|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
elia201 replied at 24-7-2015 09:22 PM
Dendam... will never end kot.. haha
Kemaafan dendam yg terindah... Bak kata aishah... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa je idea JIE nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-7-2015 10:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 1-8-2015 02:54 PM
Zack berura ura untuk keluar dari rumah menemui Jie dan kembar namun kehadiran Zeeta membatalkan hasrat. Enjin kereta dibiarkan tidak dimatikan.
"You nak apa jumpa I ni?!" Agak kasar soalan ditanyakan.
Kedatangan Zeeta menjengkelkan Zack. Menyampah pun ada.
Tambah pula pakaian yang dikenakan agak menjolok mata dan seksi melampau. Semak memandang.
Pada Zack, lebih elok kalau Zeeta mempamerkan kecantikan yang dimiliki untuk tatapan Zulkarnain sahaja. Diri tidak berminat dan mustahil Zack tergoda meski bentuk badan yang meliuk lentuk itu sangat menggiurkan pandangan lelaki normal.
"Danish rindukan Daddy dia.. That's why I datang sini.." Zeeta menerangkan maksud ke mari.
"Mana Danish? Kenapa you tak bawa dia sekali?" Zack melilau pandang mencari bayangan Danish.
Riak wajah Zeeta berubah sedih.
"Danish demam teruk.. Terlantar dekat rumah sebab rindukan you.." Nada suara sayu.
"Nanti I singgah rumah lawat Danish.. I gotta go ! " Zack perlu bergegas untuk menemui Jie dan si kembar.
Bukan bermaksud tidak hiraukan Danish namun Zack sarat merindui Jie tika ini. Pantas berpaling masuk ke Audi A8 hitam.
"Please Zafrey.." Zeeta segera menarik bahu Zack, menghalang dari pergi. Merebahkan diri dalam pelukan Zack. Merangkul erat.
Zack tidak menduga tindakan Zeeta. Terkejut.
Shahrul bersyukur kerana Jie akhirnya mengambil keputusan bijak. Bersetuju menemui Zack dan berdepan dengan semua masalah tanpa mahu menyembunyi diri lagi.
Jie senyum gembira. Kepingin bertemu suami yang sudah hampir seminggu ditinggalkan. Mahu memohon kemaafan kerana bertindak mengikut hati yang kecewa.
Zulkarnain juga menyertai mereka untuk berbincang sekali. Lebih senang jika mereka berkumpul bersama. Bersyukur kerana Jie sudi menerima dirinya semula walau reaksi yang ditunjukkan agak dingin. Sekurang kurangnya Jie tidak memulaukan dirinya terus. Itu sudah memadai buat Zulkarnain.
Jie terus meluru keluar dari kereta yang dipandu Shahrul lalu masuk ke halaman rumah untuk bertemu Zack. Shahrul memarkir kereta dipinggir jalan berhadapan kediaman Zack.
Namun sebaik terpandangkan kelibat diparkir, darah membuak. Bijak mengimbang emosi. Riak wajah biasa. Tenang.
Jie senyum menghampiri mereka yang masih tidak menyedari kehadirannya. Gelojak dihati cuba disembunyikan.
Mujur, kembar berada bersama Zulkarnain. Sedang parking kereta barangkali. Tebak Jie.
"Erm.. I tak sangka pula you ada tetamu, Zack.."
Nada suara Jie terkawal. Ralit melihat tingkah suami disisi Zeeta. Tergaman menonton aksi 'daring' Zeeta. Kesan gincu jelas nampak dikolar baju Zack.
"I think you two should get a room.." Jie menyindir bersahaja.
"Baby please.. She's trying to seduce me ! I'm struggling to let myself free.." Tiada pilihan lain. Zack terpaksa menolak kasar tubuh Zeeta yang memeluk erat dari tadi. Puas Zack cuba meleraikan namun semakin kuat cengkaman Zeeta. Menghampiri Jie.
Jie hanya senyum sinis. Alasan Zack memang tak masuk akal. Suaminya seorang lelaki. Mustahil sukar untuk melepaskan diri dari pelukan wanita lemah seperti Zeeta. Melainkan jika Zack sendiri merelakan semua.
"Don't touch me, Zack !" Jie menepis tangan Zack yang berada dibahu.
"Zeeta.. Zeeta.." Perhatian Jie beralih ke arah Zeeta pula.
"You'd called me bitch all this while.. But with your 'bitchy' attitude towards my husband today, I am pretty sure, you yourself should know who is the real bitch here.. Shame on you !"
Kata kata Jie tidak memberi kesan kepada Zeeta.
"It's hurt , huh?" Zeeta senyum puas.
"Macam itulah I rasa bila Zafrey curang dengan I !" Suka membuat Jie terluka. Bersorak keriangan dalam hati. Memandang Jie dengan pandangan jelik. Mengejek.
Jie masih mengukir senyuman manis. Menentang pandangan sinis Zeeta.
"Well Zeeta.. You nak sangat Zack, kan? Never mind, you can just have him ! I don't care !" Jie kekal tenang.
"Anyway, I kesian dengan you, Zeeta ! You kejarkan Zack sampai sanggup membunuh.. Kalau pun you berjaya singkirkan I.. You rasa Tengku Safiah akan terima you sebagai menantu balik ke bila dia tahu pasal Danish? Zack is not Danish's biological father.. Not even her grandson.. In fact she will hate both of you.. It's gonna be forever I guess.."
Bukan ingin mengugut namun Jie terpaksa melakukan semua ini.
Zeeta tersentak mendengar.
"I thought hanya you, Zulkarnain dan I saja tahu pasal ini.." Menatap mata Zack meminta kepastian. Sungguh Zeeta tak menyangka Jie mengetahui hakikat sebenar.
"She's my wife, Zeeta ! No secret between us !" Bagi Zack, tiada salah jika Jie mengetahui status sebenar Danish. Malah hingga kini Jie masing menyimpan erat rahsia diri Danish.
"Ujian DNA Danish ada pada lawyer I.. Kalau you berani kacau I atau anak anak I lagi, I akan pastikan kebenaran ini terbongkar dan you akan menyesal seumur hidup you, Zeeta .." Tegas sekali nada suara Jie.
"You cuba ugut I?!" Zeeta sukar percaya. "You belum kenal siapa I, Jie !" Geram dengan tindak tanduk Jie, Zeeta bengang.
"Terpulang pada you, Zeeta !" Jie endah tak endah.
"Kalau you sayangkan Danish dan 'title' diri you sebagai 'anak emas' Tengku Safiah, please stay away from my family and me.. Anything happen to us, you'll be liable for that ! I takkan teragak agak bawa you ke muka pengadilan." Anggaplah ini peringatan terakhir Jie buat Zeeta.
"Is everything fine here, Mommy?" Daryl muncul menyoal Jie.
Kelibat Daryl tiba bersama Zulkarnain dan Danny. Shahrul juga melangkah menghampiri mereka. Terpaku melihat kewujudan Zeeta disini.
Jie segera mendapatkan Danny dan Daryl.
"Nothing, sweetheart !" Jie mengusap pipi Daryl meyakinkan.
" We gotta go back. Daddy seems busy to spend time with us today.. May be some other day.." Menarik lembut tangan kembar untuk pulang.
Malangnya Danny meleraikan pegangan Jie. Begitu juga dengan Daryl.
"But I want to stay here with Daddy.." Danny sememangnya merindukan Zack. Berlari memeluk kaki Zack.
"I missed you, Daddy !"
Zack mendukung tubuh cilik Danny. Rindukan anak kecil itu. Seraya mendepa tangan ke arah Daryl. Daryl jua berkejar mendapatkan Zack
Jie tersentap melihat si kembar lebih memilih untuk bersama Daddy mereka. Air mata serasa jatuh. Senyum pahit.
"I have to go then.." Jie mengusap ubun ubun si kembar. "Take care, sons !" Mencium pipi keduanya tanda selamat tinggal.
"Baby.. please stay with me !" Mata Zack berkaca. Bimbang memikir Jie berlalu kerana melihat perilaku Zeeta terhadap dirinya tadi. Lantas memeluk tubuh isterinya. Menghalang.
"Just let me go, Zack !" Jie pantas saja meleraikan pelukan Zack.
Berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Zulkarnain dan Shahrul dengan pelbagai persoalan dihati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-7-2015 01:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 27-7-2015 07:10 PM
"Hi Minah Saleh Celup, it's been a great pleasure if you wanna take ride with me.."
Serentak itu, seorang lelaki berpakaian kemas berkaca mata hitam keluar dari kereta yang dipandu menghampiri wanita jelita dipinggir jalan.
"You nak kena tumbuk dengan I ke, Shah? Just leave me alone !" Jie kurang senang diganggu.
Shahrul cuma ketawa mendengar. Kelakar.
Namun, sukar menidakkan kemahiran pertahanan diri Jie memandangkan mereka pernah 'berlawan' dulu. Wanita itu tangkas dan lincah juga. Payah dikalahkan.
"You ni, kan .. Pantang ada salah faham sikit lari.. Kesian Zack ! Dah lunyai kot kena belasah dengan Zul sebab sakitkan hati you.." Shahrul memancing perhatian Jie.
"Menangis jugalah Si Kembar tengok Papa mereka mengamuk. Zeeta pun tak boleh stop Zul.." Shahrul menyambung kemudiannya.
"What?!" Jie sukar percaya. Ada kemungkinan Shahrul bercanda.
"Then you buat apa dekat sini?! Leraikanlah mereka..!" Cemas dirasakan Jie.Panas baran Zulkarnain boleh tahan juga. Bimbangkan Zack.
Shahrul hanya berwajah selamba.
"Malaslah ! Elok I lepak dengan you. Mana tahu you plan nak bunuh diri ke.." Sekadar mengarut. Gelak tawa tercetus.
"Ridiculous !"
Jie bingkas berjalan meninggalkan Shahrul. Ingin kembali ke rumah mendapatkan Zack. Terlupa langsung rajuk dihati.
Sebuah kereta meluncur laju ke arah Jie tanpa disedari.
Shahrul terkesima melihat.
"Watch out, Najiha !!"
Berlari laju mengejar sambil melaung nama Jie memberi amaran. Dada berdebar kencang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jie... Jie... Bilalah hidupnya akan tenteram... Bilalah PHD ni akan tamat dr melanda diri Jie... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 12-8-2015 01:03 AM
Sepantas kilat Shahrul menarik Jie ke sisi untuk mengelak dilanggar. Berjaya memeluk kemas tubuh Jie dari terjatuh. Takut Jie dan bayi dalam kandungan cedera. Degupan jantung yang tadinya laju bertukar rentak. Beritma normal. Lega.
Jie masih kaku dalam pegangan Shahrul. Leka memerhatikan kereta yang cuba melanggar tadi. Menoleh ke arah Shahrul. Pandangan mata mereka bertembung.
"Are you okay?" Pipi Jie disentuh. Shahrul khuatirkan keselamatan Jie.
Jie angguk. Ligat memikir sesuatu.
"Give me your car key ! Now, Shah !"
Satu arahan tegas dikeluarkan. Meminta kunci kereta Shahrul. Jie terdesak untuk mengekor pemandu Nissan Teana yang cuba melanggar dirinya.
Shahrul terpana seketika. Berjaya melihat nombor pendaftaran kereta dan mengecam wajah sang pemandu. Yakin telahannya tepat.
"I tahu angkara siapa ini, Najiha.. Come with me !"
Shahrul menarik tangan Jie untuk menghala ke kereta. Ada sesuatu bermain difikiran. Buntu memikir motif sebenar cubaan menamatkan riwayat Jie tadi.
Apa dosa Jie sehingga diperlakukan sebegini rupa? Shahrul sendiri bingung mencari jawapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 27-7-2015 11:59 PM
Azim kaget mendengar butir bicara Shahrul ditalian. Nyawa Jie terancam lagi. Bukan kerana Safihah atau Zeeta. Kedua wanita itu hanya ancaman kecil dan mudah dihapuskan.
Kali ini orang yang memusuhi Jie bukan calang calang. Berpengaruh dan mampu melakukan segala dengan menggunakan kuasa wang.
Azim kasihankan Jie. Berharap wanita itu tabah menghadapi dugaan yang mencabar. Berdoa agar semua dendam dan kebencian ini akan segera berakhir.
Teringatkan pesan Shahrul, Azim pantas menghubungi Zack. Niat untuk memberitahu lokasi dimana Jie berada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Byknya org yg dengki ngan JIE... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 28-7-2015 07:10 AM
Perkhabaran yang diterima dari Azim membuat Zack resah gelisah. Cuba menghubungi Shahrul sayangnya talian berada diluar kawasan perkhidmatan. Nombor telefon Jie juga tidak aktif.
Tiada pilihan lain. Zack segera keluar untuk pergi ke alamat yang diberi oleh Azim. Menitip pesan kepada pembantu rumahnya supaya menjaga Danny dan Daryl sepanjang kepergian Zack. Pesanan ringkas dihantar kepada Viana untuk turut menjenguk si kembar.
Walau terdetik kebimbangan, Zack segera membuang segala perasaan negatif. Berdoa dan tawakal akan nasib isteri tercinta. Mengharap Jie dilindungi selalu.
Mengenangkan perbualan dengan Azim tadi, hati Zack dibelengu tanda soal. Bermacam pertanyaan menerjah diminda.
Mengapa mesti Jie saja berdepan segala kebencian ini? Bukan mahu memihak kepada isteri sendiri namun Zack keliru. Hingga kini masih mencari jawapan.
Sedari dulu pasti akan wujud manusia yang tega menyakiti hatta mencuba membunuh isterinya. Sudah tidak terhadam dengan semua kebodohan ini. Zack buntu memikir cara untuk menghentikan semua kekusutan.
Mujur, Shahrul berjaya mengekori Jie dan mampu menyelamatkan isterinya.
Sebaik Jie berlalu tadi, Zack ingin mengejar. Memujuk Jie.
Namun tercetus pula pertelingkahan dengan Zulkarnain membantutkan hasrat. Semua kerana salah faham yang ditimbulkan Zeeta.
Manakala Zulkarnain pula melahirkan kekesalan dengan sikap Zack.
Nyaris pergaduhan besar terjadi antara mereka. Cuma memandangkan kembar ada sekali bersama mereka, ketegangan berubah tenang. Takut Danny dan Daryl terkesan dengan percakaran antara Zulkarnain dan Zack.
Walaubagaimanapun, pipi Zack masih lagi bengkak menerima pukulan dari Zulkarnain tadi.
Shahrul cuba masuk campur meleraikan mereka.
Malangnya, lelaki itu juga turut menjadi mangsa 'amarah' Zulkarnain. Enggan memburukkan lagi keadaan. Ditambah dengan tangisan ketakutan Si Kembar melihat kekasaran depan mata, Shahrul meminta diri untuk pergi.
Melihatkan reaksi Danny dan Daryl, Zulkarnain memaksa diri bertenang. Menyesali tingkah diri. Lantas, menarik Zeeta supaya menurut langkahnya berlalu.
Malas mahu memanjangkan cerita, Zack lega melihat kepergian Zeeta walau geram dengan wanita itu.
Hari yang malang bagi Zack. Sudahlah Zeeta berbuat onar. Jie pula merajuk membawa diri. Berselisih faham dengan Zulkarnain lagi.
Kini, cerita yang disampaikan oleh Azim benar benar membuat Zack gundah. Pusing kepala.
|
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaiiiiissshhhh sikit sikit up date kasi resah laaaa.... hua hua hua hua hua |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa sebenarnya dalang
disebalik semua yg menimpa jie?
|
|
|
|
|
|
|
|
cer TT tepek skit muka jie nie camana....ramai benar yg tergila2kan dia...cantik benor ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Erm.. Honestly I belum jumpa perempuan secantik dia in real life.. tak ada yg memenuhi piawaian untuk describe Jie. taste i terlalu tinggi I guess.. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa salah JIE sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
huaarrghhhhh!!!! tarak update!!.. TT ooooo TT... UPDATE LORRR..CEPAT KASI A VERY GOOD ENDING.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah tt.kita mndekati buln 12 x lma lgi.Alhamdulilah.cter ini masih pnjng.muaahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-8-2015 11:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 5-8-2015 07:17 PM
Bab 63
Shahrul terjaga apabila terasa lencun disimbah air oleh seseorang yang tidak dikenali. Memandang kabur lelaki asing berada didepan mata. Memikir Jie ada bersamanya sebentar tadi. Shahrul gusar mencari. Jie lena tersandar didinding. Kurang beberapa meter dari Shahrul.
Seingat Shahrul, selepas habis bercakap di telefon dengan Azim, kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebelum satu tembakan dilepaskan memecah cermin kereta. Nyaris peluru mengenai bahu Shahrul.
Sejurus selepas itu, satu bunyi balingan kedengaran. Benda asing dibaling masuk ke dalam kereta. Asap memenuhi seluruh ruang. Kepala khayal. Kereta dipandu oleh Shahrul hilang kawalan. Terhuyung hayang sebelum terlanggar pohon dipinggir jalan.
Seketika kemudian, Shahrul dan Jie terus tidak sedarkan diri. Dan disinilah mereka sekarang. Terperangkap.
"Siapa kau?! Apa yang kau nak?!"
Shahrul menengking, marah apabila melihat Jie sedang dalam keadaan terikat, lemah.
Lelaki asing berpakaian segak dan berwajah tampan dihadapan Shahrul hanya senyum meleret. Menyimpan seribu rahsia.
"Aku nak tahu apa hubungan kau dengan perempuan ini.. Mesti dia bermakna dalam hidup kau, kan? " Menunjuk ke arah Jie.
"Kalau tak, kau takkan selamatkan dia dari kena langgar orang upahan aku tadi.." Lelaki asing mendekati Shahrul.
"Tapi aku sakit hati dengan dia !!" Menumbuk tepat Shahrul yang terikat kemas. Melepas geram.
Shahrul tidak menghiraukan darah pekat mengalir dihidung. Membiarkan saja menitis jatuh.
"Jadi kau yang upah Taufik langgar Najiha?! Apa permusuhan kau dengan Najiha?!" Sungguh Shahrul tersilap membuat telahan.
Setahu Shahrul, Taufik adalah pekerja setia kepada sahabat Papa. Pernah bertemu sekali. Mungkin Taufik tidak mengecam Shahrul tadi.Beranggapan teman perniagaan Papa adalah dalang ingin menghapuskan Jie.
Ternyata lelaki dihadapan ini punya angkara !
"Kau tahu tak apa perempuan ini buat dekat aku?!" Shahrul ditengking kuat.
"Dia layan aku macam sampah sarap ! Aku punyalah cintakan dia.. Sayangkan dia.. Tapi apa dia balas?! Dia buang aku terus ! Perempuan macam ini memang tak layak disayangi.. Aku nak dia sengsara hidup dengan aku !" Emosi menguasai diri. Berpaling ke arah Jie pula.
Shahrul dapat menghidu Jie berada dalam keadaan bahaya. Meraba poket. Mencari pisau yang memang dibawa bersama selalu jika berdepan kecemasan. Jumpa !
Bersusah payah menarik keluar menggunakan jari. Usaha Shahrul berjaya. Menghiris tali untuk meleraikan ikatan. Cuba mengalih perhatian lelaki tadi.
"Kau tahu.. " Shahrul bersuara sambil tangan dibelakang ligat memutuskan ikatan tali.
"Aku pun cintakan Najiha !! Dia pernah jadi milik aku dulu. Malah pernah berjanji untuk kahwini aku masa belajar di Ohio dulu.. End up dia tinggalkan aku tanpa sebarang khabar.." Shahrul merenung jauh.
"Kita senasib bro !" Nada suara mendatar.
"Tapi, aku tetap maafkan dia sebab aku sayang dia ! Asalkan Najiha bahagia aku sanggup berkorban ! Kalau kau cintakan dia macam kau cakap, tolong lepaskan dia. Biarkan dia bahagia !" Shahrul berharap lelaki itu termakan kata katanya.
"Kau penipu !! Najiha milik aku dulu !! Kau tak pernah wujud dalam hidup dia !!"
Lelaki tadi berang lalu mendapatkan Shahrul. Menarik kolar baju sebelum menghadiahkan satu lagi penumbuk.
Shahrul segera menepis setelah ikatan terungkai. Bangkit memberi tumbukan padu.
"Memang aku menipu !! Tapi satu benda aku tak tipu.. Aku sayangkan Najiha dan aku takkan biarkan Najiha jatuh dekat tangan orang gila macam kau !!"
Shahrul geram. Menerajang kuat lelaki tadi sehingga terundur ke belakang lalu terhantuk di dinding sebelum rebah tak sedarkan diri. Pengsan.
Berlari mendapatkan Jie pula. Shahrul mengejutkan Jie yang masih tidak tahu bahaya dipersekitaran. Mereka perlu beredar dari sini segera. Meninjau tahap kawalan disekeliling. Memikir jalan untuk menyelamatkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
don't tell me Ku Iz lagi? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|