CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 28-6-2012 10:46 PM | Show all posts
Salam smua...Kpd Tn Hj Msaadhamid,selamat beribadah..sejak berada d tanah suci barulah tau btapa penting pergi haji sementara masih sihat n kuat..Semoga Allah makbulkan..Ustaz mutawif bgi petua, klau kita berhajat,d smping berdoa, amalkan baca talbiah 7x selepas selesai solat fardhu..apapun,klau bole setiap thun nk jejak tanah suci...walaupun panas membahang tpi d situ ada ketenangan... chikna Post at 18-6-2012 00:46

Wa'alaikum salam wbt. Terima kasih kepada chikna kerana sudi mendoakan saya. Alhamdulillah, saya telah pun selamat sampai ke tanah air semalam (27 Jun 2012) dengan SV 840. Alhamdulillah, syukur ke atas segala nikmat yang Allah SWT kurnakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 11:42 PM | Show all posts
Tn haji pun ke sana ye  ?
ikut TA mana ye?ntah2 kita satu grup umrah...
ummi_ina Post at 26-6-2012 10:40

Alhamdulillah, saya sampai di Makkah dari Madinah pada Sabtu 16 hb selepas solat isya'. Masa nak laksanakan umrah pertama tu, kami tersekat lebih kurang 15-20 minit. Ada sekatan jalan oleh polis. Tiba-tiba lebih kurang 5-10 buah kereta perisai sampai di depan istana dgn askar siap pegang senapang yang pendek tu. Then sebuah ambulan meluncur laju masuk ke dalam istana. Tak lama lepas tu barulah kami boleh meneruskan perjalanan ke MH.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by msaadhamid at 29-6-2012 00:13

Assalamu'alaikum wbt.

Sambung cerita putera Naif. Keesokannya bila tenguk TV baru tahu prince Naif meninggal dunia.  Keesokannya, beberapa minit sebelum maghrib, sebuah ambulan tiba di perkarangan masjid. Ambulan tu bawa jenazah putera naif. Isteri saya kata, "Jom kita tengok dan ambil gambar jenazah putera Naif di usung ke MH". Namun saya teruskan perjalanan ke tingkat atas masjid ikut jambatan sebelah istana sambil berkata, "Tujuan utama kita kat sini bukannya nak lihat putera Naif tu, tapi kita ke sini nak cari redha Allah. Lebih baik kita tenguk kaabah daripada tenguk jenazah putera tu diusung ke MH." Maghrib tu, lepas azan terus bilal iqamat. Imam baca surah pendek sahaja. Lepas solat maghrib, solat jenazah putera naif dulu. Bilal sebut nama penuh putera tu ... Naif bin Abdul Aziz bin Soud. Selepas solat jenazah putera Naif tu baru solat jenazah untuk yang lain-lain. Kat MH pun ada dua derjat. Putera Naif dikebumikan di perkuburan Baqi', Madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:11 AM | Show all posts


Kereta-kereta perisai bersusun di hadapan hotel as Massa. Seketika kemudian kereta ambualan yang membawa jenazah putera Naif pun sampai ...



Keadaan MH sebelum maghrib ...

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 01:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by ladyxez at 29-6-2012 01:35

Reply 700# msaadhamid

   Saya nak tanya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilhan sesebuah Travel Agent pengendali umrah anda?

1. Layanan petugas yang mesra alam yang tidak jemu menjawab pertanyaan remeh temeh jemaah?

2. Harga murah?

3. Hotel dekat dengan masjid?

4. Berkredibiliti (tak pernah tipu jemaah)?

5. Tidak minta tambahan duit semasa haramain?

6. lain-lain faktor.

Saya tanya ni sebab ada satu TA ni, kawan saya kata, pekerjanya susah nak return call bila diminta berbuat demikian. Dan ada satu kes tu, pekerja TA ni buat sambil lewa sahaja bila kawan saya tanya dah terima ke belum duit yang dia bank-in untuk pembayaran penuh umrahnya. Contoh, duit sudah dijelaskan melalui bank-in (tunai) atas akaun TA, bila tanya dah terima ke belum, jawapan standard yang diberi ialah, nanti kita semak walhal bank-in secara online. Sampai 5-6 hari resit tidak diberikan. Bila kawan saya marah-marah baru hantar resit melalui email (attach resit yang discan). Sampai sekarang, original resit masih belum bagi lagi (dah 2 minggu).
                              reply to the above  : msaadhamid

pendapat lady pula :

saya pernah rasa pengalaman dgn satu TA ni, tak helpful langsung dari mula register sampai kat sana.  tapi ada jugak TA yang okay macam wira saujana tapi saya tak jugak salahkan 100%, sebab mungkin ini dugaan dan bahagian yang saya kena hadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 08:38 AM | Show all posts
Ha ha ha. Nasib baik wak tu yang cakap, kalau gadis-gadis Indonesia tu yang cakap "mau cium?" maca ...
msaadhamid Post at 28-6-2012 17:58



amboi² Tn Hj
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2012 08:39 AM | Show all posts
Alhamdulillah, saya sampai di Makkah dari Madinah pada Sabtu 16 hb selepas solat isya'. Masa nak l ...
msaadhamid Post at 28-6-2012 23:42


Waktu yg sama sy berada di sana jugak tu
mmg cuak kan waktu tu
ingatkan nak ada rusuhan ke apa
berbas² tentera datang ke situ
rupa²nya sbb crown prince mangkat
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 08:43 AM | Show all posts
Reply  msaadhamid

   sebab mungkin ini dugaan dan bahagian yang saya kena hadapi.
ladyxez Post at 29-6-2012 01:30



sy setuju sesangat
anggaplah tiap yang susah tu adalah ujian dan dugaan buat kita
samalah macam mana² service sector pun
cth. hospital
ada yg pegi dan balik dengan pelbagai cerita buruk
ada yg pegi tapi dapat layanan yang amat baik walaupun hanya di wad kelas 3
rezeki dan dugaan masing²  
yang penting, bagaimana kita berhadapan dengan dugaan tu
dapat bersabarkah kita?
melentingkah kita?
dsb.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by ummi_ina at 29-6-2012 10:57



replika MasjidilHaram dan peluasannya di Muzium 2 Masjid


Muzium 2 Masjid



my feveret
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:06 AM | Show all posts

Masjid Terapung di Laut Merah


Bukit Safa (dah ditutup dengan cermin kaca...so tak boleh masuk)


selepas solat Subuh, di dataran Masjidilharam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:08 AM | Show all posts

ya Allah...janganlah jadikan umrahku ini umrah yang terakhir....semoga daku diizinkan untuk menjadi tetamuMU lagi bagi menunaikan haji dan umrah lagi dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:10 AM | Show all posts
Reply 1470# ummi_ina


mutawiff ummi cakap ni laut merah ya? mutawiff lips cakap ni bukan  laut merah...
`not cold' tu feveret lips jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:18 AM | Show all posts
Reply 1472# lipsofanangel


aah mmg dia cakap laut Merah
b4 pegi mmg duk browse internet pun cakap Laut Merah
abis, mutawif lips cakap nih Laut apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:42 AM | Show all posts
Reply 1473# ummi_ina

dia kata ni laut biru..laut merah bukan di sini... pening weh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:05 PM | Show all posts
Reply  kakyah


memang memori yg takkan hilang kan kakyah...
sebak rasa bila tgk balik gmbr2 tu ...
ummi_ina Post at 28-6-2012 09:04


betullah kak, terasa nak migrate jer..
siap cakap dengan anak2, jika ada rezeki kamu belajar di makkah/madinah...kami akan migrate terus duduk sana...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:21 PM | Show all posts
Salam semua. Baru balik hari ni. Bulan disember tak mungkin visa dikeluarkan sebab baru lepas 1 bu ...
msaadhamid Post at 27-6-2012 22:57


selamat kembali tuan haji....
tertunggu2 ni info2 terkini dari tn haji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 01:30 PM | Show all posts
betullah kak, terasa nak migrate jer..
siap cakap dengan anak2, jika ada rezeki kamu belajar di ...
cinderella Post at 29-6-2012 12:05



  saya pun slalu ckp kat suami, suh dia keje sana je, dia kata takde keje yang sesuai lagi pun susah dapat, then saya kata boleh tak kita jadi cam orang indon / pattani yg keje serve kita makan kat hotel tu , kita ambk kontrak sediakan makananan , hahaha angan2 camtu skali.  Anak saya yang bongsu ni insya allah saya terus masuk kan ke tahfiz , dgn niat klw diizinkan Allah belajar di u madinah ke nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply 1435# kakyah


    salam kak yah.. akak pegi march lps ye.. mcm mana cuaca nye ye kalau bulan march.. dah mula panas atau masih sejuk2 lg..? tima kasih kak yah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 02:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by msaadhamid at 29-6-2012 14:59
Ha ha ha. Nasib baik wak tu yang cakap, kalau gadis-gadis Indonesia tu yang cakap "mau cium?" maca ...
msaadhamid Post at 28-6-2012 17:58


hahaha...lawak lah Ustad nih...tapi tul gak tu..kalau betul2 gadis-gadis indon yg tanya camana nak ...
monorail Post at 28-6-2012 18:13

Hari tu, selepas tawaf sunat bersama isteri waktu dhuha, kami lalu di tepi dinding kaabah di sisi rukun Yamani. Saya terpandang dua orang gadis Indon bercelana panjang (pinjam bahasa dia orang -- hehe) dan memakai kemeja lengan panjang sedang berdiri-diri di sisi kaabah. Bila salah seorang drpd mereka ternampak kami, saya lihat dia tersenyum lebar kegembiraan. Hati saya berkata, "Senyum nak pekenakan akulah ni." Kemudian kawannya datang bertanya kepada saya, mahu cium hajar aswad pak? Lantas saya tanya balik, "Apakah hukumnya kita mencium hajar aswad itu?". Gadis-gadis tersebut tersipu-sipu macam telah dapat meneka tindakan saya selanjutnya. Tanpa menunggu jawapan, saya terus utarakan soalan maut, "Apa pula hukumnya kalau mencari rezeki di sisi kaabah sebegini?". Sambil berundur menjauhkan diri, salah seorang daripada mereka menjawab, "Ya, kalau bapak mahu." Hahaha, ngak mahu aku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 03:27 PM | Show all posts
saya pun slalu ckp kat suami, suh dia keje sana je, dia kata takde keje yang sesuai lagi pun ...
ladyxez Post at 29-6-2012 13:30



    alamak..samalah apa yg u plan dgn kami plan..kalau lah dpt stay kat sana..wlupun jdi pekerja je.alangkah kah bestnye..
janji sentiasa ada di bumi madinah dan di mekah..rindunye Allah je yg tahu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.383902 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list