CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 20-9-2012 11:46 AM | Show all posts
next...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2012 12:28 PM | Show all posts
Eddie resah. Sudah berkali-kali dia mendail nombor telefon Sonia tetapi tiada jawapan. Mana dia pergi? Eddie mundar-mandir di dalam rumah. Sekejap di dalam bilik, kemudian ke ruang tamu, dah ahirnya ke beranda. Tidak banyak sedikit, hatinya di serang rasa bersalah. Sejak berita mengenai kehamilan Sonia, hubungan mereka mula dingin. Eddie kerap mendesak Sonia agar menggugurkan kandungan hingga menyebabkan Sonia menjadi tertekan dan murung. Namun, Eddie tidak peduli. Dia tetap dengan keputusannya tidak mahukan anak. Hampir setiap hari mereka bergaduh perkara yang sama.

“Sonia” Eddie semakin gelisah. Sonia tidak pernah meninggalkannya seperti ini. Terlalu marahkah Sonia kepadanya?  Akhirnya, dia mencapai telefon lalu mendail nombor Sony.

“Loong! Aku baru hendak menghubungi kau”

“Sony. Ada apa?”

“Sonia”

“Kenapa dengan Sonia?”

“Dia…”

“Cakap Sony!”

“Dia kemalangan. Keretanya  terbabas. Kami semua berada di hospital….” Eddie hanya sempat menangkap nama hospital yang di nyatakan. Selepas itu dia mematikan talian lantas keluar dari rumah.

Sepanjang perjalanan, Eddie tidak henti-henti berharap. Dia juga berdoa, entah pada siapa, dia tidak tahu. Pada TUHAN? Apakah dia masih percaya pada TUHAN? Yang pastinya, dia hanya mahukan isterinya selamat. Dan anaknya? Bagaimana dengan anaknya? Adakah juga selamat? Kenapa baru sekarang dia mahu risaukan anaknya? Bukankah dia tidak mahukan anak? Eddie merengus. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Kereta di pandu selaju mungkin.



“Sony, mama” Eddie segera menyapa keluarga mertuanya apabila sampai di hospital.

“Loong”

“Macam mana dengan Sonia?” Sony tidak berkata apa-apa lagi. Hanya riak pandangannya menyatakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Eddie meraup wajah.

“ICU” Pendek saja Sony menjawab. Eddie menelan air liur.

“Boleh aku tengok dia?”

“Pergilah. Doktor tak benarkan terlalu ramai pelawat dalam satu-satu masa” Eddie angguk sekali. Dia berjalan menuju ke wad di mana Sonia di tempatkan. Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2012 08:34 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 12:49 PM | Show all posts
“Sonia…sayang” Eddie hanya mampu menggengam hujung jari Sonia. Muka Sonia bengkak dan lebam sana-sini. Kepalanya juga berbalut dan kakinya sebelah kiri hampir hancur kerana terhimpit. Menurut doktor, Sonia turut mengalami pendarahan dalaman yang teruk.

“Hei… Eddie…” Dalam kepayahan, Sonia cuba mengukir senyum.

“Apa khabar, sayang?”

“Macam yang kau lihat sekarang…” Eddie menelan air liur, cuba menahan sebak yang mencengkam dada. Dia tidak sanggup melihat Sonia begitu. Dia tidak sanggup melihat Sonia kesakitan. Semua ini salahnya. Kalau dia tidak mendesak Sonia, sudah pasti Sonia tidak kemalangan. Eddie menarik nafas. Kalau boleh, biarlah dia saja yang menanggung kesakitan itu untuk menebus silapnya.

“Sonia, aku minta maaf. Aku tak patut mendesak kau untuk menggugurkan anak kita. Maafkan aku Sonia. Maafkan aku…” Eddie sudah tidak mampu menahan air matanya lalu di biarkan berguguran.

“Eddie…” Sonia masih cuba berkata-kata walaupun dadanya terasa seperti mahu pecah.

“Ya sayang…”

“Kau tak salah apa-apa. Aku yang salah. Aku yang terlalu mahukan anak…Aku yang degil…”

“Tak Sonia. Ini semua silap aku…”

“Eddie…” Sonia menarik nafas.

“Ya?”

“Aku dah buat apa yang kau suruh. Anak kita dah tak ada. Aku sudah hantar anak kita ke syurga…”

“Sonia…tolong jangan cakap macam tu. Aku sayangkan kau. Lepas kau dah sihat nanti, aku janji. Kita boleh dapatkan anak seberapa banyak yang kau mahu. Dua, tiga, empat…terpulang pada kau” Sonia senyum walaupun tidak nampak secara mata kasar.

“Kalau ada anak, mesti comelkan. Yang lelaki ikut rupa kau, yang perempuan ikut rupa aku…”

“Ya..mesti comel” Eddie menyapu air matanya dengan tangan. Hatinya semakin galau, di tambah dengan perasaan bersalah pada Sonia.

“Eddie, aku sayangkan kau. Kalau aku dah tak ada nanti, kau jaga diri baik-baik ya?”

“Sonia, jangan cakap macam tu. Kau akan sembuh, kau pasti akan sembuh”

“Jangan hidup berseorangan terlalu lama. Cari pengganti aku cepat-cepat…”

“Takkan ada orang yang boleh ganti tempat kau, Sonia. Kau satu-satunya cinta hati aku. Kau satu-satunya isteri aku. Aku tak mahu orang lain, aku mahukan kau”

“Jangan begitu. Aku tak mahu kau bersedih bila aku tiada. Aku mahu pergi dengan aman…”

“Sonia…aku tahu aku bersalah. Tolong jangan cakap macam tu sayang…”

“Aku sayangkan kau Eddie. I Love you so much…”

“I love you too, Sonia. You will be fine soon. I will take care of you. Be strong alright?”

“You have to be strong too. Aku tak suka tengok kau menangis”

Suasana menjadi sepi. Hanya mesin penyambung nyawa berbunyi sedetik sedetik memecahkan sunyi.

“Eddie…”

“Ya sayang…”

“Aku nampak anak kita”

“Apa? Kau cakap apa Sonia?”

“Aku nampak anak kita tersenyum. Dia panggil aku untuk ke syurga dengan dia…”

“NO! Sonia…don’t talk anymore nonsense. You will be fine. Aku sayangkan kau. Jangan cakap macam ni”

“Eddie…thanks for everything…”

“Sonia... don’t leave me. Please…I need you. I love you Sonia…”

Tiada lagi bicara dari tubuh yang terbaring. Ianya menjadi kaku. Mesin penyambung nyawa juga berbunyi nyaring sebagai pengesahan tiada lagi nyawa di dalam jasad.

-----------------------------------------------------------------------------------



Don't leave me now, I'll no longer cry
I'll no longer speak, I'll hide right there
Just to look at you, Watch you dance and smile
And listen to you as you sing and laugh
Let me become, the shadow of your shadow
The shadow of your hand, the shadow of your hound
Don't leave me now
Don't leave me now
Don't leave me now.......

Last edited by Nicki_Meow on 21-9-2012 08:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 12:56 PM | Show all posts
lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 01:01 PM | Show all posts
sedihnya......
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 01:05 PM | Show all posts
huhuhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2012 01:25 PM | Show all posts


sob..sob...



naga yang dah hilang api....



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 01:33 PM | Show all posts






Kesiannnn.Nickiii hang buat mata cheq beraiq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 01:47 PM | Show all posts
freddianza posted on 20-9-2012 01:33 PM
Kesiannnn.Nickiii hang buat mata cheq beraiq...



beraiq ----> berayaq...???






Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 02:00 PM | Show all posts
Sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 02:02 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-9-2012 01:47 PM
beraiq ----> berayaq...???

HAhahahahaha.sorry la typo





Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 02:07 PM | Show all posts
freddianza posted on 20-9-2012 02:02 PM
HAhahahahaha.sorry la typo



dimaapkan..

cuma potong ah..bila baca tu..

elok2 nak sedih..teruih gelak....



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 02:19 PM | Show all posts
UsuFie posted on 20-9-2012 02:07 PM
dimaapkan..

cuma potong ah..bila baca tu..

Anngapnya duka dalam gembira.hahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 02:54 PM | Show all posts
La... Nanges berjemaah nampaknya.... . Cheq pun terasa nak nanges.... boleh?


Err... Fred... beraiq ye Fred? Hahahahah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 03:08 PM | Show all posts
.............................................
airmata yg berderai....
siapa yg menghapuskan................
sedey..................
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 03:19 PM | Show all posts
lelehhhhhh... Pasni, leh dapat anak rnai2 ngn Bella lak ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 03:29 PM | Show all posts
Tumpang bersedihhh


lady nak nanes sampai asaq buleh? Jadi tak yah update n3 kat sinun   sambung sedih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 03:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 20-9-2012 03:29 PM
Tumpang bersedihhh

Alaaaaa..... janganlah.....

Nanti semua pun bertambah sedey......





Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 03:38 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 20-9-2012 03:35 PM
Alaaaaa..... janganlah.....

Nanti semua pun bertambah sedey......

Nickiii hang saja buat sedeyyy.

tapi cheq lagi sedey sebb bila cheq sedey cheq nak peluk siapa??


si abg naga kalau sedeih boleh peluk belle








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 03:42 PM | Show all posts
freddianza posted on 20-9-2012 03:38 PM
Nickiii hang saja buat sedeyyy.

tapi cheq lagi sedey sebb bila cheq sedey cheq nak peluk siapa? ...

Pandai hang... cheq baru je nak post entry Abang Naga peluk Bella....

Hang toksah sedey sgt naaa.... dah lah takde orang yang nak pujuk peluk hang....








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.090851 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list