpd yg ada sedara-mara @ kengkawan yg yg keje @ dok area putrajaya tu mgkn blh mintak tolong diorg, lg cepat dr tunggu diorg poskan dkt kita.
tu pndpt oya yg 2sen je
[ Last edited by oya_oyi at 21-7-2007 04:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1501 oya_oyi's post
betul tu..kalau pos ambil masa lebih kurang... em berapa ye...
pos 27/6/2007 dari Shah Alam, proses surat kelayakan 3/7/2007, diorang pos balik 11/07/2007, sampai kepada saya di Terengganu 15/07/2007. Lebih kurang 2 minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1503 NagaVillage's post
em,mengikut pemahaman sy PIPP & PTPP tu sama la..
btl ke?
bole bantu x kwn2 yg lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1504 goldraja's post
tunggu sesapa yang leh bantu........... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhh...dah 2 ari xmsuk thread ni....mcm2 info yg terbaru ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1507 sakinna's post
Alhamdulillah..syukur la if nk pakai ramai..igtkn dlm 4-5 ribu org je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum semua
Selalu datang sini, tapi silent reader jer.
Alhamdullillah saya dapat untuk interview KPLI di Institut Perguruan temenggung Ibrahim 8.8 ni, opsyen bahasa Inggeris.
Tapi amat risau sebabnya say Bi bukan bagus sangat, tapi apply sebab itu jer yg boleh di apply.
takut sangat.
Surat pengesahan JPA mcm mana yer? saya tak faham lah. takkanlah saya nak ke putrajaya? saya kat johor ni, kat pelusuk lak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1509 tanam_anggur's post
sy lg jauh ni....dok lgkawi kedah..
sy post je,tp xtau JPA nak reply balik bila...so sy print surat pengeshan dr web JPA gak (standby)
sy intv. 22 Ogos ni... |
|
|
|
|
|
|
fizatull This user has been deleted
|
nak tanya member kat sini, bila agaknya permohonan tuk kpli ambilan julai 2008 akan dibuka. agak2 nya bulan berapa? fiza terlepas tuk mohon kpli ambilan jan 2008. sedih sgt..sbb terlepas peluang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1505 NagaVillage's post
PIPP & PTPP tu perkara yang sama...PTPP tu lebih kepada mcmana nak jdkan PIPP tu berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1511 fizatull's post
intake july kes khas...kebiasaannya kpli ditawarkan setahun sekali...nampaknya fizatull kenalah apply next year...kalau ada intake july 2008 pun KPM akan ambil calon yang lulus mtest mei 2007 ari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajib lulus kertas Sejarah SPM : Syarat baru jadi guru
KEMENTERIAN Pelajaran mengenakan syarat lulus kepujian atau cemerlang kertas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pemilihan calon guru baru ke Institut Pendidikan Guru (IPG) berkuat kuasa serta merta.
Bagi pemegang ijazah, mereka hendaklah pemegang ijazah sarjana muda yang tepat dengan bidang yang dipohon untuk Kursus Perguruan lepasan Ijazah (KPLI).
Selain itu, kad laporan Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP) setengah tahun yang dibentangkan baru-baru ini, turut menegaskan bahawa calon tidak terlepas daripada syarat 10 peratus penglibatan aktif dalam kokurikulum daripada markah keseluruhan.
Markah 10 peratus itu meliputi penglibatan dalam peratusan, permainan, sukan dan olahraga.
Selain itu, calon guru perlu proses temuduga kumpulan serta ujian bertulis bahasa Inggeris bagi calon yang memohon bidang pengkhususan Bahasa Inggeris.
Untuk memantapkan lagi program latihan perguruan, kad laporan itu menyebut bahawa sebuah kampus induk institut pendidikan guru Nilai yang dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Nilai bernilai RM1.3 bilion akan dibina di kawasan seluas 728.22 hektar.
Kompleks ini dibangunkan berorientasikan latihan keguruan dan kepimpinan pendidikan yang akan menempatkan:.
1. Kampus Induk IPG
2. Kampus Tambahan Institut Aminuddin Baki (IAB)
3. Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC)
4. Kuarters Pendidikan
5. Institut Pendidikan Khas
__________________________________
MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN
Bagi tujuan memantapkan latihan perguruan pindaan Akta Pendidikan akan dilakukan dengan memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menganugerahkan ijazah keguruan kepada calon guru di IPG, menurut kad laporan itu.
Kini, draf pindaan sedang disemak Jabatan Peguam Negara. Bacaan Pertama di Parlimen dijangka Ogos 2007.
__________________________________
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN LATIHAN PERGURUAN
Beberapa program telah diatur bagi tujuan ini, seperti meluaskan program ijazah Bacelor Pendidikan TESL serta mengadakan program dengan Beijing Foreign Studies University dalam Bahasa Cina sebagai bahasa kedua.
Turut diadakan adalah seperti Program kolaborasi sarjana muda pengajaran sekolah rendah dengan sembilan buah universiti di luar negara.
Seterusnya, turut dijalin ialah program rintis bahasa Perancis dengan University France - Comte
____________________________
YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Yayasan Tun Hussein Onn pada sambutan hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2007 di Johor Bahru.
Fungsinya ialah menjaga kebajikan dan pembangunan guru dalam hal berikut:
1. Bantuan khairat
2. Bencana kecemasan
3. Pendidikan anak
4. Pembangunan profesionalisme guru.
Geran sebanyak RM100 juta terkumpul sumbangan kerajaan dan gabungan dengan entiti guru sedia ada, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan Yayasan Guru Malaysia (YGMB).
(sumber Portal Pendidikan Utusan) |
|
|
|
|
|
|
|
topik baru dalam pendidikan...SEKOLAH KABIN... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1515 awadanish's post
pembinaan sekolah kabin utk menggantikan sekolah kurang murid.sekolah kabin diperkenalkan sebagai salah satu langkah KPM utk menaiktaraf SKM yg daif.lgpn kos pembinaan sekolah kabin ni murah, lbh kurang separuh dr kos pembinaan sekolah sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1516 goldraja's post
pandai....10 markah utk goldraja...
tapi kan kalau kena soal pasal keberkesanan akademik pelajar mcmana?...hahaha maut tu soklan pusing2 mcm tu....
masa sembang2 ngan kawan awa tadi dia kata lecture dia ada bangkitkan pasal keberkesanan akademik pelajar yang blajar dalam kabin...kita pun boleh bayangkan la kan walaupun diubahsuai kontena tu jd kelas / jd sekolah mcmana? kena pulak pelajar yang problemo giler boleh ke dorang nak sesuai persekitaran, sekalipun ambik masa nak sesuaikan keadaan sedikit sebanyak boleh menjejaskan p&p....terkedu gak nak jawabkan...
[ Last edited by awadanish at 22-7-2007 10:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
LAGI SEKOLAH KABIN...
Sekolah Kurang Murid Akan Digantikan Dengan Sekolah Kabin
RANAU, 20 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan membina sekolah berkonsepkan kabin, terutama di luar bandar, bagi menggantikan sekolah kurang murid (SKM), kata menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Sekurang-kurangnya kita dapat menaiktaraf SKM yang daif dengan berkonsepkan kabin yang boleh tahan antara 30 hingga 35 tahun," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa kos pembinaan sekolah kabin lebih murah, iaitu separuh daripada kos pembinaan sekolah biasa, bagaimanapun ibu bapa perlu memahami sekolah kabin tidak menjanjikan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran.
Hishammuddin berkata sebenarnya bagi mengurangkan kos operasi sekolah yang tidak mencapai kapasiti penuh, ibu bapa digalakkan menghantar anak mereka ke sekolah di bandar atau sekolah berasrama, bagaimanapun kebanyakan ibu bapa di luar bandar enggan berbuat demikian dan ini akan menjejaskan prestasi pendidikan anak-anak mereka.
"Oleh itu, kita kena berikan masa kepada ibu bapa (berkenaan) untuk yakinkan mereka bahawa akhirnya sekolah asrama adalah yang terbaik untuk tumpuan guru bagi kecemerlangan anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Ranau hari ini. "Kita tidak mahu pendidikan anak-anak kita dipersiakan. Kita mahu anak-anak kita sebaris dengan anak-anak orang lain di dunia," katanya.
Hishammuddin yang membuat lawatan mengejut pagi tadi di SMK Lohan di sini yang mempunyai 29 orang pelajar, berkata cadangan mewujudkan sekolah berpusat kedua di Ranau, selepas sekolah berpusat di Pulau Bum-Bum, Lahad Datu, boleh memberi perkhidmatan pendidikan lebih efektif kepada pelajar di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata cadangan itu memerlukan kesungguhan gabungan pemimpin politik di sini untuk menjayakan pengwujudan sekolah berpusat berkenaan.
Terdahulu, Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda Umno memberitahu perwakilan Umno Ranau supaya membuat pengorbanan demi pendidikan anak-anak mereka.
"Baru-baru ini saya pergi ke Beijing, China dan mendapati ada anak-anak semuda empat tahun yang dihantar ke sekolah berasrama.
"Saya tanya ibu bapa mereka kenapa mereka sanggup buat begitu, dan mereka memberitahu saya yang mereka lebih sayangkan negara mereka daripada anak-anak mereka. Oleh itu, kalau kita sayang pada negara, kita perlu membuat sedikit pengorbanan supaya masa depan anak kita terbela," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|