|
Nazim mahu bekas isteri teruskan hidup dengan tenang [size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2018 1:13 PM
 [size=0.75em]Pasangan ini mengejutkan peminat apabila mengumumkan perkahwinan mereka sudah berakhir. Foto Instagram: @nazimothman.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PELAKON Nazim Othman menyedari ramai pihak mempersoalkan banyak perkara mengenai perceraiannya dengan Bella Dally. [size=0.98em]Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 34, berkata ada juga yang memberi pandangan serta cadangan untuk mereka berdua menyelesaikan masalah yang berlaku. [size=0.98em]"Anda mungkin mempersoalkan banyak perkara, menyatakan pendapat dan malah mencadangkan penyelesaian untuk kami. [size=0.98em]"Tapi, tak semestinya anda boleh kata apa saja seolah-olah tahu semua benda.

[size=0.98em]Luahan Nazim menerusi Instastorynya. [size=0.98em]"Kami yang hidup bersama dan sepakat memilih untuk mengakhiri segalanya cukup sampai di sini sahaja," kata Nazim. [size=0.98em]Nazim meluahkan perasaannya menerusi laman Instastory pada Jumaat selepas menerima pelbagai pertanyaan daripada netizen. [size=0.98em]Tambah Nazim lagi, dia sebolehnya mahu menyimpan perkara itu namun terpaksa meluahkan kerana ingin melihat bekas isterinya meneruskan kehidupan dengan tenang. [size=0.98em]"Saya mahu menyimpan segalanya seboleh mungkin tapi saya luahkan sebab saya mahu dia teruskan hidup dengan tenang dan kejar cita-citanya.

[size=0.98em]Nazim dan Bella sepakat akhiri perkahwinan yang dibina hampir dua tahun. [size=0.98em]"Apa yang anda tahu hanyalah luaran semata, lebih baik kita biarkan sebegitu," tulisnya. [size=0.98em]Dalam pada itu, Nazim turut mengucapkan terima kepada peminat yang memahami keadaannya dan mendoakan Allah sentiasa merahmati kehidupan mereka. [size=0.98em]"Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati kalian juga," katanya. [size=0.98em]Sebelum ini, pelakon drama bersiri Mona Lisa ini mengumumkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir. [size=0.98em]Nazim dan Bella memilih untuk berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram masing-masing pada Khamis sempena 1 Ramadan.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... IQ7hsxiPMw8JAigE.99
|