CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 23-3-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
fuzzyhannah23 replied at 21-3-2015 05:58 PM
Dah abes keeee?

Belum lagi...sikit je lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2015 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 21-3-2015 06:26 PM
Oooo...  So sweet...  Gentleman sungguh Conan

Plus gedik :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kakZue replied at 21-3-2015 11:12 PM
Alahai..lomatik nye.. ..bertuah ooo ko ayla..

Kaaaaaannnnn:-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 22-3-2015 07:15 PM
macam tak caya jer itu conan

Kena caya jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok..tak dak update...
Nak reply komen je
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 08:42 AM | Show all posts
Ipo replied at 23-3-2015 07:18 AM
Ada kisah nay dn alif nanti...

Ada? Dalam cerita ni ke atau novel seterusnya?

*saja tanya walaupun dah hilang punca, pokok pangkal ini cerita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2015 08:44 AM | Show all posts
Aku terbayang muka Conan camni

Dengan caption "Kenapa lambat sangat nak menikah niiiiiii?"


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 09:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 23-3-2015 07:18 AM
Ada kisah nay dn alif nanti...

tak sabar nak tahu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2015 10:16 AM | Show all posts
Ipo ko memang gedik... aku ingatkan ada update tadi...

Nanti tengah hari ko jangan makan dulu, ko taip update hehehe...

Aku macam tak percaya Conan sebegitu romantik kahkahkah...


p/s: semua dijemput hadir walimatul urus Conan & Aylanins, tema pakaian ialah turqoise okeh...

Tarikh walimatul urus, korang tanya Ipo

Nayla kena datang dengan Alif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 12:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-3-2015 08:42 AM
Ada? Dalam cerita ni ke atau novel seterusnya?

*saja tanya walaupun dah hilang punca, pokok  ...

Novel seterusnya?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 12:42 PM | Show all posts
aylanins replied at 23-3-2015 10:16 AM
Ipo ko memang gedik...  aku ingatkan ada update tadi...

Nanti tengah hari ko jangan makan dulu, ...

Gedik berhemah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 01:04 PM | Show all posts

ok per.. buat kisah anak conan ngorat anak nicki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 01:04 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-3-2015 01:05 PM

Aylanis sebak. Nota itu dibaca lagi. Kali ini titis jernih mula tumpah. Syukur pada Allah kerana jodohnya kuat dengan Conan setelah apa yang sudah berlaku dan setelah segala liku hidup ditempuhi. Mata berkaca tadi sudah menjadi 'hujan' . Telefon bimbit dicapai dari atas katil lalu dia menghubungi seseorang.

"Hello..assalamualaikum.."

Aylanins masih diam. Rasa tersekat suaranya di kerongkong. Suara di hujung talian masih lagi memanggil namanya. Ya...tiga tahun dia tidak menghubungi pemilik nombor itu.

"Ayla...cakaplah. Ada apa?"

Ayla masih diam. Hatinya sebak dan sayu. "Nan..."

"Ya...saya dengar.."

"Saya...saya.." Aylanins tunduk. Semakin sebak. "Saya tak tahu nak cakap apa.."

"Ayla...adakah jawapannya tidak?"

Kedengaran suara Conan sugul di hujung talian sepderti kecewa. Aylanins putuskan talian. Teks mesej dihantar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 01:29 PM | Show all posts
haihhhh... merajuk terus la macam ni.. nk lari gi holand pulak laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 01:39 PM | Show all posts
Sebenarnyakan...

saya nak cakap...
yang...














dragon ball ada 21 bijik okeh!

7 dari Pikor
7 dari planet Nameck
7 lagi dalam dragon ball z

Anak Conan lagi tua dari anak Nicki kan. Kalau macam tu Ipo... boleh buat the next novel tu...
konflik anak Conan nak mengurat anak Nicki sebab Conan dah jadi macam Tengku Saif (sebelum dia insaf) & Aylanins dah jadi ala-ala Nenek Qasidah (sebelum Nenek Qasidah insaf).

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 06:57 PM | Show all posts
aylanins replied at 23-3-2015 01:39 PM
Sebenarnyakan...

saya nak cakap...

jangan gedik2 nak turkois bagai.. ko pakai gini je nanti..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2015 07:10 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-3-2015 06:57 PM
jangan gedik2 nak turkois bagai.. ko pakai gini je nanti..

Aku tak kira... nak turqois jugak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 09:16 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 25-3-2015 09:33 PM

MAJLIS pernikahan Conan dan Aylanins cukup meriah walaupun sederhana. Conan sudah faham dengan sikap Aylanins yang hanya inginkan majils nikah yang sederhana saja. Namun Tengku Saif berkeras ingin meraikan anak menantunya dengan satu majlis yang hebat sebagaimana masa majlis pernikahan Conan dengan  arwah Arisha dulu.
"Ayla..terima kasih kerana terima abang. Dulu abang ingat Ayla tolak pinangan abang tapi alhamdulillah..syukur pada Allah. Sms Ayla abang masih simpan tau..."Mesej yang dihantar Aylanins dua minggu lepas masa pertunangan ditunjukkan semula pada isterinya.

'Aku juga terima dirimu dengan lafaz mulia..Alhamdulillah.'

Aylanins tertunduk malu. Malu pada Conan yang tersenyum lebar di sebelahnya. Mukanya semakin merah bila terasa pinggangnya dirangkul erat oleh Conan.


"Err...jom Chah. Kita makan nak? " Aishah yang dipegang Conan sudah beralih tangan. Aylanins pimpin tangan anak kecil itu.


" Nampak macam Ipo, Nicki tu.." Aylanins menuding ke satu sudut. Ipo dan Nicki serta pasangan masing-masing sedang menjamu selera di situ.

Aylanins mendukung Aishah yang kini sudah mula memanggilnya mama. Nampaknya anak perempuan Conan juga seperti biasa dengan Aylanins.

"Chah...kita jumpa kawan mama ya.." Aylanins terus saja melangkah pergi, dia malu sebenarnya dengan Conan.

Conan menguntum senyum. Nampak sangat Aylanins guna alasan anak perempuannya tadi. Dia segera membuntuti isterinya ke situ.


DARI dalam khemah lain, Nayla ralit melihat kemesraan Aishah dengan Aylanins. Syukur anak perempuan Conan mudah mesra dan ringan mulut bukan saja dengan Aylanins malah dengan sesiapa saja. Dirinya sendiri Aishah memanggilnya ibu.

Matanya jatuh pula pada pengantin baru. Cukup sepadan bak merpati sejoli. Busana berwarna turqouis itu cukup menaikkan seri wajah dan penampilan keduanya. Lega, majlis nikah mereka berdua akhirnya dilaksanakan dalam suasana yang sederhana. Segalanya berjalan lancar.

"Aku juga harap satu hari nanti aku akan bahagia macam tu...hmmm..Amir pun dah bertunang dengan Linda.."Nayla menopang dagu, mata masih ralit memandang kemesraan Conan dan Aylanins. Romantik sungguh.

"Saya pun harap begitu...kalau gadis sebelah saya ni sudi.."

Pantas Nayla menoleh. Alif sudah tersenyum manis di sebelahnya.

"Err..Alif..bi..bila awak ada kat sini?" Menggelabah Nayla bila terasa Alif mungkin sudah mendengar kata-katanya tadi.

"Saya dah lama kat sebelah awak. Hmm..majlis nikah kita nanti..awak nak yang macam mana? Baju...kalau warna biru ok juga..." Alif mula berfikir sambil mengetuk jari di meja.

"Awak ni...tinggi sangat impian awak tu. Walau saya terima awak sekalipun, belum tentu nenek saya terima. Tapi...."Bicara Nayla terhenti sebentar. Alif dipandang seketika.

"Tapi apa?"Alif sudah tidak sabar.

"Kalau awak berani berdepan dengan nenek saya, saya terima awak dengan kasih dan cinta sekali. Pakej lengkap. Macam mana?" Nayla turut senyum.

"Baiklah. Sekarang juga saya jumpa nenek awak dan minta izin untuk menikahi awak." Laju saja Alif melangkah ke arah Puan Sharifah Qasidah yang sedang berbual dengan para tetamu.

Nayla terdiam. Tidak sangka Alif begitu serius. "Adoi..janganlah nenek aku buat hal.."

Nayla turut bergegas ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:03 PM | Show all posts
berani mati betul si aliff neh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah...  Jahatnya Aylanins & Conan bersatu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.147243 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list