|
MBKS sasar lebih daripada 10,000 penyertaan bagi Mayor's Walk 2024
KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menyasarkan lebih daripada 10,000 penyertaan bagi Mayor's Walk 2024 sempena Festival Kuching pada 18 Ogos depan.
Menurut Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng, program itu akan diadakan pada jam 7 pagi di Jalan Canna Lily Boulevard MBKS sejauh tiga kilometer di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesta buku terapung antarabangsa Doulos Hope bermula Jumaat ini
Doulos Hope akan dibuka kepada orang ramai di Kuching dari 2 hingga 28 Ogos 2024.
KUCHING: Pesta buku terapung antarabangsa Doulos Hope bersedia untuk membuka pintunya kepada orang ramai di Lembaga Pelabuhan Kuching di Pending di sini mulai Jumaat ini (2 Ogos 2024).
Mengikut jadual kapal, pesta ini akan berlangsung sehingga 28 Ogos.
Ia akan menawarkan pelawat lebih 2,000 judul buku yang merangkumi pelbagai subjek termasuk sains, perubatan, seni, bahasa, kepercayaan, hobi, memasak dan sukan.
"Dengan pelbagai buku kanak-kanak, teks akademik, kamus dan atlas, pesta ini menjanjikan pengalaman yang menggembirakan untuk seisi keluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Program Vaksinasi Anti-Rabies, Lesen Anjing dan Microchipping, 3 dan 4 Ogos
Program vaksin rabies akan diadakan di Taman Tunku pada awal bulan depan.
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengadakan program Vaksinasi Anti-Rabies, Lesen Anjing dan Microchipping pada 3 dan 4 Ogos depan di kawasan parkir Pasar Taman Tunku di sini.
Menurut MBM, program itu bagi menggalakkan pemilik memberi vaksin kepada anjing peliharaan mereka serta membolehkan mereka mendapatkan lesen anjing dan mikrocip untuk haiwan terbabit.
“Jangan lupa bawa kad pengenalan untuk pendaftaran dan pastikan anjing anda diikat semasa proses vaksinasi.
“Jika anjing jenis berwaspada terhadap orang tidak dikenali atau agresif, pemilik harus meletakkan penutup muncung pada anjing mereka," kata MBM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Selepas vaksinasi, pemilik hendaklah melakukan kuarantin dan mengasingkan anjing mereka selama 28 hari bagi membolehkan anjing itu membina imuniti terhadap rabies.
|
|
|
|
|
|
|
|
Program "Jom Sihat, Minda Sihat" Sabtu ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Darah jenis A, B dan O sangat diperlukan di Miri
MIRI: Orang awam yang mempunyai darah jenis darah jenis A, B dan O diminta untuk tampil menderma darah susulan bekalan semakin berkurangan.
Tabung Darah Hospital Miri dalam satu kenyataan berkata ia penting untuk memastikan bekalan darah mencukupi menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah.
"Kami menyeru penderma darah A, B dan O untuk datang ke pusat Tabung Darah Hospital Miri untuk menderma darah.
"Ia penting untuk mengekalkan stok bekalan darah berterusan kami dan sekali gus membantu menyelamatkan nyawa mereka memerlukan," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, bagi penderma kumpulan darah AB, disarankan untuk menangguhkan pendermaan sehingga diberitahu kelak.
Waktu operasi bermula dari Isnin hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan petang bermula dari 2 petang 4.15 petang.
Sementara hari Jumaat pula dari jam 8 pagi hingga 11.15 tengah hari dan disambung semula dari jam 2 petang hingga 4.15 petang.
"Sebelum menderma darah, mereka perlu memastikan membawa bersama kad pengenalan, rehat atau tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya lima jam serta akan dan minum air yang mencukupi," jelasnya.
https://www.utusanborneo.com.my/ ... -diperlukan-di-miri |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Hakka Miri anjur kempen derma darah Ahad ini
Eksekutif Pembangunan Pemasaran Tong Seng Huat Rice Trading Kiew Tze Xia menyampaikan tajaan kepada Persatuan Hakka Miri Bahagian Belia sebagai sokongan kepada kempen terbabit, baru-baru ini.
MIRI: Warga Miri dipelawa menjayakan kempen derma darah anjuran Persatuan Hakka Miri Bahagian Belia pada Ahad ini.
Pengerusi pengelola William Liew berkata, kempen terbabit akan berlangsung di Tingkat 3, Boulevard Shopping Mall bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
SIBEC 2024 ditunda ke Oktober ini
TUNDA: SIBEC 2024 sepatutnya diadakan pada September ditunda ke Oktober ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Asal perlu perkasakan penyertaan dalam gerakan keusahawanan
|
|
|
|
|
|
|
|
Hormati definisi ‘Orang Asal Sabah’
Kota Kinabalu: Dua aktivis mengulangi gesaan mereka kepada kerajaan untuk menghormati definisi yang ditetapkan bagi “Orang Asal” di Sabah.
Kanul Gindol daripada Gindol Initiative of Civil Society Borneo, dan Daniel John Jambun daripada Borneo’s Plight in Malaysia Foundation berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa undang-undang jelas mendefinisikan siapa yang dikenali secara sah sebagai “Orang Asal Sabah”.
“Dalam undang-undang, orang asal Sabah adalah orang pertama yang menetap di Borneo Utara. (Mereka dianggap orang asal) sebagai hak penduduk pertama, dan (mereka) mengusahakan tanah, mewujudkan hak hartanah pusaka dan dari segi sejarah melalui ‘adat’,” kata mereka sempena acara berjalan kaki, Indigenous Walk yang diadakan pada Khamis lepas di Penampang.
Mereka berkata hak hartanah pusaka dan dari segi sejarah dilindungi oleh adat berdasarkan amalan adat yang mempunyai kuasa undang-undang, dan melalui Perkara 5 “hak kepada kehidupan” dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Orang Asal Sabah diliputi oleh Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.
“Mengikut Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan, hanya Orang Asal adalah anak negeri.
“Mengikut Ordinan Tafsiran Definisi Anak Negeri, semua Orang Asal adalah Anak Negeri tetapi tidak semua anak negeri itu adalah Orang Asal,” tegas mereka.
Dua aktivitis itu berkata mereka berasa terpanggil untuk menonjolkan isu itu memandangkan perkembangan semasa khususnya berhubung banyak dakwaan dilaporkan mengenai kewarganegaraan diberikan kepada warga asing termasuk yang membabitkan kumpulan tertentu yang mahu diklasifikasikan sebagai anak negeri.
Mereka menuntut kerajaan membuat pendirian jelas terhadap perlindungan hak dan identiti komuniti-komuniti yang merupakan orang asal Sabah.
Mereka juga menuntut supaya semua institusi anak negeri harus diketuai oleh seorang anak negeri, bukan orang lain daripada kaum atau etnik lain.
Selain itu, mereka menegaskan bahawa Mahkamah Bergerak di Sabah mempunyai kuasa untuk mengambil keputusan mengenai hal-hal berkenaan permohonan meragukan, dan bukan Kementerian Dalam Negeri.
Selain Mahkamah Bergerak, Mahkamah Persekutuan boleh memutuskan perkara itu, tambah mereka.
“Penduduk tempatan tidak mendapat manfaat jika kewarganegaraan diberikan kepada warga asing. Kewarganegaraan bermakna hak mengundi. Penduduk tempatan akan kehilangan kedaulatan mereka jika warga asing mendapat kewarganegaraan.
“Warga asing tidak memerlukan kewarganegaraan untuk tinggal di negara ini,” kata mereka.
Sementara itu, semasa acara berjalan kaki tersebut, Huguan Siou (pemimpin tertinggi komuniti Kadazandusun Murut), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menggesa Sabah supaya sedar akan hak-hak mereka dan mempertahankannya.
Beliau menegaskan bahawa mereka tidak harus membiarkan sesiapa pun menjatuhkan mereka.
https://www.dailyexpress.com.my/ ... -orang-asal-sabah-/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘YB Dato Lo Education Fair 2024’ di Boulevard Shopping Mall Sabtu ini
Lo bersama jawatankuasa penganjur pameran dari Pusat Khidmat SUPP Batu Kitang serta Pengurus Acara san Pemasaran Boulevard Shopping Mall Iris Chan (duduk kiri) menunjukkan poster ‘YB Dato Lo Education Fair 2024’ hari ini.
KUCHING: Orang ramai terutama para pelajar sekolah menengah dan lepasan sekolah dijemput untuk menghadiri ‘YB Dato Lo Education Fair 2024’ di Boulevard Shopping Mall di sini, pada Sabtu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, program yang akan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu akan menawarkan platform untuk yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak Terima Cabaran Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024 Penuh Semangat
|
|
|
|
|
|
|
|
Transport paling mahal setakat ni kat Sarawak
|
|
|
|
|
|
|
|
Gereja St. Anthony, Unit Tabung Darah Hospital Sarikei anjur Kempen Derma Darah esok
SARIKEI: Jawatankuasa Gereja St. Anthony Sarikei bersama dengan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada esok.
Program ini bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.
Venue program ini diadakan adalah di Gereja St. Anthony Sarikei.
Sehubungan dengan program ini, orang ramai dan golongan yang berminat untuk menderma darah dialu-alukan hadir beramai-ramai bagi menjayakan program ini nanti.
Sumbangan dan komitmen semua pihak dalam menjayakan program ini amat penting bagi memastikan tabung darah sentiasa mendapat bekalan bagi menampung keperluan golongan yang memerlukannya.
https://www.utusanborneo.com.my/ ... en-derma-darah-esok |
|
|
|
|
|
|
|
Insentif Sambung Belajar Anak Mas Gading 2024 dibuka hingga 30 Ogos
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak Sabah perlihat keunikan busana Malaysia di Olimpik Paris 2024
Gambar Facebook Ken Vun
Oleh Fadzli Ramli
TENOM: Mengenakan pakaian Kadazandusun dan bertanjak motif Jalur Gemilang bagi memberi sokongan membara kepada atlet negara pada Olimpik Paris 2024, Yap Ken Vun dari Tenom menarik perhatian lensa kamera pada temasya itu.
Malah, video Yap, 36, menari tarian tradisional Sumazau sambil mengenakan pakaian tradisi itu dan video lain antaranya berbaju Melayu pada Sukan Olimpik itu turut tular dalam media sosial, sekali gus menjadi tarikan warga siber di seluruh dunia, memperlihatkan keindahan budaya dan tradisi Sabah juga Malaysia ke mata dunia.
Gambar-gambar anak Sabah itu mengenakan busana berkenaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang di mercu tanda utama kota itu, Menara Eiffel juga menjadi kebanggaan rakyat Negeri di Bawah Bayu itu dan juga Malaysia.
Menurut Yap, pengembaraan ke kota Paris ialah sebuah misi peribadi yang bukan sahaja untuk menyokong atlet Malaysia pada temasya paling berprestij itu, tetapi juga untuk memperkenalkan budaya tradisional Sabah dan Malaysia kepada dunia.
Eksekutif sumber manusia itu pada asalnya mahu mencipta sebuah kelainan menghadiri acara sukan berkenaan dengan menyerlahkan pakaian Kadazandusun dan Malaysia di negara lain, namun dia tidak menyangka usahanya menarik perhatian ramai dan mencipta sensasi melalui media sosial.
“Saya ingin membuat kelainan tetapi tidak sangka pula gambar dan video saya menjadi tular. Semestinya saya bangga lebih-lebih lagi identiti Sabah serta Malaysia itu dipapar dalam televisyen secara langsung dan jadi tontonan seluruh dunia," katanya dihubungi BERNAMA.
Yap merupakan antara penonton yang bersorak memberi sokongan hebat kepada atlet Malaysia di gelanggang badminton, dan juga atlet olahraga negara.
Paling tidak dilupakan katanya, ketika dia dapat menyaksikan sendiri bagaimana beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, serta pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia berjuang bermati-matian untuk meraih pingat gangsa buat Malaysia.
"Biarpun saya belum dapat tengok atlet kita meraih emas di depan mata, bagi saya melihat sendiri kemenangan dua pingat gangsa pada Olimpik kali ini membuatkan saya berpuas hati, bangga dapat datang sejauh itu," katanya.
Bercerita mengenai perjalanannya ke Paris yang menjadi impian setiap peminat sukan untuk menyaksikan Olimpik, Yap berkata dia berhasrat menjadikan mimpinya itu satu kenyataan dengan berusaha mengumpul simpanan sehingga mencecah RM12,000 bagi menampung kos perbelanjaan ke sana.
Tiba masanya, beliau terbang ke Paris pada 31 Julai lepas berseorangan dan yang tersemat dalam jiwanya hanyalah satu, iaitu memberi sokongan kepada atlet negara, selain memperkenalkan Sabah dan Malaysia ke mata dunia.
Yap mengambil pendekatan bijak untuk untuk tidak bermewah dan menguruskan perbelanjaannya dengan cermat antaranya RM350 bagi membeli pas untuk pengangkutan selama seminggu dan memanfaatkan sepenuhnya sistem pengangkutan awam di ibu kota Perancis itu.
"Pergi tengok Olimpik tidak semestinya kita kena bermewah, penginapan saya berkongsi dengan seorang lagi penyokong Malaysia, Chao Khai Yuen jadi kos itu kami kongsi bersama," katanya dan menambah dari segi makan minum, dia sering dibelanja rakan lain sekali gus menjimatkan wangnya di sana.
Merenung kembali, Yap berasa terharu dan hampir tidak percaya yang dia telah mencatat sejarah dirinya sendiri yang berjaya ke kota Paris menyaksikan kejohanan sukan terbesar dunia dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet Malaysia yang berhempas-pulas mengharumkan nama negara.
“Ini sahaja pengorbanan yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka (atlet) dan untuk negara yang saya cintai,” katanya yang bertolak pulang ke tanah air pada 6 Ogos lepas. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... -olimpik-paris-2024 |
|
|
|
|
|
|
|
Pustaka Sibu anjur pelbagai program menarik sempena BCF
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu anjur pelbagai program sempena BCF sehingga 17 Ogos 2024.
SIBU: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah mengadakan pelbagai program menarik sebagai sebahagian daripada Borneo Cultural Festival (BCF) 2024 yang berlangsung sehingga 17 Ogos ini.
Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dalam satu kenyataan, berkata program-program bertempat di Pavilion Melayu/Melanau itu dirancang untuk menyemarakkan lagi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang disusun termasuklah Pameran Sarawakiana yang menampilkan koleksi artifak dan bahan sejarah berkaitan Sarawak.
Misi Warisan pula memberi tumpuan kepada pemahaman dan penerokaan tradisi tempatan oleh generasi muda melalui pelbagai bengkel interaktif.
Selain itu, program ‘Nganyang’ akan mempersembahkan demonstrasi masakan, manakala Ranto Seni mempersembahkan seni muzik, tarian, dan lakonan etnik Sarawak.
Eksplorasi Kraf pula memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari seni kraftangan tradisional yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya.
Katanya, penglibatan dalam BCF adalah untuk menggalakkan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya dalam kalangan masyarakat.
Sebagai institusi penting di bawah Sarawak State Library Ordinance (SSLO) 1999, Pustaka Negeri Sarawak komited untuk menyokong usaha penyebaran ilmu serta mengangkat seni, budaya, tradisi dan sejarah negeri Sarawak.
Penyertaan Pustaka Negeri Sarawak dalam BCF 2024 selaras dengan peranan tersebut dan menampilkan pelbagai aktiviti yang tidak hanya menghiburkan tetapi juga mendidik masyarakat mengenai kekayaan warisan budaya Sarawak.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seranta Nur Amanina Mastani di talian 084-315 200 (ext 201) atau melalui e-mel di [email protected].
https://www.utusanborneo.com.my/ ... menarik-sempena-bcf |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|